DAP Penipu...!!!


Kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap tidak jujur ketika membuat tawaran kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri berhubung pembelian tanah di Taman Manggis, di sini.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, pihaknya terkejut apabila mendapati ketika tawaran berkenaan dibuat, kerajaan negeri sebenarnya telah menerima bayaran penuh daripada pemaju swasta untuk membeli lot tapak projek perumahan rakyat (PPR) seluas 0.45 hektar di Jalan Zainal Abidin itu.

"Mereka bersikap tidak jujur. Bagaimana mereka boleh beri tawaran kepada Pemuda BN sedangkan pada masa sama telah menerima bayaran penuh daripada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) dan perkara itu tidak dinafikan oleh kerajaan negeri.

"Lebih buruk lagi apabila kerajaan negeri turut menerima bayaran pendahuluan daripada Pemuda BN," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan Deepavali kepada 200 orang penerima di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi PPP negeri, Datuk Dr. Loga Balan Mohan.

Pada 4 September lalu, Pemuda BN negeri menerima surat tawaran daripada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik untuk membeli tanah seluas 0.45 hektar di Jalan Zainal Abidin itu dengan harga jualan RM450 sekaki persegi.

Tawaran tersebut kemudiannya disahut Pemuda BN negeri bagi menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan pemaju swasta dengan bayaran wang pendahuluan satu peratus iaitu sebanyak RM224,073 secara tunai pada 3 Oktober lalu.

Namun, Guan Eng memberi tempoh 30 hari untuk menyelesaikan bayaran baki penuh yang dianggap Pemuda BN negeri sebagai syarat tidak munasabah.

Wang sebanyak RM22,183,227 untuk baki bayaran pembelian tanah berkenaan akhirnya berjaya dikumpulkan dalam tempoh ditetapkan.

Terbaru, Pemuda BN negeri mendedahkan bahawa pemeriksaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati tanah itu telah dicagarkan oleh KLIDC kepada sebuah bank.

Mengulas lanjut, Chang Yeow berkata, pihaknya tidak gentar untuk terus berdepan dengan kerajaan negeri berhubung isu berkenaan.

"Mereka kata ada maklumat mengenai kami tapi di sini saya ingin jelaskan bahawa BN juga mempunyai maklumat tentang apa yang mereka lakukan," katanya. Utusan

1 comments:

Man driver said...

dap ni parti penipu dah dekat dgn yahudi

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive