Brian Mcdonald Bukan Pakar DNA !!!!! Siapa pakar DNA Anwar Ibrahim??


Sungguh tidak di sangka mamat mat saleh ni bukan pakar DNA rupanya dan langsung tiada kelayakan dalam bidang DNA. Dari mana Al-jubori kutip McD ni?? ker main oder dekat drive true.

Dan atas dasar itulah beliau terpaksa bersetuju dengan kenyataan Pendakwaraya Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bahawa ketahanan air mani di dalam dubur boleh menjangkau 4 hingga 113 jam.




Dr Seah Lay Hong telah menggunakan kaedah DEP (Differential Extraction Process)  dan kaedah ini adalah betul. Tidak ada mandatori bahawa 'sel epitilium perlu dibasuh'!

Brian McDonald gagal membangkitkan sebarang keraguan kaedah DEP yang digunakan Dr Seah Lay Hong. Kredibiliti pakar DNA Brian McDonald bakal dibakulsampahkan oleh pendakwaraya tidak lama lagi!


KREDIBILITI BRIAN MCDONALD!!
Suatu kes mahkamah di Australia yang sempat dibicarakan oleh Pendakwaraya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dimana hakim telah menolak dan mempertikaikan kredibiliti Brian McDonald sebagai pakar DNA.


Di Autralia,Pengarah Pendakwaraya Awam Australia telah mengemukakan permohonan membuang dan menolak sebarang pendapat dan bukti oleh Brian Mcdonald. dan mahkamah Australia juga menolak kepakaran Brian McDonald sebagai pakar DNA.!!!

Jelas sekali Anwar Ibrahim terdesak untuk membuat pilihan dan mengambil McDonal sebagai pakar DNA belau.

BRIAN MCDONALD BUKANLAH PAKAR DNA YANG BERWIBAWA DAN DIPERCAYAI 


Dalam kes BROPHO vs THE STATE OF WESTERN AUSTRALIA, berpandukan kepada keputusan DNA dan statistik DNA dalam menentukan bapa kepada kanak-kanak, mahkamah telah menolak keterangan bukti DNA yang dikemukakan Brian McDonald.

Ketua Hakim Daerah (District Chief Judge) Goetze, telah merumuskan keterangan dan bukti DNA yang ditampilkan oleh Brian McDonald tidak boleh digunapakai sebagai bukti oleh pakar DNA yang sebenar, berdasarkan hujah-hujah dibawah:


Bukti yang dikemukakan oleh Dr Brian McDonald, yang digunapakai oleh tertuduh pada perbicaraan ini, telah diperintahkan tidak boleh diterima.


Dr McDonald mendakwa beliau "Perunding Genetik Molekul". WalauBagaimanapun, beliau hanya mempunyai asas pengetahuan tanpa kelayakan akademik dalam bidang genetik. Terutamanya, beliau tidak mempunyai kelayakan atau latihan dalam bidang genetik populasi. Begitu juga, Dr McDonald tidak mempunyai kelayakan atau latihan dalam bidang statistik genetik yang digunakan.


Hakim (Goetze) tidak tahu dari siapa dan dari mana McDonald memperolehi kepakaran sebenar di dalam DNA dan genetik molekul. Beliau masih tidak tahu apa yang Dr McDonald tahu atau tidak tahu mengenai DNA dan genetik, dan paling penting, mengenai statistik populasi, yang dianggap Brian McDonald sebagai satu "klasifikasi kecil esoterik".



Walau bagaimanapun, seperti yang beliau dakwa, beliau mempunyai Fellowship dari Pertubuhan Genetik Manusia (Human Genetics society), perlembagaan dan undang-undang pertubuhan tersebut tidak pernah mengadakan peruntukan bagi Fellowship, tetapi hanya akreditasi dan kurikulum yang dibangunkan untuk akreditasi itu masih dalam bentuk draf. Jika sekalipun beliau mempunyai Fellowship, maka, bukti yang dihasilkan beliau masih belum cukup untuk membantu fakta.

Saya (Goetze) tidak yakin dengan keterangan lisan dan kenyataan Dr McDonald dalam hal ini. 


Dalam permohonan untuk tidak menggunapakai laporan Dr McDonald yang tidak mempunyai kepakaran, Dr McDonald seharusnya memberitahu bentuk latihan yang dipelajari dan tidak mengharapkan mahkamah menerima bulat-bulat kepakaran yang ada. Ini penting kerana, seperti di atas, dakwaan beliau mempunyai Fellowship dari pertubuhan tersebut sebenarnya tidak wujud.




Ketua Hakim Daerah (District Chief Judge) Goetze, tidak dapat menerima hasil kerja Brian McDonald kerana beliau turut tidak dapat membuktikan kelayakan sebenar sebagai pakar DNA dan pakar generik populasi.

Brian McDonald turut tidak mampu mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai kelayakan akademik sebagai pakar DNA dan genetik populasi, dan hanya bersandarkan kepada reputasi semata-mata

Lebih teruk lagi, beliau mendakwa mempunyai Fellowship dari Human Genetics Society adalah bohong dan palsu kerana pertubuhan tersebut tidak pernah mengeluarkan dan memperuntukkan Fellowship.


Tidak hairanlah mengapa Brian McDonald gugup, gementar dan kaku dengan keterangannya bahawa kesan air mani boleh ditemui hanya sehingga 65 jam selepas ia ditinggalkan di dalam rektum, walhal keterangan pakar-pakar DNA dan genetik populasi didunia mengesahkan kajian menunjukkan bahawa air mani boleh bertahan selama 113 jam.

Amat memalukan kerana satu lagi 'Dr Pronthip Porno' terhasil dan dicipta oleh Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan yang berkredibiliti ... kredibiliti yang hancur!

Dimanakah letaknya kredibiliti Dr Brian McDonald sebagai saksi pembelaan jika sekiranya beliau tidak pernah mempunyai kelayakan akademik dan latihan kepakaran DNA. Beliau juga berbohong mengenai status sebagai seorang Fellowship dari Human Genetics Society!

Dan rakyat sekali lagi dimomokkan oleh permainan silap mata Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya! Bukankah ini merupakan 'contempt of court', menghina mahkamah dengan saksi yang tidak mempunyai kredibiliti sewajarnya ... Anwar Ibrahim tidak mampu lagi untuk berbohong!




0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive