.
Ayuh kita Para Belia Menyertainya Bagi Menunjukkan Kepada Dunia Bahawa Belia Di Malaysia Mampu Melakukan Sesuatu Yang Mungkin Di Anggap Mustahil Oleh Negara Negara Luar.
Ini peluang Kita dalam membuktikan
MALAYSIA BOLEH
Untuk upacara dan segala jadual Program
Himpunan Sejuta Belia
Psssttt....Demi negara yang tercinta ayuh kita jayakannya
1 comments:
Gejala Yang Merbahaya
Gejala masyarakat yang dilakukan
oleh pemuda-pemudi
riuh-rendah orang memperkatakannya
Pelajar-pelajar melawan guru,
gangsterism di sekolah
semua pihak tidak suka
Golongan yang menyalahgunakan dadah
semua orang pening kepala
dan amat bimbang dengan mereka
Kerajaan memperkatakannya,
swasta memperkatakannya,
masyarakat memperkatakannya
Padahal puak-puak ini
tidak berkuasa
dan tidak mengatur negara
Rakyat bukan di dalam pentadbiran mereka
Mereka bukan pemimpin
untuk menentukan nasib rakyat jelata
Tapi ada gejala yang dahsyat yang negara di tangannya,
nasib warga diurus oleh mereka menentukannya
tidak ada yang bimbang dan curiga
Gejala golongan ini amat merbahaya,
rakyat huru-hara, maruah negara ternoda,
agama terhina, gejala masyarakat berganda-ganda
Siapakah mereka?
Itulah dia orang politik yang sibuk hendak berkuasa
dan yang berkuasa
Mereka bertelagah dan berbalah
sesama parti yang ada di dalam negara
Kata-mengata, fitnah-menfitnah,
malu-memalukan, hina-menghina
Perbuatan itu tidak lain tidak bukan
adalah kerana mereka hendak berkuasa
Rakyat yang memilih atau menyokong
mana-mana parti berpecah-belah,
bermusuhan dengan satu parti lagi
Tidak bertegur sapa, bermasam-masam muka,
tidak ada bertolong bantu dan bekerjasama
Sudahlah begitu sesama satu parti pun berbalah,
khianat-mengkhianati,
jatuh-menjatuhkan
kerana hendak jadi pemimpin negara
Di dalam keadaan begitu rasuah berleluasa,
ahli-ahli biasa menjadi permainan pemimpin
yang ingin berkuasa
Pecah-belah pula di dalam setiap parti
Di dalam satu parti ada kawan,
ada lawan, ada orang kita ada orang depa
Setelah mereka berkuasa lupa janjinya,
lupa kata-kata untuk dikota
terbiarlah rakyat jelata
Apabila rakyat tidak taat,
tidak hormat mereka menuduh rakyat jahat
Dianggap rakyat hendak menimbulkan huru-hara,
hendak menggugat keselamatan negara
Mana puak yang sangat berpengaruh
pemimpin-pemimpin mereka ditangkap
di bawah akta ISA
Mereka dianggap pengacau negara
dan menggugat keselamatan negara,
Pemimpin perosak pun rasa bahagia
Teraniayalah mereka akibat politik kotor
maka polis yang bersusah payah
bertindak terpaksa
Mereka sebenarnya faham
siapa sebenarnya yang benar
dan siapa sebenar yang salah
Kerana tugas mereka terpaksa bertindak
di dalam keadaan jiwa yang derita
Menangkap orang yang tidak bersalah,
oleh angkara tangan ahli politik
yang membuat gejala
Selagi gejala orang politik masih ada,
maka gejala muda-mudi tidak akan reda
Gejala masyarakat ada hubungannya
dengan gejala negara
Kejahatan masyarakat tidak terlepas
daripada kejahatan yang berkuasa
Masalah inilah yang ramai
masih tidak dapat memahaminya
Gejala yang dilakukan oleh muda-mudi dapat dilihat,
dilakukan oleh orang politik yang amat tersirat
Post a Comment