ANWAR TIDAK BERANI BERCERITA TENTANG WIKILEAKS......????


Kedatangan Anwar Ibrahin ke Taman Melati semalam dengan membuka kata mukadimah tentang kehebatan kaum wanita pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Anwar tidak langsung menerangkan tentang Wikileaks yang telah mengeluarkan cerita beliau dalam kes liwat, setiap kali memceritakan tentang wikileaks dia memesongkan cerita dan mengingatkan kembali tentang 1998,   masa beliau dalam penjara dipukul teruk sehhinggakan tidak boleh melawan.


Anwar seterusnya mengeluarkan isu APCO dan memberitahu kaepada semua dia ada bukti tentangnya dan kerajaan UMNO "SAYA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT SAYA TAHU LAH". Anwar ada bukti tetapi tidak berani untuk mendedah kan bukti tersebut hanya menceritakan kepada orang ramai, kenapa tidak dedahkan kepada Parlimen sahaja???


Habis orang melayu dipesongkan oleh Amwar. Orang ramai mendengar dengan penuh perhatian apa yang di pesongkan oleh Anwar dan memberikan tepukan dan melaung2 kan REFOBASI, REFOBASI, REFOBASI  apabila Anwar menceritakan akta 152 dan 153. Kira-kira 1,000 orang yang menhadirai ceramah itu dan 400 orang yang betul-betul orang tempatan yang selebinya dari luar. 


Musahssan dituduh oleh Anwar mengatakan mengusung tilam turun naik ke mahkamah dan mengatakan "Takkan lah saya projek tak pakai cadar sampaikan bawa tilam sahaja? Saya pun ada Standard juga". "Sebabkan saya Musa Hassan boleh jadi KPN".

Nampak sangat yang Anwar ini betul seorang peliwat dia dah pun mengaku di khalayak ramai orang melayu, tetapi orang melayu masih terpegun dengan ucapan beliau sehinggakan tidak dapat berfikir apa yang di cakapkan hanya gelak dan tawa saja dilemparkan. 

Masaalah Wikileaks masih belum diceritakan lagi  sehinggakan ke hari ini tidak terjawab langsung hanya yang terkeluar dari mulut Anwar " Kuan Yew jangan masuk campur dalam kes liwat ini!!! ini kes dalam Malaysia biar kita lawan Najib. Kuan Yew jangan masuk campur, PAP kawan UMNO. Bawa bukti ke mahkamah kalau betul saya meliwat".

Anwar mengakhiri dengan REFOEBASI, REFOEBASI, REFOEBASI


Post By...MAN LAKSA





PENASIHAT PKR MERACAU-RACAU - ANWAR IBRAHIM

Setelah pendedahan Wikileaks terhadap Anwar Ibrahim yang memberitahu tuduhan yang selama ini dini kenakan oleh Anwar adalah benar.


Pendedahan itu telah membuat penasihat PKR tidak senang duduk dan tidak tentu arah. Man Laksa mendapat berita Anwar meracau-racau dalam twitter 2 3 pagi untuk menafikan pekara tersebut. Anwar tekah  membuat persiapan untuk bertemu sekutu-sekutunya unruk membuat penjelasan dan akan menafikan bahawa wikileaks itu penipu.

Anwar akan datang ke Taman Melati dalma satu perhimpunan penafian tersebut dan akan membuat penjelajahan setusnya..


Post By......MAN LAKSA

NAMAWEE MOHON MAAF KEPADA SEMUA RAKYAT DAN ORANG MELAYU......


 Semasa Namawee pergi berjumpa dengan menteri Dato'Sri Nazri Aziz beliau telah MEMOHON MAAF kepada seluruh rakyat terutama kepada orang melayu atas desakkan oleh Perkasa, yang mana dia telah menghina lagu NEGARA KU. 

Dalam bebrapa bulan kebelakangan ini Namawee telah membuat kertas kerja untuk membuat filem tentang Malaysia dan permintaanya ditolak oelh syarikat perfileman. Beliau juga telah membuat pinjaman dari pehak Bank tetapi tidak diluluskan. Selepas pihak bank tidak meluluskan pinjaman, beliau telah tefikir untuk berjumpa dengan menteri untuk menceritakan masaalah beliau.

Setelah Namawee berjumpa menteri beliau telah menceritakan masaalah yang dihadapi dan telah menerangkan keadaan sebenar kepada menteri tersebut. Namawee tidak berapa pandai untuk bertutur dalam bahasa melayu dan beliau telah membaca skrip yang telah ditulis dalam bahasa melayu yang dibuat sendiri oleh Namawee dengan menngatakan beliau telah MEMOHON MAAF atas kesalahan yang telah dilakukan oleh beliau. Namawee menyatakan beliau meminati Perdana Menteri Dato'Sri Najib Tun Razak dan meminati 1MALAYSIA yang dibuat oleh PM.

Perkasa pula meminta Namawee membuat pengakuan Memohon Maaf kepada semua rakyat dan orang Melayu melalui media altenative, akhbar dan meminta Namawee perlu membuat satu klip video. Bagi Perkasa dengan memohon maaf secara terbuka adalah lebih baik supaya orang ramai tahu apa yang sebenarnya berlaku.


Isu yang terbaru sekarng ini tentang etika berpakian di Parlimen. Apabila Namawee memasuki ke Parlimen dengan memakai pakaian yang tidak formal ramai menanyakan tentang itu....Man Laksa telah berjumpa dengan Dato'Sri Nazri Aziz dan beliau telah mengatakan tidak salah Namawee berpakaian sebegitu beliau memakai kot ketika bejumpa Dato'sri, cuma yang salahnya haya tidak boleh masuk ke Dewan Persidangan dengan memakai Pakaian yang tidak formal, hanya Pakaian ynag formal sahaja yang boleh masuk kedalam Dewan Persidangan.


Post By......MAN LAKSA

DAP MENERIMA KETUANAN MELAYU..??? KENAPA PKR TIDAK...???


DAP semakin terima ketuanan melayu dengan menunjukan bahawa adat istiadat istana boleh mereka turuti. Teng Chang khim menerima Darjah Kebesaran Dato'Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S). Mereka memang paham tenang ketuanan melayu.


Program 1MALAYSIA yang dibawa oleh Dato'Sri Najib diterima pakai oleh Pakatan Haram, DAP masih boleh terima  Ketuanan Melayu...


ish....ish....ish Eli Wong tengah....tengah....tengah PK lasendiri......

DAP dah terima Ketuanan Melayu

PKR bila lagi.......?????  kembalilah kepangkal jalan.....

Post By....MAN LAKSA


ANWAR MELUTUT MINTA MAAF PADA YAHUDI?? - KEMARUK NAK JADI PM LA KATAKAN.


Sikap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecut terhadap Yahudi bila di Amerika dan berlagak bukan main menghentam mereka waktu di Malaysia terus mengundang reaksi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu membangkitkan bagaimana Anwar menuduhnya kononnya melutut dengan kuasa besar semasa pergi ke Amerika Syarikat baru-baru ini untuk bertemu dengan Presiden negara itu, Barack Obama bagi membincangkan kepentingan negara.

Katanya disebalik itu Anwar yang sanggup ke Amerika Syarikat bagi memohon maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi di sana atas kelantangannya mengkritik Zionis sebelum ini. Menurut Najib ini lebih dilihat kepada satu usahanya untuk mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini dengan sokongan tokoh-tokoh berkenaan.

Berucap merasmikan mesyuarat Umno bahagian Jerantut, Perdana Menteri berkata Penasihat PKR itu kini tidak ubah seperti "sesumpah politik" yang sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan cita-cita peribadinya.


Najib secara sinis berkata cita-cita besar Anwar yang "terlalu ingin sangat" hendak menjadi Perdana Menteri kini hanya mengundang pelbagai masalah dan penyakit kepadanya.

"Kita tak terlalu ingin sangat akan sesuatu.., bila nak sangat-sangat, apa pun kalau nak sangat-sangat, boleh jadi penyakit," katanya.

"Apabila saya pergi ke Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu dengan Presiden negara itu, Barack Obama, bagi membincangkan kepentingan negara, saya dituduh oleh Anwar kononnya saya melutut dengan kuasa besar itu.

"Saya berunding atas kepentingan negara Malaysia kerana kita ingin melihat rakyat Malaysia mampu mencapai kejayaan di persada antarabangsa. Saya tidak pernah keluar perkataan "minta maaf" tetapi dia sendiri yang pergi ke AS untuk meminta maaf atas kepentingan negara itu kerana dia takut dengan kawan-kawannya itu marah," katanya.

Najib berkata Anwar terpaksa berbuat demikian ekoran tindakannya sebelum ini yang telah mengkritik Yahudi dalam isu `pencerobohan Zionis' dan membangkitkan isu Apco Worldwide (Apco).




Perdana Menteri berkata penasihat PKR itu terpaksa mengadap tokoh-tokoh Yahudi di negara itu yang marah dengan tindakannya yang begitu keras mengkritik Zionis sebelum ini. Mengikut laporan akhbar, sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan kapitalis dan konservatif, Rachel Motte menganggap, Anwar adalah seorang pemimpin yang tidak mengenang budi.

Motte dilaporkan berkata, Anwar adalah pemimpin yang memperjuangkan imej pro Barat ketika di luar Malaysia tetapi untuk mendapat sokongan Melayu beliau mula bersikap anti-Yahudi dan anti-Amerika.

Sementara itu menyentuh tentang laporan akhbar lidah rasmi PKR ,Suara Keadilan yang mendakwa kononnya Felda bangkrap ,Perdana Menteri anggapnya satu satu penghinaan kepada golongan peneroka .

Kata Najib ia merupakan pendustaan besar yang dilakukan pembangkang kepada masyarakat peneroka dan luar bandar kerana institusi itu banyak membangunkan masyarakat Melayu.

Beliau menilai tindakan PKR itu merupakan salah satu agenda untuk menghancurkan Felda yang berjaya membangunkan ekonomi orang Melayu sejak 50 tahun lalu.

Selama ini, menurut beliau, Felda merangka pelbagai program untuk membangunkan golongan peneroka dan anak-anak mereka dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan kemahiran.

Perdana Menteri memberi jaminan sentiasa meneliti pengurusan aset Felda secara sistematik supaya matlamat membangunkan peneroka tidak pernah tersasar.





Post By.......MAN LAKSA

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive