Fathul Bari Cabar Nik Aziz Berbincang Mengenai Hudud...!!!!!


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya mengajak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini.

Beliau berkata, perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.

Katanya, pelaksanaan hudud juga perlu melakukan perbahasan, perbincangan, yang perlu dihadiri oleh golongan profesional, ahli agama, diketuai Raja-raja Melayu, penguat kuasa, pentadbiran, badan kehakiman, wakil-wakil politik dan sebagainya.

“Kalau mahu ia dilaksanakan, kita duduk berbincang bersama-sama. Saya mempelawa Nik Aziz dan Pas bincang bersama-sama mengenai masalah pelaksanaan hukum tersebut.

“Banyak masalah dihadapi untuk melaksanakan hukum itu, antaranya ialah Pas hanya meletakkan masalah pelaksanaan hukum hudud di negara ini kepada Umno, Umno sendiri melihat ada halangan untuk melaksanakannya kerana masyarakat majmuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Nik Aziz agar Umno membentangkan hudud versi parti itu yang dikatakan adil.

Fathul Bari berkata, banyak pemimpin pembangkang, malah beberapa pemimpin Pas juga menyatakan tidak sesuai hukum hudud dilaksanakan sekarang kerana banyak halangan dan keadaan belum sesuai.

Fathul Bari berkata, hudud tidak boleh mempunyai versi kerana untuk laksanakan hukum hudud perlu berdasarkan hukum Islam yang sebenar.

“Saya menyangkal kenyataan beliau untuk membentangkan hudud versi Umno, saya tidak setuju. Sekiranya hukum hudud mempunyai versi Umno atau Pas bermakna hukum itu dilaksanakan berdasarkan parti politik,” katanya.:- Sinar

1 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,tahniah kepada UFB kerana berani menyanggah kenyataan Nik Ajis,Berani kerana benar,syabas UFB.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive