Pakatan Rakyat Selangor Terdesak...!!!!


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendedahkan wujud tindakan sabotaj dan tidak bertanggungjawab oleh pembangkang khususnya PKR di Selayang apabila didapati mengedarkan boring BR1M 2.0 yang dilampirkan bersama flyers PKR yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat serta mempunyai agenda lain.

Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, PKR telah mengambil kesempatan dengan mengedarkan borang BR1M ini bersama-sama denga risalah maklumat dari kerajaan negeri, satu perkara yang kita nampak mahu mensabotaj BR1M ini kerana mahu mengumpulkan boring-borang yang siap diisi oleh pemohon.

“Perkara ini telah berlaku sebelum ini, dan borang yang dikembalikan hilang di tengah jalan. Kita tak tahu ke mana pergi borang ini (borang yang dihantar kepada pihak PKR). Ini merupakan satu unsur sabotaj dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat kononnya mereka yang membantu rakyat dengan memainkan peranan PKR membuat gerakan mengedarkan borang ini (dengan kepala surat PKR Selayang), ke seluruh pangsapuri-pangsapuri di Selangor.

Kita nak maklumkan kepada rakyat agar jangan tertipu, kerana borang BR1M ini boleh didapati di tempat yang betul, dan pulangkan semula ke tempat yang betul. Hari ini, gerakan telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda, pejabat wakil-wakil Rakyat BN, bukannya melalui PKR.

“Kerajaan Pusat tidak pernah melantik mana-mana agen dari PKR untuk mengedarkan borang BR1M ini. Kekhuatiran kita adalah bila borang ini dipulangkan kepada PKR, mereka boleh sahaja mensabotaj dan membuat berbagai-bagai perkara lagi, namun dalam masa yang sama mereka cuba mengagalkan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat melalui BR1M ini.

Ini perbuatan terdesak PKR untuk mengekalkan kuasa sehingga terpaksa mengangkat BR1M ini sebagai elemen-elemen untuk membolehkan mereka mendapat sokongan kembali,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang.

Sehubungan dengan itu, Sohaimi mengajak pemimpin dan ahli-ahli PKR untuk menyertai Barisan Nasional memandangkan usaha ini mereka ini juga secara tidak langsung membuktikan apa yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui BR1M ini merupakan satu usaha yang baik untuk rakyat.

“Kini mereka mengakui BR1M ini adalah satu daya tarikan kepada baik, satu contoh pemberian terus kepada rakyat yang layak. Kita minta pihak PKR menghentikan usaha jahat mereka ini, atau mereka boleh masuk BN jika mereka mengakui BR1M merupakan satu perkara baik untuk rakyat” ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS). Sahabat Gunung

5 comments:

Anonymous said...

aku anak selayang. cuma jadi pemerhati dan tahu serba sedikit mengenai politik di selayang yg membabitkan kedua2 pihak baik BN dan PR. aku akan mengundi kali kedua. kali pertama kedua2 kerta undi aku utk PR kerana zaman pemerintahan pak lah yg menjengkelkan anak muda seperti aku.

kali ini kecenderungan kertas undi aku mungkin ke BN. tetapi masih ada kemungkinan kekal milik PR kerana antara kiteria calon memainkan peranan. tapi bukan itu yg perlu ku ceritakan. aku cuma berminat menceritakan perihal watak hero dlm posting ini iaitu dato sohaiami sahadan. aku cukup rapat dgn rangkaian exco2 pergerakan pemuda di bawah pimpinan beliau. dlm gambar di atas ada penolong setiausaha pergerakan dan seorang exco lantikan. mana 17 exco2nya yg lain?

bukan satu rahsia lagi dato sohaimi mungkin nampak gagah di media tetapi pimpinan pergerakan beliau di selayang hancur. persoalannya mengapa? beliau sedar dan tahu perkara ini. difahamkan jika dibuat usul undi tidak percaya terhadap beliau di kalangan 15 exco2nya yg menang jawatan itu, 3/4 pasti tidak akan menyokong beliau.

bercerita tentang borang brim yg mungkin hilang di tgh jln mengimbau cerita yg sama mengenai beliau ketika berkempen bertanding menjadi ketua pemuda. selaku pegawai khas dato seri noh omar selaku menteri pembangunan usahawan di mana agensi seperti MARA di bawah kementerian ketika itu, dato sohaimi ketika itu membawa segala borang seperti tekun, permit teksi dan sebagainya menjadi bahan kempen beliau. akhirnya ramai perwakilan pemuda di selayang ini yg telah mengisi borang berkenaan sehingga ke hari ini tertanya2 status borang mereka.

jadi, jika inilah hero baru UMNO yg ingin diketengahkan dlm PRU akan datang di Selayang, nampaknya kertas undi saya mungkin masih kekal milik PR.

seperkara lagi yg saya dengar, di kalangan org2 umno sendiri meragui kekayaan sekelip mata beliau.

Wak Labu Farm said...

Syabas Anony 10:45am

Inilah komen yang Wak ter tunggu2 dari pehak yang duduk di atas pagar.

Wak memang tak heran dengan ape yang anda komen kan tu. Ape boleh buat, UMNO dah memang nye begitu, tu sebab Wak dah TUKAR!!!!

Anonymous said...

anon 10:45am takut tukar x dpt yg lama balik.mana kau nak duduk wak apabila dap dah dpt msia.

Anonymous said...

Brapa kerusi DAP bertanding PRU sampai boleh kawal Malaysia. Lu pandai ke tak dlm politik ni bro? Cerdik2 la sikit dan buat sikit kajian, jgn terima bulat2 cakap2 org yg mahu kekalkan kuasa dan kekalkan pengerusi GLC yg menjanjikan elaun puluhan ribu tu.. kita dpt apa?

Anonymous said...

dalam politik memang kena cerdik,jangan pandai tapi kena jual.kita kena ingat juga jangan terima bulat-bulat orang yg nak berkuasa dan menjadi pengerusi GLC elaun puluhan ribu-------kita apa dapat?

dimalaysia menang 112 kerusiPARLIMAN sudah boleh membentuk kerajaan. jika DAP DAPAT 60 KERUSI DARI 80 YG DITANDINGI HANYA 61 KERUSI SAJA UTK PKR DAN PAS, CONTOHNYA SEKARANG DALAM PEMBANGKANG PARTI APAKAH YG MEMPUNYAI KERUSI TERBANYAK KALAU BUKAN DAP?

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive