Mat Sabu Bakal Dipenjara Dua Tahun!!!!



Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 hingga 23 Disember ini untuk perbicaraan kes terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajudin menetapkan tarikh tersebut di kamar beliau hari ini dengan kehadiran Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali dan peguam Aminuddin Zulkifli yang mewakili Mohamad.

Tarikh tersebut dipilih selepas Lailawati memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Disember ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu dituduh melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Mohamad turut dikenakan tuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, Mohamad dalam ceramahnya itu antara lain menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor ialah wira sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mohamad menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan meluas pihak media menyebabkan lebih seribu laporan polis dibuat termasuk oleh tiga ahli keluarga anggota polis yang terkorban iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yuso :- UM

Azwan Ali Dan Didie Alias Meroyan Tak Tentupasal Dalam Twitter

Konon Diva dah pergi umrah pon meroyan lagi ker??...2 lagi sorang pokpek2 jer..


Azwan Ali Tweet











Didie Alias Balas Tweet







Dari CeritaArtis

"Saya Sudah Berjanji Tidak Mahu Bercakap Lagi" - Nik Aziz



Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) tidak mahu lagi bercakap dan menjawab soalan daripada media mengenai hudud bermula hari ini.

Malahan beliau turut mengumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai jurucakap rasmi mengenai isu hudud.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sekarang sudah sampai masanya untuk melaksanakan hukum tersebut dan bukannya hanya bercakap kosong.

"Saya sudah berjanji tidak mahu bercakap lagi mengenai hudud. Hanya Mohd. Amar seorang sahaja yang akan cakap mengenai hudud supaya tidak celaru.

"Zaman bercakap hudud sudah habis, sekarang masa bertindak, kita sudah buat jawatankuasa, biar jawatankuasa tentukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan penyampaian sumbangan sempena Aidiladha 2011 di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak memberi tempoh masa tertentu kepada Jawatankuasa Pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan untuk menyiapkan kajian mereka.

Hari ini, Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam ruangannya Cuit membidas tindakan kerajaan Pas Kelantan yang hanya banyak bercakap daripada bertindak melaksanakan hudud di negeri ini.

Kelmarin, Kerajaan Pas Kelantan mengumukan pembentukkan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Kantoi!!!! Pelajar Sekolah Buat Praktikal Sex Di Dalam Kelas!!!!





Pelajar UIA Telah Di Kristiankan..!!!!!


Anak melayu yang belajar tinggi2 tapi terserlah kepandaian yang meningkat2, itulah sikap anak melayu zaman sekarang. Apa yang mereka ni belajar dekat UIA tu?? "Universiti ISLAM Antarabangsa" aku rasa buang jer ISLAM dan di gantikan dengan KRISTIAN, "Universiti KRISTIAN Antarabangsa (UKA)" sebabnya pelajar2 disitu sudah di kristiankan. 


Kepada ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Abd Razab ,anda tidak tak tahu ke perbuatan demo seperti dalam video di bawah ini yang menyalakan lilin adalah seperti upacara program candlelight vigil yang mana satu amalan budaya orang kafir , tidak kira lah ianya mengenangkan perisitiwa yang menyedihkan atau seumpamanya .






Mengapa perlu berdemo nak bawa lilin?? setahu aku lah orang kristian saja yang bawak lilin dan dalam gereja mereka saja yang dipasang lilin. 

Nama sebuah  universiti Islam di  Malaysia  dahulu gah kini  sudah terpalit najis  gara-gara perbuatan budak-budak yang cukup cerdik  SMM yang diketuai pencacai utama Anwar iaitu Syukri Abd Razab .  Walhal Syukri bukan pelajar UIA pun tetapi beliau lah menjadi perancang utama menghasut beberapa kerat pelajar di situ sertai gerakannya .




Hal Ehwal agama Islam telah membincangkan mengenai penglibatan orang Islam dalam aktiviti Candlelight Vigil, di mana di dalam Muzakarah tersebut keputusan yang telah di ambil sebagaimana di bawah ini :- TM

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara bukan agama Islam.

2. Candlelight Vigil mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan Agama Bukan Islam dan boleh menjejaskan akidah Umat Islam

1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim)

3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa'ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa'ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda "Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim). 




NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive