Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dilihat tidak layak memegang jawatan kabinet di bawah Kerajaan sedia ada ekoran pandangan beliau dilihat menyerang pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu jutawan George Soros yang didakwanya berpotensi "memakan diri sendiri".
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan, Timbalan Menteri tersebut sewajarnya dapat membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".
"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi Timbalan Menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya yang dipetik menerusi akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Sambil mendesak Saifuddin meletak jawatan, beliau seterusnya menegaskan isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu "bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara".
Kenyataan Saifuddin Abdullah tersebut turut menerima kecaman dari beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Saifuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilihat berbau politik pembangkang. Namun, beliau pernah memberi maklum balas setia bersama perjuangan UMNO dan Barisan Nasional malah mendakwa tidak berminat menyertai mana-mana parti pembangkang buat masa ini. KLPOS
Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M,Taman Petaling Perdana,PJS1 berakhir dengan kekecohan.YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab.Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan .
Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali.Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.
Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu. Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'.Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah,Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu.
Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab.Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah. -Kl Pos
Datuk Zulkifli Noordin semalam telah menangkis tuduhan tidak berasas yang ditimbulkan terhadap isu kapal semalam Scorpene dan kes yang berlaku di mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak pembangkang.
Bekas peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang di mana tujuan mereka untuk meraih kembali isu ini adalah untuk mengaitkan Datuk Seri najib Tun Razak.
"Sudah saya ulang beberapa kali, kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PM. Jika ada, sudah tentu saya telah mempersoalkan tentang perkara ini dahulu. Saya tidak membuat sebarang persoalan kerana ia tidak mempunyai sebarang kaitan langsung" kata Zulkifli.
Zulkifli, yang ditemuramah di lobi Parlimen semalam berkata bahawa isu kapal selam Scorpene di Perancis bukanlah satu isu yang besar di sana kerana pihak berkuasa masih lagi sedang menjalankan siasatan, bukannya sedang dibicarakan di mahkamah.
"Di Perancis, pihak mahkamah mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan, perkara ini masih lagi dalam siasatan, bukannya sedang dibicarakan.
"Ia hanyalah siasatan biasa.
Jadi, mereka mungkin atau tidak mungkin akan menjalankan sebarang perbicaraan terhadap perkara ini.
"Semuanya bergantung kepada mereka." kata beliau.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima dua buah kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak pada tahun 2009.
Selain itu, Zulkifli, ahli Parlimen bebas bagi Kulim Bandar Baru, mencadangkan agar Majlis Peguam, seperti di Sabah dan Sarawak, perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi menggantikan Majlis Peguam sekarang.
Ini, menurut beliau, mampu memberikan autonomi yang lebih besar bagi setiap negeri.
"Majlis Peguam di Sabah dan Sarawak telah membuktikan bahawa mereka adalah efektif dan mampu mengawal ahli-ahli mereka dengan baik.
"Tiada aduan yang dibuat terhadap Majlis Peguam di kedua-dua negeri tersebut. Bukan seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung sekarang."
Beliau menyatakan bahawa beliau risau akan rancangan untuk membenarkan peguam-peguam asing untuk bercampur dalam industri undang-undang negara dan Majlis Peguam kini mungkin tidak mampu untuk menguruskan perkara tersebut.
"Majlis Peguam yang kita ada sekarang mempunyai terlalu banyak perkara yang mereka perlu uruskan, saya tidak rasakan bahawa mereka mampu untuk menampung perkara ini," kata beliau.
KENYATAAN yang dibuat Datuk Zulkifli Nordin di atas itu bukan kenyataan baru, ia pertama kali di bangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2010 setelah beliau dipecat dari PKR tidak berapa lama sebelum itu. Tapi bila kenyataan sama diulang semula semalam, secara terbuka dalam TV, ia mengejutkan ramai orang, terutama kalangan pensimpati pembangkang yang tidak terdedah dengan maklumat seumpama itu sebelum ini.
Orang pembangkang penulis tahu, trauma tengok TV, lebih lagi TV3. Tapi yang dianjur untuk diboikot itu setahu penulis Buletin Utama sahaja, rancangan Soal Jawab semalam tidak termasuk dalam senarai kot.
Ini pun satu hal juga, dalam pada bercakap tentang kebebasan bersuara, boleh pulak boikot-boikot media tertentu. Kebebasan suara apa macam ini?
Tapi tidak mengapalah, penulis tinggalkan soal itu untuk perbincangan di lain masa. Yang penting sekarang ialah, apa akibatnya kalau tuduhan Zul Nordin itu benar, yang dia diarah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereka-reka cerita mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pembunuhan Altantunya? Termasuk menyediakan Akuan Bersumpah (statutory declaration) palsu untuk mengaitkan Najib?
Kenyataan Zulkifli Nordin boleh dilihat pada minit ke 6 hingga minit ke 7 dan sambungan pada minit ke 8 hingga ke 10.
Ini perkara serius. Anwar bukan calang-calang orang, pernah diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan (oleh isterinya sendiri), dipandang tinggi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia in the making, cakapnya, gayanya menjadi ikutan ramai anak muda dan anak tua. Malah kalau diikut-ikutkan Anwar adalah segala-galanya bagi sebahagian orang sehingga sanggup membuang ibu dan adik beradik sendiri.
Semasa demo Bersih itu hari, penulis lihat sendiri begitu ramai yang bangga, cukup dengan berdiri di sebelah bayang-bayang Anwar saja pun.
Penulis sendiri bangga dengan Anwar, terutama sejak melihat video seks yang didakwa melibatkannya – tak sangka rupanya ada orang Melayu yang punya ‘size’ seperti dia, ingat Mat Salleh saja. Kebanggaan menjadi Melayu, bertambah kuat setelah menonton video itu.
Ini sekadar nak menunjukkan betapa hebatnya Anwar.
Tapi siapa sangka, di antara semua yang hebat dan ‘baik-baik’ itu, rupanya Anwar juga tidak banyak beza dengan apa yang dia sering tuduh kepada musuh politiknya - guna politik kotor untuk jatuhkan imej pemimpin tertentu. Yang dedah bukan orang lain, tapi bekas peguam dia sendiri. Setakat orang lain yang hanya mampu lihat Anwar dari jauh tapi pertahan Anwar mengalahkan pernah tidur sekatil, toksah mimpi nak disamakan dengan Zul Nordin yang susah senang bersama Anwar waima semasa Anwar bergelar banduan!!
Sudah tentu cakap Zul Nordin ada merit dan sebab yang kuat untuk dipercayai. Kalau ini salah, apa yang diungkapkan oleh Zul Nordin itu salah, macam biasalah – saman.
Tapi kalau tanya penulis, memang dari mula pun tak percaya Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya ini. Apa bukti yang ada, melainkan akuan bersumpah yang diketahui sekarang hanyalah rekaan semata-mata. Apa yang hebat pasal Akuan Bersumpah? Ramai tak tahu bahawa Akuan Bersumpah ini adalah adaptasi Sumpah Muhabalah dalam Islam. Dinamakan Akuan Bersumpah supaya ia boleh dimasukkan dalam sistem perundangan sivil negara ini, kalau Sumpah Muhabalah hanya terpakai di kalangan orang Islam sahaja.
Jangan kita lupa, Anwar tolak amalan Sumpah Muhabalah ini tapi dia nak pengikutnya percaya Akuan Bersumpah yang sebenarnya versi yang lebih kurang sama, sumpah juga.
Sudah tentu tuduhan terlibat dalam pembunuhan bukan calang-calang tuduhan, kalau tidak, Raja Petra Kamarudin (RPK) tidak akan lari ke luar negara setelah Najib mengemukakan saman terhadapnya. Kita perlu lebih dari Akuan Bersumpah yang boleh direka dan dicipta untuk meyakinkan diri kita bahawa orang yang dituduh itu benar-benar terlibat.
Sebab itu akibat dari dakwaan Zul Nordinini besar. Bukan sedikit orang yang dah termakan pembohongan Anwar bahawa Najib terlibat dalam membunuh Altantunya. Apa nak jadi dengan orang-orang ini kalau mati sebelum sempat minta maaf dengan Najib sebab tersilap percayakan Anwar dalam soal pembunuhan ini? Siapa nak tanggung dosa semua tu?
Ada yang jenis orang ini yang penulis kenal, bergelar pak Haji tau. Jangan silap saja penulis sebut pasal Anwar depan dia, cepat-cepat dia mintak 4 saksi, walaupun apa yang penulis sebut itu tidak ada kena mengena dengan hukum hudud dimana soal penyediaan 4 saksi ini adalah satu kewajiban.
Tapi bila sebut pasal silap Najib, terlupa dia soal 4 saksi, laju saja dia mengangguk, tak sempat penulis habis cakap pun – penulis cakap tentang Najib bin Yusof (jiran kampung), bukan Najib Razak.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Zulkifli Nordin mendakwa beliau tidak mengosongkan kerusinya kerana Anwar sendiri tidak yakin mampu menang di parlimen Kulim Bandar Baharu.
“Sebaliknya (Anwar) yakin boleh menang di Permatang Pauh. Jadi Anwar kata tidak perlu teman kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu", katanya ketika menafikan tuduhan Syed Husin yang mendakwa dirinya meminta RM60,000 untuk kosongkan kerusi tersebut.
“Teman juga dipanggil oleh Wan Azizah yang memaklumkan kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh.
“Jelas Wan Azizah berada dalam keadaan tertekan semasa perjumpaan itu kerana beliau bersedih dan menangis semasa memaklumkannya kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh!
“Malah Wan Azizah membuat komen ‘apa yang I dapat berkorban macam-macam untuk Bang Non. Kalau I yang kena macam dia you ingat Bang Non nak berkorban macam I ke?’ kata Wan Azizah sambil mengalirkan airmata! Wan Azizah memanggil Anwar dengan nama Bang Non," tulis Zulkifli.
Bagi beliau, segala tohmahan dan tuduhan Syed Husin itu direkayarsa dan dikarang sebegitu rupa untuk menyerang kredibiliti dan kewibawaannya kerana berjaya membongkar pembohongan, penipuan dan putar belit politik Anwar. MPP