Tun Mahathir Dimasukan Ke Hospital!!!

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.

Mantan Perdana Menteri itu dimasukan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu deman dan batuk sejak dua hari lalu.

"Dr Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada," kata pembantunya Sufi Yusoff dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir, 85, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana dijangka berada di IJN kira-kira seminggu.

Sufi berkata doktor menasihati Dr Mahathir agar tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat beliau.

- Bernama

2 comments:

hayman said...

insyaallah semoga ALLAH panjangkan umur Tun, sebab terlalu banyak jasa Tun pada negara,bangsa dan agama, AMIN

Anonymous said...

Semoga Tun cepat sembuh dan dapat memberi sumbangan kepada negara yang tercinta ini.Sesungguhnya jasa Tun amat banyak dan tak dapat kami lupakan.Insyaallah kami doakan dan supaya Tun sekeluarga diberi rahmat oleh Allah S.W.A.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive