PKR Berebut Geran Selangorku RM300j...!!!


Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dipercayai berpunca ekoran perebutan dua kumpulan dalam parti itu terhadap Geran Selangorku berjumlah RM300 juta di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI) negeri berkenaan.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pertelingkahan antara kem Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali bukan lagi rahsia umum, malah semakin memuncak.

"Saya tidak akan terkejut sekiranya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada bulan Julai ini bakal berlaku kejutan yang lebih besar melibatkan parti-parti dalam pakatan yang tidak berpuas hati dengan Menteri Besar.

"Tempoh sudah semakin singkat dan wang juga harus dihabiskan dalam waktu yang singkat. Mereka tidak akan menghiraukan prosedur kewangan kerana hendak sapu wang dalam Geran Selangorku sampai licin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, krisis dalaman PKR di Selangor semakin panas apabila Pengarah Strategik PKR Pusat, Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi negeri.

Tindakan Rafizi terjadi hanya dua hari selepas Abdul Khalid mengeluarkan kenyataan mempertahankan Setiausaha Politik, Faekah Husin yang dikatakan menghadapi tekanan meletakkan jawatan daripada penyokong Azmin.

Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga bekas Exco kerajaan negeri itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah mempersoalkan dana RM300 juta di bawah geran Selangorku semasa sidang DUN bulan Mac lalu.:- Utusan

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive