Showing posts with label ANWAR. Show all posts
Showing posts with label ANWAR. Show all posts

Video Kantoi - Deepak Bakal Jahanamkan Anwar Ibrahim...







ANWAR MAHU JADIKAN SABAH NEGERI KRISTIAN..!!!!


Sudah lebih seminggu PAS membisu terhadap cabaran yang dilontar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mahukan kebebasan menganut, mengamal, dan menyebarkan agama tanpa sebarang batasan di negara ini.

Sebab musabab mengapa PAS tiba-tiba diserang sindrom bisu, satu Malaysia sudah tahu.

Ini kerana pemimpin besar parti itu seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Mat Sabu sudah menjual perjuangan agama Islam kepada sekutu politiknya, DAP dan PKR demi kemaruknya untuk menawan Putrajaya.

Tanpa disedari CFM telah mendedahkan dengan sendirinya hasrat golongan Kristian dan perancangan Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat.

Sasaran utama dalam agenda besar Anwar meluaskan pengaruh Kristian di negara ini ialah Sabah.

Salah satu strateginya boleh dilihat daripada desakan untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI ke atas masalah pendatang haram di Sabah yang mana kerajaan telahpun menyetujuinya.

Tujuan sebenar Pakatan Rakyat bukannya untuk membersihkan Sabah daripada pendatang asing tetapi sebaliknya untuk melemahkan kedudukan politik umat Islam di negeri itu.

Ini kerana Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menguasai satu pertiga daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 31 kerusi lagi di Sarawak, dalam mengejar impian mereka ke Putrajaya.

Rata-rata pendatang asing di Sabah adalah beragama Islam dan mereka merupakan mangsa persengkataan bersenjata di antara puak Moro dan kerajaan Filipina yang sudah berlarutan hampir empat dekat.

Kebanyakan mereka sudahpun diterima sebagai penduduk tetap dan ada sesetengah yang menjadi warganegara Malaysia.

Mereka hidup dalam aman dan damai, berkeluarga serta membina kehidupan baru di negara ini yang amat prihatin terhadap penindasan yang berlaku ke atas saudara seagama.

Malaysia menerima mereka dengan tangan terbuka malah menghulurkan pelbagai bantuan kemanusiaan sejak sekian lama.

Golongan Kristian tidak pernah dapat menerima kehadiran pendatang asing yang beragama Islam dengan seikhlas hati.

Jika senario bertukar di mana pendatang asing tersebut semuanya beragama Kristian, mungkin tidak wujud desakan untuk menubuhkan sebuah RCI.

Jika dilihat kalangan yang memulakan tuntutan penubuhan RCI adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik beragama Kristian.

Apabila golongan Kristian Sabah melihat pendirian pluralisme dan liberalisme agama yang dipegang oleh Anwar, mereka pun mengambil peluang keemasan ini untuk melebarkan pengaruhnya.

Bagi Anwar pula, selagi kumpulan ini sanggup menyokong impiannya menjadi Perdana Menteri, tidak ada masalah baginya untuk mengorbankan bangsa Melayu, kepimpinan Melayu dan Islam sekalipun.

Ini jelas apabila beliau mencanang untuk melantik Baru Bian, seorang pemimpin Kristian dari PKR sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya negeri tahun lalu.

Malah di Pulau Pinang, atas dasar majorti penduduk di negeri itu adalah kaum Cina, Anwar juga sanggup mengorbankan agenda Melayu dengan meletakkan DAP menerajui kerajaan negeri.

Satu lagi petanda bahawa Anwar kian terjerat sokongan janji puak Kristian Sabah ialah kewujudan beberapa kumpulan politik, setiap satunya di bawah seorang pemimpin Kristian.

Setelah dipecat daripada PKR, Dr Jeffrey Kitingan akhirnya menubuhkan Parti Reformasi Sabah (Star).

Begitu juga tindakan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengasaskan Angkatan Perubahan Sabah sejuruskan meninggalkan BN.

Kesemua kumpulan politik Kristian berdiri teguh di belakang Anwar dan Pakatan Rakyat bukan untuk menegakkan keadilan atau berjuang untuk rakyat tetapi menghapuskan Islam di bumi Sabah.

Satu lagi pemimpin Kristian ialah Kalakau Untol yang berjaya menyusup di dalam kepimpinan PKR dan bertindak sebagai pengemudi agenda Kristian di dalam parti itu.

Sementara itu pada peringkat pusat, pemimpin Kristian PKR di ungguli oleh bekas Menteri Kesihatan, Jimmy Chua Jui Meng, bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong.

Mereka seringkali berulangalik ke Sabah bagi memantapkan jalinan kerjasama antara pemimpin Kristian PKR di peringkat pusat dan negeri.

Apabila sesuatu aktiviti politik PKR Sabah di anjur oleh golongan Kristian, pasti aturcaranya akan mengandungi elemen-elemen berunsur keagamaan seperti nyanyian dan iringan doa Kristian sebelum majlis dimulakan.

Anwar atau mana-mana pemimpin Melayu PKR tidak pernah sekalipun menegur atau mengkritik tindakan kumpulan Kristian yang secara terang-terangan melanggar peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Malah Anwar telah menjadi agen Kristian paling nyata apabila bermati-matian memperjuangan isu kalimat Allah untuk digunakan juga oleh golongan Kristian.

PAS tidak lagi boleh diharapkan untuk mempertahankan kepentingan Islam manakala PKR sudah jelas pendiriannya menyokong Kristian di Sabah.

Demi kepentingan Islam, orang Melayu wajib menolak Anwar dan politik yang dibawa Pakatan Rakyat sebelum nasi menjadi bubur.

ends

Aksi Berahi MP Kuala Langat Halu Isteri...!!!!


Minggu lalu kita didedahkan dengan satu cerita sadis seorang Isteri dihalau oleh suaminya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat. Cerita tersebut yang didedahkan oleh blog SEL 13 telah mengundang reaksi spontan dari rakyat yang mengutuk tindakan Ahli parlimen PKR itu. KLIK DISINI



Siapakah Dalang 16 September 2008 Sebenar?



Pagi, 13 Ogos 2011 merupakan pagi yang ditunggu-tunggu Rakan Blogger GWM untuk menyambut ketibaan sahabat lama yang masih bergiat aktif dalam parti PKR.Sudah terlalu lama beliau ingin bersemuka dan bertanya khabar rakan seperjuangan sewaktu zaman reformasi tahun 1998. Pertemuan jam 3.30 pagi, bersahur di Kampung Baru cukup mengimbau kenangan lama dalam satu saf reformasi.

Pertemuan yang ditunggu-tunggu GWM

Walaupun masing-masing mengubah haluan sendiri, persahabatan masih kekal terjalin sehingga ke hari ini. beliau sememangnya mahu ketemu teman lama kerana masih ada satu persoalan dalam benak yang belum terjawab dengan harapan akan terungkai dan dijawab oleh sahabat.

Siapa DALANG Di Sebalik PERISTIWA 16 SEPTEMBER? ... Itulah pertanyaan politik pertama dan terakhir beliau kepadanya. Dan jawapan yang diberikan sudahpun beliau agak sejak dari tahun 2009. Jangkaan, telahan dan penyelidikan yang dilakukan selama ini ternyata benar.

ANDA INGIN TAHU APA TERJADI ???

KLIK DI SINI

Anwar Ibrahim Penyumbang Terbesar Rasuah Di Johor!!!!



Hubungan propaganda Pakatan dilihat semakin bercelaru setelah PKR dan DAP Johor bercakaran dan ugut mengugut dalam merebut kerusi DUN dan Parlimen masing2 di Negeri tersebut. DAP Johor telah mendesak agar beberapa kerusi yang berpotensi menang diberikan kepada parti tersebut yang lebih senior berbanding PKR Negeri yang anggotanya sendiri bukan terdiri daripada penduduk tempatan malahan Negeri Johor sendiri. Namun kedegilan PKR Negeri menyebabkan DAP terpaksa bertindak di luar batasan dengan membuat ugutan akan membongkar 1 pendedahan yang mengejutkan. Sebelum ini terdapat 2 isu yang menjadi hangat iaitu kuota MB Johor yang bakal diberikan kepada bekas Pemimpin MCA, Chua Jui Meng. Akan tetapi, ada juga pihak yang mendakwa pihak PKR melalui Anwar telah memberikan sejumlah wang yang agak besar beserta kontrak sebuah projek di Selangor kepada Pengerusi PKR Johor itu sebelum mengambil keputusan menyertai PKR. Namun, sehingga hari ini pihak PKR tidak mengambil sebarang kenyataan balas terhadap pertuduhan tersebut. Penyertaan Chua Jui Meng yang pada mulanya disasarkan akan memberi impak besar terhadap undi Cina di Johor kini berhadapan dengan masalah dalaman. Kecelaruan Pakatan Johor dikatakan langsung tidak diambil peduli Chua Jui Meng akan tetapi hanya menunggu reaksi Anwar untuk campurtangan. Anwar yang sebelum ini berjanji tidak akan menyalahkan Chua Jui Meng jika berlaku sebarang krisis telah mencantas beberapa aktivis PKR yang merupakan reformis Negeri dan bekas2 tokoh Parti Rakyat Malaysia termasuklah Ahmad Tan. Bagaimana? Mahu rampas Johor? Bayangkan bagaimana hendak membina benteng sebuah Kerajaan Negeri dengan keadaan Pakatan yang diambang runtuh di Johor?

Anak Muda Di Tipu Oleh Anwar Ibrahim...!!!!




Ucapan Anwar ini sama seperti sewaktu awal 70an dahulu mengajak rakyat menentang kerajaan.Sah bahawa Anwar cuba menjatuhkan kerajaan pada 9 Julai 2011.

Anwar Ibrahim Menyusun Strategi Di PHUKET...!!!


GWM baru mendapat maklumat dari sahabat yang terserempak dengan Anwar Ibrahim bersama gerombolan laskarnya sedang menuju ke Pulau Phuket.

Difahamkan, sahabat yang terserempak menyatakan Anwar Ibarhim menaiki pesawat MAS MH 790 jam 5.10 petang ini.

Anwar juga turut dijangka kembali keesokan harinya dengan pesawat MAS MH 791 jam 8.30 malam, berlepas dari Phuket.

Apa dibuat si Anwar Ibrahim di Phuket ...



i) Spa and Massage? ... KL pun banyak!ii) Urusan rasmi kerajaan Selangor? ... pusat kerajaan Thailand di Bangkok!
iii) Meninjau peluang pelaburan? ... pelaburan pusat spa dan GRO terbesar di Asia!iv) Pembikinan filem box office China Doll baru? ... Wan Azizah tak nampak, tak boleh trace! blogger pun tak boleh nak scoop cerita!v) Cuti-cuti Thailand?
Dikala Perdana Menteri DS Najib sedang sibuk mahu memastikan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat terbela dan terjaga, Anwar Ibrahim sibuk dengan Pulau Phuketnya!

Pssstt ... ada projek baru ke?
Dari GWM

Sesiapa Yang Menyokog Perhimpunan Bersih Akan Di Murtatkan!!!!



Kita sanggup berhujan panas menentang kes murtadnya Lina Joy. Ada diantara kita masuk lokap Ada kepimpinan PAS termasuk di peringkat Dewan Pemuda termasuk Ulama yang mengisytiharkan jihad. Kafir harbi mereka isytiharkan orang yang menyokong kes murtad Lina Joy ini. Ambiga antara kepalanya dan ada lagi pengikut2nya yang masih bergerak aktif.

Pelik dan hairan macam mana mereka boleh tidur sebantal dan menjadikan dia ketua pula ? dimana perginya pegangan2 mereka?. Ambiga adalah antara mereka yang menonjol dalam membawa isu murtad. Dia orang yang menjadi dalang dalamForum Memeluk Islam. Pemimpin PAS takkan lupa. Benda tu baru berlaku 2008.

Mereka antara orang yang hadir dengan saya semasa kita membuat himpunan membantah isu memeluk Islam yang diketuai oleh Ambiga.

Jangan lupa takbir-takbir yang mereka laungkan, jihad-jihad yang mereka laungkan di depan bangunan Majlis Peguam menentang Ambiga. Hari ini mereka boleh duduk serumah dan boleh pula menjadikan Ambiga ketua, itu yang paling teruk.

Sekarang ini Ambiga ada niat nak memartabatkan Islam ke?. Ada nak mempertahankan Islam? . Jika tak ada, kepada ahli-ahli akar umbi PAS, pemimpin mereka rosak, sedarlah. Kita ini dipergunakan sahaja. Dipergunakan.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive