Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Masa Depan UMNO.


1. Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua, dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

2. Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

3. Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya. Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya Perdana Menteri. Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan, dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

4. Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam MajlisTertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

5. Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka. Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah. UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.

6. Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanahair tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.

7. Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati. Ramai yang membongkok disekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.

8. Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin ynag sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.

9. Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambilkira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.

10. Malangnya ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200/- pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.

11. Kata pepatah Inggeris “Money is the root of all evil” (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.
12. Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah Negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin Negara ini.

13. Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan Kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah PRU

14. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.

15. Justeru itu kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanahair dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka. Tun Mahathir.

Melayu Di Anjingkan..!!!!


A008

Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Surah

Anwar Ibrahim Mengamok Ceramah Di Gombak..!!!


Rakyat di kawasan Parlimen Gombak sudah muak dengan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan pentas ceramah sirinya menabur janji yang telah terbukti tidak berkemampuan untuk dilaksanakan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain berkata, rakyat di beberapa kawasan Parlimen Gombak tidak mengalu-alukan kehadiran Anwar yang di dakwa beliau bukan sahaja tidak mengotakan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) lalu, malah membuat pertuduhan berbentuk fitnah melampau terhadap kepimpinan Negara.

"Kita tidak mengalu-alukan Anwar Ibrahim datang ke kawasan Gombak ini kerana rata-rata penduduk kawasan ini menolak kehadiran beliau.

"Pertamanya beliau datang ke sini untuk memutarbelit pemikiran rakyat di kawasan Gombak ini. Kedua, ucapannya lebih berkisarkan kepada fitnah berterusan yang akhirnya memburuk-burukkan pemimpin Negara," katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selesai memantau Demontrasi Bantahan Siri Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR di Batu 8 di sini hari ini.

Ceramah tersebut telah diadakan di hadapan lokasi Program yang dianjurkan Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Gombak. Pertembungan ini telah mencetuskan insiden pergaduhan sehingga menyebabkan penyokong kedua-dua parti tercedera yang diantaranya merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Batu 10 Gombak. [ARTIKEL DI SINI]

Beliau juga menegaskan UMNO Gombak tidak menolak apatah lagi menghalang kebebasan mana-mana parti politik untuk melakukan ceramah tanpa sebarang bentuk penipuan dan fitnah terhadap rakyat bagi menutup kelemahan parti masing-masing.

"Kita tidak ada halangan.. Tapi mesti menceritakan hala tuju parti. Bukan dengan cara mencerca dan memfitnah sebagai bahan utama ceramah yang disampaikan kepada rakyat," ujarnya lagi.

Megat Zulkarnain juga yakin sokongan rakyat di kawasan Gombak kembali meningkat dan bakal menawan semula Parlimen dan 3 Dewan Undangan Negeri (Dun) di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Sebelum ini, Setiausaha PAS Selangor Khairul Fahmi Mat Som memberi kenyataan bercanggah dengan mendakwa PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan kesemua kawasan Dun di bawah Parlimen Gombak.

Perhimpunan Agung UMNO 2012 Mengundang Kebimbangan Anwar


Ternyata Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) yang baru beberapa hari selesai bersidang meninggalkan impak dan kesan yang agak menggerunkan ramai pemimpin pembangkang sehingga memaksa mereka tampil mengulas dan bercakap mengenainya.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sendiri nampak gayanya tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya dengan kebangkitan semangat ahli UMNO dan impak positifnya kepada rakyat berikutan perhimpunan parti orang Melayu Islam yang terbesar itu.

Kebiasaannya semasa atau selepas UMNO bersidang di PWTC, pemimpin pakatan pembangkang hanya akan mengulas secara sepintas lalu ataupun hanya mengundang ulasan dari pemimpin pembangkang peringkat bawah sahaja, namun kali ini nampak benar lainnya.

Tampak jelas kebimbangan yang bersarang dalam diri Anwar apabila dalam reaksi segeranya mengulas kejayaan PAU 2012 itu, Anwar menganggap perhimpunan tersebut gagal membincangkan kebajikan rakyat sebaliknya lebih fokus menyerang pakatan pembangkang semata-mata.

Tak cukup dengan tanggapan songsang itu, Anwar putar belit pula teks ucapan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkenaan peristiwa 13 Mei 1969.

Teks ucapan pada para 52 yang disensasikan oleh Anwar dan gerombolan pakatan pembangkang itu tidak sempat dibacakan oleh Shahrizat berikutan kesuntukkan masa antaranya menyebut;-

"Keduanya, dijauhkan Allah, jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu."

Berdasarkan teks di atas, bagi kita yang memahami selok belok peristiwa 13 Mei 1969 kita tahu tragedi berdarah itu bertitik tolak dari kebiadapan penyokong extrimis DAP berarak meraikan kemenangan tipis mereka sambil membawa penyapu untuk menghalau orang Melayu Islam dari Kampung Baru tika itu.

Dalam tempoh genting itu berlaku beberapa pembunuhan ngeri terhadap orang Melayu Islam, diikuti dengan tindakbalas serentak dari orang Melayu Islam sehinggalah keadaan kembali stabil selepas Darurat diisytiharkan.

Teks para 52 itu hanya menyuarakan kebimbangan sahaja, jika parti pembangkang seperti DAP dan PKR tidak berniat untuk menghuru harakan negara sama ada selepas kekalahan atau kemenangan mereka dalam PRU 13 nanti, maka mereka tidak perlu pun melatah.

Tapi melihatkan kempen keganasan yang pernah dilakukan oleh penyokong PR semasa demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta kelakuan biadap pada malam sambutan ambang kemerdekaan yang lalu, usahlah terkedu apabila khalayak umum melihat unsur keganasan dan kebiadapan sudah sinonim dengan PR.

Bimbang benar Anwar apabila segala pekung kejahatan pakatan pembangkang yang diketuainya didedahkan kepada umum, walhal jika segala pendedahan yang dianggapnya sebagai serangan dari UMNO itu hanya retorik sahaja, sebenarnya cukup sekadar pemimpin pembangkang tahap bilis sahaja yang mempertikaikannya.

Apabila Anwar sendiri terpaksa tampil ke depan diikuti dengan Presiden PAS, Hadi Awang turut mengulas sama, maknanya mereka tahu pendedahan yang dibahaskan semasa PAU 2012 itu memberi kesan yang agak besar dalam menelanjangkan kejahilan, kejahatan dan kelemahan pakatan pembangkang.

PAS menzalimi Ahli Sendiri


Ungkapan UMNO Tolak Islam, BN Kejam dan Kerajaan Zalim seolah-olah sudah tersemat kuat di sanubari PAS. Kata-kata ini didendangkan bagai koir, diulang-ulang bagai zikir atau wirid untuk dijadikan makanan rohani juak-juak PAS seharian. Jika umat Islam disarankan mengisi hatinya dengan kalimah Allah SWT dan menghadapi hidup dengan penuh kesyukuran tetapi penganut PAS mengisi hati mereka dengan ungkapan-ungkapan di atas dan menghadapi hidup dengan bersifat kufur terhadap nikmat yang dikecapi.

Kerana percaya bahawa mereka adalah orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi, maka PAS sanggup mendoakan kemusnahan saudara seagama di dalam UMNO dalam solat hajat khas ketika Muktamar PAS baru-baru ini.

Bertitik tolak dari itu, para pemerhati tertanya-tanya, di mana zalimnya UMNO dan di mana sengsaranya PAS? Benarkah UMNO begitu buruk, begitu jahat dan begitu kejam? Apakah tiada satu pun kebaikan yang dilakukan UMNO untuk agama, bangsa dan negara?

Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, "Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya."

Logiknya, sekiranya benar UMNO itu zalim dan langsung tidak pernah berbuat baik, maka tidak mungkin pemimpin PAS lepas bebas selepas mendoakan dan menuduh pemimpin dan parti UMNO dengan seburuk-buruk fitnah.

Justeru, bagi mengelak sebarang kekeliruan, PAS wajib memperjelaskan definisi ‘zalim’ yang dituduh ke atas UMNO itu. Ini kerana dalam dalam Al-Qur'an zalim membawa kepada beberapa makna dan dijelaskan dalam beberapa surah seperti berikut:

Al Baqarah 165 dan Huud 101: orang-orang yang menyembah selain Allah.

Al Maa-idah 47: kerana menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.

Al Kahfi 35: sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.

Al-Anbiyaa' 13: Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemuh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan dihadapkan kepada mereka.

Al 'Ankabuut 46: orang-orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan.

Jelas sekali bahawa Islam mengambil serius tuduhan zalim kerana jika ianya tidak ditafsirkan dengan tepat dan dituduh sewenang-wenangnya maka ia akan menjadi fitnah di mana akhirnya, si penuduh itulah yang sebenarnya yang berlaku zalim.

Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h: “dan kami berkeyakinan wajibnya mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnah”. [al-Ibanah, 1/11].

Jawapan PAS bila ditanya mengenai kezaliman UMNO pula berubah-ubah mengikut sesuka hati yang memberi jawapan. Beberapa ahli PAS di laman sosial mentafsirkan UMNO zalim kerana menolak hudud. Nik Aziz menuduh UMNO zalim kerana menolak Islam. Seorang pensyarah UIA, Dr. Maszlee Malik pula menuduh UMNO zalim kerana menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, menzalimi parti PAS, memfitnah dan menafikan kebebasan akhbar.

Apabila kita bercakap mengenai kezaliman, maka sudah pastilah ada yang melalui kesengsaraan.

Jadi, siapakah yang sengsara di dalam PAS akibat kezaliman UMNO? Jika kerana menolak hudud, maka apakah ada yang teraniaya secara khusus yang berpunca dari tiadanya perlaksanaan hudud di Malaysia?

Alasan Dr. Maszlee untuk membantu PAS menjawab isu ini juga langsung tidak membantu kerana beliau hanya memperkatakan kezaliman secara umum dan kesan secara umum juga iaitu kesukaran yang dihadapi oleh parti PAS, bukan kesengsaraan seseorang atau sekumpulan manusia secara spesifik kerana hakikatnya tiada ahli PAS yang sengsara secara spesifik akibat perbuatan UMNO.

Tuduhan Nik Aziz bahawa UMNO menolak Islam pula adalah satu fitnah yang nyata kerana ahli-ahli yang membentuk parti UMNO itu adalah Melayu Islam yang mengucap kalimah syahadah, yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya, yang berpegang kepada Rukun Iman. Sepertimana lumrahnya manusia, mungkin ada di antara mereka yang jahil, mungkin ada yang kurang lengkap ibadahnya, namun tiada yang menolak Islam dan Rukun Iman.

Nik Aziz tidak mungkin dapat menafikan hakikat bahawa UMNO sebagai kerajaan telah melakukan sebaiknya bagi mendaulat, mempertahan dan menyebar syiar Islam. UMNO yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mana sekutu PAS iaitu DAP bertekad untuk menukarnya.

UMNO tidak pernah lupa akan tanggungjawab menubuhkan masjid dan memperkasakan pembangunan Islam melalui berbagai-bagai program dan pertubuhan yang kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk memelihara, mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai Islam. Kerana UMNO, azan boleh berkumandang secara terbuka, surau ada di mana-mana, pengurusan zakat dipermudahkan malah Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyediakan pengurusan haji paling canggih untuk rakyatnya.

Jika benar UMNO menolak Islam sehingga Islam tidak dibenarkan diamalkan sepertimana orang Quraisy yang menyiksa mereka yang masuk Islam di zaman Rasulullah SAW di mana Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta. Mereka ini dipaksa untuk kembali menyembah berhala dan meninggalkan Islam.

Sebaliknya, hakikatnya kerajaan UMNOlah yang memastikan undang-undang Malaysia menghalang umat Islam dari murtad, di mana sesiapa yang terpesong akidahnya akan ditangkap untuk difahamkan dan diperbetulkan.

Namun, apa yang terjadi ialah apabila ada di kalangan pemimpin PAS yang cuba menegakkan undang-undang murtad yang digubal UMNO ini, PAS telah memecatnya.

Jelas, yang zalim di sini bukan UMNO, tetapi pemimpin PAS. Sesungguhnya, pemimpin PAS telah menzalimi pengikutnya dengan memperdaya mereka untuk mengaminkan doa fitnah yang paling zalim.

Ujikaji Pilihanraya Merbahaya


Ucapan Dasar Presiden UMNO baru saja selesai, disambut dengan tepukan gemuruh dan semangat waja ahli-ahli melaungkan ikrar mempertahankan Putrajaya, sekaligus agama, bangsa dan negara. Antara isi penting yang perlu diambil iktibar oleh rakyat Malaysia ialah peringatan Presiden bahawa pilihanraya bukan satu ujikaji.

Ironi sekali apabila kita perlu mengaitkan pilihanraya dengan kedaulatan negara, survival bangsa dan akidah. Namun, itulah realitinya di Malaysia apabila kita mempunyai pembangkang yang sanggup dan mampu berbuat apa saja hatta menggadai agama, bangsa dan negara demi kuasa.

Hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang menyeru rakyat agar ‘bereksperimen’ dengan kepimpinan mereka apabila ditanya mengenai hala tuju atau bentuk pemerintahan yang bakal dilaksanakan. Ini kerana mereka sendiri belum pasti mengenai hala tuju dan bentuk pemerintahan yang akan mereka laksanakan.

Tanpa segan atau malu mereka mengaku bahawa pakatan mereka membawa prinsip, ‘menang dulu, fikir kemudian’ setiap kali persoalan ini dibangkitkan.

Dan yang lebih ironi lagi ialah hanya di Malaysia sahaja, ada segolongan rakyat yang bersedia memperjudikan masa depan mereka di tangan pemimpin yang belum lagi berfikir tentang hala tuju kepimpinannya.

Justeru itu, meletakkan peringatan Presiden mengenai pilihanraya di atas sebagai yang paling penting kerana sekiranya ianya tidak difahami dengan baik, maka keseluruhan ucapan dasar yang begitu jitu, tepat dan bernas tidak akan membawa makna apa-apa.

Perlu diingatkan bahawa kita mempunyai pembangkang yang sanggup ‘menawarkan’ negara ini kepada penjajah, sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dan menyebabkan rakyat menderita semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka agar memberontak terhadap kerajaan, sekali gus memusnahkan hidup mereka sendiri.

Sebelum ada yang sanggup menyambut seruan pembangkang untuk ‘ber-ujikaji’ dengan menukar kerajaan, kita harus terlebih dahulu meneliti kemungkinan dari hasil ujikaji ini.

Yang pasti, hasil yang dijangka adalah ‘unik’ serta ‘kronik’.

Hasil ujikaji dijangka ‘unik’ kerana kita mempunyai pembangkang yang ingin merombak segala-galanya tentang Malaysia, menghapuskan Raja-raja dan menjadikannya Negara Sekular. Kita mempunyai pembangkang yang ingin membawa kita ke belakang, ke zaman jahiliah iaitu tanpa peraturan dan adab sopan dalam hubungan sesama manusia. Kita juga punya pembangkang yang ingin membawa kita ke era gelap di mana yang ekstrem dianggap sebagai terbaik, serta menafikan hak rakyat untuk memilih cara hidup, malah pakaian juga.

Setiap rakyat yang rasional pasti sedar bahawa segala apa yang dicita-citakan oleh pembangkang ini adalah tidak sesuai, malah merbahaya untuk negara ini, masyarakat kita dan juga sebagai manusia yang berpegang kepada agama.

Yang menjadikannya ‘kronik’ pula ialah kita tidak pasti cita-cita yang mana satu dari kesemua cita-cita yang bertentangan pembangkang itu yang akan tercapai, sekiranya mereka menang pilihanraya.

Jika kita bereksperimen dengan bahan-bahan yang secara berasingannya sahaja sudah cukup merbahaya, apatah lagi jika dicampur bersama sedangkan elemen-elemennya saling menolak satu sama lain. Tidak mustahil ia akan membawa letupan besar yang mampu memusnahkan kesemua yang telah kita bina.

Oleh itu, ingatlah pesan Presiden bahawa keluarga kita terlalu berharga untuk dimusnahkan dengan satu ujikaji pilihanraya.

Zulkifli Noordin Desak Saifuddin Abdullah Letak Jawatan.

alt

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dilihat tidak layak memegang jawatan kabinet di bawah Kerajaan sedia ada ekoran pandangan beliau dilihat menyerang pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu jutawan George Soros yang didakwanya berpotensi "memakan diri sendiri".

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan, Timbalan Menteri tersebut sewajarnya dapat membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi Timbalan Menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya yang dipetik menerusi akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Sambil mendesak Saifuddin meletak jawatan, beliau seterusnya menegaskan isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu "bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara".

Kenyataan Saifuddin Abdullah tersebut turut menerima kecaman dari beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Saifuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilihat berbau politik pembangkang. Namun, beliau pernah memberi maklum balas setia bersama perjuangan UMNO dan Barisan Nasional malah mendakwa tidak berminat menyertai mana-mana parti pembangkang buat masa ini. KLPOS

Jangan Sertai Majlis Yang Cemarkan Hari Kemerdekaan - Khairy Jamaluddin

alt

Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru golongan muda untuk tidak menghadiri sebarang majlis yang akan mencemarkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

Menurut Khairy, amat penting bagi golongan muda untuk kembali menghayati sejarah dan perjuangan menuntut kemerdekaan negara serta mempertahankan kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini.

"Saya difahamkan ada majlis yang akan dianjurkan untuk mengganggu sambutan Hari Kemerdekaan dan amat berharap orang muda menolak dari menghadiri majlis ini.

"Golongan muda tidak boleh menganggap peristiwa ini dari sudut sejarah semata-mata. Sejarah adalah tiang seri kepada dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka beliau di Kampung Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.

Ahli Parlimen Rembau ini turut membidas pihak yang sengaja mempolitikkan kemerdekaan kerana menurutnya sambutan Hari Kemerdekaan adalah untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira latarbelakang pegangan politik mana-mana kaum.

Khairy merujuk kepada gabungan JANJI yang menyeru rakyat di negara ini meraikan Merdeka Nan Kuning pada 30 Ogos ini di Dataran Merdeka dengan memakai pakaian berwarna kuning.

"Saya harap orang ramai tidak akan hadir dan pihak berkuasa perlu memastikan tidak ada sebarang gangguan pada majlis Hari Kemerdekaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini," tegas beliau. KLPOS

Kerajaan Selangor Arah ABASS Kurangkan Bekalan Air Terawat..!!!


Barisan Nasional Selangor hari ini mengemukakan bukti wujud arahan dari pihak Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) kepada pihak ABASS supaya menurunkan pengeluaran air kepada 120 juta galen sehari pada 10 Ogos 2012.

Koordinator BN Selangor, Dato' Sri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, pihak KPS telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa mereka telah mengarahkan ABASS untuk mengurangkan pengeluaran air terawat. Malah mereka juga memberikan data pengeluaran air dari pihak ABASS bermula dari Januari 2011 hingga Febuari 2012.

"Hakikatnya, memo yang dikeluarkan oleh pihak KPS kepada ABASS adalah bertarikh 29 Disember 2011. Ini bermaksud, arahan ini adalah baru dan bukannya bermula sejak Januari 2011. Memo ini juga turut disertakan bersama dengan surat yang ditujukan kepada pihak SPAN dan SYABAS bagi menyampaikan maksud yang sama.

Arahan ini dikatakan dicapai setelah perbincangan dengan pihak Lembaga Pengarah KPS. Apa yang mendukacitakan kami ialah, pihak Kerajaan Negeri melalui KPS sanggup mengeluarkan arahan ini. Tidak kisah apa jua alasan yang diberikan, namun arahan seperti ini dilihat membelakangkan kepentingan rakyat," ujarnya kepada pemberita dalam sidang media di BN Selangor sebentar tadi.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga bersikap retorik apabila sering kali mengatakan bahawa semua agenda mereka adalah demi kepentingan rakyat. Namun arahan pengurangan kapasiti air terawat ini jelas membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih mementingkan diri sendiri berbanding rakyat.

"Hakikatnya, rakyat Selangor memerlukan bekalan air terawat yang berterusan dan kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan sumber bekalan ini untuk diagihkan.



Kerjasama baik sekian lama antara pihak Loji Rawatan Air, pihak SYABAS dan kerajaan negeri dilihat semakin goyah sekarang ini apabila kerajaan negeri tidak mampu menguruskan sumber air ini dengan bijak dan telus," ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.

Dalam perkembangan yang lain, UMNO Selangor mengalu-alukan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan bahawa lidah rasmi PAS, Akhbar Harakah telah melemparkan fitnah terhadap UMNO apabila menuduh UMNO terlibat dengan kes serbuan di Gereja DUMC sebelum ini.

"Keputusan itu secara jelas membuktikan bahawa PAS dengan sengaja berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat Malaysia dan mengaitkan UMNO dalam isu tersebut sedangkan ianya adalah tindakan dari pihak JAIS sendiri.

Ini menunjukkan bahawa peristiwa serbuan ke atas DUMC dan pemecatan Hasan Ali yang dikaitkan dengan peristiwa tersebut adalah semata-mata kelemahan dari pihak PAS dan tanpa melibatkan UMNO.

Kami juga ingin menyeru supaya parti politik terutamanya PAS bertindak dengan lebih matang dan tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah. Keputusan hakim dalam kes ini adalah lebih bermakna kepada kami berbanding jumlah tuntutan saman kerana membuktikan selama ini PAS menggunakan budaya fitnah dalam berpolitik," ujarnya lagi.- GPRS

Tokoh Agama Kelantan Seru Umat Islam Tidak Menyokong DAP...!!!!


Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.

"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Gesaan itu adalah ekoran pendirian Pas untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya Pas menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti Pas, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.

"Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.: BERNAMA

Datuk Ahmad Maslan Buang Buku Jingga Dalam Tong Sampah!!!!!


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya. Menurutnya, beliau bertindak demikian dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat tepat. 

Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.

Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana hujah pembangkang didakwa "amat salah".

"Pertama, mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam sesi penerangan)," katanya. "Itu sebabnya saya masukkan dalam tong sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya tanah Felda Plantations."

Sebaliknya, jelas Ahmad, Felda Plantations hanya mengurus dan pemilik sebenar tanah adalah "the big Felda" selepas kerajaan tidak lagi memberikan tanah kepada peneroka pada 1990 supaya ia dapat berdikari dan mendapat keuntungan.
"Dan itu sepatutnya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, Cina tak dapat tanah, India tak dapat tanah... "Tiba-tiba nak lagi pada orang yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam tong sampah," soalnya lagi dengan sinis.

Ahmad juga berkata keuntungan Felda juga, antaranya melalui tindakan terbaru untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia pada Mei akan diserahkan kembali kepada rakyat.
"Itu jauh lebih baik daripada Buku Jingga dan 'Negara Berkebajikan' PAS yang juga sebut pasal Felda ini," katanya lagi. Papa Gomo



Janji - Janji PKR Dan DAP Hanya Perangkap - Abdul Shukor Idrus



UMNO Selangor menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba memperbodoh-bodohkan rakyat negeri ini apabila menabur janji-janji baru bagi menarik sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, janji-janji tersebut hanya sebagai 'perangkap' dan helah PKR bersama sekutunya, DAP dan Pas untuk mendapatkan undi tetapi bukannya berniat untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum 2008, pakatan pembangkang membuat pelbagai janji kepada rakyat negeri ini melibatkan ekonomi dan sosial, namun akhirnya janji hanya tinggal janji.

"Apa jadi dengan janji menyediakan perubatan percuma kepada rakyat Selangor berusia 65 tahun ke atas, sewa minimum premis perniagaan kepada belia yang berniaga serta penurunan cukai pintu masing-masing sebanyak 20 peratus bagi kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial?

"Itu antara janji yang kini dipandang sepi oleh pakatan pembangkang, banyak lagi janji mereka yang tidak ditunaikan meskipun sudah empat tahun mentadbir Selangor. Kini, mereka buat janji-janji lain pula untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Anwar ketika mengadakan ceramah di Meru, Klang, menyatakan bahawa PKR, DAP dan Pas kononnya akan menurunkan harga minyak serta-merta sekiranya parti itu berjaya menawan Putrajaya dan beliau menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.

Selain menurunkan harga minyak, Anwar turut menabur janji-janji manisnya bahawa partinya itu akan menghapuskan kadar tol di lokasi laluan yang lama termasuk pelaksanaan gaji minimum pekerja sebanyak RM1,200 sebulan.

Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang berkata, janji-janji Anwar dan parti pembangkang hanya bersifat bermusim dan mereka menampilkan sikap hipokrit apabila cukai pintu dan premis perniagaan difahamkan telah dinaikkan oleh kerajaan PKR negeri ini.

Malah, katanya, denda kelewatan bayaran cukai pintu dikatakan turut dinaikkan daripada RM2 sebelum ini kepada RM20.

"Ini bukti kerajaan negeri hari ini telah menekan rakyat dengan cara menaikkan kadar cukai tersebut termasuk denda bagi mendapatkan hasil negeri. Ini satu pendekatan yang menyusahkan rakyat dan zalim.

"Pada masa yang sama, kita persoalkan janji gaji minimum yang dibuat oleh Anwar sebanyak RM1,200 sebulan sedangkan sebelum ini, pakatan pembangkang menetapkan gaji minimum RM1,500 sebulan. Kita lihat janji mereka sebenarnya tidak jelas dan tidak konsisten," katanya. :- Utusan

Najib Razak Beri Amaran, Orang Melayu Perlu Bersedia!!!


Bergelora jiwa rasa membuak-buak mendengar laungan keramat ‘Hidup UMNO’ bergema. Biarpun saya bukan perwakilan dan tidak dapat menikmatinya di dalam Dewan Merdeka tetapi teramat bangga saya dilahirkan sebagai Melayu serta disemai semangat perjuangan bersama UMNO sejak saya kecil.
Walaupun saya hanya berada di perkarangan PWTC yang menjadi kebanggaan UMNO, saya masih tetap tidak mahu ketinggalan dengan momen bersejarah ini.

Saya merasai setiap perubahan yang kini disebut sebagai transformasi sebagai aspirasi golongan muda. Bagaimana mungkin boleh dinafikan bukan hanya oleh saya malahan oleh semua warga Malaysia waima pembangkang yang berhempas pulas mewujudkan manipulasi dan persepsi terhadap UMNO.

Saya amat yakin, parti-parti pembangkang juga mengikuti perkembangan UMNO, dalam kata lain mereka iri hati dengan apa yang telah dilakar oleh UMNO kerana parti ini adalah parti keramat yang lahir atas jiwa perjuangan sejati demi agama, bangsa dan negara.

Pembangkang tidak akan dapat menikmati laungan perpaduan dan semangat kebangsaan sebagaimana UMNO kerana di dalamnya penuh dengan syak wasangka, tidak ikhlas dan gagal mengaplikasikan agenda konsensus berbanding UMNO yang luhur menjulang kegemilangan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.
Hidup UMNO! Hidup Melayu!
UMNO

Amaran Kepada PAS!!! DAP Bakal Ganti PAS Bukan UMNO!!!!


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada orang Melayu bahawa Pas sama sekali tidak boleh menggantikan UMNO sebaliknya yang berlaku ialah DAP menggantikan Pas.

Malah, Timbalan Presiden UMNO itu mengingatkan orang Melayu jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang hanya mahukan mereka menjadi kuda tunggangan untuk menjaga kepentingan cauvinis parti tersebut.

"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam.

" DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas," tegas beliau.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Dalam ucapan bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad' itu, Muhyiddin seterusnya mengingatkan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa.

Kata beliau: "Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah.

"Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan bumiputera."

Mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, tegas Timbalan Presiden UMNO itu, parti tersebut ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam.

PKR, kata beliau, adalah sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya.

"Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

"Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO," katanya.

Menarik perhatian sekali lagi mengenai Pas, Muhyiddin berkata, untuk menutup kegagalan parti itu mempertahankan kesucian Islam, Pas mengemukakan pula agenda Negara Berkebajikan.

"Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan.

"Malang bagi Pas kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan Negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep Negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka," katanya.

Dalam soal ini, kata beliau, Pas sendiri tidak mampu menyediakan bekalan air bersih di Kelantan, justeru masakan mereka kini berangan-angan pula hendak mewujudkan Negara Berkebajikan.

" Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik Pas untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam.

"Apa yang penting bagi Pas, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP," katanya. Utusan

Zahid Hamidi Gesa Rakyat Kelantan Menolak Kepinpinan PAS!!!!!!

Zah

Rakyat Kelantan diseru supaya menghukum dan menolak kerajaan negeri pimpinan Pas pada pilihan raya umum akan datang kerana gagal menyediakan air bersih secara meluas kepada penguna sungguhpun telah menguasai negeri itu selama lebih 20 tahun.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, masalah kekurangan air bersih di negeri tersebut perlu dijadikan penanda aras utama mengenai keupayaan kerajaan Pas yang memerintah Kelantan kini.

"Hadis ada menyebut bahawa akal yang sihat terletak pada badan yang sihat dan badan yang sihat terletak pada apa yang dinikmati oleh badan, termasuklah air sebagai salah satu bahan utama pemakanan kita.

"Oleh sebab itu, tolaklah makanan yang tidak elok dengan cara menolak orang (kerajaan) yang tidak dapat memberi makanan yang tidak elok (kepada kita)," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Utusan Malaysia sejak Ahad lalu menyiarkan laporan khas empat siri mengenai kualiti rendah bekalan air bersih di Kelantan akibat kegagalan pengurusan kerajaan Pas dan Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Dalam laporan-laporan berkenaan, pelbagai penemuan diperoleh menerusi ujian klinikal serta tinjauan orang ramai antaranya mengenai ancaman leptospirosis serta lebihan kandungan logam dalam air seperti arsenik, plumbum, mangan dan besi.

Siri akhir laporan khas akhbar ini hari ini pula menyiarkan mengenai masalah kerosakan gigi yang mengancam 95 peratus kanak-kanak Kelantan akibat kekurangan fluorida apabila hanya lima daripada 29 loji rawatan air di negeri itu mempunyai sistem pemfluoridaan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid mencabar kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor supaya mengotakan kata untuk mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan atau lebih sesuai selepas Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.

Katanya, pilihan raya negeri yang berasingan daripada PRU memberikan kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk kembali menguasai Selangor apabila segala tumpuan dapat diberikan kepada kempen pilihan raya negeri itu nanti.

"Saya tidak fikir mereka (PKR dan pembangkang) akan menang kerana sebahagian besar manifesto yang mereka janjikan pada 2008 tidak dapat dipenuhi dan tentu sekali rakyat tidak boleh dibutakan dengan janji-janji berbentuk retorik.

"Saya minta Tan Sri Abdul Khalid (Menteri Besar Selangor) buat berasingan kerana saya kenal beliau sejak 1977 sewaktu kami bersama-sama di Permodalan Nasional Bhd. (PNB). Beliau cukup baik sebagai tokoh korporat tetapi belum tentu baik sebagai tokoh politik," tegasnya. Utusan..

Cubalah Berfikiran Positive!!!!

Ulamak UMNO Mahu Berdebat...!!!



Ulama Muda Umno hari ini menawarkan diri berkongsi pandangan dalam dialog berhubung isu Wahabi dan terorisme antara penceramah terkenal Dr Uthman El-Muhammady dan anggota jawatankuasa mufti Perlis.

"Kami berharap kerajaan Perlis akan turut menjemput kami bersama-sama berdialog dalam isu ini kerana kami juga merupakan pihak yang dituduh (sebagai Wahabi)," kata pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya.

Isnin lalu,taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya didakwa mengaitkan beberapa tokoh agama dengan Wahabi dan terorisme di mana Dr Uthman terlibat sebagai salah seorang pembentangnya.Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan institusi agama negeri didakwa turut dikaitkan bersama 40 ulama muda Umno dan pensyarah agama Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut Portal Pakatan Haram,Malaysiakini hari ini,Fathul Bari Mat Jahya berharap Dr Uthman menyambut pelawaan negeri Perlis itu bagi menjernihkan keadaan dapat berbincang dengan semangat persaudaraan Islam.Ditanya tentang jumlah kehadiran mereka jika dijemput, Fathul Bari Mat Jahya tidak dapat memberikan angka tepat buat masa ini.

"Kita akan kerahkan jumlah semaksimun mungkin (ulama muda Umno) supaya hadir," katanya yang juga anak kepada mufti Perlis yang kelimat Mat Jahya Hussin.

Dalam perkembangan berkaitan,sebuah portal berita melaporkan Dr Uthman sedia menerima pelawaan berdialog mengenai isu Wahabi dengan syarat ia diadakan secara tertutup dan membabitkan pakar-pakar berkaitan.

Penyeludupan Cikaro-Cikaro Anwar Di Dalam UMNO???


Jangan terperanjat! ... kerana juak-juak ini sudah lama bertapak dalam UMNO sejak pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan UMNO khususnya. Bukan calang-calang jawatan 'China Doll dan 'Cikaro' dalam UMNO dan di dalam agensi-agensi kerajaan. KLIK DISINI

Anwar Perlu Bersumpah - Ulama' Umno


“Sebenarnya, sekiranya sebelah pihak telah bersumpah laknat, maka perlu sebelah pihak lagi membalas dengan melakukan sumpah laknat juga. Kalau dia tidak menafikan dengan menjawab melalui sumpah laknat maka sama seperti ia mengiayakan apa yang telah terjadi".Ulama Muda Malaysia, Ustaz Fathul Bari berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan sumpah laknat bagi menjawab balik sumpah laknat yang telah dilakukan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah . KLIK DISINI

Gambar Sex Ketua Umno Gombak Tersebar!!!!!


Aksi terlampau pemimpin UMNO, gambar ini telah tersebar dan sekiranya betul perbuatan Ketua UMNO Gombak ini sila lah beri keteranagn dan jelaskan apa sebenarnya yang berlaku dan jika benar diharapkan beliau segera meletakan jawatan beliau itu dengan segera....

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive