Showing posts with label MARINA MAHATHIR. Show all posts
Showing posts with label MARINA MAHATHIR. Show all posts

Apa motif Marina Mahathir sertai himpunan bersama penganut Kristian?

Umum mengetahui siapa Marina Mahathir, salah seorang daripada individu yang memperjuangkan LGBT dan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah seorang daripada yang berkait rapat dengan pergerakan Islam Liberal, Sister in Islam(SIS).

Apa motif beliau bersama sama individu lain menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang semalam? Apakah beliau mahu mencetuskan satu lagi kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan JAIS.

Sebagai seorang Muslim beliau sepatutnya berada bersama sama Muslimin dan Muslimat lain dalam mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh kristian. Yang mana pengarang penerbitan the herald, lawrence Andrew dengan angkuh membuat kenyataan menegaskan orang kristian akan terus menggunakan kalimah Allah. Kenyataan tersebut ternyata telah memperlekehkan titah KDYMM Sultan Selangor serta keputusan Mahkamah.

Sebagai seorang Muslim dan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang banyak memperjuangkan Islam dan membela nasib bangsa, tindakan beliau itu telah menimbulkan seribu satu persoalan pada rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam. Dimana letak akidah beliau dan adakah beliau bersetuju dengan pengunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Wira Perkasa Malaysia dengan sekeras kerasnya mengutuk tindakan Marina Mahathir itu.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Marina Mahathir Terjerat Dengan Kata-Kata Ambiga


Ada juga sebenarnya beberapa kerat penyokong & peserta BERSIH 3.0 yang non-partisan masih memegang erat kepercayaan bahawa BERSIH hanyalah sebuah NGO yang berniat baik sebagaimana digambarkan melalui 8 tuntutannya yang kelihatan tulus dan murni.

Bab kata orang, mudah terpesona melihat kulit buku dan tajuknya hingga terlupa peri penting isinya perlu dihalusi dahulu sebelum mengotakan niat untuk membeli buku tersebut.

Marina Mahathir adalah antara peserta BERSIH 3.0 yang tergolong dalam kumpulan tersebut, terpengaruh dengan tuntutan yang dilihat bagus dan menarik kemudiannya terjebak untuk mempertahankan segala tindak tanduk BERSIH atas nama kebebasan bersuara, keadilan dan hak asasi manusia.

Menulis dalam blognya pada 08 Mei, Marina meluahkan pendapatnya mempertahankan BERSIH 3.0 sebagai agenda rakyat yang langsung tiada kaitan dengan kebangkitan di negara Arab khususnya yang berlaku di Mesir, Yemen, Libya dan Syria.

Katanya lagi, tiada alasan untuk dibimbangi tentang kemungkinan BERSIH 3.0 bertukar menjadi kacau bilau seperti yang terjadi di negara-negara Arab tersebut.

Itu kata Marina yang kita ketahui kerap bergiat aktif bersama pelbagai NGO, berfikiran sedikit liberal & terbuka tapi naif soal sepak teranjang dunia politik sekalipun ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah tokoh politik terkenal tanahair.

Sebenarnya ternampak jelas, Marina samaada lurus bendul atau sebenarnya sudah terjerat dalam mainan politik pembangkang hingga terpaksa mencari dalil dan hujah untuk menghalalkan penglibatan dalam kerusuhan yang tercetus gara-gara BERSIH 3.0

Hakikatnya apa yang berlaku 28 April lalu hanyalah lanjutan kepada cubaan pembangkang yang mahu meng'tahrir'kan Dataran Merdeka sebagaimana diterjemahkan melalui perarakan anti-PTPTN yang diadakan pada 14 April 2012 yang kemudian meleret menjadi perkhemahan siang malam di sana selama beberapa hari.

BERSIH 3.0 temanya 'Duduk dan Bantah' manakala penegasan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga sehari sebelum perhimpunan berlangsung ialah mereka hanya akan duduk dan bantah di kawasan yang sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka tanpa melanggar atau mengalih pengadang jalan yang didirikan oleh pihak polis dan DBKL.

Jika BERSIH 3.0 berniat tulus ikhlas untuk mengadakan perhimpunan aman tentu saja sebaik arahan oleh Ambiga yang mahu peserta bersurai maka semuanya berakhir begitu saja tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun apa yang berlaku ialah perhimpunan diteruskan dan berlakunya serbuan peserta ke arah Dataran Merdeka selepas Anwar dan Azmin berbalas isyarat yang kemudiannya diikuti dengan tindakbalas pihak berkuasa untuk menyuraikan serbuan tersebut.

Malah ucapan Azmin Ali kira-kira sejam sebelum keributan berlaku jelas membayangkan hasrat pembangkang yang mahu mengepung dan menawan Dataran Merdeka - satu bukti nyata mereka mahu menjadikan Dataran Merdeka sama seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.

Begitu juga ucapan Anwar Ibrahim sebelum masuknya waktu solat Zohor yang mahu peserta BERSIH 3.0 menuju masuk ke Dataran Merdeka - bukankah itu terbukti membelakangi arahan mahkamah yang memerintahkan supaya tiada perhimpunan di adakan di kawasan tersebut.

Arahan mahkamah akhirnya dicabuli, undang-undang dilanggar dan harta benda awam dijahanamkan dan anggota polis dicederakan - realitinya perhimpunan aman yang kononnya memperjuangkan ketelusan dan keadilan sebagaimana digambarkan selama ini oleh BERSIH dan pembangkang, sebetulnya hanyalah tong kosong yang dipukul bertalu-talu bunyi kuat tapi isinya zero tiada manfaat. :- Beruang Biru

Sebantal Dengan Jejaka France...??? - Surat Untuk Datuk Paduka Marina Mahathir!!!!


Surat untuk Datuk Paduka Marina Mahathir,

YAB PM sentiasa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, dan oleh kerana itulah pihak Kerajaan telah menawarkan kepada penganjur Bersih sebuah stadium untuk mereka berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.

Tambahan lagi, tugas harian YAB PM juga tidak terjejas sekalipun pihak Bersih tetap berdegil meneruskan tindakan biadap mereka sehingga menderhaka titah DYMM Yang Dipertuan Agong. Yang jelasnya, tindakan mereka tersebut langsung tidak menggugat YAB PM dan TPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Negara pada hari tersebut.

Datuk Paduka keturuan bangsawan, tambahan lagi merupakan anak kepada seorang negarawan yang cukup besar jasanya kepada Negara tetapi alangkah sedihnya sikapnya berlawanan dengan sikap Datuk Paduka sendiri yang secara terang-terangan bersekongkol dengan pengkhianat dan pemusnah Negara. Tergamakkah Datuk Paduka sanggup memusnahkan segala usaha ayahanda Datuk Paduka selama ini?

Sedarkah Datuk Paduka betapa susahnya anggota keselamatan seperti polis yang bertungkus lumus siang dan malam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, walhalnya Datuk Paduka menikmati segala kemewahan selama ini hasil dari usaha mereka juga. Wajarkah Datuk Paduka bersama dengan petualang-petualang Negara ini? Tidak pernah terlintaskah hakikat ini dalam kotak fikiran Datuk Paduka?

Tapi jikalau sudah biasa hidup bermewah-mewahan di atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, bagaimana mungkin Datuk Paduka dapat merasai kesusahan rakyat? Ternyata Datuk Paduka bersikap hipokrit dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Baru sekali menyertai demonstrasi haram (yang pernah dilakukan oleh golongan yang sama di atas sebab ingin menggulingkan kerajaan yang ditadbir oleh ayahanda Datuk Paduka sendiri) tidak bermakna Datuk Paduka telah menyelami jerih-jerih kehidupan rakyat marhaen seperti kami.

Penulisan Datuk Paduka bersifat keanak-anakan yang langsung tidak mencerminkan kematangan fikiran Datuk Paduka sebagai seorang yang terpelajar hasil daripada didikan ayahanda Datuk Paduka sendiri. Tindakan Datuk Paduka yang sering menyalahkan pihak Kerajaan seolah-olah Kerajaan bertindak zalim menutup hak rakyat untuk bersuara sama sekali. Tidak terfikirkah Datuk Paduka jika ada di antara peserta demonstrasi itu berniat jahat dan ingin mencetuskan huru-hara sepertimana penemuan senjata parang dan bom Molotov Cocktail dalam beg mereka yang terlibat?

Wajarkah kumpulan Bersih ini berhimpun di hadapan Hospital Tung Shin yang sekaligus akan membahayakan keselamatan dan nyawa pesakit-pesakit di hospital berkenaan? Apakah tempat yang seumpama itu menjadi benteng kepada kumpulan tersebut sehingga boleh mencetuskan provokasi agar pihak keselamatan dipersalahkan?

Datuk Paduka teruskanlah hidup bermewah dengan kedudukan sekarang, malahan kami rakyat bawahan tidak langsung iri hati di atas nikmat dan kemewahan yang dikecapi oleh Datuk Paduka sejak sekian lama. Tidurlah sepuas-puasnya sebagaimana Datuk Paduka tidur dalam pelukan jejaka Perancis dahulu. Teruskanlah dibuai mimpi indah dalam pelukan suami kedua Datuk Paduka sekarang.

Marina Mhathir Conteng Arang Kemuka Bapanya..!!!



Inilah namanya manusia yang tidak pernah bersyukur. Mengecapi nikmat kehidupan sempurna setelah penat lelah hasil titik peluh bapa beliau memperjuangkan UMNO, akhirnya disokong Pertubuhan Haram yang turut menyanjung Anwar Ibrahim bernama BERSIH. Wanita ini kini semakin berani membuat pengakuan menentang perjuangan yang turut dibina bapanya sendiri iaitu UMNO. Barisan Nasional yang menjadi titik permulaan bapanya memulakan perjuangan politik awal 1970an turut dikritik beliau. Dengan lantang beliau mengatakan UMNO bakal tumbang. Hey Marina, apa lagi yang kamu rasa kurang pada kehidupan kamu dan rakan2 kamu? Lupakah kamu pesanan ayahandamu yang mengatakan "Demonstrasi itu Bukan Budaya Kita?" Ingkar pesanan bapa 1 hal, disokong pula Pemimpin yang tikam bapanya dari belakang, Anwar Ibrahim. Janganlah dok kata tak sokong. Kerana BERSIH 2.0 sebagai platform menutup mata hati rakyat mengenai moral Anwar yang sebenar. Itu salahkah? It's not about Ambiga's Issue. It's ridiculous when you support BERSIH 2.o just because Ambiga. It's sound stupid Marina. STUPID!!... But that's reality about yourself. Ingat Marina.. Jangan jatuhkan air muka Tun Mahathir yang memberi sinar harapan terhadap kepimpinan baru Kerajaan setelah mengkritik kepimpinan Pak Lah. Masa Pak Lah tak pula sokong BERSIH? Kenapa kini baru hendak menyalak di jalanan memalukan keluarga sendiri? Atau ada agenda tersembunyi setelah lama menyepi?

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive