Apa motif Marina Mahathir sertai himpunan bersama penganut Kristian?

Umum mengetahui siapa Marina Mahathir, salah seorang daripada individu yang memperjuangkan LGBT dan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah seorang daripada yang berkait rapat dengan pergerakan Islam Liberal, Sister in Islam(SIS).

Apa motif beliau bersama sama individu lain menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang semalam? Apakah beliau mahu mencetuskan satu lagi kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan JAIS.

Sebagai seorang Muslim beliau sepatutnya berada bersama sama Muslimin dan Muslimat lain dalam mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh kristian. Yang mana pengarang penerbitan the herald, lawrence Andrew dengan angkuh membuat kenyataan menegaskan orang kristian akan terus menggunakan kalimah Allah. Kenyataan tersebut ternyata telah memperlekehkan titah KDYMM Sultan Selangor serta keputusan Mahkamah.

Sebagai seorang Muslim dan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang banyak memperjuangkan Islam dan membela nasib bangsa, tindakan beliau itu telah menimbulkan seribu satu persoalan pada rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam. Dimana letak akidah beliau dan adakah beliau bersetuju dengan pengunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Wira Perkasa Malaysia dengan sekeras kerasnya mengutuk tindakan Marina Mahathir itu.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Harussani : Pertemuan Saya Dengan PAS Berakhir Pertengkaran.

Sememangnya PAS hanya mahu menegakkan politik daripada mahu menegakkan islam...Al-quran tidak lagi menjadi pegangan oleh pengikut parti bulan itu.

Kiblat mereka haya kepada DAP imam mereka adalah Lim Kit Siang dan anaknya Khalifah Lim Kit Siang.

Mereka sanggup menegakkan apa yang salah sehinggakan boleh bertengkar dengan mufti yang berbicara berlandaskan Al-quran.

Mana Telur Kita?


SAMPAI bila mahu Islam dihina oleh musuh-musuh
Islam yang kita kenali? Mana ‘telur’ kita? Apakah kita sudah tidak ada ‘telur’ lagi disebabkan oleh kepentingan politik menutupi segala-galanya?

Jika ahli politik sudah tidak ada ‘telur’, mohon Raja-Raja Melayu masuk campur tangan. Jika tidak, kita akan menyesal kemudian hari. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang.

Kita terus melukut di tepi gantang. Umno dan Pas sudah tidak boleh diharap. PKR kita tolak ke tepi. Tidak ada menteri yang bercakap atau bangun mempertahankan soal penghinaan terhadap korban atau sembelihan di sekolah.

Banyak lagi isu lain yang menyentuh sensitiviti agama Islam yang jelas-jelas termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan, dihina dan dikeji? Apa kita buat? Kenapa kita begitu dayus? Kita terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris.

Apakah memang benar sembelihan korban dan mempertahankan kalimah ALLAH itu satu kesalahan? Katakan! Jangan membisu seribu bahasa. Berdosa. Sekadar ahli parlimen bercakap, masih tidak kuat. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya YB Shahbudin Yahya, MP Tasek Gelugor.

Saya pelik, dekat pilihan raya sahaja sama ada umum (PRU) atau kecil (PRK), kita menjadi kecut. Kita tidak berani memberi komen penghinaan yang dilakukan. Malah kita beri apa yang mereka minta sebanyak-banyak. Nak kata mereka mengundi kita, tidak juga.

Saya amat bimbang dengan desakan cuti dua hari untuk perayaan minoriti diluluskan, sedangkan perayaan besar agama Persekutuan seperti Hari Raya Korban hanya diberikan satu hari sahaja.

Bayangkan selepas ini, bangsa-bangsa minoriti Peribumi Sabah Sarawak, yang mana mereka lebih berhak, turut menuntut cuti dan cuti tambahan hari kebesaran dan perayaan mereka. Maka berpestalah kita dengan cuti sepanjang tahun.

Ingatan saya, jangan jadi seperti bangsa Maori di New Zealand. Peribumi Maori merempat di tanah air sendiri bila orang lain menguasai. Penting sangatlah kerusi Dun Sungai Limau sehingga kita sanggup serahkan segalanya.

Jika Umno tidak memenangi Dun Sungai Limau pun, Umno masih memerintah Kedah. Tetapi jangan tawarkan bulan dan bintang. Sakit hati melihatnya. Saya tidak bantah peruntukan lebih RM2 juta diberikan kepada SJKC di Sungai Limau.

Begitu juga dengan Pas. Jangan kerana marahkan Umno dan kini sudah tidur sebilik dengan DAP dan PKR, kita turut menjadi penakut. Bersuaralah. Ini tidak, sikit sangat suaranya dalam isu sembelihan korban dan isu yang menyentuh maruah Islam. Isu kalimah ALLAH, janganlah cerita.

Kepemimpinan pusat tidak membantah apa-apa, kecuali Harun Taib dan Harun Din. Kedua-dua Harun ini memang hebat dan sepatutnya memimpin Pas, bukan yang lain. Ingatan kepada Pas dan Umno, jangan kerana dendam dan sudah mendapat kawan baharu, kita menjadi dayus seolah-olah tidak ada ‘telur’.

Rakyat sudah bosan dengan permainan kedua-dua parti politik Melayu ini. Saya setuju dengan cadangan sudah sampai masa sebuah parti politik ditubuhkan menggantikan Umno dan Pas sebagai alternatif kepada umat Islam, yang sedang hangat diperkatakan dalam laman sosial seperti facebook hari ini.

Apa perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan kepemimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak Islam (Melayu). Antaranya adalah Isma, Perkasa, Jati, Muafakat, Macma, ACCIN dan lain-lain lagi.

Saya harap ia boleh jadi suatu realiti. Kepemimpinan hari ini perlu ingat, kemenangan PRU13 sebelum ini adalah kerja keras semua NGO ini. Mereka bertungkus-lumus memastikan Pakatan Rakyat yang ditunjangi DAP dan PKR tidak memerintah.

Jika Pas memerintah, masih sedap hati ini. Ini tidak, Pas hanya berjaya mempertahankan Kelantan. Negeri lain, Pas seolah-olah melukut di tepi gantang. DAP dan PKR tidak mempercayai Pas.

Saya sudah lama menyarankan Umno dan Pas berbincang demi masa depan Islam, tetapi Pas menolak mentah-mentah. Hujahnya mudah, Umno tidak mahu Islam. Pas sanggup bersekongkolkan penentang Islam daripada orang Islam sendiri.

Jika begitulah keadaannya, semua parti politik Islam Melayu sudah tidak ada ‘telur’, maka sudah sampai masanya sebuah parti Islam yang berani mempertahankan Islam (Melayu) ditubuhkan. Marilah sama-sama kita merealisasikannya. Kita perlukan parti politik yang benar-benar ada ‘telur’. SINAR

Tun Mahathir - Golongan Ekstrimis Tidak Perlu Dilayan.


Kerajaan tidak harus melayan sebarang tuntutan yang disuarakan kumpulan yang disifatkan sebagai ekstrimis di negara ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan harus memahami pemikiran kumpulan sederhana dan menyakinkan mereka untuk bekerja bersama-sama bagi mengalakkan kestabilan dalam negara.

"Melayan permintaan esktremis akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan membahayakan pertumbuhan negara", katanya ketika berucap pada Siri 17 Wacana Perdana bertajuk 'Trend Politik Semasa dan Kesan terhadap Hala Tuju Ekonomi dan Sosial di Malaysia' di sini petang semalam.

Wacana itu yang dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana, Tan Sri Azman Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Tan Sri Dr Michael Yeo dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau menegaskan, persepsi bahawa kerajaan adalah 'lemah' kerana gagal mendapatkan mandat besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas, telah menyebabkan unsur-unsur ekstremis daripada pembangkang membuat pelbagai tuntutan.

"Jika anda fikir kumpulan ekstremis akan mengucapkan 'terima kasih' kepada kerajaan dan memberi sokongan mereka selepas tuntutan mereka dipenuhi...maka anda silap," kata perdana menteri keempat negara selama 22 tahun itu.

"Saya berharap kumpulan sederhana akan kekal dalam negara dan berani membuat pilihan. Bukan demi kepentingan sendiri tetapi untuk kebaikan negara, politik dan masyarakat," katanya.

Dr. Mahathir juga menggesa golongan majoriti sederhana supaya mempunyai keberanian untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai situasi politik semasa sambil menjelaskan bahawa kerajaan perlu memberi lebih tumpuan kepada majoriti senyap. Rakyat News.

Isu Kalimah Allah:  Jangan Terhasut Dengan Mainan Politik


Nampaknya, isu Kalimah Allah telah dipolitikkan sepenuhnya oleh beberapa pihak.   Nama ‘Allah’ yang merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa kini dituntut untuk digunapakai sebagai nama Tuhan bagi agama Kristian
iaitu salah satu entiti dalam konsep trinity.

Selama ini, entiti tersebut dirujuk sebagai ‘Father’ atau ‘Lord’ tanpa
nama yang jelas dan ia tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah kepada
mana-mana masyarakat Kristian di dunia.

Hanya akhir-akhir ini sahaja, dan hanya di Malaysia sahaja, segolongan penganut Kristian menjadikan nama ‘Allah’ sebagai isu besar.  Mereka ini sanggup membawa isu ini ke mahkamah apabila kerajaan Malaysia mengharamkan The Herald dari diedarkan kerana telah menterjemahkan ‘Father’ kepada ‘Allah’.

Mereka berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ bukanlah nama khas tetapi perkataan Arab yang merujuk kepada Tuhan secara umum.  Bagaimanapun, di negara-negara Arab sendiri, penganut Kristian tidak selesa
menggunakan ‘Allah’ sebagai merujuk kepada Tuhan mereka kerana bimbang kekeliruan dan kemungkinan ‘terpesong akidah’ sehingga menjadi Islam.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia di mana umat Islam yang merasa bimbang sekiranya penggunaan nama ‘Allah’ di dalam risalah Kristian akan mengelirukan anak-anak mereka sehingga menjadi murtad.

Kebimbangan ini adalah berasaskan usaha giat dari kalangan pendakwah
Kristian untuk memurtadkan umat Islam kebelakangan ini.

Justeru, kerajaan telah mengambil langkah wajar bagi mengekang kebimbangan umat Islam dengan menghalang pengedaran The Herald.

Malangnya, beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah mempolitikkan isu ini sebagai isu ketidak-adilan dalam konteks kebebasan beragama.  Kononnya, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang berat sebelah, silap, mundur dan kononnya umat Islam di
negara ini mengalami ketakutan yang tidak berasas.

Mereka jugaberhujah bahawa Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan terjemahan ‘Allah’ sebagai Tuhan dan ia tidak menimbulkan masalah.

Hakikatnya, isu ini adalah terhad ke atas The Herald sahaja dan keputusan mahkamah yang menyebelahi umat Islam itu adalah berdasarkan
kes tersebut semata-mata tanpa melibatkan mana-mana gereja atau majlis terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Dalam kata lain, ia bukan satu isu pun kerana yang menjadi subjek di sini hanyalah The Herald, dan bukan amalan Kristian secara keseluruhan.

Oleh itu, kita melihat tindakan pihak yang membela The Herald adalah keterlaluan, terkeluar dari batasan dan berniat jahat.

Kita percaya, Kristian juga menuntut penganutnya agar patuh pada undang-undang dan tidak membuat kekacauan. Malangnya, apa yang berlaku memperlihatkan seolah-olah terdapat usaha untuk mencabar mahkamah dan tidak menghormati undang-undang oleh pihak pembela The
Herald.  Keadaan ini mampu mencetuskan kekacauan.

Apa yang lebih penting lagi ialah, tidak semua penganut Kristian bersetuju untuk menggunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan mereka.

Malah, sehingga kini, tiada lagi gereja yang memuji-muji ‘Allah’ dalam ‘khutbahnya’. Nama ‘Allah’ tidak pernah diamalkan dalam perbualan
mahupun ceramah agama Kristian. Maka, kenapa The Herald perlu berdegil untuk menggunakannya sedangkan tindakan itu jelas mencetuskan permusuhan?

Bukankah lebih baik memilih perdamaian?  Apakah dengan tidak menggunakan nama ‘Allah’ dalam The Herald maka penganut Kristian akan berdosa?  Atau akidah mereka terjejas?  Atau doa mereka tidak makbul lagi?

Dalam kata lain, sebelum berhujah tentang kenapa umat Islam tidak harus menghalang The Herald menggunakan nama ‘Allah’, bukankah lebih baik senaraikan dahulu sebab musabab kenapa The Herald perlu, wajib,
harus, mesti menggunakan kalimah tersebut? Apakah yang akan dapat dicapai melaluinya dan apakah yang tidak akan dapat tercapai tanpanya?

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive