LIM GUAN ENG TIDAK SOKONG NEGARA ISLAM DAN HUDUD...!!!


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertegas menolak perlaksanaan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh PAS di Malaysia.

“Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.

“Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah. Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalah gunaan kuasa serta perlaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

“Kita bersetuju dalam negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan,”katanya ketika menulis di merdekareview.com bertajuk “Kontroversi Hudud: DAP bersetuju dalam Negara Berkebajikan“.

Menurutnya, DAP boleh bekerjasama dengan PAS hanya berasaskan prinsip bersama yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat (PR).

“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksanaan Negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan.

“Jangan kita lupa bahawa UMNO-lah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab injil bahasa Melayu yang digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak.

“Ini berbeza dengan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah “Allah” seperti yang menjadi kelaziman selama beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia”.

Katanya lagi terdapat perbezaan antara kerjasama DAP dengan PAS dengan kerjasama MCA, Gerakan dan MIC dengan UMNO.

“DAP bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka sedangkan MCA, MIC dan Gerakan menyerah diri kepada UMNO dengan mata tertutup”

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive