Tunku Abdul Aziz Ibrahim Di Paksa Keluar DAP..!!!!


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menegaskan beliau dipaksa keluar dari parti itu dengan cara 'paling lembut' ekoran kenyataannya berhubung Bersih 3.0 bulan lalu.

Menurutnya, kenyataan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng baru-baru ini yang mengatakan beliau tidak akan dihukum parti hanyalah separuh benar.


Katanya, beliau dipaksa keluar kerana kenyataannya itu menyukarkan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), dan menyebabkan namanya sebagai Senator tidak akan dilantik semula.

"Penasihat, Lim Kit Siang datang dua kali ke rumah saya, pada 27 dan 30 April, dengan cara yang paling 'lembut'. Pada tahap ini saya ingatkan Kit Siang bahawa saya tidak masuk Pas atau PKR.

"Saya sokong Bersih tapi saya tidak sokong tindakan mereka yang mahu melanggar undang-undang negara iaitu merempuh Dataran Merdeka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Suara Politik
Taminsari

1 comments:

Anonymous said...

Secara jujur aku dah muak dengar cerita Tg Aziz ni. Entah betul ntah tidak...
Kalau dah tahu perangai DAP sememangnya begini, kenapa nak sangat masuk DAP...? Kenapa tak masuk PAS atau lain-lain parti yang seangkatan dengannya...???

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive