JOM BERAKHIR - EDISI 1


Dengan ini selesai la sudah penjelajahan lima negeri yang dilakukan oleh pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam program Jelajah One Malaysia (JOM) yang telah membantu masyarakt dari pelbagi latar belakang tak kira tua atau muda, melayu, cina, dan india.

Penterjemahan 1Malaysia telah pun dilaksanakan oleh Pemuda-pemuda BN dengan usaha sama dari Giat Mara yang telah baik pulih rumah yang merupakan salah satu program dalam penjelajahan JOM di mana dapat merengankan beban masyarakat yang berada dalam kesempitan hidup.



Dalam sepanjang Penjelajahan ini Giat Mara telah menyumbangkan kemahiran kepada para pelajarnya dengan erti kehidupan dan cara berkerja yang lebih berkesan dan mudah di fahami oleh pelajar-pelajar tersebut. Kehadiran CEO Giat Mara dengan panggilan mesra Kak Yam sedikit sebanyak memberi anjakan baru masyarakat terhadap agensi ini. Giat Mara Sewajarnya diberi penghormatan atas usaha murni ini.





Masyarakat yang hadir pada program JOM ini berasa terharu dan gembira, setelah apa yang telah dilakukan oleh pemuda-pemuda BN yang selama ini masyarakt memandang serong terhadap mereka, dan  kini pemuda telah membuat transfomasi yang baru dengan adanya program-program sebegini.



Kehebatan program ini sukar untuk digambarkan. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan, Man Laksa tidak dapat menafikan bahawa, program JOM berjaya. Atas kerjasama mantap Pemuda BN bersama Giat Mara, JOM berjaya mendekati rakyat. Ianya membawa maksud apa yang diperjuangkan BN selama ini diselami melalui program JOM. Dugaan sepanjang program ini berlangsung tidak semestinya menjadi alasan untuk Man Laksa menafikan hal ini. Malah Man Laksa berani mendakwa, program JOM merupakan nadi Pemuda BN.






Di kesempatan ini Man Laksa ingin mengucakan tahniah kepada pemuda UMNO dan BN di atas pimpinan saudara Y.B Khairy Jamaluddin seta syabas kepada Giat Mara kerana berjaya mendidik pemuda dan memajukan anak-anak melayu. Kerana tampa Giat Mara program ini tidak mampu diancarkan.


Post By....MAN LAKSA

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive