Sampai Bila Mahu Tunggu Rakyat Wajib Tahu Siapa Perlakunya????

7
Kes liwat Anwar Ibrahim sudahpun diketahui siapa lelaki Y dan sekrang ini yang menjadi persoalanya siapa lelaki yang berada didalam video porno tersebut?

Rakyat perlu tahu siapa lelaki tersebut sampai bila mahu disimpan siasatan terhadap rakaman tersebut telah selesai dan bila agak2nya pendedahan akan dibuat?

 SUBANG, 26 April — Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan “si pelaku” dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar dipetik media hari ini. “Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan,” kata beliau dipetik Bernama Online. “Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” katanya selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini pada hari Selasa. Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes. “Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu ia akan dipulang semula kepada kita. “Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini,” katanya. Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai “Datuk T” di Carcosa Seri Negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.Sumber The Malaysian 

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive