Terlibat Dengan Syiah Boleh Dikenakan Tindakan...!!!!


KUALA LUMPUR 24 Sept - Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan ajaran Syiah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Bahrom berkata, hanya mereka yang mempunyai bukti kukuh terlibat dengan ajaran Syiah sahaja yang akan diambil tindakan dan didakwa di mahkamah.

"Tindakan boleh diambil oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) berdasarkan Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing.

"Setakat ini terdapat 16 tangkapan, 120 pemeriksaan dijalankan ke atas mereka yang disyaki dan 139 kes lagi dalam pemerhatian JAIN." Katanya ketika menjawab solan Ahli Parlimen jelebu Tuan Haji Zainudin Ismail pada sidang dewan rakyat di Parlimen hari ini.

Tambah Jamil, kerajaan sentiasa peka dan memandang serius terhadap penyebaran mana-mana doktrin yang menyeleweng daripada ahli sunnah wal jamaah termasuklah fahaman syiah.

"Umat islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran islam yang berdasarkan pegangan ahli sunnah wal jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

"Memperkukuhkan bahawa ajaran islam yang lain daripada pegangan ahli sunnah wal jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang islam dan penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan ahli sunnah wal jamaah adalah dilarang."

Jelas beliau, syiah sering menekankan konsep taasub kepada pemimpin serta mengkafirkan mereka yang tidak sealiran dengan mereka fahaman yang seumpama ini jika dibiarkan tersebar dan mengumpul pengikut akan menimbulkan ketegangan dan pertelingkahan dalam masyarakat sekaligus mengancam keselamatan. Rakyat News

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive