Isu Selangor - Khakid Ibrahim Membisu Laporan Audit Negara...!!!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dicabar untuk menjawab segera kelemahan kerajaan negeri yang terkandung dalam Loporan Ketua Audit Negara.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, pendedahan itu berkaitan skim Tawas, tukar syarat tanah, penyelenggaraan jalan dan penyata tunai.

Katanya, tindakan Khalid berdiam diri jelas sekali menunjukkan sikap kerajaan negeri yang angkuh, ego dan cuba menutup kelemahan.

"Saya telah membangkitkan empat isu itu baru-baru ini tetapi kerajaan negeri masih cuba berdolak-dalik. Ini bukannya isu yang direka oleh BN dan kami mahukan penjelasan," katanya seperti dilaporkan portal The Malaysian Times (TMT) hari ini.

Katanya, Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid. Utusan

Isu Selangor - Rakyat Selangor Masih Di Sampahkan Oleh Kerajaan Negeri...!!!!


Setahun lalu bahu jalan di simpang Jalan Kampung Tengah, Kanchong Bengkok di sini yang dipenuhi sampah telah dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun tabiat dan amalan membuang sampah secara 'pandu lalu' di kawasan berkenaan berulang lagi. Papan tanda amaran dilarang membuang sampah yang dipasang di kawasan berhampiran pula dianggap tidak lebih sekadar perhiasan.

Tinjauan wartawan orang ramai yang melalui kawasan tersebut terpaksa menghidu bau busuk yang datang dari timbunan sampah berkenaan selain pemandangan menyakitkan mata dapat disaksikan apabila pelbagai bahan buangan seperti sisa makanan, perabot lama dan bahan sisa pembinaan bertaburan di sepanjang 100 meter jalan tersebut.

Seorang pengguna laluan tersebut Hanif Mahfuz, 24, berkata, dia hairan mengapa kawasan yang dilalui oleh orang ramai boleh dibiarkan menjadi kawasan membuang sampah pandu lalu sedangkan lokasi itu begitu hampir dengan kawasan perumahan.

Menurutnya, kawasan itu menjadi tempat pembuangan sampah disebabkan keadaannya agak sunyi selain jarang dilalui orang pada waktu tertentu terutama pada waktu malam.

''Sampah yang bertaburan semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan udara di sini berbau busuk selain menjadi tempat pembiakan lalat," katanya. ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dia berharap agar orang ramai menghentikan tabiat membuang sampah secara pandu lalu di kawasan itu kerana perbuatan buruk itu bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar malah mengundangkan penyebaran penyakit berjangkit.

Seorang pekerja swasta, Ryzaki Sidek ,39, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bertindak terhadap tindakan tidak bertanggungjawab yang mungkin dilakukan oleh orang luar.

Dia yang sering menggunakan laluan itu ke pekan Banting memberitahu, kejadian itu sudah berlarutan selama beberapa bulan setelah kawasan itu dibersihkan setahun yang lalu.

''Saya pun tidak faham mengapa ada orang yang sanggup membuang sampah dengan begitu mudah seolah-olah melepaskan tengkuk sendiri semata-mata.

''Sepatutnya orang yang membuang sampah berfikir dahulu sebelum membuang sampah merata-rata kerana perbuatan itu jelas memaparkan sikap mementingkan diri dan kebersihan rumah sendiri semata-mata," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja swasta, Azimah Aripin berkata, perbuatan pihak tertentu membuang sampah seperti perabot dan kaca yang sudah pasti mengundang musibah sekiranya objek itu bertaburan di atas di jalan raya.

Katanya, PBT seharusnya membuat pemantauan dan membersihkan kawasan tersebut dengan segera kerana lokasi itu tidak jauh dari pekan Banting dan laluan alternatif ke kawasan peranginan Morib.

Suara Politik Taminsari

PAS KELANTATENTANG HUDUD...!!!

alt

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata penipuan PAS terhadap Umat Islam khususnya di Kelantan berkaitan perlaksanaan hukum hudud terbukti menerusi kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong pada 3 Oktober 1996 yang mendakwa Kerajaan Negeri masih tiada sebarang usaha serius dalam melaksanakan Sistem Perundangan Syariah itu.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas juga mempersoalkan sikap pemimpin-pemimpin PAS Negeri yang melaungkan perjuangan melaksanakan Undang-Undang Islam itu menjelang Pilihan Raya namun sehingga kini ianya masih belum dilaksanakan meskipun Sidang DUN Negeri telah meluluskan usul menggubal Sistem Perundangan Negeri Kelantan.

"PAS Kelantan tidak pernah pun meminta pandangan PAS pusat untuk melaksakan syariat yang hendak diluluskan pada tahun sebelum ini. Mereka masih bercakap mahu melaksakan hukum hudud tetapi sesudah mendapat kelulusan di Dewan Undangan Negeri sampai ke hari ini mereka tidak buat hukum itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PERKASA di sini semalam. Selanjutnya Di KLPOS

BADROL AMIN JADI FATHER OF KRISTIAN PULAK???


Apa nak jadi dengan Si Ostad sorang ni.Sudah la dia kantoi berkhalwat dengan isteri orang,Sekarang nak bawak budaya Kristian pulak.anda lihat sendiri gambar kat atas.dah tak de cara yang lebih Islamik ke untuk dia bawak sehingga terpaksa ikut apa yang dibuat oleh golongan Nasrani ni ??? Sepatutnya,orang Islam yang jadi contoh dan ikutan kepada orang lain.Bukannya kita pulak dok terhegeh - hegeh ikut cara mereka dan jadikan budaya kita.Tapi apa nak hairan.Dalam PKR ni memang mereka mengamalkan dasar terbuka.Mungkin disebabkan itula Ostad ni pun buat benda yang sama sampaikan isteri orang pun dia sapu jugak !!! meh saya bagi sikit ajaran di atas.

Amalan jahiliyah seperti membakar lilin (candle light vigil) bagi tujuan berkabung atas kematian kaum kafir atau sebagai tanda protes terhadap sesuatu merupakan amalan kaum Yahudi,Nasrani dan Majusi.Begitu juga amalan menghembus lilin di atas kek ketika menyambut hari lahir.Dalam Islam,tiada istilah simbolik dan tolak ansur dalam perkara-perkara bida’ah, khurafat, syubhat dan syirik kerananya kita boleh murtad dan berdosa besar.Rasulullah pernah S.A.W bersabda :

“Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

“Halal itu nyata dan haram itu nyata dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat,kebanyakkan manusia tidak mengetahui” (Riwayat Muslim)

Umat Islam wajib berkorban mempertahankan maruah.Malangnya semangat kebangkitan membela Islam kini telah mengakibatkan kita banyak membuat perkara-perkara yang tidak diajar oleh sunnah. Umat Islam lebih suka berdemonstrasi menunjuk perasaan dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan yang menzahirkan tuntutan dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad. Suara-suara mengutuk, mengecam dan jerit pekik hanya menjatuhkan maruah kita di mata penganut agama lain. Amalan ini sememangnya dilaknat Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w;

“Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat iaitu tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai), orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi) dan seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu” - (Riwayat At-Tabrani)

Duit Yayasan Warisan Anak Selangor (TAWAS) Lesap??

alt

Koordinator BN Selangor, Dato Sri Ir. Mohd Zin Mohamed sekali lagi mengecam kerajaan Negeri Selangor yang didakwa gagal dalam urustadbir negeri. Menurut beliau, berdasarkan Laporan Audit Negara 2011 yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, kerajaan negeri Selangor ternyata gagal dalam pentadbiran di negeri itu.

Katanya, skim Yayasan Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang diperkenalkan kerajaan negeri itu ternyata mempunyai ketirisan nyata. Anak kelahiran Selangor yang sewajarnya menerima manfaat dinafikan akibat daripada perancangan TAWAS yang beragendakan politik semata-mata.

Malah beliau mendakwa Menteri Besar Selangor selaku Pemegang Amanah bertanggungjawab berdepan dengan isu tersebut. Ianya berikutan peruntukan untuk TAWAS dikatakan gagal dalam pengurusan perbelanjaanya.

"Daripada RM 13.5 juta peruntukkan iaitu RM 8.5 juta untuk TAWAS dan RM 5 juta untuk pengurusan, hanya RM 2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk TAWAS sebaliknya, RM 4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Shah Alam di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pengendali TAWAS telah membelanjakan 98% daripada peruntukkan RM 5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4% sahaja yang mendapat faedah daripadanya.

"Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi dari wang yang diagihkan? Kemanakah baki RM 5.5 juta lagi?" ujar beliau.

Skim TAWAS diwujudkan untuk memberi faedah kepada anak kelahiran Selangor. Ia dikendalikan oleh pihak Menteri Besar Incorporated (MBI). KLPOS

Khalid Ibrahim Sewabeli BAS RM150 Ribu....!!!!


Presiden, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin bertanya bagaimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh mampu membayar sewabeli bas selama 6 bulan?

Menurut Hamizon, gaji Menteri Besar adalah sebanyak lebih kurang RM20 ribu sebulan. Manakala pembayaran untuk bas yang berharga RM900,000 memerlukan sekurang-kurangnya RM150,000 sebulan tanpa ambilkira faedah lagi.

Dengan perbezaan gaji dan sewabeli sebanyak RM130,000 sebulan, ia menimbulkan persoalan bagaimana Khalid boleh mampu membeli bas yang diberi untuk kegunaan Jelajah Merdeka Rakyat oleh Ketua Umum PKR?

Bas Jelajah kegunaan Dato Seri Anwar Ibrahim dan terpampang muka Anwar Ibrahim menjadi isu yang menghantui Khalid sejak bas bernilai RM900 ribu itu didaftarkan atas nama Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Anwar Ibrahim memgumumkan bas mewah untuk kegunaan PKR itu adalah disewa dan diuruskan oleh Khalid Ibrahim MB Selangor pada bulan Ogos lalu.

Kemudian itu, Khalid Ibrahim mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama 6 bulan.Ketika yang sama, beliau turut menafikan tuduhan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI incorporated.

Pihak GAPs meminta Menteri Besar Selangor bersikap telus dan beritahu berapakah bayaran sebenar yang dibayar setiap bulan. Mengunakan kiraan mudah, bayaran setara bagi membayar ansuran bagi 6 bulan adalah RM150,000 sebulan. Ini belum diambilkira faedah yang dicaj.

Namun jumlahnya boleh lebih murah dari itu jika ada bayaran deposit dibayar sebagai pendahuluan.

Berdasarkan gaji Menteri Besar yang sebanyak RM20,000 sebulan, Khalid tidak mampu untuk membeli bas tersebut secara sewabeli 6 bulan. Maka sudah tentu ada sumber wang lain yang diguna.

Sediakah Khalid bersifat telus dan amanah agar penafian kaitan 50 lori sampah yang dipasang di syarikat yang sama membina bas Jelajah tersebut. Sel13

Isu Selangor - Peneroka Melutut Kepada Khalid Ibrahim Pullangkan Tanah...!!!

alt

Satu memorandum bantahan dihantar kepada kerajaan Negeri Selangor. Memorandum berkenaan adalah berhubung isu tanah bekas peneroka-peneroka di FELDA Sg. Buaya, Rawang, yang didakwa telah dirampas oleh kerajaan negeri.

Sesi penyerahan memorandum itu disertai dengan perhimpunan aman dihadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor oleh kira-kira 50 bekas peneroka FELDA terbabit.

Rata-rata bekas peneroka yang berusia sekitar 60-70 tahun itu merayu agar kerajaan negeri supaya memulangkan kembali tanah mereka.

Sebelum ini sekitar tahun 1994 seramai 363 orang bekas peneroka FELDA Sg. Buaya telah menubuhkan satu syarikat, Murni Jaya Development Berhad (MJD) bagi menjual dan memajukan tanah mereka.

Sehubungan dengan itu, MJD telah mengikat satu perjanjian usahasama dengan syarikat pemaju, Bandar Sungai Buaya Sdn Bhd (BSB) yang juga merupakan anak syarikat kepada Land & General Berhad.

Walaubagaimanapun masalah mula timbul apabila BSB tidak dapat meneruskan projek tersebut ketika kemelesetan ekonomi pada tahun 1998 yang memaksa MJD menamatkan perjanjian usahasama yang termeterai sebelum ini.

Sewajarnya, pihak BSB perlu mengembalikan kira-kira 1617 ekar tanah milik peneroka terbabit sebagai gantirugi sepertimana arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Mei 2005. Selanjutnya DI KLPIOS

Tiada Perbicaraan Scorpene, SUARAM Bunuh Altantuya?


Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama. Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata. Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia.

Walaupun begitu, tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya. Sebaliknya, Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja.

Lagipun, penipuan perlu diteruskan untuk memastikan segala usaha dan dana yang dilabur pihak asing selama ini tidak sia-sia begitu saja.

Dalam menipu, SUARAM tidak segan silu menggunakan nama sesiapa sahaja termasuk Kerajaan dan Hakim Perancis, isteri Perdana Menteri, Jasbir Singh Chahl untuk mengukuhkan cerita dongeng mereka.

Dan nampaknya, walaupun setelah penipuan mereka terdedah, SUARAM masih lagi tidak tahu malu dengan menggunakan Modus Operandi yang sama dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, iaitu menipu dengan mempergunakan nama seseorang lain pula.

Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya. Tajuk program tersebut ialah ‘Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya’.

Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya. Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu.

Nampaknya, muka Cynthia Gabriel ini kalau diukur pastinya setebal dinding kalis radioaktif, kerana langsung tidak tahu malu menipu secara terang-terangan.

Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan.

Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya.

SUARAM mendakwa bahawa pembunuhan Altantuya adalah didalangi kepimpinan tertinggi dan kemudiannya dilaksanakan atau disaksikan sendiri oleh atau Datin Seri Rosmah. Pembunuhan itu kononnya bertitik tolak dari penglibatan mereka dalam rasuah pembelian kapal selam.

Justeru, jika mahkamah Perancis telah mendapati bahawa aduan SUARAM berkenaan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas serta menolaknya mentah-mentah, maka ia sekali gus bermakna bahawa kisah berkenaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Altantuya juga adalah rekaan SUARAM semata-mata.

Memandangkan telah terbutki bahawa SUARAM sengaja mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kerajaan dalam rasuah, dan SUARAM juga mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi dalam pembunuhan, maka persoalan yang timbul kini ialah “berapa jauhkan SUARAM sanggup lakukan untuk mengada-adakan kaitan pemimpin kerajaan dalam rasuah dan satu pembunuhan?”

Atau, dalam bahasa mudah di kalangan rakyat, sanggupkah SUARAM membunuh bagi mengada-adakan pembohongan ini semata-mata untuk memastikan kerajaan Malaysia tumbang?

Ini adalah antara isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini. Dan isu ini jugalah yang akan menghantui pembangkang menjelang pilihanraya akan datang kerana umum tahu bahawa SUARAM itu adalah topeng pembangkang.

PEMBANGKANG TIN KOSONG PENUH RETORIK SAHAJA...!!!!


Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.

Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.

Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.

Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan.

Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.

PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.

Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif. Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.

Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.

Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.

Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.

Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.

Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.

Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.

Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya.

ANWAR GUNA NGO TUNTUT HAPUS HAK ISTIMEWA MELAYU...!!!!


Agenda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin terserlah menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 apabila pelbagai desakan dan tuntutan dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan minoriti sebagai pertukaran undi kepada Pakatan Rakyat.

Terbaru kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Sahabat Suaram Johor dan Hindraf Makkal Sakti telah merangka tuntutan kepada Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Tuntutan Johor.

Secara ringkasnya jika Anwar dan pemimpin pembangkang menyetujui untuk mendokong tuntutan kumpulan tersebut, mereka menjanjikan undi untuk blok Pakatan Rakyat di dalam pilihan raya kelak.

Antara desakan yang paling menonjol di dalam Tuntutan Johor ialah desakan memansuhkan Artikle 153 Perlembagaan Persekutuan, dasar pro-Bumiputera, kuota Bumiputera serta Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996.

Hujah mereka ialah dengan pemansuhan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang Melayu-Bumiputera maka akan mudah untuk mencapai perpaduan, keharmonian sosial dan kemakmuran negara.

Suara-suara sumbang mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu Bumiputera yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Negara semakin lantang kedengaran sejak PRU 2008.

PKR dan DAP terutamanya kian berani mempersoalkan dasar-dasar pro-Melayu yang diperjuangkan oleh Umno sejak 1946 lagi.

Malah Presiden PKR, Wan Azizah Ismail tidak merasa bersalah apabila mengisytiharkan untuk menghapuskan Ketuanan Melayu jika parti itu berkuasa.

Pembangkang lupa bahawa pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 55 tahun mengecapi kemerdekaan adalah hasil daripada dasar serta program untuk meningkatkan taraf sosial-ekonomi orang Melayu Bumiputera.

Ini dilakukan seiring dengan pembangunan bangsa-bangsa lain yang bermastautin di negara ini tanpa mengurangi sedikit pun hak-hak mereka yang telah dijamin di dalam Perlembagaan.

Hasilnya bukan sahaja orang Melayu diangkat martabat mereka tetapi orang bukan Melayu juga sama-sama menikmati hasil proses transformasi ekonomi dan pentadbiran negara dalam semua ruang lingkup kehidupan membabitkan setiap lapisan rakyat.

Kini Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya berusaha untuk menafikan segala kemajuan yang telah dicapai oleh kerajaan Perikatan/Barisan Nasional sejak merdeka dengsn menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.

Tidakkah mereka yang kini mempersoalan Dasar Ekonomi Baru dahulu pernah menggaut keuntungan dan laba yang melimpah daripada dasar tersebut?

Maka tidakkah Anwar yang melimpahi kroni-kroninya dengan kekayaan yang tidak dapat dibayangkan pada satu ketika dahulu melalui jawatannya sebagai Menteri Kewangan dengan menggunakan mengeksploitasi DEB sebenarnya mendedahkan sifat munafiknya yang nyata.

Apabila berkuasa perbuatan membina empayar kekayaan peribadi tidak pula menjadi kesalahan tetapi apabila hilang kuasa dan pengaruh, segala apa yang pernah ditunggangi bagi faedah diri dan keluarga serta kroni dijadikan senjata politik untuk menghentam kerajaaan pula.

Begitulah tabiat buruk Anwar yang menganggap dirinya suci dan bersih dari segala kekotoran peribadi dan amalan rasuah ketika berada di pihak pembangkang.

Pembangkang seperti Tuntutan Johor ini tidak boleh dipandang enteng atau dipinggirkan kerana jika dibiarkan berlarutan, ia akan menjadi barah di dalam tubuh badan bangsa Melayu itu sendiri.

Di manakah masa depan anak-anak Melayu dan kedudukan bangsa ini di bumi sendiri jika pembangkang berjaya melaksanakan apa yang mereka lakarkan di dalam tuntutan tersebut?

Negara akan terjual, orang Melayu akan menjadi bangsa pariah, institusi Melayu hanya akan menjadi kenangan silam malah institusi raja-raja juga tidak dijamin berkekalan dan terus utus jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

Anwar akan menggunakan apa sahaja kaedah yang ada dan ditawarkan kepada beliau daripada golongan anti-Melayu untuk mendapat undi dalam mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Ramai penyokong tegar Anwar berpendapat beliau seorang nasionalis Melayu yang tidak mudah dipengaruhi untuk melunturkan agenda Melayu tetapi realitinya cakap Ketua Pembangkang tidak serupa bikin.

Sejak menjadi ahli parlimen Permatang Pauh pada 2008, apakah bukti beliua telah menaikkan taraf kemajuan penduduk Melayu di kawasan beliau.

Persoalan yasng lebih kepada Anwar, apakah pernah PKR menganjur kongres atau persidangan untuk khusus membincangkan nasib dan masa depan bangsa Melayu dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Hakikat bahawa perkara sedemikian tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku di dalam Pakatan Rakyat walaupun PAS berseketu di dalamnya, menunjukkan orang Melayu akan menjadi mangsa pertama sekiranya pembangkang berkuasa.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan akan lenyap, begitu juga Islam sebagai agama persekutuan akan dipinggirkan, malah semua institusi yang banyak berjasa kepada orang Melayu sedikit demi sedikit akan dihapuskan.

Inilah yang dimaksudkan dengan prinsip kesamarataan dan keadilan yang diperjuangkan oleh pembangkang iaitu mengorbankan bangsa Melayu dalam mencapai negara liberal idaman Anwar.

Tuntutan Johor hanya satu titik permulaan dalam perjalanan tersusun pembangkang untuk menjahanamkan negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara satelit Barat.

PAS RASUAH, KHIANAT Terhadap Rakyat KELANTAN

Projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) melibatkan kos RM 2 Bilion mengalami kerugian besar RM 711.45 juta akibat kebobrokan Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Datuk Ahmad Yakub.

Tidak ada bezanya di antara Timbalan Menteri Besar ini dengan Exco Kerajaan Negeri, Husam Musa ... banyak projek 'tong-tong kosong'. Terlalu banyak berbohong kepada rakyat Kelantan.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan sudah cukup membuktikan kegagalan projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) bernilai RM 2 bilion hangus dengan kerugian RM 711.45 juta.

Mengapa kerugian terkumpul berjumlah RM 711.45 juta?

1) Rugi RM 389.09 juta akibat kegagalan Liziz Standaco Sdn Bhd menunaikan komponen sumbangan kepada kerajaan negeri.

2) Rugi RM 318.29 juta akibat pindah milik tanah kepada syarikat terbabit.

3) Rugi RM 4.07 juta akibat bayaran yang diberikan kerajaan pusat kepada syarikat yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik.

Perlu diingat, projek ini bermula sejak dari tahun 2003 dan sepatutnya siap sepenuhnya pada tahun 2015 ... ini perkara yang paling asas untuk diketahui.

Komponen Sumbangan Kepada Kerajaan Negeri

Jika mengikut perjanjian, 8 komponen utama sumbangan kepada kerajaan negeri perlu ditunaikan oleh Liziz Standaco Sdn Bhd.

a) Sebuah masjid bernilai RM20 juta.

b) Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta.

c) Sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR.

d) Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.

e) Tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta.

f) Menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan Yahya Petra.

g) Sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani.

h) Lain-lain sumbangan selain daripada di atas akan diputuskan oleh kedua pihak atas persetujuan bersama dari semasa ke semasa.

Namun sehingga ke hari ini, Liziz Standaco Sdn Bhd. gagal menyempurnakan 75 peratus (%) sumbangan kepada kerajaan negeri ...

a) Sebuah masjid bernilai RM20 juta.

b) Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta.

c) Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.

d) Penyerahan tanah seluas 13 ekar di sebelah kiri Jambatan Sultan Yahya Petra.

e) Penyerahan wang tunai bersamaan nilaian JKR bagi pembinaan Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra berjumlah RM90 juta (jambatan tersebut telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan)

f) Tabung Skim Perumahan Kos Rendah berjumlah RM12 juta. Selanjutnya Di GWM

Bila Nik Aziz akan bersara?

SUDAH pastilah ramai pemimpin dan penyokong Pas tidak selesa apabila ada pihak yang cuba mendesak Datuk Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.

Walaupun mereka memahami keterbatasan yang ada kepada tok guru yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam dunia politik namun mereka tidak mahu meminta beliau berehat.

Bagi sesetengah pemimpin dan penyokong Pas, Nik Abdul Aziz adalah tonggak kekuatan parti itu sama ada di Kelantan atau seluruh negara.

Sebut sahaja siapa sahaja dalam Pas sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Harun Taib, Datuk Haron Din atau Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kesemua mereka dianggap tidak mampu menandingi populariti Nik Abdul Aziz.

Malahan ada yang menilai kekuatan Pas banyak bergantung kepada Nik Abdul Aziz terutamanya di Kelantan. Tanpa beliau belum pasti Pas akan mampu berdiri megah sejak 1990 di negeri Cik Wan Kembang itu.

Selain Pas yang dilihat begitu bergantung kepada Nik Abdul Aziz, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga mahu Menteri Besar Kelantan itu terus berada dalam kepimpinan Pas.

Mereka tidak mahu Nik Abdul Aziz berundur kerana pengaruh beliau amat penting dalam usaha untuk memastikan penyokong-penyokong Pas terus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.

Tambahan pula Nik Abdul Aziz sering dilihat pembela paling utama pemimpin-pemimpin pembangkang yang berhadapan dengan masalah.

Bagaimanapun sama ada penyokong Pas mahupun pakatan pembangkang, mereka terlupa bahawa populariti Nik Abdul Aziz bukanlah seperti dahulu lagi.

Penulis masih ingat bagaimana satu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan cukup berhati-hati kalau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz, mereka bimbang kenyataan yang dibuat boleh mengurangkan sokongan.

Mereka takut kalau-kalau kenyataan membidas Nik Abdul Aziz akan memberi kesan kepada sokongan politik mereka kerana kononnya Nik Abdul Aziz cukup dihormati seluruh lapisan rakyat Kelantan.

Penulis tidak menafikan fakta berkenaan kerana Nik Abdul Aziz adalah pemimpin paling popular dalam kalangan penyokong pembangkang bukan sahaja di negeri tersebut tetapi juga di seluruh negara.

Mungkin faktor-faktor inilah yang menyebabkan Nik Abdul Aziz sukar untuk bersara. Sebab itulah beliau menyatakan pada 3 Februari lalu bahawa beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.

"Saya nak sebut satu rahsiauntuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik sehingga ke hari ini," kata Nik Abdul Aziz ketika itu.

Jesteru timbul persoalan bilakah Nik Abdul Aziz akan bersara dan menyerahkan kedudukannya kepada pemimpin lain dalam Pas?

Sebenarnya, apa yang perlu diakui oleh pemimpin dan penyokong Pas ialah Nik Abdul Aziz tidak begitu berpengaruh seperti suatu masa dahulu.

Penulis diberitahu bagaimana di warong-warong kopi di Kelantan, sudah ada keberanian di kalangan rakyat negeri itu untuk mengkritik Nik Abdul Aziz secara terbuka. Mereka tidak segan silu atau takut-takut lagi seperti mana sikap pemimpin-pemimpin Umno Kelantan suatu ketika dahulu.

Walaupun keputusan pilihanraya umum 2008 menyaksikan Pas terus berkuasa di Kelantan namun populariti Nik Abdul Aziz semakin merudum.

Selain tindak tanduk beliau mengenai kenyataan-kenyataannya yang acap kali mencetuskan polemik, corak pentadbiran Pas Kelantan juga turut menunjukkan pelbagai kelemahan.

Keputusan pilihanraya kecil Dewan Undagan Negeri (DUN) Manek Urai tidak berapa lama dulu menyaksikan Pas menang dengan majoriti tipis 56 undi diikuti dengan kekalahan di DUN Galas sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak boleh bergantung kepada Nik Abdul Aziz selama-lamanya.

Tambahan pula ketika ini, pelbagai kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan semakin terdedah dan menyaksikan bagaimana sudah ada dalam fikiran rakyat negeri itu mahu mengubah haluan politik mereka.

Keadaan ini berlaku kerana dalam Pas, mereka terlalu takut untuk meminta Nik Abdul Aziz berundur biarpun mereka tahu sejauh manakah kudrat Mursyidul Am berusia 81 tahun tersebut.

Mungkin kerana keadaan itulah, Nik Abdul Aziz pernah berkata, beliau tidak akan menetapkan sebarang tempoh masa untuk berundurserta tidak akan tunduk kepada tekanan dan gesaan daripada luar parti itu.

"Saya sendiri lebih tahu mengenai kesihatan saya dan parti (Pas) lebih tahu keadaan dan kedudukan saya.Kalau saya rasa kesihatan saya semakin teruk atau parti minta saya berundur, saya berundur.

"Selagi tubuh saya sihat dan parti tidak minta saya berundur, saya tidak akan berundur," kata Nik Abdul Aziz dalam satu majlis baru-baru ini.

Persoalannya siapakah di dalam PAs yang berani meminta Nik Abdul Aziz untuk berundur? Apatah lagi pemimpin-pemimpin Pas amat bergantung kepada populariti tok guru itu seolah-olah 'Nik Abdul Aziz itu Pas dan Pas adalah Nik Abdul Aziz.

Tafsiran ini berlaku kerana biar pun Pas mempunyai Presiden dan barisan kepimpinan politiknya, namun populariti dan pengaruh mereka tidaklah sehebat Nik Abdul Aziz.

Mereka tidak mahu jika Nik Abdul Aziz benar-benar bersara,ia akan menyebabkan pengaruh Pas juga merosot dan paling ditakuti ialah krisis politik di Kelantan berikutan persaingan untuk mengantikan Nik Abdul Aziz.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak menaruh harapan bahawa Nik Abdul Aziz tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang atau bersara daripada politik.

Apatah lagi sudah ada ura-ura Menteri Besar yang sudah 22 tahun memimpin Kelantan itu akan bertanding di kerusi parlimen dan DUN dalam pilihan raya Umum ke-13.

"Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Semuanya ada kemungkinan. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing berhubung desas-desus ini. Mungkin kalau dilihat dari segi kesihatan akan ada yang kata tahap kesihatan membataskan beliau(Nik Abdul Aziz) untuk bertanding dua kerusi. Namun harus diingat, beliau mempunyai aura tersendiri yang mungkin diperlukan oleh pakatan pembangkang.

"langkah meletakkan Mursyidul Am Pas di kedua-dua kerusi berkenaan dilihat akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang terutamanya Pas kerana ia akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong parti itu memandangkan beliau dilihat tokoh yang mampu memimpin Kelantan dan Malaysia amnya," Kata bekas Pengarah Plihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haroon kepada sebuah portal berita baru-baru ini.

Begitu hebatnya sandaran pakatan pembangkang kepada terutamanya Pas kepada Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun satu perkara yang sering dilupakan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong tentang Nik Abdul Aziz ialah rakyat tahu menilai sejauh manakah kemampuan Menteri Besar Kelantan itu untuk terus berpolitik.

Mungkin Pas boleh terus bergantung kepada Nik Abdul Aziz namun semua itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada parti itu di masa depan.

Bak kata ADUN Gaal, Dr. Nik MAzian Mohamed, pemimpin Pas tidak wajar 'melepaskan baton' hanya selepas mereka 'lenguh di tengah jalan.' Utusan

BN Perlu Perangi Propaganda Grand Final PR

Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR.

Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.

Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya, merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti, warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH.

Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.

Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.

Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear.

Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya, bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki.

Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam sekitar, kenapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan?

Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit? Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja.

Jelas sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.

Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.

Sepatutnya jika PAS serius dan berbiat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.

Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.

Tapi pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat.

Bersabit isu FGV dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka, namun bila FGV diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.

Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.

Seandainya benar penyenaraian FGV di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya? Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu hipokrit namanya.

Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandai mudah.

Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN. Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera.

Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang tika ini, Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.

Isu Selangor - Noh Omar Desak Khalid Ibrahim Melutut Kepada Rakyat Selangor...!!!!

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Selangor. Menurutnya, Menteri Besar Selangor itu sering berbohong dan memberikan kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Noh berkata, sebelum ini beliau mendedahkan bahawa Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sejak kerajaan negeri pakatan pembangkang mengambil alih, namun dinafikan oleh Abdul Khalid.

"Ketika itu, beliau (Abdul Khalid) mendakwa laporan kewangan Unisel sedang diaudit oleh juruaudit dalaman dan akan diumumkan keputusan Ogos lalu.

"Namun, sampai sekarang beliau gagal melakukannya. Hari ini terbukti apabila Laporan Audit 2011 keluar, ternyata dakwaan saya (mengatakan Unisel rugi) sebelum ini adalah benar," katanya.

Noh berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan Taj Mahal Agro Industries di sini semalam.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang mendedahkan kewangan Unisel mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM37.63 juta pada 2010.

Noh turut membidas Exco Pertanian Selangor, Mohd. Yaakob Sapari yang mengeluarkan kenyataan tanpa kajian dan turun padang.

"Beliau menuduh projek pengairan sawah padi yang dilaksanakan kementerian tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri.

"Namun, kenyataan Mohd. Yaakob itu dinafikan Pengarah Wilayah Barat Laut, Muhammad Nasir Khusairi yang mendapati projek tersebut sememangnya telah mendapat kelulusan," katanya.

Beliau berkata, sikap Mohd. Yaakob sama seperti Abdul Khalid yang hanya mahu mencari salah kerajaan BN terdahulu dan sengaja mempolitikkan isu.

"Kalau Mohd. Yaakob 'gentleman', dia juga kena minta maaf secara terbuka kerana menipu rakyat. Exco dan menteri besar sama sahaja," katanya.

Noh sebelum ini meminta kerajaan negeri tidak menghalang pelaksanaan projek pengairan di negeri ini dengan pelbagai kerenah birokrasi. Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hashim Abdullah dan Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Anuar Kasman.

Perjanjian itu ditangani bagi menjalin kerjasama antara Nafas dengan Taj Mahal dalam meningkatkan bekalan makanan untuk haiwan ternakan. Beliau berkata, Abdul Khalid tidak layak menerajui Selangor kerana sering bercakap putar-belit dan tidak jujur kepada rakyat.

"Saya cabar Abdul Khalid membuat kenyataan bahawa laporan audit itu bohong. Bagaimana beliau mahu mentadbir Selangor kalau asyik menipu sahaja?," katanya dengan nada sinis. Sumber - Belantan

Khalid Ibrahim Pening Kepala Rakyat Saman Lagi....!!!!!


alt

Penghuni Pangsapuri Selayang Height hari ini bertindak menuntut hak mereka terhadap kerajaan Negeri Selangor berhubung pemberian air percuma.

Penghuni Pangsapuri Selayang Height yang mengandungi kira-kira 500 unit rumah itu mula bertindak menyaman kerajaan Negeri Selangor kerana mendakwa mereka ditipu dalam janji manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan penduduk (memfailkan saman) bertujuan untuk mendapatkan hak mereka yang selama ini sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.

"Kita (GPRS) bersama rakyat ingin menegakkan hak mereka. Rakyat terutamanya di Selangor mula sedar mereka ditipu kerajaan negeri yang didakwa gagal menunaikan janji," katanya ketika sesi penerangan kepada penduduk di sini hari ini.

Selain itu, Sohaimi turut menegaskan bahawa tuntutan yang dilakukan oleh penduduk bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri.

"Ini bukan tindakan GPRS mahupun UMNO, tetapi atas kesedaran rakyat yang selama ini merasa tertipu dengan permainan politik parti pembangkang yang bertopengkan slogan 'Kerajaan Berkebajikan'," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Selayang Heights, Adnan Ahmad berkata, penduduk mula rasa kecewa terhadap kerajaan negeri yang dilihat tidak serius dalam menepati janji.

" Tunaikanlah janji ketika manifesto pilihanraya lepas," katanya.

Ronnie Liu Songlap Duit MPK RM5 Juta...??

Masalah banjir yang acap kali berlaku di beberapa kawasan sekitar di sini telah menimbulkan kemarahan penduduk terlibat ekoran sikap tidak bertanggungjawab beberapa Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Presiden Persatuan Keadilan dan Kebajikan Masyarakat Selangor (JAWASS) L.P. Selvam berkata, tindakan tersebut lebih mengeruhkan keadaan setelah penduduk menerima maklumat bahawa Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menerima peruntukan RM5 Juta dari pihak Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu bagi menangani masalah yang dibangkitkan sejak sekian lama.

"MB Khalid memperuntukan RM 5 juta kepada MPK dan apa yang MPK buat dengan duit itu? Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Negeri yg bertanggungjawab melantik Ahli Majlis MPK dan bertanggungjawab untuk memberi penjelas kepada penduduk Klang tidak turun padang dan MB juga tidak turun padang," katanya kepada KLPOS pada Sidang bersama Penduduk Kawasan di sini hari ini. Klik Di KLPOS

Air Atau Lebuhraya, Mana Lebih Penting?


Jika anda diminta memilih antara bekalan air bersih dengan projek lebuhraya, mana satu menjadi pilihan anda? Tentu ramai yang memilih air, kerana ia sumber asas kehidupan.

Namun demikian, di Kelantan pelik dek kerana tatkala masalah air belum dapat diselesaikan walaupun sudah mendapat pinjaman RM609 juta dari Kerajaan Barisan Nasional, tapi lebuhraya juga yang dikejarnya sambil mengutip derma dari rakyat.

Ura-ura Kerajaan PAS Kelantan untuk membina sendiri Lebuhraya Rakyat yang kosnya mencecah RM1.8 bilion sudah kedengaran sejak Ogos tahun lepas lagi, namun hingga kini bayang lebuhraya tak juga kelihatan. Kebetulannya tika itu hangat dengan spekulasi pilihan akan berlangsung pada November 2011.

Hampir setahun berlalu, tiba-tiba muncul khabar mengatakan akan berlangsung majlis pecah tanah pada bulan Mei 2012.

Akhirnya pada 28 Mei 2012 majlis pecah tanah secara rasminya dilaksanakan oleh Menteri Besar Kelan tan, Nik Aziz Nik Mat.

Sekali lagi kebetulannya, majlis pecah tanah tersebut dilangsungkan tatkala waktu itu sedang hangat dengan spekulasi pembubaran parlimen dan pilihanraya umum yang dijangkakan akan berlangsung pada bulan Jun atau selewatnya bulan Julai 2012.

Selepas majlis pecah tanah hingga kini, duit derma yang diterima untuk pembinaan lebuhraya pilihanraya itu khabarnya dah mencecah angka sejuta ringgit, entah berapa tahun lagi nak tunggu jumlah derma mencecah angka RM1,800 juta tak tahulah.

Bulan Jun akhirnya berlalu tanpa sebarang pembubaran parlimen, masuk bulan Julai, tiba-tiba khalayak umum dikejutkan dengan pengakuan Husam Musa semasa Sidang DUN Kelantan bahawa projek lebuhraya yang diwar-warkan olehnya sebelum ini rupanya belum mendapat kelulusan Mesyuarat Exco.

Parah. Majlis pecah tanah dah buat, duit derma dah beratus ribu dikumpulkan dari orang ramai, alih-alih projek lebuhraya tersebut belumpun diluluskan oleh kerajaan negeri.

Barangkali untuk cover line, maka Husam mendesak Mesyuarat Exco segera meluluskan projek tersebut sambil memberi jaminan lebuhraya tersebut akan segera dilaksanakan sebaik saja diluluskan.

Untuk tambah perisa, Husam mendakwa sudah ada 4 jentera di dalam hutan sedang buat pengukuran. Entah apa yang diukurnya sama ada ukur lilit kayu balak dan luas kawasan konsesinya atau mungkin juga ukur luas tanah untuk siapa pula nak dipindah milik tanah tersebut. Agaknyalah.

Risau juga takut terjadi macam kes projek di Lembah Sireh, tak pasal-pasal syarikat swasta dapat tanah seluas 716.8 ekar bernilai RM318.29 juta tanpa perlu menyiapkan sepenuhnya segala projek infrastruktur yang dijanjikan.

Tanggal 4 Julai 2012 akhirnya projek lebuhraya rakyat diluluskan. Ikut pada jaminan Husam, patutnya pembinaan sudah bermula setidak-tidaknya seminggu selepas itu Malangnya semenjak tarikh tersebut, sudah terlampau jarang lagi untuk kedengaran sebarang berita berkenaannya.

Masih sedang mengukur tanah agaknya sambil mengira berapa besar jumlah komisyen yang bakal diperolehi.

Hampir 3 bulan berlalu, semasa Sidang DUN Kelantan yang berakhir Rabu lepas pula, Husam selaku exco kanan negeri tiba-tiba sahaja memberitahu umum kononnya pembinaan lebuhraya pilihanraya itu akan bermula selepas musim tengkujuh sama ada selepas bulan November atau Disember tahun ini katanya.

Mentang-mentang timbul spekulasi pilihanraya umum akan berlangsung pada bulan Januari 2013, terus saja Husam akan muncul memberi jaminan baru.

Memandangkan projek lebuhraya pilihanraya ini banyak sangat flip-flopnya yang bermotifkan politik untuk menarik perhatian ramai, kita sarankan pada Husam untuk manfaatkan saja duit derma yang dah dikumpul itu untuk tambah baik khidmat bekalan air bersih di Kelantan.

Kalau dibiarkan lama begitu sahaja duit derma tersebut, bimbang pula kalau-kalau nanti jadi macam duit pelaburan Kohilal yang lesap entah ke mana.

Lagipun antara bekalan air dan lebuhraya, walau kedua-duanya penting, namun khalayak umum tahu diantara kedua-duanya ada yang jauh lebih penting.

Hatta kambing jamnapari sekalipun akan mati kehausan sekiranya menghadapi masalah mendapatkan bekalan air, tambah-tambah pula setiap hari empat lima kali terpaksa pula membuang keluar air dari badannya.

Bila kita sebut kambing jamnapari, tentu Husam akan lebih mudah untuk mengetahui mana satu diantara kedua-dua projek tersebut yang memiliki prioritinya. Lagipun, bukankah Husam dan jamnapari berpisah tiada sejak dulu, Tak gitu?

IM GUAN ENG ABAI PERUMAHAN BUMIPUTERA !!!

Setelah Laporan Audit dibentangkan,Lim Guan Eng,Ketua Menteri tidak lagi boleh berdolak dalih kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap perkauman dan meminggirkan bangsa Melayu yang mewakili majoriti berpendapatan sederhana,rendah dan miskin di negeri itu.Terdedah kini,sejumlah RM33.36 juta Akaun Amanah Perumahan Bumiputera telah tidak dibelanja.Jumlah ini adalah bersamaan dengan peningkatan 58% dari tahun sebelumnya iaitu RM21.11 juta.Tindakan Guan Eng untuk ‘menyimpan’ peruntukan tersebut menunjukkan yang beliau begitu tega mempertahankan prinsip perkauman partinya.Sedangkan,di masa yang sama kerajaan DAP Pulau Pinang begitu giat membina dan merancang berbagai pembangunan lain.Bumiputera di Pulau Pinang seharusnya mengambil laporan ini secara serius kerana ia melibatkan survival bangsa di negeri tersebut secara keseluruhan dan jangka panjang.Apakah kita sanggup melihat satu lagi negeri kita menjadi milik orang />
Walaupun DAP adalah parti politik di dalam Malaysia dan pemimpinnya warga Malaysia tetapi sikap mereka yang ingin mengenepikan bangsa lain di dalam pemerintahan menjadikan mereka sebagai penjajah.Kata orang,ada dua cara untuk menjajah sesuatu bangsa iaitu sama ada dengan ‘membunuh’ atau ‘merampas segala apa yang membentuk identiti bangsa tersebut’.Oleh itu,dengan menyingkirkan semua bangsa lain selain Cina dari Pulau Pinang,DAP berharap dapat menghapuskan terus identiti bangsa asal,iaitu Melayu dari negeri tersebut.Ini adalah konsisten dengan usaha mereka untuk mengubah sejarah termasuk cuba menunjukkan yang kaum Cina adalah antara pendatang awal ke negara ini.Tindakan ini boleh dibaca melalui apa yang dilakukan oleh ‘abang’ mereka di Singapura,iaitu PAP di mana sejarah negara tersebut yang bermula lama sebelum Parameswara (1344), dengan sedaya upaya cuba dipadamkan mereka, hanya kerana ia membawa identiti dan bukti pendudukan dan kekuasaan bangsa Melayu. Sebaliknya, sejarah Singapura cuba ditulis semula dengan bermula dari tahun 1781 iaitu kedatangan Sir Thomas Stamford Bingley Raffles seorang negarawan British./>
Ini menyerlahkan sifat kaum Cina itu yang tidak rela mengakui kekuasaan Melayu,walaupun ia hanya tinggal sejarah tetapi boleh menerima ketuanan barat.Sifat yang sama kekal terpahat dalam diri Lim Guan Eng dan roh DAP secara amnya.Justeru,kaum bumiputera di Pulau Pinang wajar mengenali hati budi dan nurani Ketua Menteri dan parti yang memerintah mereka dengan sebaik-baiknya.Segala tindakan Guan Eng di Pulau Pinang perlu dikaji dan diteliti kesannya terhadap kaum bumiputera dalam jangka panjang.Agenda Guan Eng itu adalah jelas dan kezamannya untuk mencapai matlamat ‘ketuanan Cina’ di Pulau Pinang adalah benar.Bumiputera Pulau Pinang kini berhadapan dengan ancaman pengusiran secara halus. Mereka bakal kehilangan segala-galanya dari tanah sehinggalah ke identiti dan juga maruah.Namun,semua ini boleh dihalang dengan membuat keputusan yang tepat dalam PRU yang akan datang. Tiada siapa yang dapat membantu kita, melainkan diri kita sendiri.Masa depan anda di tangan anda, iaitu di kertas undi.Tepuk dada tanyalah minda,apa yang benar,apa yang dusta,apa yang kabur dan apa yang nyata.Yang pasti,laporan audit adalah nyata dan penafian Guan Eng ternyata dusta.Apakah ada yang masih ingin menafikannya ???

Papan Tanda Islam Tetapi Rakyat Makan Makanan Haram?


PAS sememangnya parti yang keliru hala tuju, yang dipimpin oleh orang yang celaru dan bekerjasama dalam Pakatan yang haru-biru. Islam menjadi mainan politik seharian, dijadikan slogan promosi bagai iklan. Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan.

Akibat bersifat keterlaluan dalam politik, PAS akhirnya telah di’hijack’ syaitan. Kerana itu, segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang. Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara seIslam ditentang.

Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti, di pakaian, dan retorik jalanan. PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT.

Maka tidak hairanlah penemuan audit negeri Kedah mendapati bahawa kerajaan PAS Kedah telah memandang remeh akan soal sijil halal yang dikeluarkan di negeri itu. Sedangkan sijil inilah yang dapat memberi panduan kepada rakyat mengenai halal-haram sesuatu barangan atau makanan yang bakal menjadi darah daging mereka.

Laporan audit 2011 menunjukkan bahawa di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati bahawa sijil halal lewat dikeluarkan atas sebab-sebab kelemahan dalam aktiviti pemantauan dan Penguatkuasaan serta perkhidmatan rujukan maklumat halal tidak dikemas kini.

Namun, apa yang disebut kelemahan dalam laporan audit sebenarnya lebih tepat jika disebut ‘kemalasan’ kerana antara penemuan mengejutkan yang dilaporkan ialah, Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Tidak Bermesyuarat.

Jawatankuasa tersebut hanya bermesyuarat 2 kali pada tahun 2009 dan 3 kali pada tahun 2010.

Manakala pada tahun 2011, Jawatankuasa ini langsung tidak bermesyuarat.

Walau apa jua alasan untuk tidak bermesyuarat, ia tidaklah boleh diterima, kerana kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak mengambil ringan soal sijil halal apatah lagi setelah berjaya menjatuhkan BN atas alasan parti itu tidak Islamik.

Apa yang lebih mengejutkan ialah MAIK telah mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal kepada 72 syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal atas alasan teknikal. Untuk itu, Yang Dipertua MAIK menggunakan budi bicaranya untuk meluluskan SPH demi kepentingan pihak industri.

Persoalannya, apakah kelayakan YDP MAIK untuk memberi kelulusan secara persendirian? Apakah jaminan yang beliau telah melakukan ujian atau pemantauan dengan sempurna sebelum memberi kelulusan?

Dan yang lebih penting ialah rakyat kini tertanya-tanya apakah terdapat unsur rasuah di sini apabila alasan yang diberikan ialah ‘kepentingan pihak industri’ yang mana sekali gus bermakna keuntungan adalah lebih penting dari soal agama mahupun rakyat.

Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada pemeriksaan berkala dijalankan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Bagaimanapun, bagi tahun 2011 terdapat 2 pemeriksaan dibuat, itupun setelah mendapat aduan.

Malah, operasi penguatkuasaan bersepadu untuk memastikan penguatkuasaan penggunaan logo halal bersama KPDNKK juga tidak pernah dijalankan.

Nah, inilah pentadbiran Islamik yang dilaung-laungkan PAS di mana soal halal haram makanan yang menjadi darah daging rakyat juga tidak dititikberatkan.

Jika perihal halal-haram makanan juga boleh diremehkan, tidak perlulah PAS terus berlakon alim melalui isu papan tanda iklan yang mewajibkan model wanita menutup aurat dan memaparkan tulisan jawi. Dosa mata itu adalah dosa kecil dan tidak akan menjadi darah daging serta tulisan jawi di papan tanda pula hanyalah simbol usaha mendaulatkan bahasa AlQuran. Membaca tulisan jawi di papan tanda tidak boleh menghalalkan kembali makanan haram yang dah tertelan.

Kesimpulannya, laporan audit yang dibentangkan bukan sahaja mendedahkan kelemahan pentadbiran PAS Kedah yang hangat diperkatakan kini, tetapi ia juga mendedahkan betapa munafik atau hipokritnya PAS dalam soal agama.

Jelaslah kini bahawa agama hanyalah kosmetik bagi PAS. Pun begitu, PAS harus tahu bahawa kosmetik tidak semestinya membuat kita cantik. Kosmetik yang berlebihan membuatkan wajah lebih buruk malah merosakkan kulit dalam jangka panjang.

Kenapa Pas Dikatakan Parti Ajran Sesat?


Parti menggunakan agama utk kepentingan politik, parti memecahkan perpaduan umat islam, parti kuda tunggangan dap kafir harbi, parti yg menawarkan tiket syurga, parti yg menghapuskan dosa, tok gurunya yg rendahkan martabat nabi , kata Tuhan samseng dan mencarut, ini sebab dan buktinya, renung2kan!

Tentera Muda

1. PADA MULANYA… Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983).

KEMUDIANNYA… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2. PADA MULANYA… Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah me. ngharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”. KEMUDIANNYA… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.

3. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”.

KEMUDIANNYA… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4. PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”.

KEMUDIANNYA… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

5. PADA MULANYA… PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA… Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir. Ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr.

Mahathir bukan Pak Lah”. 6. PADA MULANYA… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”.

KEMUDIANNYA… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7. PADA MULANYA… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”.

8. PADA MULANYA… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”.

KEMUDIANNYA… PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9. PADA MULANYA… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA… PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak).

11. PADA MULANYA… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12. PADA MULANYA… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13. PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 21 tahun, sekarang Kedah, Perak dan Selango dan 3 tahunr, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara.

KEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”.

KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”.

KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz.

17. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”.

KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19. PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?

20. PADA MULANYA…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam.

KEMUDIANNYA..PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah).

21. PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.  KLIK DI COMMENT

Banyak Aktiviti Salah Tadbir Di Pulau Pinang


DAP nampaknya begitu berbangga dengan laporan Audit 2011 yang menunjukkan penurunan hutang negeri tersebut antara 94 – 97%. Konon-kononnya penurunan ini ada kaitan dengan kehebatan mengurus parti rasis, cauvanis cina ini, dibanding dengan BN dan negeri-negeri lain dimana mereka memerintah.

Maka para penyokong Pakatan Rakyat dibawah yang tidak punya keupayaan berfikir yang hebat seperti orang lain, menerima sahaja berita ini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada laporan audit tersebut bagi mendapatkan lebih maklumat bagaimana yang dikatakan penurunan hutang itu

Sebetulnya, yang tidak disebut DAP ialah, penurunan hutang ini dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) – organisasi dibawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Selain dari itu, laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang.

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan – sekadar menyebut beberapa perkara.

Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini. Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutung dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan, telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.

Sementara dalam masa yang sama, aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam, semakin rancak dijalankan di Pulau Pinang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut.

Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri. Sistem yang digunakan tidak jelas, bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit.

Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang, kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu, tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan.

Paling mencuri tumpuan penulis dalam laporan audit semalam ialah tindakan beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri yang membayar bonus kakitangan dikala syarikat itu sendiri mengalami kerugian.. Kalau tidak salah penulis, masalah sama pernah dikenal pasti di sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri di Selangor beberapa tahun lepas – untung tidak ada tapi bonus berkoyan.

Nampaknya fahaman DAP ini memang lain. Tak tahu teknik perakaunan mana yang digunakannya tapi syarikat kerajaan negeri yang tidak memberi sebarang keuntungan boleh membayar bonus kepada kakitangannya!!

Jadi toksahlah DAP nak cakap besar dan buat bising tentang prestasi kerajaan BN diperingkat persekutuan kalau dalam negeri yang mereka perintah sendiri pun ada banyak masalah yang tidak terjaga.

Penulis nak menyentuh sedikit tentang kos-kos pembelian ‘tidak munasabah’ yang dikesan berlaku dalam laporan audit kali ini. Nak dijelaskan disini bahawa ianya bukan disebab oleh penyelewengan atau apa pun cuma bajet berlebihan dari akaun lain, dipindahkan ke akaun yang kurang atau telah habis.

Contoh, rekod pembelian TV berharga RM 1,500, tapi dikesan dibeli dengan harga RM 10,000. Wang itu tidak masuk poket sesiapa pun tapi bajet itu yang dipindahkan.

Ini biasa berlaku, tanyalah orang kerajaan terlibat, depa tahulah, yang penting tidak ada kaitan dengan penyelewengan.

Pemimpin PAS Mahu Nik Aziz Segera Berundur


Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan.

Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?

"Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat."

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Nampak gayanya kemuncak kerjaya politik Mursyidul Am PAS itu sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Masakan tidak, apabila wakil rakyat PAS sendiri sudah bersuara mengungkit usianya yang makin tua lanjut usia, bermakna itu satu signal penting yang sepatutnya mudah untuk ditafsirkan sendiri oleh Nik Aziz.

Lagipun semenjak Kelantan diterajuinya, tidak banyak perubahan besar yang tampak kelihatan hasil jasa bakti pemimpin PAS itu, ada memang ada sekelumit dua misalnya pecah tanah sana sini sambil menanam batu asas itu begini tapi setakat jadi tanda sajalah.

Mujurlah dek kerana kemurahan hati para pemimpin Kerajaan Pusat meneruskan usaha-usaha pembangunan dan menggandakan langkah membasmi kemiskinan di Kelantan, setidak-tidaknya adalah juga sedikit sebanyak perubahan.

Harapnya teguran terbuka dan saranan penuh sinis oleh pemimpin PAS dari Gaal, Pasir Puteh ini tidaklah disalah anggap oleh para penyokong PAS sebagai mainan propaganda UMNO pula.

Bukan kita tak tahu dikalangan sesetengah penyokong dan ahli PAS, cukup pantang bila ada saranan supaya Nik Aziz mengundur diri, tak semena-mena terus mereka melatah menyalahkan UMNO. Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat langit tu.

4 Juta Penduduk Lembah Kelang Bakal Diancam Bahaya Arsenik...!!!


Kerajaan PR Selangor tidak lagi boleh menafikan bahawa negeri itu bakal mengalami krisis bekalan air yang buruk dalam masa terdekat apabila bukti-bukti kukuh mengenai kekurangan air di empangan-empangan didedahkan. Sebelum ini mereka cuba meremehkan isu tersebut konon mainan politik Barisan Nasional, tetapi nada mereka kemudiannya berubah dan cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka punya strategi sendiri untuk menanganinya.

Antaranya, melakukan pembenihan awan dan menggunakan air dari bekas lombong untuk menampung keperluan di Lembah Kelang. Ini dinyatakan sendiri oleh exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar.

Bagaimanapun, kedua-dua penyelesaian yang dicanangkan kerajaan PR Selangor ini adalah tidak praktikal. Ini kerana pembenihan awan tidak mampu memastikan seratus peratus kejayaan. Kalau pun berjaya, ia masih tidak menyelesaikan masalah utama iaitu, bukannya kekurangan air mentah, tetapi bekalan air yang dirawat.

Begitu juga dengan menggunakan air lombong sebagai penyelesaian kerana air lombong mengandungi logam berat yang tinggi selain bakteria dan mikroorganisma yang membahayakan pengguna. Logam berat yang amat membimbangkan yang banyak terdapat di dalam air bekas lombong adalah logam arsenik (As). Arsenik mampu menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah penyakit hati, buah pinggang dan pebagai jenis kanser.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan kadar selamat arsenik inorganik ini sebagai 0.01 mg/l. Namun, beberapa negara di dunia di dapati mempunyai paras arsenik yang sangat tinggi dan ada yang melebihi 200 kali ganda.

Walaubagaimanapun, memang benar bahawa air bekas lombong boleh dirawat dengan beberapa cara.

Antaranya, kaedah rawatan secara pasif (passive treatment method). Iaitu air sisa lombong disalurkan ke kolam pengoksidaan sebelum disalurkan ke kolam SAPS (Successive Alkalinity Producing System). Kolam takungan SAPS di lapisi dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama adalah batu kapur (limestone), lapisan kedua adalah lapisan organik dan lapisan ketiga (paling atas) adalah lapisan air sisa. Air akan ditahan di dalam kolam ini selama 3 hari. Selepas itu, air sisa di alirkan ke kolam wetland sebelum dilepaskan keluar. Melalui kaedah ini, pH air dapat ditingkatkan kepada pH 6 dan kandungan logam berat Fe dikurangkan daripada 32 ppm kepada 0.9 ppm.

Selain itu, ada juga rawatan secara aktif (active treatment facility) iaitu di mana kadar alir air lombong yang tinggi dan kuantiti yang banyak. pH air sisa setelah dirawat dan dialirkan keluar melalui cara ini adalah 7.84.

Walaupun ada caranya untuk merawat air lombong, cadangan menggunakan mana-mana satu dari kaedah ini untuk menyelesaikan masalah air di Selangor adalah tidak praktikal memandang kos yang begitu tinggi termasuk masa yang terlalu suntuk. Kos pembinaan loji rawatan secara aktif bagi lombong Hamtae di Korea sahaja memakan belanja sebanyak USD3 juta.

Apatah lagi apabila terdapat cara lain yang lebih mudah, cepat dan murah serta terjamin selamat untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menggunapakai penyelesaian yang telah digariskan oleh kerajaan pusat iaitu Projek Langat 2.

Oleh itu, bagi kerajaan Selangor untuk memilih cara penyelesaian yang tidak praktikal untuk mengatasi masalah ini, menimbulkan keraguan di kalangan rakyat mengenai motif sebenar serta kredibiliti mereka. Lebih dari itu, adalah tidak wajar bagi sebuah kerajaan negeri untuk membiarkan rakyat menanggung risiko keracunan logam berat, seperti arsenik hanya kerana ego dan enggan menerima atau mengakui sesuatu perancangan yang terbaik yang dicadangkan oleh pihak lawan, iaitu kerajaan Barisan Nasional.

Sedangkan, pihak PR selama ini yang begitu beria-ia membangkitkan isu alam sekitar walaupun sebenarnya tiada isu. Contohnya, kilang Lynas yang telah disahkan selamat oleh pakar-pakar antarabangsa tetap dituduh mereka sebagai merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat Kuantan.

Pelik sekali apabila PR konon memperjuangkan keselamatan dan kesihatan rakyat Kuantan tetapi sanggup pula mendedahkan 4 juta rakyat Selangor kepada risiko keracunan arsenik.

Lagipun, PR sepatutnya lebih peka dengan bahaya arsenik memandangkan Ketua Umum mereka, Anwar Ibrahim pernah mendakwa disuntik dengan racun tersebut oleh kerajaan ketika beliau pertama kali dipenjara kerana meliwat.

‘Ketakutan’ Anwar dan keluarga terhadap kesan arsenik begitu hebat sehingga membawa isu itu kepada media antarabangsa. Untuk pengetahuan, kemasukan arsenik dalam jumlah besar ke dalam tubuh secara mendadak akan menyebabkan serangan akut seperti sakit perut akibat sistem pencernaan rosak, muntah, cirit-birit, rasa haus yang hebat, kejang perut, dan akhirnya koma, dan kematian.

Manakala kemasukan secara sedikit-sedikit dalam jangka waktu lama pula, seperti meminum air yang mengandungi racun arsenik, akan menyebabkan nafas berbau, peluh berlebihan, otot longlai, perubahan warna kulit (menjadi gelap, gangguan saraf, dan seperti yang melanda penduduk Chile dan Bangladesh iaitu penyakit kaki hitam dan juga kanser kulit.

Kini, ternyata, Anwar telah berbohong kerana beliau jelas sihat sejahtera setelah dibebaskan, malah boleh ‘beraksi’ dengan begitu hebat tak kira di pentas-pentas ceramah mahupun di bilik-bilik hotel.

Dengan pengetahuan yang ‘mendalam’ mengenai arsenik, adalah pelik sekali apabila kerajaan PR Selangor langsung tidak bimbang jika rakyat mereka terdedah kepada racun ini. Ini menunjukkan bahawa kerajaan PR tega mementingkan politik lebih dari rakyat.

Justeru, kita sarankan agar parti tersebut membuang sahaja nama ‘rakyat’ kerana ia jelas tidak menepati objektif pakatan mereka.

Penyelewengan Ladang Rakyat Di Kelantan Terbongkar...!!!


"Orang PAS ni guna agama untuk makan duit haram, duit rakyat, masuk dalam perut mereka. Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang UUMNO. Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan).

Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan. Harapkan PAS, mereka sibuk curi rampas tanah orang, curi balak, tidak bayar pampasan atau ganti rugi," demikian kata Harun Che Anal, warga emas berusia 61 dari Gua Musang, Kelantan.

Kata-kata di atas adalah luahan kekecewaan salah seorang peneroka yang sebak melihat tanah yang diterokanya sejak dua dekad lalu kini sudah menjadi sebahagian dari Ladang Rakyat, sedangkan sebelumnya pemimpin PAS negeri sudah berjanji untuk memberikan geran hak milik tanah kepada rakyat.

Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya.

Mengikut perancangan asalnya, konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA, namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya.

Kini, para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu PAS, pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan semalam.

Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan, mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit.

Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut.

Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata.

Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya, itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri.

Manakala seramai 639 orang lagi yang mendapat manfaat dari Ladang Rakyat adalah warga negara asing yang menerima upah bekerja di ladang yang dikendalikan oleh syarikat swasta dipercayai milik tauke Cina dari Singapura itu.

Rakyat tempatan termasuk Orang Asli terpaksa menangis tak berlagu kehilangan tanah yang diterokai serta tanah rizab mereka, manakala orang dari Singapura yang banyak memberi sumbangan dan derma politik untuk parti yang memerintah Kelantan pula yang menjadi kaya raya.

Kelantan Cuba Tipu Rakyat Setelah Pendapatan Merudum


Barangkali nama Exco kanan kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa tentunya akan tercatat dalam sejarah negeri Cik Siti Wan Kembang untuk berabad lamanya sebagai satu-satunya pemimpin negeri yang paling tersohor kerana kemahirannya menghiburkan rakyat jelata dengan seni silap mata.

Naib Presiden PAS itu memang wajar dikenang dan diingati khalayak, bukan kerana begitu besar jasa atau khidmat baktinya melata dirasai oleh rakyat jelata, tapi dek kerana uniknya cara Husam menonjolkan diri dan bijak memukau mata khalayak ramai.
Tanpa idea unik Husam, tentu sahaja sampai kini rakyat Kelantan tak kesampaian untuk merasai kehebatan seni rekabentuk sebuah Lebuhraya Rakyat, Stadium indah berbentuk rebana di Pasir Putih serta kecanggihan keretapi laju yang sekelip mata berdesup pantas menjalar di atas landasan.
Ya... kerana idea Husam, semua tiga pembangunan tercanggih di abad millenium ini kini menjadi realiti.
Dengan hanya sesaat mata terpejam rapat, semuanya indah kelihatan dalam bayangan. Cuma bila mata celik luas melilau tercari-cari sana sini segalanya hilang dari pandangan. Unik, pelik, ajaib dan menakjubkan, bukan?
Bak kata blogger anak Kelantan brader Kickdefella, semua idea dan projek yang digebang dikompang oleh kerajaan PAS Kelantan melalui Exco tersohornya itu, hanya nyata kelihatan bagi segelintir rakyat negeri yang tersampuk dek sindrom pelik sahaja - SPNCTN (Sindrom Pejam Nampak Celik Tak Nampak).
Tak percaya? Cuba para pembaca pejam mata dan bayangkan imej lebuhraya bertingkat dalam fikiran tuan-tuan, kemudian setelah jelas kelihatan, teruskan memejam mata dimasa yang sama bayangkan pula susuk imej stadium canggih beserta sebuah keretapi yang sedang menderu laju.
Tidakkah terbukti segalanya menjadi realiti tatkala tuan-tuan sekalian memejamkan mata sambil membayangkannya? Hebat bukan?
Pemimpin UMNO tak mampu lakukan seni silap mata unik sebegini, kelebihan ini hanya milik PAS dan pemimpinnya sahaja. Berkat pertapaan 61 tahun PAS sebagai parti paling eksyen dalam berkata-kata sambil menabur janji muluk lagak sang penglipur lara.
Kelebihan yang sejak berdekad-dekad lalu sudah sedia ada pada PAS dan pimpinannya itu, diteruskan lagi melalui seni silap mata yang memukau pandangan ramai dalam edisi terbaru, yang dipersembahkan melalui Bajet 2013 negeri Kelantan yang baru sahaja dibentangkan semalam oleh Exco kanan negeri yang tersohor.
Melalui Bajet 2013 Kelantan ini, buat julung kalinya kerajaan PAS Kelantan berjaya mempersembahkan satu rancangan belanjawan yang paling berjaya seterusnya memecah rekod sebagai satu-satunya belanjawan negeri yang menghasilkan bajet lebihan.
Sebelumnya sudah bertahun-tahun sejak Kelantan diurus tadbir oleh PAS, memanjang saja defisit atau dengan kata mudahnya perbelanjaan mengurus lebih tinggi daripada anggaran perolehan tahunan.
Kali ini, hasil kebijaksanaan Naib Presiden PAS merangkap anak emas kesayangan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, akhir negeri ini cukup bertuah berjaya mencatat lebihan belanjawan berjumlah RM 45.8 juta. Jauh lebih baik daripada pencapaian tahun sebelumnya yang mencatat defisit RM 83.23 juta.
Bagaimana ia dapat dilakukan? Tentulah melalui seni silap mata. Ini kelebihan PAS dan ini juga kebijaksanaan Husam selaku penglipur lara tersohor yang pernah bertapa ilmu dengan gurunya Nik Aziz dan juga mentor kesayangannya, Anwar Ibrahim.
Mengikut perbentangan yang dipersembahkan oleh Husam semalam, beliau telah mengunjurkan pada tahun depan Kelantan bakal mendapat perolehan sebanyak RM 581.77 juta termasuklah wang royalti berjumlah RM200.00 juta.
Dengan anggaran kos mengurus yang 'cuma' RM 535.95 juta, maka secara automatiknya terhasillah silap mata memukau pandangan dengan lebihan RM 45.8 juta.
Hebat, memang hebat, unik dan menakjubkan. Terbaik dari ladang dan terhangat di pasaran. Ya ke? Yalah tu... nama lagi silap mata yang mengelabui biji mata dan mengabui pandangan rakyat jelata.
Ini sebenarnya dinamakan sebagai cubaan menipu rakyat Kelantan dengan mendodoikan kisah indah dan enak didengar, penuh pengharapan tapi hakikatnya cuma atas kertas sahaja, tiada jaminan dan tiada kepastian.
RM 200.00 juta yang konon-kononnya wang royalti sebenarnya tak wujud pun, hanya wujud secara halusinasi atau hanya orang yang tersampuk dek sindrom SPNCTN saja yang beriya-iya mempercayainya. Kes tuntutan pun masih dalam lagi dalam proses mahkamah. Husam cuma mahu rakyat terus percaya sambil cuba memainkan sentimen kenegerian sahaja.
Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Husam itu sebetulnya mengalami defisit RM154.18 juta, hampir dua kali ganda dari bajet sebelumnya. Anggaran perolehan negeri untuk tahun 2013 sebenarnya semakin merudum kepada RM381.77 juta berbanding hasil perolehan dalam bajet sebelumnya berjumlah 427.48 juta.
Untuk menutup penurunan anggaran hasil perolehan tahun depan disamping menyapu defisit ke bawah karpet, maka sebab itulah Husam mengguna pakai seni silap matanya dengan memasukkan wang halusinasi royalti berjumlah RM200.00 juta supaya belanjawan nampak ada lebihan.
Bijak? Memang bijak, bab mengabui mata rakyat dengan janji indah dan harapan menggunung, serah saja pada PAS dan Husam.
Cuma satu pesanan, jika para pembaca terasa amat menghargai seni tipudaya silap mata Husam dan parti yang didukungnya, serta tidak mahu segala kecanggihan projeknya itu hilang dari pandangan, usah sesekali membuka kelopak mata kalian.
Biarkan saja mata terpejam rapat dengan demikian segalanya indah dalam bayangan, memukau pandangan... Ohhooo indahnya berangan...

Australia Anggap Ambiga Penipu


Semakin hampir kepada Pilihanraya Umum, semakin kalutlah rangkaian talibarut Yahudi termasuk Pakatan Rakyat, SUARAM dan juga BERSIH. Walaupun setelah habis segala penipuan dan fitnah ditabur terhadap BN, masih belum membawa apa-apa kesan yang signifikan kepada perjuangan mereka, malah sebaliknya asyik terkantoi, terperangkap dan terbabas di sana sini.

Beberapa siri demonstrasi yang disusun juga menunjukkan kemerosotan dari segi sambutan dan bukannya peningkatan seperti yang dijangka. Walaupun tema demonstrasi dipelbagaikan dari isu sistem pilihanraya kepada isu alam sekitar sehinggalah ke tema umum seperti demokrasi atau kebangkitan rakyat, namun keadaan masih tidak kelihatan begitu meyakinkan di pihak mereka.

Malah, rakyat semakin meluat, menyampah, ragu-ragu hatta takut melihat gelagat mereka yang sanggup berbuat apa saja untuk mengambil alih negara.

Perkembangan ini memaksa rangkaian pengkhianat ini untuk mencari alternatif lain bagi menyemarakkan kembali semangat untuk memusnahkan negara sendiri di kalangan penyokong mereka.

Untuk ini, mereka bergantung kepada ‘jiwa hamba’ yang menyelubungi penyokong mereka iaitu dengan menghantar Ambiga Sreenavesan, Pengerusi BERSIH untuk mengadap menyembah bangsa penjajah, iaitu Nick Xenophon, seorang Senator Bebas dalam Parlimen Australia. Ambiga ditugaskan secara rasmi untuk mengulangi sejarah dengan meminta bangsa penjajah membantu Pakatan Rakyat mengambil-alih kuasa dari kerajaan yang sah, yang dipilih oleh rakyat.

Caranya ialah dengan meminta kerajaan Australia mencampuri proses pilihanraya Malaysia atas alasan ianya tidak dijalankan dengan bersih.

Pastinya, untuk bantuan seperti itu, Malaysia akan perlu membayar sama ada dengan menggadaikan sebahagian, atau keseluruhan kek ekonomi kepada asing, atau menggadaikan agama, bangsa atau kesemuanya sekali.

Namun, ternyata Nick Xenophone telah gagal meyakinkan parlimen Australia untuk menyempurnakan hajat Ambiga. Melalui transkrip debat antara Nick dengan Menteri Luar Australia, Bob Carr, jelas hujah Nick amat lemah apabila mengusulkan kenyataan Ambiga dan Andrew Khoo, iaitu ahli jawatankuasa BERSIH bahawa Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang tidak akan adil dan bersih.

Hujah ini diasaskan kepada sistem pendaftaran undi, proses pengiraan undi, keraguan mengenai undi pos serta larangan terhadap demonstrasi jalanan. Beliau juga membangkitkankan isu semburan gas pemedih mata terhadap peserta demonstrasi sebagai faktor untuk meragui sistem pilihanraya negara ini. Dengan itu, Nick meminta agar Australia memantau pilihanraya Malaysia.

Bob Carr kemudian menyangkal usul Nick dengan hujah yang berdasarkan fakta jelas iaitu kerajaan Malaysia pastinya telah melalui pilihanraya yang adil di mana parti memerintah telah kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU yang lalu. Lebih-lebih lagi apabila keputusan ini dicapai dengan kekalahan di lima negeri yang membawa kepada perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Beliau juga menyatakan bahawa mengikut makluman, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sendiri juga dalam pertimbangan serius untuk menjemput pemerhati luar untuk pemantauan proses pilihanraya

Dengan hujah Bob Carr yang bernas dan tidak dapat disangkal lagi, maka parlimen Australia langsung membakul-sampahkan hajat Ambiga atau usul Nick sebagai tidak berasas. Malah Bob Carr juga menegaskan bahawa hal ehwal dalam negeri Malaysia, adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia dan Australia tidak perlu campurtangan.

Justeru, di manakah kedudukan Ambiga sebagai warganegara, sebagai pemimpin atau sebagai manusia dalam tindakan ini? Tiada yang lebih keji dari seorang pengkhianat yang memburukkan negara sendiri, meminta kerajaan asing campurtangan tetapi kemudian hajatnya ditolak oleh kerajaan asing tersebut atas alasan usul yang dibawanya tidak berasas kerana tidak konsisten dengan fakta, angka dan rekod sejarah?

Jika benar Ambiga masih waras, beliau tentu merasa malu yang amat sangat. Selepas peristiwa yang memalukan ini, wajarlah beliau belajar mengutip cebisan-cebisan maruah yang tinggal dan bersara terus dari menjadi pengkhianat negara.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive