Hadi Awang Yang Kafir - Omardin


Seramai lapan juta ahli silat di seluruh negara mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya pada 1981 yang menggambarkan UMNO kafir.

Presiden Majlis Pendekar Malaysia ( MPM ) Tan Sri Omardin Mauju berkata, amanat itu tidak wajar kerana menjadi punca kepada berlakunya perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Tegasnya, Abdul Hadi perlu menebus kesilapannya kerana disebabkan amanat itu sehingga hari ini puluhan ribu penyokong tegar Pas masih menganggap ahli UMNO sebagai kafir.

Beliau berkata, adalah tidak wajar apabila orang UMNO yang mengucap dua kalimah syahadah dan melaksanakan syariat agama dihukum kafir.

Ujarnya, sudah tiba masanya Abdul Hadi menarik balik amanat berusia 31 tahun itu supaya melalui tindakan itu dapat memulihkan kembali perpaduan sesama Islam di negara ini.

"Abdul Hadi boleh berpolitik tetapi janganlah menggunakan agama demi kepentingan dalam meneruskan perjuangan politiknya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan MPM peringkat negeri Kelantan, di sini malam tadi.

Beliau mengulas pendedahan bekas aktivis Pas dan bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau C.N al-Afghani yang mendakwa puluhan ribu ahli parti itu masih menganggap orang UMNO sebagai kafir ekoran amanat Abdul Hadi pada 1981. Utusan

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive