Showing posts with label GPMS. Show all posts
Showing posts with label GPMS. Show all posts

GPMS TIDAK BERADA DI LANDASAN YANG BETUL...!!!!


Dimana pendirian GPMS yang sebenarnya??

Lawan Tetap Lawan Siapa yang mahu dilawan?? Selama ini pun ada ura-ura mengatakan GPMS sudah menjadi tarikan Anwar Ibrahim dan PKR, Betul Ke??

Bersih 2.0 yang lalu ada segerombolan ahli-ahli GPMS yang di ketuai oleh salah seorang MKT GPMS dari sebuah Universiti tempatan turut serta dalam perhimpunan itu betul ker??

MKT tersebut juga khabarnya menyertai perhimpunan membebaskan Anwar Ibrahim pada malam sebelum perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari.

Pada bersih 3.0 yang lepas ada juga ahli GPMS yang hadir berdemonstrasi.

Dalam masa yang sama khabarnya Presiden GPMS sendiri telah menghantar resume kepada perdana menteri melalui seorang pegawai PM yang khabarnya sangat rapat dengannya......resume untuk menjadi calon BN pada PRU Ke 13 nanti.

Kesan jika tidak dapat menjadi calon GPMS akan memberontak...erm takan sampai kesitu.???

GPMS Pula mahu Dilacurkan Oleh Anwar Ibrahim!!!!


Agak terkejut dengan beberapa sumber dalaman GPMS yang mendakwa Anwar sedang berusaha sedaya upaya bagi memujuk NGO Melayu ini sebagai Kambing Hitam bagi menyokong misi beliau. Anwar yang kini terpaksa berhadapan dengan PERKASA pimpinan bekas rakan ISA beliau, Ibrahim Ali telah sekian lama memulakan agenda tersebut. Anwar didakwa masih berusaha untuk menawan GPMS setelah bekas Presiden, Datuk Seri Reezal Merican meletak jawatan dan menyerahkan kepada Presiden baru, Jais Abdul Karim. Anwar amat memerlukan sebuah NGO Melayu yang akan memperlihatkan beliau masih dianggap releven di kalangan Kaum Bumiputera. Ketua Pembangkang ini juga dikatakan mahu melihat NGO ini sebagai pesaing utama dalam membina kekuatan menentang PERKASA. Berita ini sedang menjadi bualan mulut beberapa penggiat2 aktif GPMS sejak 2 tahun sebelum ini dan kini ianya kian kemuncak setelah beberapa GPMS Peringkat Negeri tidak lagi senada dengan pimpinan Kebangsaan. Namun ada juga di kalangan mereka yang mendakwa, GPMS sedang bermain 'tarik tali' bagi menyatakan pendirian menyokong Anwar. Mereka juga mendakwa tawaran ini disertakan dengan sejumlah wang yang besar, akan tetapi tidak dapat disahkan samada ianya diterima oleh GPMS ataupun sebaliknya. Golongan yang mendakwa perkara ini kini dilihat tidak lagi menyokong kepimpinan GPMS sedia ada dan sedang mengatur strategi bagi mencantas Pimpinan tertinggi NGO tersebut. Melayu CinDia berharap agar dakwaan mereka ini tidak memberi kesan terhadap Misi GPMS dalam memperkasa Pendidikan Bangsa.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive