Husam Musa Menampilkan Muka Baru Untuk Badan Perhubungan PAS Kelantan



Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini membuat rombakan besar dengan menampilkan muka-muka baru bagi memantapkan lagi organisasi parti itu. Walaupun, tiga jawatan timbalan pesuruhjaya PAS dikekalkan, namun Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan menukar ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim sebagai Setiausaha PAS negeri dengan ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat. Tiga timbalan yang dikekalkan itu adalah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob, anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa (kiri) dan exco Mohd Amar Nik Abdulllah (kanan). Nik Aziz juga mengumumkan ADUN Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad dilantik sebagai Bendahari PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Anuar Tan Abdullah. Bagi jawatan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, beliau memilih setiausaha politiknya, Wan Nik Wan Yussof yang juga seorang sarjana sains politik bagi menggantikan ADUN Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun (kiri). Jawatan Ketua Penerangan tidak berubah - Dr Mohamad Fadzli Hassan kekal selepas dilantik tahun lalu. Mesyuarat Perhubungan PAS negeri yang pertama kali bermesyuarat selepas muktamar parti itu juga melantik tujuh ahli jawatankuasa baru iaitu Ahmad Fadhli Shaari (Setiausaha Akhbar Menteri Besar), Datuk Takiyuddin Hassan (Exco), Datuk Anuar Tan (Exco), Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong (AJK PAS Gua Musang) dan Datuk Dr Johari Mat (ahli akademik).

1 comments:

Wake UP! said...

Mat Sabu yang baru menang muktamar PAS hari tu erdogan ke? Nampak bercanggah dengan erdogan.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive