Showing posts with label ANWAR IBRAHIM. Show all posts
Showing posts with label ANWAR IBRAHIM. Show all posts

Laporan Audit PR Kantoi.


Seluroh Jabatan dan Organisasi kerajaan Negeri terlibat lebih2 lagi diperingkat atasan dalam kepincangan audit yang dibentangkan. Malah kepincangan audit pada tahun lalu pun masih belum ditangani oleh kerajaan Negeri PR.

Ini adalah kepincangan dan ketirisan hanya di Selangor atas nasihat Anwar dalam pemerintahan PR :-

1. Isu tanah Yayasan Kebajikan Selangor yang dilihat ada cubaan rampasan hak dari kerajaan Negeri untuk dijadikan pusat budaya orang cina.

2. Isu TALAM

3. Isu KHSB

4. Isu kutipan Premium Tanah yang tak seimbang

5. Pembinaan kilang secara haram

6. Penggunaan tanah tanpa kebenaran

7. Memberi bonus 3 - 4 bulan untuk Kakitangan Pusat Pelaburan Kerajaan Selangor selama 3 tahun berturut-turut yang berjumlah RM887, 600 dengan menggunakan lebihan dana peruntukkan kerajaan.

8. "Program Hadiah Anak Masuk Universiti " yang merekodkan pengurusan wang yang lemah dan tidak cekap dimana seramai 21 penerima telah menerima lebih dari sekali sumbangan manakala ramai diantaranya menerima lewat sehingga lebih dari 3 tahun dan RM8.23 juta lagi masih terhutang dengan Anak-anak Selangor yang berjaya masuk ke Universiti.

Bukan di Selangor saja, malah di Kelantan turut merekodkan kepincangan dalam penemuan audit yang mengejutkan diantaranya:-

1. Anak Syarikat kerajaan Kelantan KELSTONE SDN BHD (KSB) yang dianugerah menerima konsessi melombong emas di 12 kawasan telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.7 Juta sehingga RM1.54 Juta diantara tahun 2009 dan 2011.

Syarikat tersebut hanya melombong disekitar 2 atau 3 tempat sahaja diantara 2011 dan 2012 tetapi gagal memperolehi emas yang memuaskan.

2. Indah Prima Sdn Bhd (SIPSB) diberikan Subkontrak untuk meneroka emas dikawasan Sokor Tanah Merah pada 2008 tetapi tidak pernah langsung memulakan kerja2 diamanahkan.

3. Pembayaran Bonus 11.5 bulan gaji Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) pada 2011 sedangkan syarikat tersebut mengalami kerugian.

Ini adalah kepincangan dan ketirisan hanya dari 2 negeri pemerintahan PR.

Adalah lebih baik ketua pembangkang Anwar membuat siasatan terhadap apa yang berlaku kepada kepincangan Negeri pemerintahan PR sendiri sebelum menuding jari mencari kesalahan pihak lain.

Janganlah PR cuba memperbetulkan orang lain sedangkan diri sendiri masih kelam-kabut dan haru-biru. Jika cuma 4 negeri pemerintahan PR sendiri masih tidak dibersihkan, mana kan mungkin Anwar bermimpi nak bersihkan seluroh Malaysia..??

KBC - Perbetulkan dan bersihkan diri tu dulu sebelum jadi ketua, kan tak pasal2 perangai buruk Anwar jadi contoh pengikutnya. klboyz

Manoharan Nak Mampos Pulak Agaknya...!!!!


Kenyataan biadap oleh pemimpin PKR Manoharan Malayalam yang mahukan bendera Malaysia ditukar. 

Hindu ini cuba menghasut pihak pakatan rakyat supaya menukar bendera Malaysia kepada bendera yang lain. Adakah hindu ini masih tidak sedar lagi dimana beliau berpijak dan duduk sekarang  sesuka hati nak mengarah orang lain pergi, seolah-olah mahu orang melayu  keluar dari negara ini.

Pada malam ambang kemerdekaan yang lepas  sekumpulan magkuk hayun telah berkumpul di dataran merdeka untuk menukar bendera Malaysia, kumpulan itu diketuai oleh Hishamuddin Rais yang melaung-laungkan mahu menukar bendera jalur gemilang denga sang saka malaya dan mengatakan kemerdekaan pada 31 Ogos adalah  satu malapetaka.

Sebab itu lah hindu Manoharan itu berani bercakap macam itu kerana ada pegkhinat bangsa sendiri yang mahu menukar bendera jalur gemilang, 


BERSIH Dibiaya Kuasa Asing Adalah Rancangan Anwar..


Semakin banyak pendedahan dibuat menunjukkan Bersih dibiayai oleh kumpulan-kumpulan asing dari Amerika Syarikat di bawah naungan Anwar Ibrahim. Umum mengetahui Bersih dibiayai oleh NDI dan OSI, kedua-duanya milik George Soros.

Walaupun bukti semakin jelas, masih ramai rakyat Malaysia yang dipergunakan oleh Ambiga & Anwar Ibrahim. Datuk S. Ambiga mengesahkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu dana asing untuk menjalankan operasi NGO pimpinannya itu.

Walau bagaimanapun Ambiga hanya memberitahu maklumat jumlah dana asing itu tanpa memberikan sebarang bukti konkrit yang boleh dipercayai.

Ketika penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, Ambiga diasak tentang persoalan dana asing, akhirnya beliau mengaku kepada pemberita bahawa BERSIH pimpinannya telah menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat (AS) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI).

NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan yang bertopeng demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara AS.

OSI pula adalah yayasan yang juga bertopeng demokrasi yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997. The News


Walaupun banyak penndedahan telah dibuat, banyak pihak masih lagi tertipu dengan Ambiga, Anwar Ibrahim yang terang-terangan menyokong Yahudi. Malah, mereka juga dikatakan merancang untuk menghuru-harakan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 sekiranya Pakatan Rakyat tewas dan gagal menawan Putrajaya.

Sebab itu tanpa ada rasa segan jauh sekali malu, Anwar bersama kumpulannya tidak teragak-agak mahu mengeliru fikiran rakyat, mengaburi mata rakyat dan paling penting menipu rakyat. Dalam keadaan amat terdesak mereka sanggup memanipulasi fakta tentang dakwat kekal yang diperkenalkan SPR kerana memenuhi tuntutan pihak yang menang PRU-13 tetapi menuduh SPR tidak telus.

Dakwat kekal yang sememangnya kekal itu dikatakan Anwar dan pakatan pembangkang sebagai tidak kekal dan membuka peluang untuk mengundi kali kedua. Umpama penglipur lara yang menjaja kisah-kisah dongeng dari satu tempat ke satu tempat, permainan psikologi pembangkang untuk memastikan doktrin bahawa mereka pasti menang mengheret bersama cerita-cerita tidak masuk akal.

Dua hari lagi pilihan raya, Anwar mahu rakyat percaya tentang pengundi hantu. Kisah Penerbangan Malaysia dan AirAsia menerbangkan puluhan ribu hantu untuk mengundi BN meletup-letup keluar dari mulut Anwar umpama bertih sedang digoreng.

Banyak isu telah dibangkitkan, demi mengaburi mata rakyat berkenaan perancangan mereka untuk menggulingkan kerajaan sedia ada. Malah, fenomena Arab Spring juga menjadi kiblat pembangkan bagi menjadi alasan menumbangkan kerajaan yang dilabel sebagai rejim oleh mereka.

Kemenanngan PR bermakna kehancuran kepada perdaban Melayu di Malaysia sekaligus keruntuhan islam seperti dilakukan Kamal Attartuk di Turki. Matlamat dan dasar perjuangan yang tidak jelas menunjukkan PR bukanlah satu parti yang bejuang untuk rakyat sebaliknya menggunakan topeng demokrasi untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri semata-mata.

Tiada rancangan khusus berkenaan kemajuan ekonomi negara dalam manifesto mereka. Sebaliknya lebih menumpu kepada budaya menipu rakyat dengan janji palsu.

Malaysian Spring..Sebuah Skrip Rahsia....!!!



Dalam menyusuri hari-hari akhir berkempen, aku imbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang dari tahun 2008 sehinggalah hari ini. Bagaimana sebuah negara Mlaysia yang dahulunya aman damai, bertukar sedikit demi sedikit menjadi negara yang hampir musnah dengan tercetusnya beberapa siri demonstrasi bangang dinamakan Bersih. Artikel ini berasaskan dari pengalaman, pemantauan dan pembacaan yang teliti baik dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.

Sejarah - 13 Mei adalah titik hitam negara Malaysia. Rusuhan kaum diantara kaum Cina dengan Melayu telah mengorbankan banyak nyawa kedua-dua kaum. Ini mungkin terjadi sekali lagi..

Pembangkang sejak dari tahun 2008 telah menunjukkan taring mereka sedikit demi sedikit. Macam-macam isu mereka korek, mereka fitnah, mereka war-warkan dengan niat menabur persepsi buruk pada rakyat terhadap Kerajaan. Antara banyak isu yang terjadi, antara yang aku nampak adalah demo Bersih. Cuba kira lapangkan fikiran..dan cuba fahamkan apa yang aku ulaskan disini..

Putrajaya At All

Cost!Itu adalah kenyataan Anwar pada penyokong-penyokong beliau yang terdiri dari DAP & PAS. Niat Anwar ini diibaratkan sebagai 'bulan jatuh ke riba' pada DAP yang sejak dari azali lagi amat memusuhi Melayu & Kerajaan. Apa sahaja pembangunan, kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan pasti akan ada sahaja yang tidak kena. Manakala PAS pula kenyataan ini mendatangkan imaginasi melampau pada penyokongnya dimana mereka membayangkan idola mereka iaitu Nik Aziz  & Hadi Awang duduk di kerusi empuk Putrajaya. 'At All Cost'membawa maksud, Anwar harus dapat Putrajaya tak kira apa cara sekalipun. Ini termasuk dengan menjadikan Malaysia kecoh seperti Arab Spring & Thailand. Ini yang merisaukan aku sebenarnya..risau kerana Melayu sekali lagi digunakan sebagai ejen perusuh dalam demo-demo Bersih.

Satu skrip panjang pengambil-alihan negara Malaysia telah dirangka oleh dua pihak diantara Anwar & DAP.  Di dalam skrip itu telah tersusun dengan rapinya perancangan sekiranya pembangkang tewas dalam PRU13 ini iaitu 'Malaysian Spring'. Bumi Malaysia akan berubah dimana akan terjadi rusuhan kaum, kerosakan harta-benda yang maksimum yang akan berlanjutan sehingga beberapa bulan lamanya. Kita dapat melihat beberapa negara telah pun terjadi insiden Spring ini dan sehingga ke hari ini, negara-negara tersebut masih belum pulih sepenuhnya.

Berbalik pada skrip tadi, pembahagian tugas adalah seperti berikut. PKR - Mengepalai beberapa kumpulan dengan tugas menimbulkan kekecohan bersiri. DAP - membantu dari segi kewangan demonstrasi-demonstrasi. PAS - jentera demonstrasi radikal. Kita tahu yang mereka telah melatih beberapa kumpulan bagi menimbulkan insiden-insiden sepanjang demonstrasi seperti 'lakonan mati' dan sebagainya. Sedar atau tidak, Bersih itu adalah latihan praktikal kepada Malaysian Spring yang mungkin akan berlaku sejurus selepas keputusan PRU13 nanti. 

Bersih 1.0 - menguji sistem keselamatan negara dengan menghimpun rakyat tanpa permit dan cuba menimbulkan kekecohan tapi tidak berapa menjadi. Pesalah-pesalah Bersih hanya dikenakan denda sahaja. Mereka memprotes mengapa tahanan-tahanan ini dilayan begitu teruk sepanjang penahanan mereka. Kita telah mengambil pendekatan untuk bertahan dalam Bersih 1.0.

Bersih 2.0 - sekali lagi mereka menguji sistem keselamatan negara dengan tetap melakukan himpunan haram, rusuhan, vandalisma harta-benda awam malah kali ini mereka memukul anggota keselamatan sehingga koma. Tahanan Bersih 2.0 telah dilayan seperti 'banduan kaya'. Mana ada OKT dapat makan nasi tomato dalam tahanan? Gila punya hospitality..kita masih lagi boleh berlembut dengan mereka ni..

Bersih 3.0 - kali ini mereka diberi permit dan kali ini aman sedikit dimana tiada anggota polis dicederakan.

Realitinya mereka telah menguji sistem keselamatan dalam negara ini dari pelbagai sudut. Jika mereka pukul polis, ini akibatnya..jika mereka berhimpun tanpa permit, ini akibatnya..jika mereka itu ini, ini akibatnya. Golongan mana yang paling menyerlah dalam demo Bersih kalau bukan Melayu dalam PAS. Sanggup mengheret anak bini dalam himpunan yang disangkakan aman. Kononnya jihad tapi realitinya mereka dipergunakan! Akibat taksub pada amanat pemimpin mereka, maka mereka sanggup berjihad menentang saudara seISLAM..

DAP tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama ketika 13 Mei, jika dahulu mereka berdepan dengan Melayu, kini mereka mempergunakan rakan sekutu mereka PAS untuk menjadi perisai rusuhan Malaysian Spring. 

Manakala PKR hanya mengikut sahaja asalkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Siapa yang bakal untung jika terjadi Malaysian Spring ini?  

                                   Melayu PAS + PKR vs. Melayu BN = DAP yang untung!

tanya diri sendiri..sanggupkah PAS membunuh saudara seAgama anda nanti? sanggupkah PAS memenggal leher Melayu BN seperti di Tak Bhai demi Putrajaya? sanggupkah PAS melihat anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami, hanya dek kerana mahu mendapatkan Putrajaya? sanggup PAS menjawap kami membunuh kerana mahukan Putrajaya di padang mahsyar nanti? 

Jika sanggup, fikirkan ini pula..sanggupkah kamu mati kerana Putrajaya? sanggupkah kamu melihat anak-anak kecil kamu membesar tanpa ayah? sanggupkah kamu menolak tangan saudara seISLAM hanya dek kerana memuaskan dendam seorang manusia bernama Anwar? 

Musuh kita adalah kafir harbi, musuh kita adalah mereka yang menolak agama ISLAM, musuh sebenar kita adalah DAP. 

aku harapkan ini semua tidak terjadi. Andai ini terjadi, maka aku mendoakan keselamatan buat semua yang mempertahankan negara ini demi agama, bangsa & negara..amin ..Wadah Kelana Jaya


Anwar ibrahim Kantoi..

Masa Untuk Ubah Anwar, Kit Siang & Karpal....



Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan 'ubah' sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.

Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.

Anwar Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.

Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa.


Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.

Dalam konteks politik DAP pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti, Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.

Di lihat dari aspek kepimpinan parti, jelas sekali slogan 'ubah' yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak menepati maksudnya, melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.

Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti, bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama. Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi, tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.

Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan, lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak.

Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti. Humban saja Kit Siang, Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.


Anwar Ibrahim Bawak Politik Politikus - Tun Mahathir


1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.

2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.

4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.
5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.

6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.

7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.

8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.

9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.

10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.

11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.

12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.

13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.

14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.

15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.

16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.

17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?

18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.

Anwar Ibrahim Hina Orang-Orang Tambun..


Apakah hinanya nama ‘Tambun’ atau kawasan ‘Tambun’? Kenapakah ‘Tambun’ perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan ‘Tambun’?

Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak, khususnya Tambun.

Alasannya ialah seorang ‘lebai’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’. Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya.

Alasan Anwar ternyata bukan sahaja menyakitkan hati masyarakat Tambun tetapi juga membangkitkan kemarahan rakan-rakan di dalam PR. Antaranya, Lim Kit Siang dilaporkan ‘mengamuk’ dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini. Calon bagi kerusi Tambun kini diberikan kepada Siti Aishah iaitu Ketua Serikandi PKR Perak.

Soalnya, bagaimanakah seorang ‘bakal PM’ boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding? Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan?

Sebagai seorang ‘bakal PM’, Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang telah tersinggung. Alasan dangkal seperti ‘nama tempat’ adalah terlalu umum dan tidak relevan dalam situasi di mana Anwar ingin menjadi PM. Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri, sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun.

Sikap Anwar memperlekeh nama tempat menunjukkan tahap sebenar pemikiran Anwar yang masih terbawa-bawa dengan kejutan budaya, ingin dilihat hebat sentiasa serta bimbang dipandang rendah. Dalam kata lain, Anwar mengalami ‘inferiority complex’.

Ini bukanlah mengejutkan kerana Anwar turut dikesan mempunyai berbagai masalah psikologi yang lain antaranya tidak berpijak di bumi nyata dan sering berimaginasi yang dirinya berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemimpin bertaraf dunia. Oleh kerana itu, beliau sering menyamakan dirinya dengan Ghandi, Mandela dan Suu Kyii.

Apapun, hakikat sebenarnya, tiada sebesar hama pun persamaan antara Anwar dengan tokoh-tokoh tersebut. Mana mungkin seorang yang masih tidak yakin dengan latarbelakang diri dan takut dikaitkan dengan nama tempat yang kurang menarik, layak menjadi pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri?

PENGIKUT HEMPAS PULAS KEMPEN, ANWAR CUTI DI PARIS


Pada 12 April lalu akhbar kewangan berpengaruh di Amerika Syarikat, Financial Times menerbitkan temuramah dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Beberapa persoalan timbul berhubung dengan artikel yang memfokus kepada pandangan Anwar mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal pada 5 Mei depan.

Pertama temuramah tersebut diadakan di sebuah hotel lima bintang bernama Hotel Bristol di ibukota Paris di mana hadir sama adalah alah seorang anak perempuan beliau.

Ketika parti-parti pembangkang sibuk mengatur strategi untuk berdepan PRU13 yang akan menentukan hidup mati mereka, Anwar serta keluarga bersenang lenang bercuti di Paris bertemu dengan wartawan asing.

Di sini rakyat perlu bertanya di manakah komitmen seorang yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri tetapi sempat mencuri masa yang berharga untuk berlibur di luar negara sementara anak-anak buah di negara sendiri berhempas pulas memperjuangkan agenda politik peribadinya tanpa mereka sedari.

Kedua, wartawan yang menemuramah beliau bernama Simon Kuper bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang politik apatah lagi untuk menulis mengenai pilihan raya dan senario politik Malaysia.

Mengapa Financial Times hanya menugaskan seorang wartawan sukan untuk menemuranah Anwar adalah agak ganjil apabila akhbar itu mempunyai ramai penulis politik yang hebat seperti George Parker, Jim Packard, Philip Stephens dan lain-lain.

Isu-isu ang dibangkitkan oleh Anwar juga lebih bersifat memburuk-buruk imej negara dan kerajaan Malaysia, sesuatu yang sudah sebati dengan Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya.

Beliau merendah-rendah sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini yang mana beliau meningkat mendadak bukan sahaja dalam hieraki parti UMNO dari ahli biasa kepada timbalan presiden tetapi juga menjadi ahli parlimen Permatang Pauh hingga menduduki kerusi timbalan perdana menteri hanya dalam tempoh 11 tahun.

Ramai ahli UMNO dan juga anggota kerajaan yang merangkak setapak demi setapak menaiki tangga karier politik berpuluh-puluh tahun sebelum mereka mampu menikmati gelaran Yang Berhormat.

Umpamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengharungi arus perjuangan politik selama 33 tahun sebelum beliau dipilih menduduki nombor satu dalam pentadbiran negara.

Anwar memperlecehkan konsep Ketuanan Melayu sambil berjanji untuk memperkenalkan sistem demokrasi yang lebih bersifat pelbagai ethni

Mungkin disebabkan terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri beliau lupa bahawa kewujudan Malaysia dan kemerdekaan ang dicapai oleh negara ini pada 1957 adalah hasil muafakat dan hubungan etnik yang erat antara orang-orang Melayu, Cina, India dan pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Formula muhibbah dan kerjasama rapat antara kaum inilah yang terus disambung dan diperkukuhkan di bawah pentabdiran Datuk Seri Najib melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Anwar juga berbohong apabila beliau mengatakan nyawanya dalam keadaan bahaya dan mungkin menjadi mangsa pembunuhan politik.

Ini adalah satu lago sandiwara Anwar yang paling tidak masuk akal seperti juga wayang sakit tulang belakang dan isu arsenik.

Bagi mereka yang masih ingat, timbul satu isu hangat sekitar tahun 1999 ketika beliau menjadi banduan Penjara Sg Buloh di mana pembangkang memfitnah kerajaan cuba membunuh Anwar melalui keracunan arsenik.

Pembangkang mendakwa kesan daripada keracunan arsenik itu dilihat daripada keguguran rambut Anwar namun setelah lebih 14 tahun isu itu digembar gemburkan Anwar masih hidup segar bugar serta mampu diinterbiu oleh media asing di Paris pula!

Anwar juga berbohong apabila mengatakan semasa di penjara, beliau menyaksikan ramai banduan diseksa dan mendakwa beribu banduan yang merengkok dalam penjara di seluruh negara ini dilayan seperti itu.

Jika benar perkara ini berlaku mengapa Anwar tidak melaporkannya kepada Suruhanjaya Hak Manusia (Suhakam) atau menggunakan platform kegemarannya, Suaram seperti mana dalam isu Scorpene.

Jika pembangkang boleh menyebar propaganda serta mensensasikan isu berhubung kematian individu seperti Teoh Beng Hock dan A. Kugan, apatah lagi apabila ia melibatkan beribu-ribu individu lain?

Tuduhan Anwar yang tidak logik ini adalah hasil kebencian beliau terhadap kerajaan kerana menghalang beliau daripada mengapai kerusi perdana menteri yang amat diidamkannya itu.

Financial Times mengambarkan Anwar sebagai seorang yang kononnya sudah insaf dan sedari kesalahannya daripada seorang tokoh yang memperjuangkan Ketuanan Melayu bertukar kepada pemimpin Melayu yang bongkak kepada pemimpin yang sudah belajar daripada kesilapannya.

Sebenarnya Anwar tidak pernah berubah sejak dari zaman memimpin Abim hinggalah menganggotai pentadbiran kerajaan dan mengakhiri karier politiknya sebagai ketua pembangkang.

Ia tetap seorang yang 'arrogant' atau bongkak seperti mana yang ditonjolkan oleh Financial Times.

Anwar adalah seorang 'political animal' yang menggunakan agama Islam sebagai baju politiknya bagi mengaburi mata musuh dan taulan.

Dalam kosa kata Anwar tidak ada istilah ketaatan atau berbudi, semua yang mampu ditunggangi atau eksploitasi akan beliau pergunakan sehabis mungkin.

Yang penting bagi Anwar ialah menjayakan agenda politiknya dan pengaruh lobi Zionis-Yahudi yang memainkan peranan utama dibelakangnya.

Skandal Seks Mustaffa Ali Merupakan 'Game' Anwar dan Endorgan


Bermula dari petang semalam, media maya gempar dengan pendedahan mengenai rakaman seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi Pas. Durasi rakaman video selama 11 minit 25 saat itu, dikatakan mirip dengan Setiausaha Pas Pusat, Dato Mustaffa Ali bersama seorang wanita di dalam salah sebuah hotel.

Ekoran dari pendedahan tersebut, blog dan portal pembangkang terus menunding jari dengan menyalahkan Umno. Pelbagai andaian dikeluarkan bagi meyakinkan khalayak pembaca mereka kononnya Umno terlibat dengan skandal tersebut.

Namun apabila diteliti, nyata ia hanya merupakan satu lagi fitnah jahat yang dilakukan oleh para pencacai pakatan pembangkang bagi merosakan imej Umno. Malah sebelum ini majoriti perjuang alam maya Umno, pernah membuat penegasan, tidak memerlukan sebarang ‘skandal seks’ untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13.

Ini kerana BN/Umno hanya memerlukan kemampuan dan keupayaan untuk meneruskan kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini, ditambah dengan manifesto yang meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti. Walaupun pakatan pembangkang sebelum ini menegaskan manifesto itu bukan janji, namun bagi BN/Umno ia merupakan ‘Akujanji’ antara pemerintah dan rakyat.

Lebih mengemparkan lagi, melalui laporan yang diterima, 2 orang suspek telah ditahan polis pada 11 April 2013 kerana disyaki mengedarkan sampul surat yang mengandungi CD video seks tersebut. Suspek dikatakan telah mengedarkan CD tersebut di sekitar Kg Alor Lintang dan Kg Raja, Besut Terengganu.

Melalui soal-siasat yang dilakukan, kedua-dua suspek tersebut dikatakan merupakan ahli kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang bertindak atas arahan pihak tertentu. Maka timbullah tanda tanya, sekiranya Umno merupakan dalang kepada penyebaran rakaman tersebut, mengapa ahli AMK yang ditangkap?

Setelah dilakukan analisa, temu bual dan kaji selidik berdasarkan kronologi kes dan maklumat dari rakan-rakan yang masih akttif di dalam Pas, akhirnya berjaya merungkai persoalan yang selama ini bermain di minda. Kesimpulan yang ditemui ialah, Dato Mustaffa Ali telah diperangkap oleh 2 kumpulan di dalam pakatan pembangkang yang mempunyai kepentingan peribadi mengatasi ageda perjuangan parti.

Satu kumpulan yang diketuai oleh Anwar dan Azmin manakala satu lagi kumpulan merupakan pemimpin ‘Anwarinas’ atau lebih dikenali sebagai puak Endorgan Pas. Mereka-mereka inilah yang sebenarnya bertanggungjawab di sebalik penyedian dan pengedaran video seks tersebut.

Isu ini bermula sejak idea ‘kerajaan perpaduan’ (UG) mula diperkenalkan tidak lama dahulu yang akhirnya telah memecahkan Pas kepada 3 kumpulan iaitu 1) kumpulan ulama dan penyokong yang menyokong UG, 2) kumpulan Anwarinas @ Endorgan yang jelas menentang kumpulan ulama Pas dan 3) kelompok yang tetap akur dan setia dengan Nik Aziz selaku Mursyidul Am.

Antara pimpinan Pas yang menyokong UG ialah, Hadi Awang (sebelum didesak untuk menukar pendirian), Nasaruddin Mat Isa (Mantan Timbalan Presiden), Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas), Harun Din ( Timbalan Mursyidul Am), Harun Taib (Ketua Dewan Ulama), Hassan Ali (Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor), Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Pas Johor), Hashim Jasin (Pesuruhjaya Pas Perlis), Azizan Razak (Pesuruhjaya Pas Perlis) dan beberapa lagi pimpinan yang enggan memberikan sokongan secara terbuka.

Perkembangan yang jelas mengusarkan Anwar selaku ketua pembangkang itu, akhirnya dapat diredakan, apabila kumpulan Anwarinas @ Endorgan berjaya menyingkirkan beberapa pimpinan Pas selepas pemilihan parti itu tidak lama dahulu.

Walaupun Anwar dengan kerjasama puak Endorgan telah berjaya menggantikan pimpinan Pas dengan penyokong gerakan Liberal, dendam kesumat itu nyata tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia tetap diteruskan dengan beberapa lagi pendekatan bagi mendesak kumpulan UG agar menukar pendirian, antaranya mengunakan pendekatan skandal seks Mustaffa Ali.

Ia bagi mengugut beliau agar menarik kembali sokongan yang telah diberikan sebelum ini. Nyata pendekatan tersebut dilihat berkesan apabila tidak lama selepas itu idea mengenai UG sekali lagi berjaya dimatikan. Namun ekoran dari tindak-tanduk DAP sebagai rakan kongsi yang berterusan dengan agenda menentang Islam, ditambah dengan pendedahan demi pendedahan yang melibatkan Anwar, idea mengenai UG kembali disuburkan tapi melalui pendekatan yang berbeza.

Ini kerana ramai dikalangan mereka tidak lagi percaya dengan DAP dan Anwar yang kononnya akan ditabal sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya merampas Putrajaya akan serius untuk memartabatkan Islam. Atas sebab itu di dalam Muktamar Pas yang diadakan pada tahun lalu, Hadi Awang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Anwar sekiranya pakatan berjaya dalam misi menyingkirkan Umno.

Malah kegagalan Pas mempertahankan beberapa dasar yang mendapat bantahan DAP semakin memburukkan keadaan. Isu pengunaan kalimah Allah akhirnya telah berjaya membuka minda dan hati pimpinan Pas yang selama ini terpaksa akur dengan keputusan atas nama ‘jemaah’. Maka tidak hairanlah, apabila Harun Din sebelum ini dikatakan telah berjumpa dengan Anwar dan memberikan kata dua kepada pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ itu.

Walaupun pencacai Anwar bertegas mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh Umno, namun keputusan Pas Negeri Perlis yang enggan memberikan sebarang kerusi parlimen kepada PKR telah membuktikan dakwaan tersebut. Malah percubaan PKR untuk meletakkan Mufti Perlis, Juanda Jaya juga gagal mempengaruhi keputusan tersebut.

Dilemparkan dengan pelbagai gelaran seperti tamak dan tidak menghormati semangat parti di dalam pakatan, jelas tidak mampu menukar pendirian ustaz Hashim Jasin yang tetap bertegas dengan keputusan untuk meletakan calon Pas di Arau, Padang Besar dan Kangar.

Perkara yang hampir sama turut berlaku di negeri-negeir lain seperti Terengganu, Perak, Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Rata-rata bertegas untuk meletakkan calon-calon lama dan mereka yang cenderung menyokong UG sebelum ini.

Bukankah keputusan itu jelas membuktikan, keinginan mereka untuk mengekang kemahuan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri? Menurut sumber sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengalahkan BN/Umno untuk membentuk kerajaan, mereka-mereka dari kepimpinan ulama akan segera memberikan sokongan kepada BN/Umno sekaligus menghalang usaha Anwar dan DAP menguasai kerajaan persekutuan.

Kesimpulannya, pendedahan video seks Mustaffa Ali hanya merupakan sebahagian dari perancangan Anwar untuk berdepan dengan kumpulan UG. Dengan menyalahkan Umno sebagai dalang, Anwar mengharapkan kumpulan tersebut marah dengan tindakan jijik tersebut dan kembali menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang, sekaligus menerima idea untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-7.

PAPA GOMO BAKAL LIWAT ANWAR IBRAHIM DI PERMATANG PAUH....!!!

PAPA GOMO

Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Papa Gomo yang diwakili Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding di Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang ditandingi Anwar.

"Keputusan untuk bertanding itu dibuat kerana dia benar-benar serius meminta agar Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik negara ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu pemimpin itu," kata Rafi kepada pemberita di Bangunan Yayasan Selangor Kg. Baru di sini, hari ini.


KENYATAAN PENUH PAPA GOMO

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau Pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi Permatang Pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik. KLPOS

PAS Larang Anwar Ke Masjid Dan Surau...


Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berikutan keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan kerendahan moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak, disebabkan pertimbangan berkaitan moral dan akhlak.

Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai.

Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS itu.

Sementara itu, satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya.

Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Anwar yang berkeras menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian.

Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Anwar berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya terdiri dari kalangan penggerak akar umbi PAS, sebaliknya pemimpin utama PKR itu lebih banyak berceramah di pentas PKR atau DAP.

Cuma sesekali sahaja Anwar dapat berceramah di pentas PAS itu pun sekiranya ia merupakan anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS.

Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin merenggangkan hubungan mereka dengan Anwar.

Malah arahan dalam juga sudah dikeluarkan meminta supaya lidah rasmi PAS, Harakah mengurangkan penampilan Anwar dalam akhbar itu, dengan demikian PAS percaya pendekatan ini akan mengekang ketaksuban penyokong kepada Ketua Umum PKR, sekaligus mengurangkan pengaruhnya di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Namun untuk melihat PAS menyuarakan larangan secara terbuka tentunya tidak sama sekali memandangkan PAS sendiri dalam keadaan tersepit bila mana sebahagian pemimpinnya dari golongan Anwarinas masih menguasai sebahagian besar kepimpinan PAS di peringkat Pusat.

Anwar dipercayai menyedari keadaan ini tapi sedaya mungkin beliau masih cuba menaruh keyakinan para penyokongnya dalam PAS mampu berbuat sesuatu bagi menaikkan semula imejnya dikalangan penyokong dan pemimpin PAS.

Menjelang PRU 13 akan lebih banyak konflik kepentingan dan kepercayaan antara PAS dan PKR akan terdedah kepada umum, tak mustahil selepas PRU 13 lebih banyak konflik akan muncul dan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkubur sebagaimana lain-lain kerjasama sebelum ini.

10 Sen Nilai Anwar - Tun Mahathir


Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.

Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.

"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.

"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.

"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.

Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.

"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.

"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.

Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff. - UTUSAN ONLINE

13 Kejutan Anwar Ibrahim...!!!!














Dokumen Sulit PKR - Rusuhan Pada PRU..

Kuala Lumpur-20130327-00578

Seorang teman di kawasan Parlimen di Bukit Katil, menghantar satu gambar yang diambil kamera murah mengenai perkara yang akan dilakukan oleh jentera PKR di dalam PRU yang akan datang. Kalau membaca secara keseluruhan dokumen tersebut – kita boleh pastikan bahawa PRU yang akan datang adalah yang paling kecoh dan kotor dalam sejarah Malaysia.

Kekecohan yang dirancang akan bermula sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam muda sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak pusat pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut.
Kawasan nukleus panas PRU13:-

1) Gombak
2) Lembah Pantai
3) Permatang Pauh
4) Setiawangsa
5) Wangsa Maju
6) Bagan Serai
7) Bukit Katil
8) Muar
9) Pandan
10) Sabak Bernam

Kekecohan akan bermula cukup awal. Di Gombak, sususan telahpun dibuat untuk mengupah beberapa orang bouncer yang akan turut mencetuskan kemarahan rakyat. Khabarnya, tidak semua PDM yang dibenarkan kecoh. PKR HQ akan menetapkan beberapa PDM strategik sahaja untuk menimbulkan kekecohan.
Pendekatan media baru juga tidak dilupakan. Semua twitter sudahpun diarahkan untuk memainkan #hashtag tertentu untuk membangkitkan kemarahan pengundi muda. Sepertimana kejayaan Bersih 1.0, 2.0 dan sebagainya – twitter akan dijadikan aplikasi penting pada hari mengundi. Cubaan juga sedang dirancang untuk aplikasi Zello juga dipakai secara ekstensif.
Online media build up akan turut disertai oleh kumpulan RED BEAN ARMY (yang ditaja oleh DAP). Sejumlah 600 cybertroopers DAP akan turut membantu. Di kerusi-kerusi ‘mixed seats’, insiden dan isu perkauman akan turut digunapakai.
Kalau begini persediaanya, kena hati-hati. Gelagat Anwar

Menunggu Sesumpah Bersumpah...!!!!


Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak.

Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara. Ia dijangka menjadi ‘bom’ untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti.

Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa.

Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu ‘secara paksa’ telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk. Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela?

Ini kerana isu di sini bukan ‘rela atau paksa’ tetapi ‘liwat atau tidak’. Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat.

Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia DAP. Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat.

Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme. Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.

Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme. Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya.

Keputusan Anwar untuk bersumpah akan ‘kesucian’ dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan. Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’ dan berbagai-bagai alasan lagi. Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata “sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.”

Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, ‘telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman’. Malah, kata penulis laman tersebut lagi, ‘orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.

Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah. Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah. Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.

Oleh itu, segelintir pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu.

Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan.

Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.

Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata. Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun.

Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan. Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut.

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong. Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.

Amalan politik 'songsang' PKR...!!!


CUBA fikirkan sejak Pilihan Raya Umum 2008 apa yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lakukan dalam usaha mereka untuk mencari pengaruh politik.

Kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya umum berkenaan melalui pelbagai manipulasi termasuk menggunakan sentimen perkauman telah memungkinkan PKR menjadi 'besar kepala'.

PKR merasakan parti merekalah yang terbaik dan jauh daripada kesilapan dan kesalahan, apa pun yang berlaku ke atas parti atau pemimpin mereka akan dianggap fitnah dan konspirasi UMNO serta kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kebijaksanaan berhujah dan kepandaian mengalih isu telah memungkinkan segala keburukan PKR termasuklah melibatkan pemimpin-pemimpinnya berjaya diredakan.

Bagaimanapun PKR tidak boleh membohongi dan menipu rakyat melalui strategi politik licik dan songsang mereka selama-lamanya.

Kebenaran tetap kebenaran dan fakta tetap fakta, mungkin pada awalnya PKR akan berjaya menutupi semua itu melalui sandiwara, putar belit dan taktik mengalih isu.

Tetapi ia tidak akan bertahan lama dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah gelanggang terbaik kepada rakyat membuktikan kepada PKR bahawa mereka tidak akan selama-lamanya terpedaya dengan sandiwara parti itu.

Parti seperti PKR yang dilihat mengamalkan pendekatan politik matlamat menghalalkan cara tidak boleh dibiarkan terus wujud kerana mereka tidak menguntungkan negara sebaliknya hanya memporak-perandakan negara.

Peluang yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu tidak digunakan sebaik-baiknya, sebaliknya apa yang kita saksikan dari semasa ke semasa PKR terus mengamalkan politik untuk menanam kebencian rakyat kepada segala usaha baik kerajaan.

Kajilah tidak ada satu pun perkara yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tidak dipandang serong oleh PKR. Segala-galanya akan diperlekeh dan persendakan hatta soal keselamatan negara pun turut menjadi 'mangsa'.

PKR mengajar rakyat politik kebencian dan permusuhan bukannya bersama-sama berganding bahu melakukan pembaikan demi keselamatan negara.

Keadaan itu berlaku kerana PKR sudah kemaruk kuasa, mereka melihat PRU-13 ini adalah penentuan hidup mati parti tersebut dan usaha terakhir untuk memastikan pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

Sama ada janji yang ditaburkan boleh ditunaikan atau tidak, segala tindakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara atau tidak, ia bukanlah perhitungan utama.

Bagi PKR, apa yang penting mereka mahu memastikan pemerintahan BN berakhir dalam pilihan raya umum kali ini.

Sama ada pemimpin atau penyokong tegar mereka hendak mengakui atau tidak, PKR adalah parti yang penuh dengan konflik, masalah dan 'penyakit', parti seumpama ini kalau terus dibiarkan berada dalam pentas politik negara ia boleh mengakibatkan negara musnah.

PKR berasa kuat bukan kerana kekuatan sendiri tetapi atas bantuan DAP dan Pas. DAP digunakan untuk meraih sokongan masyarakat Cina manakala Pas untuk meraih undi orang Melayu.

PKR tidak ada apa-apa kekuatan selain bijak bercakap, menabur fitnah dan melemparkan serangan buruk kepada kerajaan BN...itu sahaja kepakaran mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negeri yang dikuasai oleh mereka dan kemelut dalaman, segala-galanya 'haru-biru', lintang pukang dan berkecamuk.

Tetapi pemimpin-pemimpin utama PKR masih mahu mendabik dada kononnya mereka boleh mentadbir jauh lebih baik berbanding BN.

Sikap politik PKR ini terjadi kerana parti itu bukan ditubuhkan asas perjuangan bagi membela nasib rakyat atau membangunkan negara sebaliknya atas sikap dendam dan kebencian apabila pemimpin utama mereka dipecat daripada kerajaan pada tahun 1998.

Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak bersandiwara dan mengambil kesempatan bagi meraih sokongan politik, ini termasuklah ketika pentadbiran kerajaan BN berada dalam kedudukan lemah.

Bagaimanapun situasi itu sudah berbeza sekarang, pekung yang ada kepada PKR tidak boleh ditutup dengan pelepah kelapa atau pun daun keladi.

Perbalahan

PKR mungkin mahu terus bersandiwara kononnya mereka sebuah parti yang kukuh dan sentiasa mendapat sokongan rakyat tetapi apa yang berlaku sejak 2008 sudah melihat menyaksikan bagaimana PKR kini sedang menuju ke kuburan politik.

Perbalahan dalaman yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka sudah menjadi rahsia umum, khususnya melibatkan Presiden PKR, Datin Seri Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Itulah belum lagi mengambil kira, bagaimana di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan turut berhadapan dengan tekanan termasuklah wujud ura-ura bahawa Azmin akan menggantikan beliau selepas pilihan raya umum akan datang jika PKR masih memerintah.

Begitu juga, penulis difahamkan menjelang pilihan raya umum ini, perebutan menjadi calon-calon semakin hebat dan cantas mencantas semakin ketara.

Malangnya, di atas pentas-pentas ceramah, pemimpin-pemimpin PKR terus menggambarkan seolah-olah parti mereka semakin kuat, kukuh dan berwibawa.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, PKR semakin memahami penolakan rakyat khususnya orang Melayu terhadap parti itu.

Mungkin menyedari hakikat inilah pemimpin-pemimpin PKR cuba sedaya-upaya memperalatkan Pas terutamanya untuk membantu mereka memenangi pilihan raya.

Pemimpin-pemimpin PKR tidak risau soal sokongan kaum Cina kerana DAP dikatakan mampu memainkan peranannya dengan berkesan dalam membantu parti itu.

Apa yang meresahkan PKR ialah sokongan orang Melayu yang dilihat kini berada di hujung tanduk.

Namun pemimpin-pemimpin PKR tetap yakin sebagai 'pak turut setia' dalam pakatan pembangkang Pas akan mampu memainkan peranan untuk memastikan semua calon PKR menang.

Sikap Pas inilah yang menyuburkan politik kebencian dan matlamat menghalalkan cara yang diperjuangkan oleh PKR.

PKR percaya apa pun yang dilakukan oleh mereka, ia pasti akan dibela, disokong dan dipersetujui oleh Pas.

Justeru walaupun PKR memahami bahawa sokongan mereka dalam pilihan raya umum nanti akan merudum namun mereka tidak khuatir kerana penyokong-penyokong Pas akan setia memberikan undi mereka kepada calon-calon PKR.

Penyokong Pas akan bertungkus-lumus memastikan calon-calon PKR menang dan bersedia memanjat pokok dan tiang-tiang bagi mengibarkan bendera PKR dan DAP di seluruh pelosok.

Namun PKR belum pasti akan mengenang jasa Pas kerana apa yang lebih penting bagi PKR ialah DAP bukannya Pas. Sebab itulah dalam banyak isu, PKR tidak pernah peduli apa pendirian Pas.

Malahan PKR sentiasa terang-terangan menyokong DAP contohnya dalam isu kalimah Allah dan menyatakan ia kesepakatan bersama.

Dan dalam banyak situasi PKR lebih menyebelahi DAP, namun Pas masih terus mahu bertahan. Justeru orang Melayu perlu memikirkan apakah wajar pakatan pembangkang perlu disokong kerana dengan sikap 'pak turut' Pas sudah pasti parti itu tidak akan berupaya melawan kehendak PKR dan DAP jika benar pakatan itu menang dalam pilihan raya umum nanti.

Ia memandangkan soal politik pakatan pembangkang hanya berkisar soal penguasaan PKR dan DAP bukannya Pas yang dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang'. Utusan

ANWAR KECUT PERUT TUNGGU KES PENDAKWAAN PENGGANAS SULU


Ketua Pembangkang dan pimpinan Pakatan Rakyat hanya menyatakan sokongan mereka kepada usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu pada 20 Mach lalu, iaitu 15 hari setelah berlakunya pencerobahah ke atas kedaulatan negara.

Lima belas hari atau lebih daripada dua minggu untuk menunjukkan rasa prihatin dan simpati terhadap kematian 10 anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa untuk mempertahankan ibu pertiwi bukan sahaja dilihat tidak ikhlas tetapi juga biadap dan tidak bermaruah.

Namun kebiadapan dan ketidak ikhlasan Anwar dan pimpinan pembangkang tidak mampu menutup agenda yang lebih licik dan jahat disebalik kelewatan tanda sokongan kepada pasukan pembangkang.

Anwar dan kuncu-kuncunya dari PKR, Pas dan Dap pada mulanya sudah yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan pada awal Mach namun jangkaan mereka meleset.

Atas andaian tersebut Anwar menyusun strategi bersama bekas pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro pemisah (MILF), Nur Misuari berkomplot agar serangan ke atas negeri Sabah dilancarkan seiring dengan PRU13.

Ini bertujuan untuk menimbulkan keadaan huru hara serta kacau bilau semasa kempen pilihan raya sedang berjalan supaya pihak pembangkang boleh menyalahkan kerajaan atas serangan puak pengganas Sulu itu.

Ini boleh dilihat daripada kenyataan segera yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan itu didalangi UMNO kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Jika dilihat kronologi apa yang berlaku bermula daripada pertemuan sulit Anwar dan Misuari pada November 2012 empat bulan lalu termasuk pertemuan bekas pemimpin PKR Dr Jeffrey Kitingan dengan wakil kesultanan Sulu terdahulu daripada itu, adalah jelas pertemuan-pertemuan rahsia tersebut adalah untuk menyusun strategi bagi pencerobohan 5 Mach lalu serentak dengan pengumuman PRU13.

Bagaimanapun semua perancangan jahat Anwar dengan koloborasi Misuari dan puak pengganas Sulu gagal menjadikan peristiwa serangan di Lahad Datu dan Semporna hasil kecekapan pasukan keselamatan negara dan respons pantas kerajaan untuk menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas sepanjang 1400 kilometer di pantai timur Sabah (ESSCOM).

Kini Anwar sudah amat tersepit dan menuduh pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengguna isu serangan pengganas Sulu di Sabah sebagai alasan untuk mendakwa.

Hakikatnya bukan kerajaan Malaysia yang mendedahkan pembabitan Anwar dengan puak pengganas Sulu tetapi sebaliknya ini dilakukan oleh badan perisikan Filipina di mana maklumat yang diperolehi telah digunakan oleh agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan portal berita Philippine Daily Inquirer dan akhbar Manila Times.

Malah Anwar menerima tamparan hebat apabila pimpinan MILF menafikan dakwaan Misuari yang dipetik oleh Al-Jazeera yang menuduh Kerajaan Malaysia menggunakan organisasi itu bagi memperkukuh tuntutan ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.

Luwaran News Centre memetik kenyataan Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen yang mempertahankan Kerajaan Malaysia sambil menganggap dakwaan Misuari itu sebagai 'dosa berat', pembohongan dan palsu semata-mata.

Anwar berpakat dengan Misuari untuk memburuk-buruk nama baik dan imej Kerajaan Malaysia di mata dunia serta anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Namun fakta sebenar dan hakikat tidak boleh dipadam sama sekali berhubung peranan pro-aktif Malaysia yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002.

Malaysia mencadangkan pembentukan BSC dengan tujuan murni untuk menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF serta menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka dalam berurusan dengan OIC.

Malah hujah Ameen Malaysia tidak pernah terbabit dalam sebarang usaha mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo yang meminta bertindak sebagai pihak perantara pada 2001

Sekutu Anwar itu ditanya mengapa sangat kini giat
menyokong tuntutan Sabah sedangan selama 21 tahun rundingan damai dengan kerajaan Filipina tidak pernah beliau menimbulkan isu itu.

Malah fakta juga membuktikan Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada isu tuntutan Sabah.

Apabila dirinya terperangkap dalam permainan politik kotor dengan kerjasama Misuari dan kelompok kesultanan Sulu, Anwar kini cuba mengalih kesalahan ke atas bahu UMNO dan Barisan Nasional pula.

Sehingga kini beliau tidak mahu mengulas walau sedikit pun mengapa ia perlu bertemu Misuari secara rahsia tahun lalu dan apakah isu kandungan rundingan tersebut.

Mengapa Anwar takut untuk memberi penjelasan dengan sendirinya adalah jelas kerana ia menjurus kepada peranan kedua-dua individu untuk mencetuskan serta merancang serangan pengganas di Sabah.

Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya yang terlibat dalam menyerang Sabah tidak akan dapat lari daripada pengkhianatan yang mereka lakukan kerana Kertas Putih yang kini disediakan kerajaan akan mendedahkan segala butiran mengenai peranan mereka yang sebenar.

Malah kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu yang akan bermula pada 12 April sudah membuat Anwar menggeletar.

Seluruh rakyat Malaysia menunggu tarikh bersejarah itu kerana pada hari itu, permaianan Anwar sudah sampai ke penghujungnya.

Nur Misuari Musuh Negara...!!!!


Krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah kian menarik untuk diikuti apabila bekas pemimpin utama MNLF iaitu Nur Misuari semakin berani memperlihatkan sikap permusuhannya dengan negara ini.

Rakan baik kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu tanpa berselindung telah menuduh Malaysia adalah penjajah di Sabah, satu tuduhan yang jelas bermotifkan niat jahat selain tersirat keinginan Misuari untuk merampas Sabah.

Baru-baru ini media perdana telah mendedahkan perancangan Nur Misuari sekitar tahun 2007 untuk menawan Sabah dalam tempoh beberapa jam. Dan pencerobohan yang berlaku kali ini juga menunjukkan wujudnya kaitan langsung dengan bekas pemimpin MNLF itu.

Itu cukup membuktikan Nur Misuari bukannya seorang rakan sejiran yang baik sebaliknya bekas pemimpin MNLF itu lebih layak digelar sebagai musuh negara yang wajar diperangi.

Menariknya selepas kenyataan Nur Misuari yang memperolokkan Malaysia, tiba-tiba sahaja Ketua Umum PKR mengeluarkan kenyataan seperti bersetuju dengan pandangan rakannya itu apabila menyatakan kesediaannya merundingkan kedudukan Sabah dengan Filipina.

Jika isi rundingan bertujuan untuk membincangkan pasukan pengganas Sulu pro Jamalul Kiram III menyerah diri, tentunya rakyat menyambut baik, tapi bila tujuannya bermaksud merundingkan kedudukan Sabah sesuai dengan tuntutan Filipina dan Jamalul Kiramm III, itu namanya pengkhianatan.

Siapa Anwar dan siapa Misuari? Adakah kedua-duanya rakyat Sabah? Tentu sahaja bukan. Jadi mereka tidak berhak untuk menentukan kedudukan Sabah. Apa lagi yang hendak dirundingkan, sedangkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 telah mengesahkan rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia.

Bagi rakyat Sabah isu penjajahan langsung tidak timbul sejak 1963 secara automatik Sabah adalah milik sah Malaysia. Itu kehendak rakyat Sabah yang tidak perlu dipertikaikan oleh Anwar dan tidak layak di tukar ganti oleh Nur Misuari.

Malah tuduhan Misuari kononnya Malaysia memperalatkan MILF semata-mata untuk mengekalkan penguasaan ke atas Sabah juga tidak benar sama sekali memandangkan perjanjian damai di antara MILF dengan Kerajaan Filipina sama sekali tidak melibatkan isu mengenai Sabah.

Sekalipun Filipina pernah menuntut kedaulatannya ke atas Sabah konon dengan menggunakan alasan ia milik Kesultanan Sulu, namun perkara ini sudah pun selesai selepas Filipina menggugurkan tuntutannya pada 1989, manakala Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2001 pula berpihak kepada Malaysia.

Berdasarkan rentetan sejarah ini jelas sekali Sabah kekal milik Malaysia dan isu penjajahan langsung tidak timbul. Sebaliknya yang terang-terangan cuba mengganggu ketenteraman di Sabah ialah geng pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang mendapat dukungan Nur Misuari.

Isu yang sepatutnya ditekankan sekarang ialah Misuari dan Jamalul Kiram III telah menceroboh kedaulatan Malaysia, dan mereka adalah musuh negara. Soalnya sekarang kenapa Anwar beria-ia mahu merundingkan kedudukan Sabah dengan musuh negara?

DI TOLAK PENGUNDI MELAYU, ANWAR TERPAKSA LARI KE KAWASAN CINA


Pasti ramai yang telah mendengar mengenai keputusan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan jolokan pemimpin ‘ANUgerah Tuhan’ untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Anwar melalui kenyataannya baru-baru ini berkata, ‘ada cadangan’ yang meminta agar dia bertanding di Selangor dan Perak. Namun antara kedua negeri tersebut, dia mengatakan lebih cenderung memilih untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak berbanding Selangor.

Namun melalui analisa yang dijalankan, keputusan Anwar itu disebabkan penolakkan yang kuat di kalangan pengundi Melayu kerana mula sangsi dengan kredibiliti dan intergriti Ketua Pembangkang itu. Maka ia bukan soal ‘ada cadangan’ yang meminta dia bertukar tempat, tetapi sebenarnya dia ‘TERPAKSA’ untuk berpindah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keputusan Anwar itu berkata Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."

"Maksud saya jika beliau mahu LARI daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan".

Malah menurut salah seorang pengundi Pas di kawasan Permatang Pauh, tindak-tanduk yang jelas kemaruk untuk menjadi perdana menteri itu, dilihat amat membimbangkan. Pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ yang digunakan sebagai strategi meraih simpati juga dilihat amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau turut menjelaskan yang ditolak ialah Anwar Ibrahim dan bukannya pakatan rakyat, kerana sekiranya ketua umum PKR itu berjaya dikalahkan peluang Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai perdana menteri terbentang luas.


Tambahan pula ia selari dengan keputusan Dewan Pemuda di dalam muktamar baru-baru ini yang membawa usul untuk memilih Presiden Pas sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

“Isu kalimah Allah, adalah merupakan ‘turning point’ yang menyebabkan ramai penyokong pakatan khususnya Pas mula meninggalkannya, ditambah pula dengan pendedahan yang mendakwa penglibatan Anwar dalam tragedi berdarah di Lahad Datu” katanya yang enggan dikenali.

Apa dah jadi Pak Sheikh??? Anwar takut lettew!!! Patutlah dia mengelabah sakan apabila melihat penolakkan undi Melayu terhadapnya semakin jelas. Atas faktor itu, maka Anwar terpaksa lari ke kawasan yang mempunyai pecahan pengundi Cina yang tinggi.

Malah penyebaran rakaman wawancara bersama radio BFM serta paparan video gelap yang dikaitkan dengannya juga, telah menyebabkan Anwar semakin hilang punca. Buat makhluk bernama Anwar Ibrahim, “If you want to claim the moral high ground, you better be standing on it #VideoTerlampau”.

Kesimpulannya, rakyat perlu sedar, memilih seorang pemimpin yang ingin diangkat sebagai Perdana Menteri bukan semudah memilih baju. Banyak faktor dan kriteria yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Pemimpin yang penuh dengan onar, sering terpalit dengan isu moral, tidak tetap pendirian dan yang paling utama sanggup melacurkan agama demi kuasa TIDAK LAYAK diberikan kuasa untuk memimpin negara.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive