PAS Berangan Bertanding Di 80 Kerusi Parlimen


Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13, peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.

Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.

Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".

Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.

Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan?

Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.

Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.

PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.

Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan.

Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.

Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.

PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.

Pembangkang Gelisah Dengan Iklan ‘Janji Ditepati’


Nampaknya, semakin dekat pilihanraya semakin banyak perkara yang membuatkan pembangkang gelisah. Bukan sahaja mereka gelisah kerana tidak dapat menutup skandal-skandal mereka, tetapi perkara remeh dan kecil seperti iklan ‘janji ditepati’ juga mampu membuatkan mereka tidak senang duduk.

Begitu hebatnya penangan iklan yang bersifat sederhana itu sehinggakan laman web mereka, iaitu Suara Pakatan Rakyat terpaksa memberi peringatan mengenainya kepada para pemimpin pembangkang.

Kita faham pembangkang menjadi gelisah bukan sahaja kerana iklan tersebut dapat mengingatkan rakyat tentang jasa-jasa Barisan Nasional selama ini, tetapi di masa yang sama, ia menyedarkan rakyat bahawa janji-janji pembangkang masih lagi belum ditepati walaupun telah hampir sepenggal mereka memerintah di beberapa negeri.

Seperti yang diakui sendiri oleh laman Suara PR, walaupun Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi BN dari segi penggunaan media untuk mempengaruhi rakyat, tetapi kalaupun mereka mempunyai kemampuan yang sama, PR tetap tidak punya apa-apa rekod untuk digembar-gemburkan sebagai jasa mereka.

Oleh itu, sekiranya PR diberikan slot atau ruang untuk membuat iklan sendiri di TV, kita percaya, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah menabur lagi janji-janji baru dan bukannya menyatakan janji apa yang telah dikotakan.

Bukan rakyat tidak tahu bahawa kalau adapun sedikit ‘jasa’ atau janji yang ditepati mereka, seperti air percuma di Selangor, ianya tidak menyeluruh dan tidak memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat, sepertimana yang diakui oleh laman pro mereka tersebut.

Mungkin penyokong tegar pembangkang akan memandang sinis iklan tersebut dan menganggapnya sebagai bahan kempen pilihanraya. Tetapi, apa yang penting di sini ialah apa yang dipapark oleh iklan tersebut adalah fakta dan bukan angan-angan atau pembohongan. Antaranya pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100, Klinik 1Malaysia dan lain-lain yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa walaupun penyokong-penyokong tegar pembangkang itu sendiri.

Malah, mereka sendiri adalah merupakan penerima semua pemberian ini walaupun saban hari mereka mencaci BN dan menganggapnya sebagai haram atau rasuah.

Lebih teruk lagi ialah pemimpin pembangkang sendiri ‘merestui’ hatta ‘menggalakkan’ penyokong mereka mengambil semua bantuan yang diberikan BN ini tetapi di masa yang sama mengharapkan para penyokong tersebut menentang BN.

Sedangkan bukan semua manusia itu berfungsi dengan mengikut emosi dan mudah termakan hasutan. Ramai lagi rakyat di Malaysia ini yang berfungsi mengikut akal, mampu menilai fakta, dan tahu menghargai nikmat di depan mata. Bukan semua rakyat Malaysia kurang ajar seperti para peserta BERSIH, masih ramai lagi yang tahu berterima kasih. Maka, tidak mungkin mereka yang rasional ini dapat menafikan yang BN telah berjasa kepada mereka sedangkan sudah nyata mereka mendapat manfaat dari bantuan yang diberikan.

Oleh itu, walaupun iklan janji ditepati dianggap remeh dan sederhana sahaja pembikinannya, namun apabila ia berasaskan kebenaran, ia mampu memberi impak yang mendalam. Ini kerana manusia tidak mungkin dapat menafikan emosi insaf, sedih, syukur dan mungkin juga simpati yang dibawa dalam mesej ‘janji ditepati’.

Justeru, pembangkang boleh menuduh BN mempergunakan media untuk kepentingan politik dengan berkempen secara meluas melalui iklan tetapi apa yang penting bagi rakyat ialah apa yang disampaikan tersebut adalah kebenaran yang perlu diterima dan tidak boleh disangkal lagi.

Jika pembangkang tidak ingin terus merasa gelisah dengan iklan tersebut, apa yang harus dilakukan bukanlah mengkritiknya tetapi cuba menyainginya dengan cuba menepati janji-janji yang telah ditabur mereka. Soalnya, bolehkah mereka melakukannya?

Kewujudan SUARAM Juga Berasaskan Penipuan?


Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu. Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis.

Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar. Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan.

SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan. Namun, semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM, beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka.

Lebih menarik lagi ialah ‘syarikat SUARAM’ ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010. Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya.

Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan? Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam ‘misi’ memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia? Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran.

Dengan pendedahan ini, terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM.

Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA. Berdasarkan pendedahan rekod kewangan ‘syarikat’ mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka.

SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini. Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula:

Apakah ia sebuah syarikat perniagaan? Jika ya, apakah yang mereka perniagakan? Apakah ia sebuah NGO? Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan?

Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang ‘dibicarakan’ bukan? Jadi, biarlah ‘perbicaraan’ berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya.

Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA?

Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya ‘sedang dibicarakan’? Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum ‘keputusan perbicaraan’ diumumkan?

Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini.

Awang Selamat Bedal Tiga Diplomat Singapura..!!!


ADA pihak nampaknya tidak senang apabila minggu lalu, Awang menyentuh tindakan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong berhubung penglibatan tiga diplomatnya dalam perhimpunan haram Bersih 3.0. Lebih-lebih lagi apabila tulisan itu mengaitkan parti paling rasis di Malaysia iaitu DAP dan PAP, parti pemerintah kerajaan Singapura. Untuk apa resah jika itu memang realiti.

Sejarah tidak boleh dibohongi. Sememangnya PAP dan DAP berasal dari parti yang sama dan pernah berkongsi sejarah ketika Singapura masih berada dalam Malaysia. Walaupun kedua-dua parti ‘berpisah’, hubungan dan kerjasama, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung tetap kukuh sehingga hari ini.
Malah ia makin mekar pada pasca Pilihan Raya Umum 2008 apabila pencapaian DAP melonjak termasuk berjaya menawan Pulau Pinang.

Awang masih ingat bagaimana pelbagai pihak di Singapura memberikan reaksi yang sangat positif atas kejayaan DAP ketika itu. Ini diikuti lawatan Menteri Mentor, Lee Kuan Yew yang juga pengasas Singapura ke Malaysia pada 2009, yang fokusnya tidak lain ialah untuk mengunjungi Pulau Pinang di bawah teraju DAP. ‘‘Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Sejak pilihan raya umum lalu (2008) negeri itu telah diperintah oleh pakatan pembangkang, dengan DAP berasaskan kaum Cina menerajui (pemerintahan).’’

Ungkapan itu dipetik daripada perenggan kedualaporan utama akhbar Straits Times Singapura berhubung lawatan Kuan Yew ke negeri tersebut. Petikan itu sudah cukup menjelaskan betapa lawatan beliau begitu signifikan dan mempunyai maksud tersirat. Awang pernah menulis tentang lawatan tersebut tidak lama dahulu, yang menyaksikan Kuan Yew menyatakan komitmen untuk membantu Pulau Pinang terutama dalam pelaburan. Tidak silap Awang, semasa di Pulau Pinang, Kuan Yew turut mengadakan mesyuarat bersama exco kerajaan negeri, menandakan sokongan moral yang istimewa.

Ada juga komen kurang enak daripada beliau dan delegasinya. Antaranya pembangunan prasarana Pulau Pinang di pulau itu kononnya tidak sebaik Ipoh dan Seremban. Seorang menteri Singapura yang mengiringi Kuan Yew mendakwa negeri tersebut ketika dipimpin Gerakan kurang mendapat perhatian Kerajaan Pusat. Amboi... Selepas lawatan tokoh PAP itu, hubungan antara kerajaan negeri dan Singapura makin intim dengan lawatan-lawatan dan pertemuan tertentu yang diatur di antara kedua-dua pihak. Awang tidak mahu membuat banyak tafsiran tetapi melihat perhatian luar biasa kerajaan Singapura kepada Pulau Pinang, ia mengundang persoalan besar.

Berbalik kepada sejarah, DAP ditubuhkan bagi menggantikan PAP pimpinan Kuan Yew ketika itu, yang disingkir keluar dari Malaysia pada tahun 1965 kerana mahu menguasai politik tanah air dan menentang hak-hak orang Melayu. Konsep Malaysian Malaysia ciptaan Kuan Yew kini terus dihidupkan oleh DAP. Hari ini, sebahagian pemimpin DAP masih menjadikan Kuan Yew sebagai mentor.

Sentimental dengan pemimpin PAP itu tidak pernah pudar apatah lagi padam. Penasihat DAP, Lim Kit Siang adalah antara orang kepercayaan Kuan Yew ketika dalam PAP. Beliau juga adalah bekas Setiausaha Akhbar Kuan Yew sewaktu zaman mudanya. Anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong kini merupakan Perdana Menteri republik itu. Anak Kit Siang pula, Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang selain Setiausaha Agung DAP. Suara mahukan Guan Eng menjadi Perdana Menteri Malaysia makin kerap kedengaran.

Sampaikan Pengerusi DAP, Karpal Singh tersasul merujuk Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis baru-baru ini. Selepas kejayaan DAP pada 2008, Awang percaya PAP mahu melihat impak lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan tahun ini. Keghairahan Singapura untuk membantu gerakan pembangkang di Malaysia atas faktor DAP, bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Ia terserlah dalam aktiviti terbuka seperti pembabitan dalam perhimpunan haram mahupun aktiviti tertutup, yang banyak tidak didedahkan lagi.

Semua ini boleh dibaca sebagai isyarat untuk melihat kerajaan Malaysia sekarang tumbang lalu digantikan kerajaan baru dengan DAP akan dominan. DAP juga sudah tentu secara senyap mengharapkan apa sahaja bentuk sokongan strategik daripada PAP, walaupun mendakwa tiada hubungan langsung di antara kedua-dua parti. Pulau Pinang sudah ditawan maka ada misi lain, yang lebih besar mahu disempurnakan pada PRU13. PAP sudah menunggu lebih 48 tahun untuk mencapai impian di tanah air ini, yang DAP sangat komited untuk menjayakannya. Bukankah begitu?

-AWANG SELAMAT

Janji DAP Hanya Sandiwara Saja..!!!


Kerajaan negeri pimpinan DAP dilihat tidak ikhlas apabila mengenakan pelbagai prosedur ketat kepada orang awam yang mahu meneliti dokumen projek tanah lereng bukit.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata, walaupun sebelum ini mereka mengumumkan orang awam boleh melihat dokumen tersebut, namun syarat-syarat yang dikenakan menyusahkan.

"Kerajaan negeri seperti tidak ikhlas untuk mendedahkan butiran projek tanah bukit secara telus kepada orang awam walaupun mereka sering melaungkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

"Saya ingin tanya, kenapa perlu menetapkan salinan prosedur untuk mengimbas dokumen berkenaan dengan temu janji beserta syarat-syarat lain?," soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 27 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow mengumumkan kerajaan negeri akan mendedahkan laporan teknikal mengenai 38 projek yang dilaksanakan di kawasan pada ketinggian lebih 76.2 meter yang diluluskan antara 1985 dan Mac 2008.

Kata Leong Meng, lebih menyukarkan, waktu yang diberikan untuk meneliti dokumen itu hanya 90 minit dan dihadkan kepada lima individu.

"Ini bermaksud tempoh yang diberikan untuk menyemak setiap dokumen ialah tiga minit dan ia tidak mencukupi untuk memahami dokumen yang kompleks (sukan) seperti itu," katanya.

Katanya lagi, tindakan itu telah menimbulkan persoalan sama ada kerajaan negeri menjalankan urus tadbir secara terbuka kerana pelawat dilarang membuat sebarang salinan sebaliknya hanya boleh mengimbas dokumen tanpa sesi soal jawab.

Selain itu, cara untuk tempahan juga menyusahkan kerana mereka perlu hadir mendaftar di Kaunter Tempahan, Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang di tingkat 16, Kompleks Tun Abdul Razak atau menghubungi 04-2592183.

"Syarat ini mendapat rungutan kerana mereka perlu mendedahkan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat lengkap selain nombor telefon setiap individu dalam kumpulan yang diberikan beserta cadangan tarikh temu janji," katanya.

Leong Meng berkata, syarat ketat itu seolah-olah mahu orang awam susah agar mereka tidak berminat membuat semakan.

"Saya ingin tanya kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, di manakah urus tadbir secara terbuka yang beliau banggakan selama ini?," ujarnya. :- Utusan

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive