Himpunan 12 Januari untuk Halalkan Penzinaan Anwar-Shamsidar


12 Januari ini merupakan tarikh penting bagi Pakatan Rakyat di mana mereka akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia menjelang pilihanraya ke-13. Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang semakin malap.

Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu lagi perhimpunan yang juga dianjurkan oleh pembangkang. Himpunan ini dinamakan Himpunan Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim. Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah. Apa yang membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu Azmin.

Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa. Selama itu juga, tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk membersihkan nama Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama Anwar dan juga Azmin.

Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar, yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.

Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang menyiarkannya. Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya - termasuklah Shamsidar. Terlambat menyedari yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai saksi. Namun, permohonan Anwar gagal.

Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.

Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?

Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.

Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?

Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.

Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda. Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka.

Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain. Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam.

Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri….

7 comments:

Anonymous said...

Bukan setakat berhimpun nak halang perbicaraan skandal Anwar-Samsidar tapi nak sambut kejayaan mengkaldaikan PAS yang menggadaikan kalimah Allah...nauzubillah.

Anonymous said...

Khinzir2 DAP nak masuk kandang sabtu ni...hahaha

Anonymous said...

Berok2 Pas terpaksa di import dr Kelantan

Anonymous said...

Dengor kabo, beruk2 PAS impot dari Klate dibagi upah pisang sebijik seekor, betul ke?

Anonymous said...

pelik... sepatutnye sokong agar shamsidar ni ke mahkamah bagi membuktikan dia tak bersalah dan bersih suci tapi kenapa puak2 ni sanggup buat perhimpunan utk menghalang shamsidar ke mahkamah... kenapa takut terbongkar ke..???

secara tak langsung perbuatan mereka ini telah membuktikan kebenaran apa yg berlaku sbb tu sanggup mempertahankan mereka2 yg terbabit kemahkamah.. mereka2 ini akui perkara terkutuk berlaku tetapi mereka tutupkan mata

Anonymous said...

nak buat macamana....dap sekarang dah bela lembu ,12 jan mereka biarkan lembu2 itu berkeliaran sekitar kl......diharap pihak verterinar sumpit lembu2 tersebut untuk dihantar kekandang

Anonymous said...

Sedap betul kumpul dosa kat sini

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive