Nizar Memang Kurang Ajar, Hanya Mohon Maaf Melalui Twitter


Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.

Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.

Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.

Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.

Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi.

Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.

Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai.

Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar?

Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya?

Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?

Isu Jirat Cina di Rizab Melayu: Azizan Pekak, Buta Atau Pura-pura Tuli?


Isu pembinaan jirat Cina komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak 2007. Memang mudah bagi Dato’ Seri Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini.

Tetapi Azizan harus sedar bahawa, kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang. Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat sesuatu - memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik.

Namun, harapan kini bertukar menjadi kemarahan. Azizan bukan sahaja tidak boleh memperbetulkan apa-apa tetapi menambahkanlagi kesilapan dan merosakkan apa yang sedia baik. Negeri Kedah kini berada dalam keadaan ‘koma’ dan semakin merosot setiap hari.

Tidak cukup dengan pembalakan mega yang menghancurkan sistem perairan dan menjejaskan ekologi yang mana habis balak-balak yang masih ‘halus’ dibedal oleh kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Suatu ketika Azizan menjawab beliau tidak punya kuasa menghentikan semua itu kerana ia ‘salah kerajaan terdahulu’. Kemudiannya, kontrak yang lama diperbaharui dan Azizan hanya pura-pura tuli konon tidak tahu menahu mengenainya.

Begitu juga dengan Kulim Hi-Tech Park, yang suatu masa dahulu dibanggakan sebagai ‘Silicon Valley’ Malaysia kini muram, tiada pelaburan baru melainkan warga pengurusan Kulim Hi-Tech Park yang baru sahaja yang meriah keluar negara tanpa had. Ada Azizan kisah? Tidak, kerana kemungkinan besar beliau tidak tahu menahu apa-apa.

Sikap yang sama diambil oleh Azizan dalam menangani masalah jirat cina di rizab melayu ini iaitu tidak berbuat apa-apa.

Tapak tanah yang menjadi kontroversi ini terbahagi kepada 3 lot tanah dan dua daripadanya yang berkeluasan 8 hektar masih berstatus Tanah Rizab Melayu manakala satu lagi pula yang berkeluasan 76 hektar dijual kepada orang Cina pada 1926 iaitu sebelum Akta Tanah 1933 diwartakan. Tanah ini sehingga kini masih berstatus Tanah Rizab Melayu. Kawasan inilah yang akan dijadikan jirat Cina komersial di mana pembinaan sedang rancak dijalankan.

Penduduk-penduduk di sini telah memacakkan papan tanda membantah pembinaan jirat Cina itu. Perhimpunan aman juga dibuat untuk merayu keprihatinan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka mengharapkan agar kerajaan negeri boleh menggantikan kawasan lain kepada pihak terbabit dan mungkin juga memberikan pampasan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang bentuk penyelesaian adalah dialu-alukan dengan mengambil kira kepentingan 16,000 penduduk Melayu di kawasan tersebut.

Sebagai mewakili parti yang menggunakan nama Islam, sikap membisu Azizan dalam perkara ini amatlah mengecewakan. Isu jirat Cina di kawasan kediaman Melayu bukan isu kecil, apatah lagi di atas Tanah Rizab Melayu. Isu ini melibatkan sensitiviti agama dan budaya serta mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Keengganan Azizan mengambil isu ini secara serius amat mengecewakan rakyat Kedah.

Mereka tertanya-tanya, kenapakah Azizan tidak mampu memainkan peranan yang sepatutnya untuk mencari jalan terbaik - mungkin dengan meminta kerjasama DAP untuk merasionalkan perkara ini dengan pihak pemaju projek tersebut. Atau mungkinkah benar Azizan kecut perut bila berhadapan dengan isu yang membabitkan kaum Cina? Apakah sudah menjadi ‘prinsip’ PAS untuk mengalah setiap kali berkonfrontasi dalam perkara yang membabitkan kaum Cina?

Apapun, ini adalah pengajaran kepada rakyat Kedah agar tidak tertipu oleh PAS yang membawa imej Islam, negara kebajikan dan mewakili Melayu. PAS bukan tidak ingin membela Melayu, tetapi PAS tidak berani dan tidak tahu caranya

HOT BEB..!!! 21 Dokumen Sulit Termasuk Laporan Polis Salah Laku Azmin Ali


Kenyataan pegawai BPR yang asal

Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.

Beberapa hari yang lepas, RPK dalam pendedahannya bertajuk “MACC ‘Deep Throat’ comes out of the closet” (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri) memuat turunkan lebih kurang 21 dokumen berkaitan dengan siasatan kes rasuah membabitkan Azmin, ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.

Ketika itu, Azmin dikenali sebagai ‘budak bermata biru’ yang menjadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Dokumen itu mengandungi kesalahan-kesalahan rasuah Azmin yang telah diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” di bawah arahan Anwar.

Anwar didakwa mengarahkan kroninya, Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya supaya menghentikan siasatan tersebut. Sumber Dari AIDC





















Arahan Anwar Ibrahim Bukan Luar BIasa - Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa.

Menurut Dr. Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

“Kalau dia mengarah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia biasa mengarah pegawai polis untuk menakutkan orang, itu pun dia biasa buat juga.

“Dia (Anwar) suruh polis ‘gempaq’ (menakutkan) pakar pergigian, (Allahyarham) Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda (adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) yang terlibat dalam perbicaraan. Dia guna kuasa polis dengan cara salah,” katanya.

Dr. Mahathir yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-26 di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan setiausaha sulitnya, Azmin Ali.

Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995, mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.

Kata Dr. Mahathir, Raja Petra atau sesiapa sahaja yang membuat dakwaan rasuah perlu tampil kepada pihak berkuasa dengan bukti kukuh :- Utusan

AIR DI SELANGOR KEPENTINGAN POLITIK KHALID GAGAP.

alt

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar mengenai kesusutan rizab air terawat di negeri Selangor yang kini hanya tinggal 2.4% berbanding rizab yang sepatutnya iaitu 20% .

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar ini mencerminkan tahap kritikal rizab simpanan air terawat di Selangor dan hal ini boleh dikaitkan dengan jangkaan yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) melalui siaran media yang dikeluarkan pada 13 Januari 2012.

Siaran media AWER menjangkakan krisis air Selangor mungkin akan melanda sebelum tahun 2014. Dari kajian yang dibuat oleh AWER, pengeluaran air terawat dari tahun 2007 hingga 2010, menunjukkan peningkatan purata sebanyak 2.14% setahun.

Melalui siaran media pada 25 Mei 2009 , projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dianggar bernilai RM 3.936 billion . 75% daripada jumlah itu dibiayai oleh JICA (Japan International Corporation Agency) dan selebihnya oleh kerajaan persekutuan.


Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor ini dijangkakan mampu untuk menyalurkan 1,890 juta liter sehari. Air mentah ini akan disalur ke Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum diagih untuk kegunaan domestik.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui peruntukan kuasa yang ada pada mereka. Tindakan kerajaan negeri ini dipercayai untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat supaya mempercepatkan proses penstrukturan semula air di Selangor.

Pada masa kini, konsesi air di Selangor diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad , Konsortium ABBAS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd dan kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih syarikat-syarikat ini demi memastikan program pemberian air percuma kepada rakyat boleh diteruskan. Tawaran terakhir kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat ini sebanyak RM 10 billion telah ditolak.

Susulan itu, Tan Sri Khalid menggesa Menteri yang bertanggungjawab , Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk menggunakan kuasa menterinya di bawah Akta Industri Perkhidmatan 2006 bagi memastikan syarikat-syarikat konsesi ini bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula air.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam respon terhadap kenyataan Khalid membuat kenyataan bahawa Akta itu hanya boleh digunakan sekiranya terdapat kekurangan air yang kritikal.

Oleh itu, tindakan kerajaan negeri Selangor dalam melengah-lengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 pasti akan menyebabkan situasi kekurangan air yang kritikal berlaku di Selangor dalam tempoh 2 tahun lagi.

Dan pada ketika itu menteri bertanggungjawab tidak mempunyai pilihan melainkan mengambilalih pengurusan air Selangor dari konsesi-konsesi air yang terlibat. Walaubagaimanapun tindakan kerajaan negeri Selangor ini dilihat seolah-olah memperjudikan nasib pengguna-pengguna air di Selangor dan sekitar Lembah Klang. Selanjutnya Di KLPOS

DEMI GILAKAN KUASA NIK AZIZ SANGGUP SERAH PUTRAJAYA KEPADA DAP


Dua perkara berlaku sepanjang minggu lalu; pertama, terserlah niat sebenar parti rasis DAP yang telah dizahirkan secara lisan apabila Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh secara jelas mengatakan beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu di Malaysia pada suautu hari nanti.

Kedua pula, atas dasar tamakkan kuasa, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyokong sepenuhnya idea Karpal tersebut dengan sedikit perubahan iaitu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri negara ini asalkan ia beragama Islam.

Bermakna jika esok Lim Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang hatta Karpal memeluk agama Islam, mereka secara otomatik, menurut pandangan Nik Aziz, akan layak dipertimbangkan untuk kedudukan Perdana Menteri.

Bagi orang Melayu yang akal fikirannya masih waras dan siuman, dan jika tidak mengetahui bahawa idea tersebut tercetus daripada minda seorang 'Tok Guru', sudah tentu mengatakan bahawa ia datangnya dari seorang yang gila atau sudah nyanyuk.

Apahal pun kedua-dua anggapan tersebut tidak tersasar jauh dari keadaan sebenar kerana Nik Aziz sememangnya sudah lanjut umurnya yang mencecah 80 tahun.

Mungkin sedikit sebanyak faktor nyanyuk sudah meresap ke dalam dirinya sebagaimana yang dibuktikan dengan sikap 'flip flop' berhubung isu muzakarah dengan Umno - sekejap bersetuju kemudian tidak bersetuju pula.

Mungkin juga Nik Aziz belum nyanyuk tetapi hanya gilakan kuasa kerana pada usia yang lanjut begitu masih mahu bertanding mempertahankan kerusinya dan kalau boleh kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

PAS telah membuktikan bahawa sememangnya parti itu tamakkan kuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.

Jika dahulunya PAS berdegar-degar mencanangkan penubuhan negara Islam sebagai asas perjuangannya tetapi setelah selesa tidur sebantal dengan DAP, semangat itu sudahpun berjaya dilunturkan oleh sebuah parti yang rata-ratanya diterjaui oleh orang bukan Islam.

Kini PAS tidak mahu lagi negara Islam tetapi cukup sekadar negara kebajikan kerana hendak menjaga hati DAP!

Beginilah sifat munafik pemimpin-pemimpin beragama Islam di dalam Pakatan Rakyat - semuanya gilakan kuasa dan sanggup menjual maruah agama dan masa depan bangsa sendiri, semata-mata kerana gilakan kuasa.

Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR yang buruk moral dan keperibadiannya dan dituduh sebagai peliwat pun sanggup dipertahankan oleh Nik Aziz.

Jadi tidak hairanlah jika beliau juga sanggup berkompromi dengan DAP jika itu diperlukan untuk mendapat kuasa politik.

Nik Aziz seolah-olah buta sejarah atau berpura-pura jahil apabila dengan senangnya mengatakan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri asalkan beragama Islam.

Sanggupkah Nik Aziz meletak jawatan sekarang dan menyerahkan posisi itu kepada Anuar Tan yang menjadi Exco Kanan dalam kabinet negeri Kelantan?

Kita mahu lihat samada Nik Aziz seorang yang berpegang kepada apa yang dicakapnya atau seorang yang bercakap secara sembrono, tidak mengggunakan akal.

Hakikatnya hanya Umno satu-satunya parti politik yang sanggup bergadai nyawa dan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan maruah dan kedudukan umat Melayu di negara ini.

PAS dengan kata-kata kosongnya hanya bermimpi disiang hari dan tidak mampu untuk melindungi sehelai rambut pun pada tubuh badan orang Melayu kerana ia sudah melacurkan diri pada golongan kafir yang anti-Melayu.

Bagaimanapun berlainan pula dangan apa yang disebut oleh Karpal kerana ia bukan sesuatu yang kosong dan lawak.

Tidakkah Nik Aziz peka dengan sejarah politik bagaimana hanya pada Projek Tanjung ketiga yang mula dilancarkan oleh DAP sejak tahun 1970an baru parti itu berjaya menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.

Meskipun memakan masa lebih 30 tahun tetapi DAP konsisten dengan impiannya, ia berjaya juga mencapai cita-citanya.

DAP tidak akan sesekali berjaya untuk menguasai Pulau Pinang jika pemimpin PAS dan PKR tidak mengkhianati orang Melayu.

Orang Melayu perlu buka mata mereka dan sedar dari tidur kerana tidak mustahil PAS dan PKR akan sanggup menyerahkan teraju kepimpinan Malaysia kepada DAP jika ia berkuasa di Putrajaya kelak.

Derma Untuk Lebuhraya Ke Syurga


Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km.

Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai bayaran pahala kepada mereka. Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km.

Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya. Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya.

Menarik sekali! Cuma kita ada sedikit kemusykilan:

Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala? Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya? Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?

Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram? Apakah mereka juga mendapat pahala? Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan?

Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz? Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi?

Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti.

Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu. Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga.

Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat ‘saham akhirat’, ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol. Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa “Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim.”

Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana.

Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala? Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain?

Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi penulis tetap tertanya-tanya berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.

Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T. Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan. Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat.

Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL.

PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula.

Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran. Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya? Bagaimana hendak ke syurga jika kufur? Apakah hanya dengan mengundi PAS?

Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen ‘Undilah PAS’ sempena pilihanraya yang semakin hampir?

Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya

Pembangkang Bermaharajalela Menipu Rakyat


Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau. Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut. Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.

Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.

Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing. Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.

Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.

Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.

Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.

Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma? Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

- menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

- Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

- Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

- Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

- Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

- Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

- Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.

- Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.

Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?

Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.

Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.

Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan. Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?

Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.

Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang…

Tanggal 26 Mei 2012 yang baru saja berlalu tentu saja meninggalkan detik hitam untuk kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang, untuk entah ke berapa, realiti semasa sama sekali tidak menepati propaganda yang mereka sering war-warkan.

Jika selama ini mereka gah mendakwa perjuangan mereka mendapat sokongan kuat daripaga generasi muda, apa yang terjadi pada Sabtu lalu membuktikan sebaliknya apabila Himpunan & Konvensyen Belia Selangor 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan PKR Selangor di Seksyen 7 Shah Alam gagal sepenuhnya.

Mengikut perancangan asal, sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh lebih 20,000 belia, mahasiswa dan remaja Selangor, namun yang berlaku ialah hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir.

Malah Anwar Ibrahim yang pada mulanya dijadulkan merasmikan Konvensyen tersebut akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir selepas jumlah peserta yang hadir terlampau sedikit. Malu & segan agaknya.

Sedari awal penganjuran Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor matlamatnya untuk divert golongan belia daripada memenuhi Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kerajaan Pusat yang di langsungkan di Putrajaya, lain yang diharap malu pula yang dapat.

Kegagalan Konvensyen Belia anjuran kerajaan negeri Selangor itu sekaligus membuktikan majoriti belia dan mahasiswa menolak dasar perjuangan pakatan pembangkang.

Tunku Ismail Idris Murka Dengan Nizar Jamaluddin..!!!


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail membidas sikap tidak berhati-hati ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempersoalkan tindakan Sultan Johor membeli nombor plet kenderaan WWW 1 yang didakwa beliau telah menggunakan duit rakyat.

Sebelum itu, dalam laman twitter, Nizar mempersoalkan pembelian nombor plet tersebut dengan harga RM520,000 sebagai pembaziran besar.

Dalam laman twitter itu juga, beliau mendakwa wang sebanyak RM520,000 itu sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat miskin di Johor mahupun membina lagi 20 rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).


Tunku Ismail Idris, melalui laman twitternya, menjelaskan pembelian nombor plet berkenaan tidak menggunakan wang rakyat seperti yang didakwa ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Baginda yang nyata kecewa turut meminta agar bekas Menteri Besar Perak itu membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang disifatkan sebagai mempunyai elemen fitnah dan tidak benar.

Sebelum itu, Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berjaya memperolehi nombor plet kenderaan WWW 1 melalui bidaan tender tertinggi sebanyak RM520,000.

Bidaan baginda mengatasi 9,999 orang lain.Ini termasuk Yang Dipertuan Agong yang memperolehi nombor plat WWW 5. Hasil tender berkenaan dipaparkan dalam lamanb web Jabatan Pengangkutan Jalan. KLIK DI KLPOS

KERANA SAYANG, KHALID IBRAHIM SANGGUP RAMPAS TANAH ORANG MELAYU UNTUK DIBERIKAN KEPADA ELIZABETH WONG..!!!!


Laman Malaysia Today yang mirik sering mengkritik kerajaan telah membuat pendedahan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dan tanah Yayasan Selangor.


Pada Mac 21hb, 2011, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Eli Wong telah memohon tanah kepunyaan Yayasan Selangor untuk dijadikan projek pelancongan Pusat kebuadayaan Cina di Klang.

Permohonan tanah itu kepada Menteri Besar agak anih kerana yang dipohon bukan tanah kerajaan tetapi tanah kepunyaan Yayasan Selangor dibwah tanggungjawab Khalid sebagai Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan.

Tanah itu tidak pula ditawarkan untuk beli atau dimajukan bersama tetapi diminta diserahkan saja dengan percuma tanpa apa-apa tawaran kepada Yayasan.

Bagaikan lelaki yang sudah termakan nasi kangkang, Khalid hanya menurut permintaan Eli Wong.

Sebaik menerima surat itu keesokan hari pada Mac 22hb 2011, Khalid memberitahu Pengurus Besar Ilham Marzuki pada Mac 23hb bahawa perkara ini sudah dibincang dengan Lembaga dan terus diarahnya uruskan penyerahan tanah.

Tidak faham apa dimaksudkan dengan Lembaga, adakah Lembaga Pengarah Anak Syarikat Yayasan Selangor atau Lembaga Pemegang Amanah Yayasna Selangor.

Mungkin dia baru sedar prosedurnya itu salah dan boleh membawa masaalah pada dirinya.

Pada Mac 23hb 2011, Khalid arahkan dalam nota dalam surat Eli Wong supaya dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Yayasan Selangor yang mungkin bermaksud Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

Lanjutan dari itu, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan juga dalam Malaysia Today satu lagi surat bertarikh Julai 12hb 2011 dari Yayasan Selangor kepada Pejabat Tanah Klang yang ditandatangani oleh Pemangku Pengurus Besar, Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz

Surat ini menyatakan Yayasan Selangor tidak setuju tanah tersebut diserahkan kembali kepada pihak kerajaan untuk dijadikan Pusat Kebudayaan Cina yang kini telah ditukar nama kononnya demi justifikasi dan mengabur mata orang Melayu dan India menjadi Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India.

Dengan demikian, jelaskan Khalid Ibrahim berhasrat memaksa Yayasan Selangor menyerahkan balik tanah kepada kerajaan dengan membatalkan hakmilik tanah.

Cadangan Yayasan kepada pihak pejabat tanah adalah supaya diberi tanah ganti yang sama nilai atau diberi pampasan mengikut nilai tanah atau cadangkan usahasama dengan syarikat lain.

Nampaknya cadangan terakhir menunjukkan Pusat Kebudayaan Cina yang dicadangkan kemungkinan mahu dibangunkan secara pengsawstaan atau melibatkan usahasama dengan pihak swasta.

Jika demikian, kenapa pula Eli Wong yang menulis permohonan dan bukan permintaan itu datang dari syarikat swasta yang terlibat?

Adakah ianya satu skim dimana Eli Wong menyumbang kuasa dan pengaruh sebagai ADUN dan Exco berkenaan dan syarikat menyumbang modal? Jika demikian, adakah sumbangan Eli Wong itu untuk kepentingan kerajaan negeri atau pihak lain, termasuk mana tahu, Eli Wong sendiri secara peribadi?

Cara merampas tanah tanpa pampasan atau cara menipu pihak terlibat dengan membuat ‘transfer’ (penukaran) hakmilik balik pada kerajaan tanpa diketahui pihak terlibat merupakan salah satu amalan kerajaan negeri yang baru di kesan.

Petani-petani yang terlibat dalam projek PKPS kini berhadapan dengan tanah yang diharapkan mereka akan kekal berada bawah kerajaan negeri yang sepatutnya membolehkan mereka terus bertani kini dihalau tanpa pampasan.

Banyak lagi dipercayai berlaku dalam melibatkan pemaju perumahan yang membangunkan balik projek perumahan yang terbengkalai.

Anih sekali, kerajaan negeri mahu lakukan penipuan dan paksaan sedemikian terhadap sebuah yayasan di bawah pentadbirannya sendiri.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambilalih, satu demi satu program dan syairikat serta yayasan yang ditubuhkan untuk membantu kaum Bumiputera dan rakyat termiskin di mansuh dan ingin ditutup.

PKNS yang ditubuhkan untuk salah satu fungsi menyediakan rumah yang mampu dibeli dan diduduki oleh rakyat kurang berada kini bertukar menjadi syarikat hartanah yang hanya mahu membina rumah dan condo berharga dan nilai tinggi.

Mana-mana tanah yang boleh disapu tidak lagi dipeduli peranan sosial dan masyarakat yang dimainkan di tanah tersebut, semua mahu diambilalih untuk jadikan hartanah mewah.

Yayasan Selangor yang kita ketahui adalah ditubuhkan untuk membantu memberi pendidikan dan kemahiran kepada keluarga yang kurang berupaya.

Mereka menyediakan asrama di kota untuk anak-anak desa mendapat pelajaran di sekolah-sekolah yang baik-baik. Kini asrama Dr Latif dan Asrama Toh Puan Norashikin mahu ditutup untuk dibangunkan apartmen dan kondo.

Yayasan juga terlibat membangunkan Institiut kemahiran Yayasan Selangor untuk anak-anak yang kurang berjaya dalam akademik dapat mendapat kemahiran. Kini IKYS ditutup dan pelajar terlibat dihantar ke kolej swasta yang mahal dan program yang tidak sama.

Yayasan juga memberi biasiswa untuk anak-anak yang baik pelajarn untuk menyambung pelajaran mereka di sekolah menengah hingga ke Universiti. Tahun ini tiada lagi biasiswa yang diberi.

Niat murni Yayasan kini terus terhalang oleh ketirisan besar-besaran dan salahurus oleh pihak-pihak tertentu. Penolong Pengurus Besar pernah dikenakan tindakan disiplin dan disiasat oleh SPRM. Pengurus Besar yang sma tidak cekap hingga menyebabkan kerugian besar masih dikekalkan.

Kini Pengerusi Lembaga Pemegang Amanh itu sendiri, iaitu Menteri Besar Selangor Tan sri Khalid Ibrahim sendiri pula terlibat untuk merampas hartanah kepunyaan Yayasan dibawah tanggungjawabnya sendiri untuk diberikan kepada satu projek melibatkan pihak swasta.

Kenapa dia sedia lakukan perkara sedemikian?

Adakah ianya begitu perlu melebihi peranan sebuah Yayasan yang menjalankan kerja kebajikan untuk rakyat?

Hanya sesuatu melibatkan pecah amanah atau pengumpulan dana pilihanraya yang boleh jadi sebab Menteri Besar boleh hilang arah dan etika. Bukankah ini dikira perbuatan pecah amanah dan ia sepatutnya dilaporkan ke SPRM? :- Selanjutnya Di Sel13

Fatwa Pemimpin PAS DiSahkan Sesat!!!


Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir.

Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat? Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam.

Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr. Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”.

Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka. Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya.

Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat. Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan.

Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman. Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah. Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan.

Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR.

Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR. Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik.

Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah. Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu.

Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama. Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini.

Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.

Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya. Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar. Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta.

Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan. Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T. Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.

Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia. Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal.

Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama. Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya. Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya?

Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab. Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah.

Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan

Tunku Abdul Aziz Ibrahim Di Paksa Keluar DAP..!!!!


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menegaskan beliau dipaksa keluar dari parti itu dengan cara 'paling lembut' ekoran kenyataannya berhubung Bersih 3.0 bulan lalu.

Menurutnya, kenyataan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng baru-baru ini yang mengatakan beliau tidak akan dihukum parti hanyalah separuh benar.


Katanya, beliau dipaksa keluar kerana kenyataannya itu menyukarkan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), dan menyebabkan namanya sebagai Senator tidak akan dilantik semula.

"Penasihat, Lim Kit Siang datang dua kali ke rumah saya, pada 27 dan 30 April, dengan cara yang paling 'lembut'. Pada tahap ini saya ingatkan Kit Siang bahawa saya tidak masuk Pas atau PKR.

"Saya sokong Bersih tapi saya tidak sokong tindakan mereka yang mahu melanggar undang-undang negara iaitu merempuh Dataran Merdeka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Suara Politik
Taminsari

Shabeery Chik Prihatin, Lawat Mangsa Kemalangan Perlumbaan Drag.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik kini berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi.

Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan permotoran.

Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan.

Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di hati.

Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana pihak dalam kejadian tersebut.

Kesemua keluarga mangsa menganggap kejadian tersebut harus dijadikan iktibar kepada semua yang terlibat, malah mengakui minat yang mendalam anak-anak mereka terhadap sukan permotoran itu.

ACARA DRAG PALING HANGAT MALAM TADI DI HIMPUNAN BELIA..!!!


Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19,kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar,menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.Menteri Belia dan Sukan,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.

“Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.



Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur,beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton,katanya.Ketua Polis Daerah Putrajaya,ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. – Bernama

PM Bukan Melayu: Nik Aziz Restu Impian Karpal Singh?


Suatu ketika dulu dalam tahun 1990, pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam.

Kira-kira 20 tahun berlalu, akhirnya PAS membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.

Sepanjang awal tahun 1990-an, PAS gah bercakap perihal hukum hudud yang mahu diaplikasikan dalam pemerintahan negeri dan negara, namun selepas lebih 20 tahun berlalu Karpal Singh dan DAP membuktikan kemampuan mereka mengawal selia halatuju PAS.

Sekali lagi PAS tunduk pada kuasa politik DAP apabila hukum hudud kemudiannya ditongsampahkan oleh pembangkang kerana mengutamakan Buku Jingga.

Beberapa ketika yang lalu, kalimah Allah s.w.t menjadi isu kontroversi apabila pihak gereja Kristian menuntut hak penggunaan kalimah tersebut, sebagaimana biasa respon PAS ialah tunduk pada tuntutan tersebut semata-mata mahu menjaga kerjasamanya dengan DAP.

Untuk entah kali ke berapa, PAS mengalah lagi dek kerana takutkan kekuatan yang dimiliki oleh DAP disamping kelemahan PAS itu sendiri yang sudah tenggelam dalam angan-angan untuk ke puncak kuasa dengan bantuan non muslim pro DAP.

Beberapa hari yang lepas, Karpal Singh menganggap pelan transformasi yang dirintis oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak meluas dan hanya berada di pinggiran sahaja. Alasannya kerana status Bumiputera kini sepatutnya turut meliputi kaum lain yang lahir pada atau selepas negara merdeka.

Seperti biasa penyokong dan pemimpin PAS tampil mengangguk dan mengiakan tuntutan DAP itu atas nama samarata dan keadilan.

Kini, Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".

Respon awal dari PAS khususnya Nik Aziz, agak mengecewakan. Tiada bantahan keras ataupun persoalan yang dibangkitkan melainkan sekadar menyatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah kata-kata dari seorang yang sudah tua. Dengan kata lain, bagi Nik Aziz kenyataan berbaur provokasi oleh Karpal Singh itu boleh diremehkan begitu sahaja.

Sedangkan sejarah menunjukkan tiap bait kata yang keluar dari mulut Karpal Singh seringkali melambangkan prinsip dan dasar DAP sebagaimana dibuktikan dalam bantahan keras DAP terhadap isu negara Islam, hukum hudud, isu kalimah Allah s.w.t, hak keistimewaan Melayu & Bumiputera dan lain-lain.

Justeru itu, melihat pada respon Nik Aziz yang seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu.

Untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai.

Bayangkan jika benar tampuk pemerintahan negara ini jatuh ke tangan pembangkang, tika itu mahukah Nik Aziz berdolak dalik mengatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah ucapkata dan angan-angan orang tua sahaja?

Pernahkah Isteri Lim Guan Eng 'Kacau' Ng Paik Kheng?


Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali. Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.

Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang. Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan ‘mengacau’ wanita tersebut. Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.

Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.

Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut. Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya. Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga.

Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini. Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai.

Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.

Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar. Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai. Sebab, kali terakhir ‘kesungguhan’ sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang.

Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.

Justeru, penulis rasa, wajiblah untuk Betty Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada umum. Betulkah dia ada ‘mengacau’ perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas. Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu, rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan intergritinya.

Mana boleh letak undang-undang di tangan sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini. Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang, laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Penulis rasa, ramai orang dalam DAP yang boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham.

Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?

Apa pun kita tak berminat nak bincang soal ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang menarik sekali dalam politik ini. Kita cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri. Hari ini negerilah, besok lusa mungkin parlimen pula. Perkara ini bukan mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang.

Apalah rupanya nanti kalau penggubal undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?

SIMBOLIK HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012.


PUTRAJAYA, 25 Mei 2012 - Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah puluhan ribu golongan belia yang hadir pada hari kedua Himpunan Jutaan Belia 2012, di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, semalam.

Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan kepelbagaian program dan segmen yang disediakan pada tahun ini.

Namun begitu, suatu mesej yang simbolik disampaikan melalui temubual yang dijalankan amat bertepatan dengan program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh kerajaan dalam memupuk keharmonian dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mohd Khairi Ramli, 25, memberitahu para belia seharusnya mengambil peluang keemasan untuk bersatu dan memupuk perpaduan yang lebih erat selain dari menikmati pelbagai aktiviti yang sedang berjalan.

Begitu juga dengan Azura Abidin, 26, yang pertama kali menghadiri Himpunan Jutaan Belia 2012 yang sedang berlangsung.

Beliau turut mempunyai pandangan yang sama seperti Mohd Khairi Ramli agar belia yang hadir tidak segan silu untuk bercampur dan bergaul dalam memupuk keharmonian disamping berharap himpunan kali mencapai sasaran dua juta belia.

"Saya dapat rasakan perhimpunan kali ini lebih meriah dan yakin sasaran untuk mencapai 2 juta belia akan tercapai. Tunggulah pada hari kemuncaknya nanti," katanya.

Ramesh, 19, yakin perhimpunan kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan perhimpunan tahun lalu kerana lebih banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia.

Beliau turut memberitahu Hari Belia yang disambut ini jelas melambangkan tidak ada semangat perkauman yang wujud kerana para belia saling bersama dan berpeluang mengenali di antara satu sama yang lain.

"Memang ada di antara masyarakat berbilang bangsa yang kurang berinteraksi dan perhimpunan belia seharusnya dijadikan platform untuk merapatkan jurang ini.

"Saya berharap lebih ramai para belia dari msyarakat India dan Cina datang untuk bersama-sama memeriahkan perhimpunan ini," katanya.

Mohd Zamri Yaakub, 50, berkata Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui pemerhatian beliau sepanjang seharian disini.

Beliau menzahirkan rasa bangga dengan usaha kerajaan yang berjaya melahirkan suatu program untuk golongan belia untuk beriadah, penuh pengisian disamping mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap belia.

"Saya akui program yang diadakan sekali setiap tahun ini bagus untuk para belia kita," katanya yang mengakhiri perbualan.

Fakta Mengenai Finland Yang Disorok Oleh Rafizi


Seperti yang saya kata pagi tadi, Rafizi Lembu datang semalam bukannya dia nak berdebat pasal PTPTN pun dengan KJ. Dia nak ambil kesempatan diatas siaran langsung untuk berceramah menghentam BN dan menonjolkan dirinya.

Malah lebih teruk lagi dia sanggup berbohong sebagaimana dia kantoi dengan KJ semalam berhubung apa yang dia kata pendidikan percuma di Turki.

Dalam ceramahnya semalam Rafizi Lembu memuji negara Finland kerana memberi pendidikan percuma. Dia juga kata cukai di Finland lebih rendah dari Malaysia. Mengikut seorang pembaca yang hantar komen , apa yang dikatakan Rafizi Lembu itu tidak benar. Katanya cukai di Finland lebih tinggi dari di Malaysia. Saya tak berani nak komen lagi mengenai perkara tersebut kerana saya tak jumpa nas-nasnya lagi.

Apa yang saya nak kongsikan bersama anda adalah mengenai Finland yang tidak diceritakan sepenuhnya oleh Rafizi Lembu malam tadi.

Rafizi kata Finland bagi pendidikan percuma, manakala Malaysia pula penuntut perlu buat pinjaman PTPTN.

Sekarang mari kita lihat perbezaan antara Finland dan Malaysia dan kenapa mereka boleh beri pendidikan percuma...Selanjutnya Di RBF Online

Mana Lebih Penting, Air atau Bolasepak?


Kejayaan pasukan bolasepak Kelantan The Red Warriors (TRW) menjuarai Piala FA masih lagi menjadi bualan hangat dikalangan ramai rakyat Kelantan sekalipun di peringkat nasional topik tersebut sudah kurang menarik perhatian.

Kehangatan topik tersebut dikalangan rakyat Kelantan khususnya peminat sukan bolasepak tidak sukar diduga setelah mengambil kira inilah julung kalinya Piala FA berada dalam genggaman Kelantan.

Sebagai menghargai kejayaan tersebut, KAFA telahpun bersetuju untuk memberi imbuhan & ganjaran berjumlah RM500,000.00 yang akan dibahagi-bahagikan sesama pemain dan pegawai pasukan TRW.

Manakala kerajaan negeri Kelantan pula melalui EXCO Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Datuk Abdul Fattah Mahmood juga telah menyuarakan hasrat untuk mempertimbangkan pemberian ganjaran kepada para pemain TRW.

Baguslah begitu, menghargai penat lelah dan usaha keras pemain yang mengharumkan nama negeri tentu sahaja berbaloi malah mungkin menjadi rangsangan kuat kepada para pemain untuk terus maju ke depan.

Pun demikian, sukalah penulis menyarankan kepada kerajaan negeri Kelantan sementara menanti keputusan muktamad diputuskan dalam hal ganjaran tersebut, barangkali elok juga dipertimbangkan sama satu peruntukkan khusus untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.

Bukan apa, balik-balik asyik mengharapkan Kerajaan Pusat saja yang bantu meringankan permasalahan air di Kelantan sedangkan kerajaan negeri pula acapkali berlepas tangan menuding jari, nanti orang kata lebih baik serahkan terus pengurusan air Kelantan kepada Kerajaan Pusat.

Lagipun kalau Kerajaan Pusat saban tahun boleh ambil cakna dan tidak lokek berbelanja puluhan juta ringgit tiap tahun untuk membantu rakyat negeri Kelantan dalam isu air bersih, mustahil pula menjadi kesukaran untuk kerajaan negeri turut sama menyertai usaha tersebut.

Misalnya dalam tempoh berbelas tahun Kerajaan Pusat telah membelanjakan hampir setengah billion hanya dalam isu air sahaja (tidak termasuk pinjaman RM600 juta kepada kerajaan negeri Kelantan).

Terbaru bagi tahun 2011, sejumlah 7,868 buah keluarga di beri bantuan dan masalah bekalan air bersih yang dialami mereka berjaya diselesaikan melibatkan perbelanjaan RM 16.5 juta.

Untuk sepanjang tahun 2012 ini pula dijangkakan sejumlah 4,639 buah keluarga yang menghadapai masalah sama dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain yang menikmati bekalan air bersih dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM 10.4 juta.

Semua yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat itu kerana melihat bekalan air bersih adalah amat penting demi kebaikan & kehidupan rakyat Kelantan. Jadi mengapa tidak kerajaan negeri juga menggandakan usaha untuk menyelesaikan segera permasalahan tersebut?

Kalau dalam hal sukan kerajaan negeri boleh sebegitu laju terfikir untuk mengeluarkan peruntukkan khas menghargai pemain, takkanlah sukar pula untuk mengeluarkan perbelanjaan dalam jumlah tertentu khusus untuk membantu rakyat Kelantan yang hampir 30% belum menikmati air bersih.

Di antara bekalan air bersih yang menjadi sumber kehidupan dan ganjaran untuk pemain bolasepak, rasanya ramai yang waras fikirannya tahu mana satu yang lebih penting dan wajar didahulukan.

Tapi kalau kerajaan Kelantan yang sudah 22 tahun memerintah masih juga melihat masalah air itu boleh diremehkan dan ditangguhkan untuk 17 tahun lagi demi mendahulukan bolasepak, maka terpulanglah pada pengundi di Kelantan untuk menilai setakat mana prihatinnya kerajaan negeri yang selama ini gah mendabik dada mempromosikan slogan negeri berkebajikan :- Beruang Biru

Ambiga Setaraf Pencuri Besi Buruk..!!!


Lucu sekali melihat bagaimana Ambiga Sreevanesan menggelupur kerimasan apabila terpaksa berhadapan dengan siri-siri perhimpunan aman di hadapan rumahnya. Beliau dan kuncu-kuncunya pastinya tidak pernah menjangkakan tindak-balas sebegitu rupa oleh rakyat.

Secara dasarnya, Ambiga enggan mengakui bahawa yang berhimpun di depan rumahnya itu adalah rakyat biasa serta cuba menuduh kerajaan atau UMNO sebagai dalang. Ini tidak benar. Namun begitu, siapa jua mereka bukan soalnya.

Soalnya ialah, kalau pun benar mereka adalah ahli UMNO, mereka juga adalah rakyat yang punya hak untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap manusia yang telah menyebabkan perniagaan mereka rugi pada 28hb April yang lalu.

Kini terbuktilah sudah bahawa perjuangan Ambiga dan BERSIH keseluruhannya adalah hipokrit semata-mata di mana hak untuk menuntut hak, hanya ada pada Ambiga dan Pakatan Rakyat. Mana-mana rakyat yang tidak menyokong mereka tidak ada hak untuk berbuat yang sama.

Lebih menarik lagi apabila beberapa rakan dan pensimpati Ambiga cuba membantu dengan memberi berbagai-bagai hujah untuk menidakkan hak rakyat untuk berhimpun di hadapan rumah Ambiga.

Antaranya, A.Samad Said yang merayu rakyat agar jangan mengganggu Ambiga. Rakan-rakan dan penyokong Ambiga di alam maya juga berusaha untuk memperlekeh dan meremehkan tindakan berhimpun dan berniaga di depan rumah Ambiga, konon untuk merendahkan moral mereka dan mengharapkan mereka bersurai.

Begitu juga dengan akhbar berbahasa Cina, China Press, yang menyatakan bahawa tindakan peniaga tersebut membalas dendam sedemikian adalah kebudak-budakan dan bodoh.

Ya, mungkin juga tindakan membalas dendam sebegitu adalah nakal dan kebudak-budakan manakala tindakan BERSIH 3.0 melanggar undang-undang dan mengganas pula tidak nakal dan tidak kebudak-budakan. Tetapi ia adalah tindakan manusia dewasa yang jahat, penuh dengan khianat dan sememangnya tersangat bodoh!

Kerana BERSIH nama negara tercemar, imej negara tercalar, peniaga-peniaga mengalami kerugian serta pihak kerajaan juga menanggung kerosakan harta awam. Semuanya kerana Ambiga.

China Press cuba berhujah bahawa Ambiga tidak harus dipertanggungjawabkan untuk membayar balik kerugian yang dialami peniaga. Alasan mereka, kemusnahan yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah disebabkan oleh kelalaian dan ketidakcekapan kerajaan, maka gantirugi peniaga-peniaga itu sewajarnya dibayar oleh kerajaan, bukan Ambiga. Hujah mereka lagi, tempat untuk peniaga itu berniaga dan mendapat keuntungan adalah disediakan oleh kerajaan dengan menggunakan cukai yang diperolehi dari rakyat. Entah kenapa kita dapat mengesan sikap perkauman di dalam kenyataan ini. Apakah China Press secara halus ingin memberitahu bahawa majoriti peniaga yang terlibat adalah Melayu dan pembayar cukai tertinggi adalah peniaga Cina?

Lebih lucu lagi apabila China Press menyatakan bahawa peniaga-peniaga tersebut seharusnya boleh membuat untung dan bukannya rugi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 sekiranya mereka bijak mengambil peluang.

Justeru, kenapa agaknya BERSIH 3.0 memilih untuk berarak di kawasan peniaga Melayu dan India dan mengelak untuk ke kawasan perniagaan kaum Cina? Bukankah kerana kaum Cina awal-awal lagi tahu yang perhimpunan sebegitu pasti membawa kerosakan, bukan keuntungan dan mengambil langkah awal memastikan kawasan kaum mereka berniaga terselamat dari sebarang risiko?

Contoh yang diberikan pula ialah jika seseorang itu terjatuh ke dalam longkang di bandaraya kerana penutup besinya telah dicuri, maka yang perlu membayar kos perubatan mangsa yang cedera tersebut adalah kerajaan, bukan pencuri tersebut.

Mungkin China Press terlepas pandang bahawa cukai yang dibayar oleh rakyat digunakan untuk pembangunan negara, bukannya untuk membayar gantirugi ke atas tindakan pihak yang dengan sengaja melanggar undang-undang dan membuat kemusnahan. Cukai juga digunakan untuk melahirkan rakyat yang berguna kepada negara bukan pencuri, pengganas, pengkhianat atau pemberontak seperti Ambiga.

Kerana itu, untuk pengetahuan China Press, sekiranya pencuri penutup longkang tadi berjaya ditangkap, pastinya dia juga akan diarahkan membayar gantirugi kepada mangsa oleh mahkamah.

Lagipun, apakah China Press cuba menyamakan Ambiga dengan pencuri besi buruk?

Dalam kes BERSIH 3.0, kita tahu siapa penjenayahnya dan lebih dahsyat lagi, penjenayah itu adalah dari pihak pengamal undang-undang, iaitu bekas Presiden Majlis Peguam. Dia telah diberi peluang untuk berhimpun di stadium di mana keselamatan dan keamanan terjamin. Dia juga telah diberi amaran awal akan tempat-tempat yang dilarang.

Tetapi, Ambiga memilih untuk menolak kawasan selamat, dan mengambil risiko berarak di jalanan. Akibatnya, peserta BERSIH telah melanggar undang-undang dengan menceroboh ke kawasan larangan. Kerana kedegilan Ambiga, keganasan yang boleh dielakkan telah tercetus, harta awam musnah dan ramai yang cedera.

Tidak boleh tidak, Ambiga wajib bertanggungjawab dan memikul kesalahan penyokong-penyokongnya, sebagai seorang ketua yang berprinsip, prihatin dan berintegriti. Adalah memalukan bagi seorang yang telah menerima beberapa anugerah kemanusiaan dari barat untuk bersikap lepas tangan, malah enggan terlibat langsung dalam menangani kesan sampingan perbuatannya!

Tahukah Ambiga bahawa seorang Ketua yang baik, akan mempertahankan orang bawahannya dan akan memikul kesalahan mereka sebagai kesalahan sendiri apabila berhadapan dengan masalah? Jika ini pun Ambiga tidak tahu, maka sesuai sangatlah China Press menyamatarafkan beliau dengan pencuri besi penutup longkang!:- Beruang Biru

Himpunan Jutaan Belia 2012 Terima Kunjungan Hormat dari 42 Wakil Luar Negara


Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung bermula semalam turut mendapat perhatian rakan-rakan dari Negara Luar.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim, setakat ini seramai 43 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Malaysia telah mengesahkan akan turut hadir meninjau sendiri kemeriahan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara.

Malah satu sessi tinjauan mesra akan diadakan pada 25 Mei ini bermula jam 4 petang.

"Saya akan memastikan mereka kagum dengan penganjuran acara ini... Mereka boleh menyertai sambutan Hari Belia Negara pada tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Susu Sedunia Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia di sini.

Beberapa Negara yang bakal menyertai sessi tinjauan mesra tersebut yang diantaranya termasuklah dari Negara Perancis, China, Cuba, Argentina, Jepun, China, Kemboja, Brunei, Indonesia, Algeria dan Bangladesh.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mensasarkan Festival Jazz Belia Sedunia bakal menjadi salah satu acara yang mendapat liputan antarabangsa dan dijangka bakal mencipta satu rekod yang mampu membanggakan segenap masyarakat global.

Festival Jazz Belia Sedunia dijadual akan diadakan di Dataran Gemilang di sini yang membariskan beberapa penggiat seni jazz yang dikenali termasuklah Dino Fiumara Trio (AS), Lektron (Jerman), Cats In Love (Malaysia), Diana Liu (Malaysia), Morning Smile (Indonesia), 57Kustik (Indonesia), Benjamin Trio (Singapura) dan Dhruv Band (India).

HIMPUNAN JUTAAN BELIA, JOM KITA GEGAR PUTRAJAYA

Nik Aziz, Hadi Awang ... Cuba PERANGKAP UMNO Dengan Muzakarah - Najib


Strategi politik apa pula digunakan Nik Aziz kali ini ... Dalam suatu masa boleh bertukar fikiran seperti sesumpah.

Dan jika sekiranya muzakarah ini tetap juga Nik Aziz mahu pertahankan, kononnya demi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

Mudah sebenarnya strategi politik PAS ini ...

Unjuran muzakarah hanya mahu menunjukkan PAS sebagai sebuah 'parti yang terbuka' untuk meyakinkan chauvinist Cina dalam DAP, UMNO bakal terperangkap dalam mainan politik yang bakal merosakkan imej UMNO.

Jika sekiranya UMNO menerima unjuran muzakarah ini, strategi PAS dikira berjaya kerana telah menelanjangkan UMNO sebagai parti 'racist'.

Perlu diingat, UMNO telah sekian lama merekodkan sejarah muhibahnya dengan kaum lain terutama orang Cina dan India di negara ini. Kerana itulah tertubuhnya Perikatan dan Barisan Nasional yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC sebagai parti teras untuk masyarakat Melayu, Cina dan India.

Rakyat semakin lupa kepada 'kontrak sosial' yang telah dipelopori oleh UMNO, MCA dan MIC dalam mencari suatu penyelesaian muktamad dan kestabilan politik diantara semua kaum di Malaysia.

Muzakarah ini bakal dijadikan 'senjata' DAP dalam menunjukkan betapa UMNO cukup 'racist' dan mementingkan orang Melayu sahaja tanpa memikirkan kaum-kaum yang lain.

PAS sebenarnya bertindak sebagai 'pemangkin' untuk pembangkang mencetuskan satu lasi isu sebelum pilihanraya umum ... UMNO sebagai parti yang berdasarkan dan berlandaskan perkauman, orang Melayu semata-mata. Sleanjutnya Di GWM

ANWAR MAINKAN LAGI SANDIWARA KONSPIRASI POLITIK


Sekali lagi pihak pembangkang melontar tuduhan terhadap kerajaan bahawa tindakan mendakwa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali berhubung himpunan Bersih 3.0 motifkan politik.

Rakyat Malaysia sudah muak dengan alasan yang diberikan Anwar setiap kali pendakwaan mahkamah dilakukan terhadapnya.

Pemecatan beliau oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dikatakan 'konspirasi politik peringkat tertinggi'.

Begitu juga dakwaan liwat, pertama kali 14 tahun lalu dan kali kedua pada 2008, juga dianggap 'konspirasi' untuk menyekat impian Anwar ke Putrajaya.

Malah bagi mengguatkan lagi hujah mereka, maka diseret pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa seperti Human Rights Watch untuk membuat menyokong Bersih 3.0 serta menghentam kerajaan.

Begitulah sifat dan perangai pimpinan pembangkang terutamanya Anwar dan kuncu-kuncunya yang sentiasa bergantung atas sokongan NGO dari Amerika Syarikat mahupun Eropah untuk mengabsahkan segala tindak tanduk politik mereka, walaupun perbuatan itu secara terang melanggar undang-undang negara ini.

Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya mahu dilihat bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja untuk menentang kerajaan tanpa apa-apa sekatan perundangan.

Ini termasuklah mengadakan siri ceramah tanpa permit sesuka hati mereka di seluruh negara serta menganjurkan perhimpunan yang berakhir dengan rusuhan.

Di dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, bukan sahaja ramai peserta, malah petugas media serta anggota polis yng menjalankan tugas mereka turut tercedera.

Ini semuanya angkara Anwar yang dilihat di dalam paparan video memberi arahan supaya peserta merempuh halangan untuk menceroboh Dataran Merdeka yang sudahpun diisytiharkan sebagai zon larangan.

Begitu juga penganjur utamanya, Ambiga Sreenevasen seorang peguam kanan yang sepatutnya arif mengenai undang-undang tetapi bertindak lebih sebagai pemimpin pembangkang.

Pembangkang berfikir mereka bebas dari segala dosa dan kesalahan, justeru itu juga bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang tindakan undang-undang.

Malah mereka memperlecehkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diluluskan untuk menangani antara lain penganjuran serta protes jalanan seperti Bersih 3.0.

Tindakan kerajaan mendakwa Anwar, Azmin dan lain-lain pemimpin pembangkang dalam isu ini patut dipuji dan dihargai.

Ia menunjukkan dalam hal menjaga keselamatan awam dan negara, kerajaan bersikap tegas dan tidak memilih bulu.

Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, tidak kira apa kedudukan mereka dalam masyarakat, hatta Ketua Pembangkang sekali, tidak bebas melakukan perkara yang menodai kesucian perundangan negara.

Samada Anwar dan Azmin bersalah atau tidak, terpulang kepada kebijaksanaan mahkamah menentukan berdasarkan hujah dan bukti sediada.

Bak kata pepatah Melayu, siapa yang termakan cili, dialah yang merasa pedasnya atau dalam lingo anak-anak muda, 'sendiri buat sendiri tanggung. :- Beruang Biru

Punca Kes Liwat Anwar Tertunda Lebih 60 Kali Terjawab


Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini, iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat. 

Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia?  Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata. 

Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu.  Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.  Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan. 

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi ‘tepukan berdiri’, tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan. 

Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah ‘suka-sama-suka’, mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras. 

Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan. 

Namun, ini tidak berlaku.  Rayuan juga tidak berlaku.  Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.  Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam ‘inner-circle’nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya.   Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan. 

Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.

Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.   Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini. 

Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.   Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah. 

Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof?  Hampir tiada.  Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali.   Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat ‘bonus tambahan’ iaitu dari segi keuntungan politik. 

Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar.  Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian. 

Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia. 

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga.  Jika ada pun yang lebih ‘tinggi’ dari undang-undang, ia adalah wang!

Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0. 

Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih. 

Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.:-Beruang Biru

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive