Showing posts with label UDA HOLDINGS.. Show all posts
Showing posts with label UDA HOLDINGS.. Show all posts

Saya Perlu Pastikan UDA Terus Hidup Terlebih Dahulu - Datuk Nur Jazlan Mohamed




Kos Agenda Bumputera Tidak Mampu Bertahan Dalam Jangka Panjang dan Kerajaan Harus Menyedari Hakikat Ini.


KUALA LUMPUR: Sejak seminggu lalu, Pengerusi UDA Holdings Bhd, Datuk Nur Jazlan Mohamed telah dikritik hebat oleh kumpulan pejuang hak Melayu, Perkasa dan ahli UMNO sendiri berikutan isu penjualan sebidang tanah di sepanjang Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan perlantikan pemaju bukan bumiputera dalam projek pembangunan semula Penjara Pudu atau dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC).
Beliau telah dituduh mengkhianati agenda bumiputera. Beliau bagaimanapun mempertahankan keputusan syarikat dengan alasan tindakan tersebut sebagai jalan untuk membendung kemerosotan simpanan tunainya yang kini berjumlah RM90 juta.

UDA menjual tanah yang berukuran seluas 1.4 hektar itu dengan harga RM215.5 juta atau RM1,414 per kaki persegi.

Nur Jazlan berkata, penjualan tanah tersebut membolehkan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang dibebani aliran tunai yang rendah dan hutang berjumlah RM900 juta itu membiayai projek-projek pembangunan lain di Lembah Klang.
Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai menegaskan bahawa keutamaan beliau ialah memastikan UDA dapat terus bertahan.

“Saya perlu pastikan UDA terus hidup terlebih dahulu. Agenda bumiputera UDA yang utama ialah mendapatkan keuntungan. Selepas itu barulah kami boleh memikirkan apa yang boleh dilakukan dengan kemampuan yang ada,” kata ahli parlimen lantang itu dalam satu temuramah eksklusif di The Edge Financial Daily pada hari Jumaat lalu.

Beliau berkata, kos untuk mempertahankan agenda bumiputera semakin tidak mapan dalam jangka masa panjang dan kerajaan perlu menyedari hakikat ini, sambil menambah bahawa kerajaan perlu mencari formula baru untuk mentakrif agenda tersebut sesuai dengan keadaan semasa.

“Sekiranya kerajaan tidak menguruskan kos agenda bumiputera dengan baik dan menjelaskan realiti yang berlaku kini kepada orang ramai, isu ini akan kembali menghantui kita suatu hari nanti.”

“Kita mesti menerangkan perkara yang sebenarnya. Jika kita lihat agenda bumiputera yang diperjuangkan dan kos yang terlibat dalam pelaksanaannya, UDA merupakan contoh yang terbaik. Dari tahun 1971 hingga 1996 UDA adalah sebuah syarikat besar yang hebat. Pada tahun 1996, ianya disenaraikan di Bursa Malaysia dan merudum selepas itu,” beliau menambah.

Beliau menambah, pada tahun-tahun keemasannya, UDA telah diberikan geran tahunan bernilai jutaan ringgit dan tujuan utama penubuhannya ialah untuk memaju dan membina (develop and build). Ianya bukanlah didorong untuk membuat keuntungan. Projek-projek yang telah disiapkan kemudiannya diserahkan kepada golongan bumiputera. Walau bagaimanapun, aset-aset berkenaan tidak lama kemudian terbengkalai kerana tidak dijaga dengan baik.

“Inilah masalahnya pelaksanaan polisi bumiputera. Berapakah kos yang ditanggung? Siapa yang membiayainya? Sekiranya kerajaan yang menanggungnya, tidak mengapa. Sekiranya pelaksanaannya memuaskan, itu cukup bagus. Dalam kes UDA, bila kita dikeluarkan daripada struktur perbadanan, kita bernasib baik dapat bertahan lebih 10 tahun”.

“Kita mesti mempunyai format atau formula untuk menangani kos agenda bumiputera ini. Saya tidak fikir kerajaan akan terus-menerus mengeluarkan dana untuk membiayainya. Beginilah yang terjadi kepada UDA setelah kerajaan berhenti memberi dana kepadanya,” kata Nur Jazlan, sambil menambah kerajaan mestilah bersikap jujur sekiranya ianya tidak mampu lagi memberi dana seperti yang dilakukan selama ini.

Beliau berkata, masyarakat perlu berhenti membuat tuntutan sebaliknya menawarkan jalan penyelesaian.

“Masalah ini perlu diselesaikan sekarang sebab kita tidak mahu generasi akan datang menanggung beban hutang,” tambahnya.

Bila ditanya apa yang dimaksudkannya dengan mengubah suai agenda bumiputera, Nur Jazlan berkata. “Hari ini, kita dapati sumbangan Petronas semakin berkurangan dan kutipan cukainya juga sudah merosot. Jadi, dari mana datangnya sumber pendapatan kerajaan yang lain? Kerajaan perlu mendapatkan pelaburan luar (FDI). Tetapi, kita terpaksa bersaing bermati-matian mendapatkannya dengan negara-negara lain dari seluruh dunia.”

“Dalam masa yang sama, kita terpaksa juga menghadapi golongan yang menggelarkan diri sebagai pejuang melayu ini yang mengugut pemimpin-pemimpin tertinggi dengan sering melaung-laungkan dan mempersoalkan di mana perginya agenda melayu. Adakah anda fikir perkara-perkara seperti ini disenangi oleh para pelabur luar?,” tanya beliau.

Beliau berkata, model agenda bumiputera yang dipraktikkan kini menyukarkan UDA untuk bertahan kerana UDA hanya memperoleh RM30 juta hingga RM40 juta keuntungan tahunan yang mengakibatkan baki untuknya membeli tanah-tanah baru bagi memajukan projek untuk bumiputera semakin berkurangan.

UDA juga katanya, menghadapi tentangan dari penyewa-penyewa dalam menaikkan kadar sewa tapak-tapak kedainya. BB Plaza di Jalan Bukit Bintang tidak pernah diubahsuai atau dibaikpulih sejak 1992 biarpun jiran-jiran bersebelahan dengannya telah berubah berulang-ulang kali.

“Kitaran malangnya ialah bila sesebuah pusat beli-belah itu kelihatan tidak menarik, tiada sesiapa yang mahu menyewa kedai di dalamnya, justeru kini kita sebenarnya menyewakannnya dengan kadar yang lebih rendah. Secara tidak langsung, perkara ini berhubung kait di antara satu sama lain.”

“Semua pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang telah menjalani proses penambahbaikan. Farenheit telah diubahsuai dua kali. Pavilion telah siap dibina. Persaingan begitu sukar sekali.”

“Kos agenda bumiputera kini semakin tidak berdaya maju disebabkan persaingan ini. Kenapa kita tidak mengubahsuai BB Plaza? Ini adalah kerana kita tidak mempunyai himpunan modal baru untuk dibelanjakan.”

“Ianya merupakan contoh terbaik kos agenda bumiputera. Masa depan jangka panjang UDA berada dalam bahaya,” ujar Nur Jazlan, sambil menambah bahawa rasa takut telah menghalang masyarakat memperkatakan mengenai isu tersebut.
“Jika anda tidak mampu menyewa ruang kedai anda mengaku sajalah. Kemudian, apa yang anda lakukan seterusnya? Anda tukar cara berniaga. Bagaimana? Anda berniaga di tepi-tepi jalan dan letakkannya di situ. Tukar lokasi dan letakkan produk di tempat lain yang lebih murah sambil biarkan orang lain ambil kedai anda.”

“Dan sudah tentu selepas itu orang akan berkata, ‘Nah, inilah agenda bumiputera, suruh orang Melayu berniaga di tepi jalan’. Tapi orang Melayu memang suka berniaga di tepi jalan. Itulah kebenarannya. Mereka lebih suka berniaga di gerai-gerai kerana pulangan lebih lumayan. Itulah hakikatnya,” kata beliau.

Beliau berkata, UDA akan kehilangan RM1 juta setahun daripada pengubahsuaian Hentian Puduraya.

“UDA membelanjakan RM63 juta untuk menambahbaik dan mengubahsuainya tetapi tidak mungkin akan dapat memperoleh keuntungan daripadanya. Kami mahu menaikkan kadar sewa dan caj perkhidmatan untuk membayar sebahagian kos tetapi mendapat tentangan dari penyewa yang mahukan kadar lama dikekalkan. Tanpa kenaikan kadar sewa, kami jangka kerugian akan mencecah RM1 juta setahun,” ujar Nur Jazlan.

“Sekiranya kos tersebut menjejaskan syarikat, anda harus berfikir bagaimana untuk mempertahankan polisi bumiputera dengan keadaan sekarang. Tiada siapa sanggup membincangkan perkara sebenarnya, tetapi kebenaran perlu diberitahu sekarang kerana masa semakin suntuk.”

“Saya perlu memastikan UDA dapat terus bertahan dahulu. Keutamaan kepada agenda bumiputera UDA ialah memperoleh keuntungan, dan kemudian barulah boleh memikirkan bagaimana membelanjakannya mengikut kemampuan,” kata ahli politik itu.
Dipetik daripada ‘The Edge Financial Daily’, muka surat 4, 6 Jun 2011 (Isnin)

Sepatutnya kita menyambut baik apa yang di katakan oleh Pengerusi UDA Holdings Berhad dalam isu Dana yang perlu di tampung bagi mengerakkan agenda membantu Bumiputera yang ada di Malaysia ini.

Dalam banyak pekara yang Datuk Nur Jazlan jelaskan di sini, apa yang di katakan mengenai BB Plaza yang lokasi nya terletak di tengah tengah Bukit Bintang yang juga bersebelahan dengan Sg Wang.

Memang di akui hakikatnya BB Plaza masih dalam keadaan lama dan tidak ada pembahruan yang di lakukan. Memang tidak menarik dan amat menjengkelkan bagi pengunjung jika nak di bandingkan dengan Sg Wang yang terletak bersebelahan.

Harap sangat lah jika UDA Holdings dapat membuat beberapa pengubahsuaian dan menjadikan BB Plaza menarik dan diharap juga minta agar UDA Holdings menjadikan BB Plza 100% Peniaga Bumiputera dengan meletakkan kadar sewa yang berpatutan.

Usahalah bagaimana cara sekalipun dalam memajukan BB Plaza ini kerana BB Plaza merupakan Lokasi Strategik Bumiputera dalam Bukit Bintang yang menunjukkan Peniaga Melayu Mampu bersaing dengan peniaga Cina.

Ada Permintaan dari rakan selaku peniaga yang dah bertahun tahun meniaga sejak pasar malam sampai lah menjadi pembekal Pakaian. BB Plaza perlu di ubah menjadi Plaza yang mana akan menjadi persaingan kepada peniaga Cina di Sg Wang.

Sg Wang yang kadar sewanya RM10 Ribu hingga RM25 Ribu sebulan dan jika UDA dapat melakukan ubahsuai yang baru dan menarik serta meletakkan kadar sewa rendah di BB Plaza sudah pasti peniaga Melayu akan dapat memberikan harga yang lebih rendah dari Peniaga Sg Wang.

Di Akui masaalah keewangan UDA Meruncing namun dalam hal ini sudah pasti ada Kontraktor Bumiputera yang bermurah hati dengan menawarkan Tender dengan harga yang rendah dalam membantu BB Plaza membantu peniaga Bumiputera.

Diharapkan agar Syarikat Datuk Musa Syeikh Fadzir memberikan cadangan dan harga yang terbaik bagi membantu peniaga Bumiputera di BB Plaza. Takkan lah Musa tak boleh buat memandangkan beliau mengatakan Beliau Pejuang Melayu. Ini pun amal jugak nak bantu Bumiputera.

Tidak ada halangan rasanya buat UDA Holdings menerima mana mana syarikat Bumiputera yang memberikan harga terbaik dalam bersama sama Peniaga Bumiputera dan UDA Holdings sendiri.

Jawab Datuk Nur Jazlan...



Nampaknya isu UDA Holdings semakin membara di kalangan Blogger Blogger .UDA tidak salah dalam hal berkenaan di tambah dengan kenyataan Menteri Keewangan ke2 yang juga menyatakan dengan jelas prosedur yang di jalankan UDA adalah tepat sama sekali.

Tapi yang tak syoknya bila penjelasan mengenai UDA Holdings di jelaskan oleh beberapa Blogger maka serangan kini beralih pula kepada Dato Nur Jazlan MP Pulai yang juga Pengerusi UDA Holdings Bhd. Serangan yang menyatakan Datuk Nur Jazlan tak bela Bumiputera.

Tenyata penjelasan mengenai Projek Bekas Tanah Tapak Penjara yang mana ianya ada kena mengena dengan Kerajaan China dan Kerajaan Malaysia. Jadi itu telah memberikan satu penjelasan yang cukup jelas mengenai tomahan dan dakwaan bahawa Projek tersebut telah menidakkan Syarikat Bumiputera.

Tak salah menegur apa yang di lakukan oleh Datuk Nur Jazlan kerana ianya bagus buat kita UMNO dan Barisan Nasional. Tapi kena ingat juga isu utama yang sepatutnya adalah Pembangunan Tanah Bekas tapak Penjara Pudu. So jika isu Pembangunan tersebut sudah tidak di ulas dan serangan kini beralih kepada Nur Jazlan nak buat macam mana? Ni lah ragam politik.

Kadang kadang gua Fikir jugak, selama UDA Holdings wujud ni Pengerusi UDA Holdings ni Datuk Nur Jazlan ke? Sebelum sebelum ni tak kena ke serang? berapa lama dah Nur Jazlan duduk di kerusi Uda Holdings ni? 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun?

Tapi tu lah ceritanya, sapa yang duduk di kerusi Panas macam UDA Holdings ni tak kira lah lama ke baru ke Taik taik yang dulu nya ada pun turut sama tercalit pada yang kini memegang jawatannya. Kira nasib Nur Jazlan lah.........

Datuk Musa Sheikh Fadzir Usah Dok Putaq-Putaq Sana Sini...!!!



KENYATAAN AKHBAR DATUK NUR JAZLAN TAN SRI MOHAMED, PENGERUSI UDA HOLDINGS BHD BERHUBUNG PROJEK PEMBANGUNAN TAPAK BEKAS PENJARA
PUDU (BUKIT BINTANG CITY CENTRE)

SAYA ingin mengulas mengenai kenyataan Datuk Musa Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di Buletin Utama dan Utusan Malaysia Sabtu lalu, berhubung projek pembangunan tapak bekas Penjara Pudu atau Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Ingin saya tegaskan bahawa projek ini, yang dibangunkan atas tanah seluas 7.76 hektar di Kuala Lumpur tidak akan langsung meminggirkan kepentingan masyarakat Bumiputera.

Atas sebab itu, saya berasa amat sedih atas tuduhan melulu Datuk Musa terhadap Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd tanpa mahu menghubungi UDA Holdings BHd terlebih dahulu untuk mendapatkan butir-butir mengenai pembangunan projek BBCC ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa UDA Holdings Bhd menjemput 14 syarikat asing dan tempatan yang pernah menyatakan minat menyertai projek pembangunan BBCC ini, membentangkan kertas cadangan terhadap projek ini.

Daripada 14 syarikat, 11 syarikat hadir membentangkan kertas kerja kepada Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd pada 7 dan 8 Mac lalu dengan semuanya bukan milik Bumiputera sepenuhnya kecuali satu.

Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings BHd kemudian membuat penilaian secara telus dalam memastikan syarikat yang dipilih benar-benar dapat memberikan pulangan terbaik kepada syarikat tetapi juga kepada kepentingan masyarakat Bumiputera secara keseluruhannya.

Jadi, tuduhan Datuk Musa menyatakan bahawa UDA Holdings Bhd membelakangkan syarikat Bumiputera adalah tidak benar sama sekali kerana semua syarikat Bumiputera yang berminat membangunkan projek ini, menjalinkan kerjasama dengan syarikat bukan Bumiputera dan mereka tidak mempunyai pegangan majoriti dalam kerjasama strategik berkenaan.


Sebenarnya, dalam projek pembangunan BBCC ini, UDA Holdings Bhd yang memegang kepentingan Bumiputera dengan memastikan kontraktor Bumiputera yang berkelayakan bersama-sama dengan UDA Holdings Bhd menyertai projek pembangunan BBCC ini.

Semua perlu sedar bahawa kedudukan UDA Holdings Bhd pada waktu ini, bukanlah sama seperti 40 tahun lalu, di mana ketika itu, UDA adalah sebuah syarikat pemaju hartanah yang terkemuka.

Ketika ini, UDA Holdings Bhd mengalami masalah kewangan serta bank tanah yang amat kritikal kerana selepas UDA Holdings Bhd disenaraikan dalam Bursa Saham, syarikat ini, langsung tidak menerima suntikan kewangan atau bank tanah daripada kerajaan secara langsung.

Akibat keadaan ini, UDA Holdings Bhd tidak mampu lagi untuk memperjuangkan agenda Bumiputera seperti digariskan sebelum ini, dalam penubuhannya. UDA Holdings Bhd tidak sama seperti 40 tahun lalu, syarikat ini, tidak mampu lagi bersaing dengan syarikat hartanah swasta yang ada pada waktu ini, menyebabkan fungsinya kurang lagi dihormati seperti dulu.

Bagaimanapun, kepentingan 1,400 kakitangan UDA Holdings Bhd perlu diutama serta dipelihara dan sebab itu, UDA Holdings Bhd perlu teliti dan telus dalam melaksanakan pembangunan bekas Penjara Pudu.

Ini bagi mengelakkan projek ini terbengkalai seperti yang UDA Holdings Bhd alami pada projek Bandar Wawasan di Kampung Baru apabila tanah berkenaan diswastkan kepada sebuah syarikat kewangan dan akhirnya, ia terus terbengkalai sehingga kini. UDA Holdings BHd juga mahu mengelakkan perkara sama berulang seperti pada projek Plaza Rakyat apabila syarikat lain diberikan hak ke atas tanah, menyebabkan ia terbengkalai dan pemilik tanah tidak mempunyai hak lagi ke atas tanah berkenaan.

Perkara inilah, yang amat ditakuti UDA Holdings Bhd dan sebab itu, kita mengenakan syarat ketat supaya tanah berkenaan tidak boleh dicagarkan. Tetapi amat malang, tiada syarikat tempatan yang berkeupayaan dan mampu untuk tidak mencagarkan tanah berkenaan sebaliknya, semua mahu mencagarkannya bagi mencari sumber pembiayaan.

Terma Rujukan yang dikenakan UDA Holdings Bhd kepada semua syarikat yang berminat menyertai projek pembangunan BBCC ini, adalah bagi mengurangkan risiko kewangan kepada UDA sekaligus memberi jaminan bahawa UDA Holdings Bhd menjadi pemaju utama dalam pembangunan itu, dan mempunyai kata putus terhadap segala bentuk pembangunan di tapak berkenaan.


Selain itu, apabila projek BBCC ini siap, UDA Holdings Bhd akan memastikan bahawa semua ruang niaga yang dimiliki UDA dalam lokasi strategik di BBCC ini, akan memberi peluang kepada peniaga Bumiputera berniaga di sebuah kompleks beli belah bertaraf antarabangsa.

Pada masa sama, kontraktor Bumiputera yang berpeluang menyertai projek ini, akan dapat mempelajari konsep pembangunan baru yang digunakan dalam pelaksanaan projek BBCC.

UDA Holdings Bhd hanya akan memilih syarikat yang berupaya memberi pulangan terbaik bukan sahaja kepada UDA Holdings Bhd tetapi juga kepada masyarakat Bumiputera khususnya, peniaga kecil di Kuala Lumpur secara keseluruhannya. Sehubungan itu, saya kesal dengan dakwaan dan tuduhan Datuk Musa yang seolaholah mendahului saya selaku Pengerusi UDA seperti sudah mengetahui segala butir perjanjian sedangkan, UDA Holdings Bhd belum memuktamadkan sebarang perjanjian dengan mana-mana syarikat.

Projek BBCC ini, sebenarnya perlu dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini, disebabkan ia termasuk dalam projek GTP/EPP kerajaan sekaligus dapat memberikan pulangan kepada negara dan rakyat.


Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed
Pengerusi
UDA Holdings Bhd
22 Mei 2011.

Jom Kita Menilai Sejauhmana 'Tahap Tamak' KEPARAT KEPARAT Perniagaan ini.



PENJARA PUDU (Bukit Bintang City Centre)


Latar Belakang Projek


a) UDA Holdings Bhd ( UDA ) adalah pemilik tanah kawasan ini dan bercadang untuk membangunkan tanah seluas 19.4 hektar menjadi pusat komersil bertaraf antarabangsa.

b) Perbelanjaan Kasar Pembangunan (GDC) projek ini dianggarkan bernilai sekitar RM3.5- RM4 Billion, dengan tempoh pembangunan selama 5 hingga 6 tahun.

c) UDA mahukan suatu bentuk kerjasama dari pemaju / pelabur lain yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh dan berpengalaman luas bagi meminimumkan risiko pembangunan / kewangan.

c) Lokasi strategik berdekatan dengan cadangan pembinaan Menara Warisan Merdeka dan Projek Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC). Berhubungan terus kepada perkhidmatan Monorail dan LRT sebagai tarikan kepada pelabur tempatan / antarabangsa.


Proses Tender / Bidaan
a) UDA telah menjemput 15 syarikat tempatan dan luar negara menyatakan minat untuk menyertai projek pembangunan tapak bekas Penjara Pudu pada Januari 2011.

b) 7-8 Mac 2011, 11 syarikat konglomerat membentangkan kertas cadangan mereka kepada Lembaga Pengarah UDA.

c) Dua (2) syarikat asing, AsianPac Holdings Ltd dan Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) menawarkan kepakaran dan pulangan pelaburan.

d) Dua (2) syarikat usahasama tempatan dan asing, Jetson Construction Sdn Bhd dan LKJ Construction Sdn Bhd manakala bakinya turut menawarkan kepakaran dan pulangan pelaburan.

e) Baki tujuh (7) lagi adalah syarikat tempatan.

f) UDA menggariskan 3 terma rujukan yang perlu dipatuhi semua syarikat ketika membentangkan kertas kerja mereka dalam memastikan UDA Holdings Bhd mendapat pulang maksima serta terus menunaikan tanggungjawab agenda Bumiputera dalam pelaksanaan projek ini.

g) Tiga (3) Terma Rujukan ini ialah:
- UDA Holdings Bhd mahu memiliki kompleks beli belah dari Basement 1-5 yang reka bentuknya perlu inovatif, terkini serta mampu bersaing dengan kompleks beli belah sedia ada.

- UDA Holdings Bhd mahu memiliki semua tempat letak kereta.

- Terminal Bas yang mempunyai 180 petak dan ia perlu diintegrasikan dengan stesen monorel dan LRT sedia ada.


Objektif Sebenar Terma dan Syarat UDA


a) Untuk meminimumkan risiko kewangan dan pembangunan kepada aset UDA termasuklah:-
- Tanah tidak dicagarkan.
- Aset UDA akan disiapkan terlebnih dahulu
- Pemilihan rakan strategik berdasarkan kewangan kukuh dan berpengalaman.

b) Aset yang diberi kepada UDA mempunyai nilai pasaran yang maksima.
c) Pendapatan tahunan yang maksima dari aset tersebut bagi memastikan kesinambungan UDA pada masa akan datang.
d) Sebagai pengukur dan panduan bagi menilai semua cadangan pembangunan yang diterima.

Keputusan UDA


a) 28 Aprfil 2011- Lembaga Pengarah UDA bersetuju terhadap pemilihan Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) untuk membangunkan projek ini.

b) EICEC dilihat pilihan paling tepat sebagai pelabur (Turnkey) untuk UDA dalam pembangunan semula tapak bekas Penjara Pudu.

c) EICEC memenuhi keperluan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan UDA dengan beberapa tawaran utama mereka adalah seperti berikut:-

a) Tidak mengenakan bayaran ke atas tanah.
b) GDV tertinggi bagi aset UDA sebanyak RM2.1 bilion.
c) Pendapatan berulang tertinggi pada RM426 juta pada setahun.
d) Nisbah tertinggi aset UDA kepada GDV keseluruhan pada 29%.
e) Pulangan tertinggi nilai tanah lebih daripada 3 kali atau 300%.
f) Pelabur menyediakan kertas cadangan yang lengkap dan jelas mengenai pecahan aset UDA dan aset pelabur. Ini juga memastikan penyerahan aset UDA sebelum aset pelabur.
g) Kertas cadangan juga meliputi akses jaringan jalan masuk bertingkat yang akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.
h) EICEC berjaya 100 peratus mematuhi syarat-syarat dengan menawarkan aset tambahan iaitu Pusat Konvensyen.
i) Menyediakan 'Taman Rekreasi' sebagai kawasan hijau yang juga bertindak sebagai zon penimbal antara aset UDA dan aset pelabur.
j) Pembiayaan projek dari luar negara akan membawa FDI ke negara ini.


Mengapa EICEC?

a) Penerima anugerah syarikat paling inovatif di China untuk tahun 2010.
b) Salah satu dari 10 syarikat teratas tanggungjawab sosial di China.
c) Diletakkan sebagai ‘An Outstanding Enterprise’ di Hong Kong untuk tahun 2010.
d) Memiliki / mengurus salah satu jambatan kabel terpanjang (1.2km) di dunia.
e) Telah menyiapkan lebih dari 1,000 projek pembinaan di seluruh dunia termasuk Moscow China-Town bernilai USD1 Billion.

f) Antara beberapa syarikat yang diluluskan oleh Menteri Pembinaan China untuk beroperasi di luar negara.

g) Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh, kerana 100% dimiliki oleh Kerajaan China, seperti risiko kegagalan dianggap minimum.

h) Mendapat sokongan kewangan yang dijamin CCB (China Construction Bank) sebanyak USD1.3Billion untuk projek tapak bekas Penjara Pudu. Memiliki kredit AAA.

i) Mendapat kemudahan kredit dari China Development Bank sebanyak USD 4.0 billion bagi pembiayaan projek di luar negara.

j) Kerjasama asing (seperti kerajaan dengan kerajaan) dianggap kaedah yang terbaik untuk kejayaan menyiapkan projek.



Sebagai GLC, UDA perlu bertanggungjawab untuk membuat keuntungan dan meminimakan risiko kerugian terhadap Kerajaan Persekutuan. Jika tidak, rakyat akan pertikai keputusan yang dibuat ... terutamanya pembangkang! Peluru yang boleh membunuh UDA!

Keputusan UDA melantik EICEC juga berdasarkan kepada faktor ketelusan dan kebertanggungjawaban. EICEC juga adalah sebuah GLC China (dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Republik China).

Dan paling penting ... tanah yang diusahakan tidak dicagarkan bagi mengelak sebarang kerugian jika berlakunya kemelesetan ekonomi (economic downturn) seperti pada tahun1997-1998.

Lawatan DS Najib ke China tempohari adalah adalah sebagai usaha menarik FDI (Foreign Direct Investment) ke Malaysia. Nyata usaha DS Najib membuahkan hasil.

Naza TTDI, salah sebuah syarikat Bumiputera juga tidak berjaya dalam tender ini kerana tidak mampu memberikan tawaran yang terbaik kepada UDA bagi projek ini apatah lagi dengan syarikat syarikat yang lain termasuk lah juga syarikat 'Ali Baba' yang di canang oleh Musa Syeikh Fadzir.


Pada GWM sikap segelintir 'politician' mahu kenyang sepuas-puasnya tanpa memikirkan kesan jangka panjang sama ada mampu atau tidak membangunkan projek ini sepatutnya difikirkan ... sebelum melolong dan menyalak!

Perlukah UDA secara membabi buta memberikan projek ini kepada sebuah syarikat bumiputera yang dibelakang tadbirnya adalah BABA, hanya bermodalkan RM 10-100 juta untuk membangunkan sebuah projek bernilai billion ringgit!

Dan jika syarikat sebegini diberi mandat untuk membangunkan Bukit Bintang City Centre terkandas separuh jalan, bukankah kerajaan terpaksa menebalkan muka untuk 'Bail Out' .... hanya semata mata untuk melepaskan tengkuk cincurut cincurut ini!

Yang nyata, pembangkang akan mainkan isu ini 360 hari, 360 malam! Nonstop!



Datuk Jaafar Mintak Bukan-Bukan Setelah Menghantar Surat Perletakan Jawatan...

Bergegar banggunan UDA HOLDINGS apa bila Datuk Jaafar Abu Hassa secara tiba2 menghantar surat perletakan jawatan berserta syarat sebagai Pengarah Urusan. Difahamkan Datuk Jaafar Abu Hassa menghantar surat perletakan jawatan sehari sebelum musyuarat Lembaga Pengarah.

Selama enam tahun Datuk Jaafar Abu Hassa menerajui agensi itu dan sekarang ini secara mengejut meletakan jawatan, kenapa secara tiba2 hendak letak jawatan ini mesti ada yang tidak kena.

Dikatakan ada laporan yang menunjukan ianya berpunca dari isu tanah di Kuala Lumpur. Tanah itu akan dibangunkan dan kawasan tanah itu amat strategit di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur, kawasan tanah yang dimaksukan itu adalah di Pudu dan kawasan itu akan dibangunkan oleh sebuah syarikat dari Negara China dan ia kan memberi kesan yang berguna kepada UDA HOLDING.

Senarai Syarat Yang Diletakan Dalam Surat Perletakan Jawan :-


NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive