JOM...JOM...JOM JELAJAH

Kehadiran Y.B Khairy Jamaluddin ke Terengganu telah mengegarkan pemuda-pemuda disini dengan program-program yang membela rakyat dari segi kudrat dan tenaga pemuda-pemuda tempatan serta pemberian kerusi roda kepada yang  kurang upaya.


Ketua pemuda UMNO Dungun,Azhar Jambul (AJ) telah melaung-laungkan keyakinan bahawa di bawah pimpinan Y.B Khairy Jamaliddin (KJ) akan menyokong sepenuhnya Barisan Nasional (BN).

Azhar Jambul berkata lagi, dengan adanya jelajah sebegini dapat menyatukan remaja dan pemuda-pemuda semua serta menyokong program yang di buat oleh pemuda UMNO Malaysia. Beliau menyokong Dato'Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dengan slogan 1MALAYSIA "Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan".


Dengan usaha sebegini dapat lah pemuda bersatu padu untuk membuat kerja-kerja amal dan bergotong-royong membantu sesiapa saja yang dalam kesusahan.

Dalam perjalanan ke Hulu Terengganu Y.B Khairy sempat singgah di rumah En. Zainal Bin Chik di kampung Akob untuk memberi sokongan kepada pemuda di situ yang bergotong-royong membina rumah baru En. Zainal.


 Program JOM diteruskan ke kampung Kuala Telemong tempat Wakil Rakyat Tuan Haji Razali Mamat Adun Telemong, Beliau adalah kawan karib kepada Y.B Khairy. Ketibaan Y.B disambut meriah oleh Pemuda-pemuda kampung Telemong dan penduduk setempat

Y.B Khairy dibawa melawat rumah yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam bulan Mac tahun depan. Beliau telah merasmikan pembinaan rumah tesebut dengan menaikkan batu dinding rumah.




Post By.......MAN LAKSA





0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive