Showing posts with label PEGUAM. Show all posts
Showing posts with label PEGUAM. Show all posts

Adakah Yusof bersubahat dengan Anwar?


Hampir semua orang terkejut semasa perbicaraan Anwar mengenai isu Bersih pagi ini. Semua kerana kehadiran seorang peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas Peguamcara Malaysia, 2, yang juga mengetuai barisan pendakwa raya dalam kes perbicaraan kes liwat Anwar terhadap Saiful Bukhari.

Keadaan hari ini mengingatkan kembali seperti Mahathir berpegangan tangan dengan Anwar, sehari selepas beliau dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Yusof secara rasminya meletak jawatan sebagai Peguamcara 2 beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan daripada pertuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari 9, 2012.

Ramai tertanya-tanya bagaimana Anwar boleh memenangi perbicaraan kes liwatnya itu, ini adalah kerana Hakim membuat kesilapan dalam penghakiman beliau, dan tindakan Yusof dalam hal ini telah menyebabkan keraguan terhadap pendakwaan dan mungkin Yusof telah memainkan peranan yang penting dalam pembebasan Anwar.

Bagaimana dan betapa besar peranan Yusof itu tidak diketahui. Tetapi ada semua orang mahu Yusuf  menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Yusuf pendakwa bukan seorang peguam cara, dan entah bagaimana peguam hari ini dikelilingi dengan isu-isu kredibiliti dan integriti.

Sekarang baru kita dapat mengetahui mengapa kes Anwar selalu ditangguhkan begitu lama tanpa apa-apa bantahan dari pendakwa. Kini kita boleh menilai mengapa terdapat pelbagai kesilapan bodoh yang dibuat dalam menolak  albai-albai dan saksi-saksi yang mereka telah dibawa ke mahkamah oleh Karpal Singh,

Perkara yang sama dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif sebagai sebahagian daripada pendakwa walaupun mereka tahu bahawa dia mempunyai 'isu' dengan Saiful Bukhari. Perkara sebenar di sebalik 'isu' ini tidak penting, perkara yang penting dalam perkara ini ialah kegagalan dalam memahami masalah yang telah menyebabkan kes itu hampir dilupuskan oleh mahkamah.

Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam perkara ini?  mungkin Yusof, kerana sebagai pemimpin pendakwaan, beliau bertanggungjawab dalam memilih Timbalan pendakwa kanan awam yang benar-benar dapat membantu beliau untuk mengendalikan kes itu.

Pasti semua kegagalan kes liwat Siful ini ada yang telah memainkan peranan yang penting untuk membuat Hakim  mengeluar keputusan untuk melepaskan Anwar dari kes Saiful.

Yusof tidak perlu untuk menjelaskan apa-apa kepada media (terutamanya pro-pembangkang) seperti apa yang dia lakukan tadi. Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana semasa beliau bekerja di Pejabat Peguam Negara (JPN), beliau telah dibayar oleh wang rakyat.

Ini bukan perkara kecil, ini adalah perkara serius yang melibatkan integriti JPN sebagai organisasi yang mempunyai kuasa penuh dalam menentukan sama ada kes-kes tertentu yang layak untuk dibicarakan atau tidak. Perkara yang sama pergi ke sama ada rayuan boleh dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.

Kita bimbang rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang mungkin telah terlibat dalam perkara itu. Jika ia adalah benar bahawa Yusof telah 'dibeli' apabila beliau mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan garis baru pendakwa.

Peguam Malaysia Bacul...!!!!


Buat kesekian kalinya, Majlis Peguam menyerlahkan siapa sebenarnya mereka, iaitu salah satu dari beberapa badan atau pertubuhan yang merupakan rangkaian dari parti pembangkang.  

Badan atau pertubuhan rangkaian dari parti pembangkang boleh dilihat dalam berbagai bentuk, antaranya BERSIH, Kumpulan Hijau dan bermacam-macam lagi yang memakai nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).    Tidak musthail, jika diteliti, ahli-ahli kesemua kumpulan ini hampir semuanya adalah orang yang sama dan juga mempunyai modus operandi yang sama iaitu cuba membuat huru-hara melalui demonstrasi atau provokasi.

Inilah yang terjadi dalam BERSIH 3.0 di mana BERSIH membuat demonstrasi sementara Majlis Peguam membuat provokasi.

Sebagai peguam, ahli-ahli mereka pastinya cukup bijak memutarbelit dan memanipulasi fakta.    Dan inilah yang mereka lakukan selama ini demi untuk mencapai matlamat ‘merombak’ Malaysia mengikut acuan yang mereka inginkan.   ‘Bentuk’ Malaysia yang mereka inginkan boleh dilihat dalam isu-isu yang diperjuangkan mereka.  Antaranya, hak LGBT dan juga hak untuk murtad, yang mana dianggap mereka sebagai hak asasi dan keadilan bagi manusia sejagat.

Bagaimanapun, bagi mencapai matlamat ini di Malaysia, agama Islam, Melayu dan Raja-raja menjadi penghalang utama dan kerana itu perlu dihapuskan, sama ada melalui pilihanraya yang mana peluang mereka adalah agak tipis, atau melalui jalanraya, atau apa saja.

Maka tidak hairanlah Majlis Peguam menjadi rangkaian pembangkang kerana pembangkang, iaitu DAP dan PKR juga berpegang kepada matlamat yang sama.    PAS walaubagaimanapun, tidak faham dan tidak tahu apa-apa dan hanya menurut saja asalkan ada peluang untuk ke Putrajaya.

Apabila BERSIH 3.0 gagal, dan menjadi senjata makan tuan kepada pembangkang, maka Majlis Peguam pantas membela sekutu mereka bagi memastikan matlamat untuk memburukkan Malaysia tercapai.    Dengan itu, mereka telah bertindak menutup mata dan telinga tentang hakikat bahawa BERSIH 3.0 telah melanggar undang-undang sejak dari mula lagi apabila tidak menunaikan janji untuk ‘Duduk dan Bantah’ dengan aman.

BERSIH 3.0 juga melanggar undang-undang dengan mengingkari arahan polis untuk bersurai.

Dan kemuncaknya BERSIH 3.0 telah melanggar perintah mahkamah bahawa Dataran Merdeka adalah haram bagi mereka.

Undang-undang dan mahkamah adalah dua perkara yang seharusnya diangkat bagaikan ‘berdaulat’ bagi para peguam.  Malah, dalam perbicaraan, sekiranya pihak pendakwa memperolehi bukti secara tidak sah, walaupun bukti tersebut jelas merujuk kepada pesalah, peguam akan berhujah agar pesalah wajib dibebaskan dari tuduhan.  Begitulah tingginya kedudukan undang-undang dan mahkamah bagi para peguam sehinggakan ia mengatasi keadilan itu sendiri.

Namun, dalam isu BERSIH 3.0, Majlis Peguam telah berhujah dengan tidak berdasarkan undang-undang mahupun keadilan, tetapi emosi dan sentimen politik semata-mata.

Ini terbukti apabila Majlis Peguam bersikap bacul dengan memanipulasi laporan daripada 78 sukarelawan yang memerhatikan BERSIH 3.0 dari enam penjuru.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh seorang peguam, Ranjit Singh Dhillon melalui rakaman video youtube mempersoalkan kenyataan bercanggah oleh Pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee serta tindakannya menyembunyikan perkara sebenar tentang bagaimana keganasan tercetus dalam BERSIH 3.0.  Menurut laporan tersebut, perusuh telah terlebih dahulu mengganas sebelum polis bertindak balas.

Kata Ranjit, "Undang-undang adalah sesuatu yang khusus. Kita sepatutnya berkhidmat untuk rakyat.
Laporkan apa yang sebenarnya berlaku dan serahkan kepada rakyat untuk menilai,"
Kita bernasib baik, masih ada peguam yang waras dan professional seperti Ranjit dalam negara ini.  Jika tidak, bagaimana negara boleh berfungsi dengan baik apabila peguam-peguam asyik membela pesalah tanpa langsung mengambil kira kebenaran, keadilan, undang-undang mahupun perintah mahkamah.

Tidak tahulah sama ada Majlis Peguam masih mempunyai sedikit maruah untuk merasa malu apabila sikap berat sebelah dan tidak adil mereka terdedah.  Kita harap Majlis Peguam dapat belajar sesuatu dari pendedahan ini iaitu hak asasi manusia itu tetap tertakluk kepada undang-undang.  Justeru, walau apapun kecenderungan politik, prinsip hidup atau kepercayaan agama, setiap seorang rakyat termasuk juga para peguam, adalah wajib akur kepada undang-undang.

Bukankah ini perkara paling asas dalam bidang guaman? :- Beruang Biru

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive