Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

Karpal Singh Tak Sedar Diri...!!!!


Pakatan khawarij kerap kali mengagungkan 'Undi Popular' dan mereka mempertikaikan kemenangan Barisan Nasional berdasar 'Undi Popular' pada PRU13 lepas.

Malangnya strategi sampah mereka akhirnya memakan diri. Semalam merupakan pemilihan semula CEC DAP dan berikut merupakan 20 CEC yang dipilih berserta jumlah undi terkini:

1. Liew Chin Tong – 1,438 unti
2. Lim Kit Siang – 1436 undi
3. Karpal Singh – 1,421 undi
4. Gobind Singh – 1,409 undi
5. Lim Guan Eng – 1,304 undi
6. Chong Cheng Jin – 1,294 undi
7. Anthony Loke – 1,263 undi
8. Chow Kon Yeow – 1,203 undi
9. Fong Kui Lin – 1,193 undi
10. Teng Chang Khim – 1,164 undi
11. Tony Pua – 1,158 undi
12. Zairil Khir Johari – 1,132 undi
13. Teresa Kok – 1,127 undi
14. Chong Eng – 1,111 undi
15. M Kula Segaran – 1,088 undi
16. Tan Kok Wai – 1,088 undi
17. Teo Nie Ching – 1,081 undi
18. Boo Cheng Hau – 961 undi
19. Nga Kor Ming – 956 undi
20. Ngeh Koo Ham – 809 undi

Sejurus selepas pemilihan semalam, satu senarai jawatan tertinggi DAP Pusat penggal 2012/2015 telah dibentangkan, dan dilantik tanpa bantahan:

Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi (lima jawatan):

1) Chow Kon Yeow
2) Dr Senator Ariffin SM Omar
3) Chong Chieng Jen
4) M. Kulasegaran
5) Teresa Kok

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan):

1) Chong Eng
2) Ngeh Koo Ham
3) Dr P. Ramasamy

Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun

Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Anthony Loke Siew Fook

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan:

1) Vincent Wu Him Ven
2) Thomas Su Keong Siong

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan:

1) Teo Nie Ching
2) Zairil Khir Johari

Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Liew Chin Tong

Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau

Penasihat parti seumur hidup: Dr Chen Man Hin

Ketua Ahli Parlimen DAP: Lim Kit Siang

Jawatankuasa Disiplin: Tan Kok Wai Wai

Biro Kebudayaan: P.Gunasekaran

Biro Buruh: A.Sivanesan

Sepuluh anggota CEC dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P. Ramasamy
3. Senator Dr Ariffin SM Omar
4. Vincent Wu
5. Jimmy Wong Sze Phin
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su Keong Siong

Jika berdasarkan keputusan undi dan formula sampah 'Undi Popular' Pakatan Khawarij, Karpal Singh tidak layak menjadi pengerusi DAP lagi. Namun kuasa kroni DAP mengatasi segalanya. Bermula dari jawatan pengerusi, timbalan pengerusi hingga naib adalah individu yang pro kepada Dinasti Lim. Strategi sampah mereka tidak menjadi pada kali ini dan terpaksa menelan semula tahi yang mereka telah taburkan sebelum ini.

Karpal Singh pula dengan tidak bermaruahnya menerima jawatan pengerusi DAP dengan hanya mendapat undi ketiga terbanyak ketika pemilihan semula DAP semalam. Lalu, atas dasar apa formula sampah 'Undi Popular' Pakatan Khawarij diwujudkan? Benarlah mereka sebenarnya hanya sampah! Sebastianphiu

DAP 'panas punggung', sudah mula kempen CEC

Sesetengah pemimpin DAP yang bakal bertanding pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mula 'panas punggung' kerana kempen sudah bermula.

Kelmarin, satu sesi dialog antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan ahli CEC lain serta perwakilan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan diadakan di Hotel One World.

Walaupun pada asalnya kehadiran dijangka lebih 500 perwakilan, apa yang mengejutkan hanya kurang 100 orang hadir.

Seorang pemimpin parti yang enggan dikenali berkata, sesi dialog itu sebenarnya platform untuk pemimpin 'tertentu' meraih undi dan sokongan.

"DAP mengambil serius terhadap pemilihan semula CEC. Ramai penyokong dan ahli keliru dengan apa yang berlaku ketika ini.

"Sesi dialog ini dijangka diadakan di seluruh negara bagi menjelaskan kedudukan DAP, selain memberi gambaran bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah bertindak tidak adil terhadap parti ini," katanya di sini.

DAP pada 15 Ogos lalu akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu itu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.

Keputusan mengadakan pemilihan semula itu dibuat tujuh bulan selepas pemilihan CEC 15 Disember lepas, yang diikuti siasatan ROS kemudiannya membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada para pemegang jawatan CEC parti itu melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.

Sabtu lepas, Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan pemilihan semula CEC parti itu pada November depan akan mengekalkan senarai calon CEC serta perwakilan yang sama seperti Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, DAP yang menganjurkan sesi dialog bersama Guan Eng itu didakwa bertindak 'pilih kasih' dengan memilih golongan tertentu sahaja untuk hadir ke program tersebut yang turut dihadiri oleh kesemua barisan CEC.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa, sebanyak sembilan cawangan di bawah kelolaan beliau tidak dijemput.

"Saya sendiri hanya tahu tentang sesi dialog ini selepas diberitahu orang, kami tidak tahu-menahu tentang perkara ini. Mengapa sembilan cawangan kami tidak dijemput? Tidak perlulah bersikap pilih kasih seperti ini.

"Sembilan cawangan sekitar Teratai ini masih aktif, mengapa kami tidak dijemput? Adakah kerana kami tidak menyokong kumpulan 'tertentu'," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kepentingan Diri Keutamaan Dalam DAP..!!!


DAP yang mempunyai 'barisan peguam hebat' dalam kalangan pemimpinnya seharusnya lebih memahami peraturan dan bukan bertindak di luar bidang kuasa ketika menguruskan perjalanan parti.

Bekas Ketua DAP Cawangan Jalan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, ekoran tindakan sesetengah pemimpinnya mempunyai kepentingan peribadi menyebabkan parti terjerumus ke dalam kancah memalukan apabila terpaksa mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

"Selama ini, pemimpin-pemimpin DAP seringkali melaungkan kononnya parti itu sebagai telus dan memperjuangkan kebenaran tetapi penyelewengan yang berlaku ketika pemilihan CEC tahun lalu membuktikan sebaliknya.

"Sehubungan itu, saya berharap parti dapat membuat jemputan secara telus kepada delegasi yang layak dan berhak mengundi dalam pemilihan semula CEC yang akan diadakan November ini.

"Kali ini, pastikan tiada perwakilan 'haram' yang didakwa diberi kuasa untuk mengundi. Saya hairan bagaimana perkara sebegini boleh berlaku kerana mereka ada peguam hebat dan berpengalaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk membuat semakan mengenai tarikh sebutan kesnya mencabar DAP yang memecatnya daripada parti itu pada Jun lepas.

Menurut Asoghan, kesnya akan mula didengar pada 21 September ini dan beliau akan diwakili peguam V. Amereson.

Mengulas lanjut, Asoghan sekali lagi menegaskan, beliau masih ahli parti yang sah kerana jawatankuasa disiplin parti yang memecatnya terdiri daripada individu-individu yang memegang jawatan secara 'haram' kerana CEC lalu tidak sah.

"Sebenarnya saya masih sayangkan perjuangan DAP tetapi sangat berharap supaya pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti mengubah sikap mereka," katanya. UTUSAN

Guan Eng Tidak Mengaku Kesalahan Sendiri...!!!!



Dakwa Guan Eng, DAP tidak teragak-agak mencabar arahan ROS melalui semakan kehakiman jika Perdana Menteri memberi jaminan bahawa ROS tidak akan membatalkan pendaftaran DAP sekiranya perkara terbabit dibawa ke mahkamah.

Keengganan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui kesilapan berhubung kontroversi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) terus dikecam pelbagai pihak yang menyifatkan beliau sebagai 'pemimpin ego dan hipokrit'.

Kalangan mereka juga menempelak dan mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke dalam isu dakwaan penyelewengan pemilihan jawatankuasa parti tersebut.

Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong mendakwa, sikap Guan Eng yang tidak mengaku kesilapan, sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain adalah perkara biasa bagi pemimpin sebuah parti yang kononnya 'memperjuangkan' ketelusan dan demokrasi itu.

''Kalau dia (Guan Eng) nak 'heret' Perdana Menteri dalam isu ini (kontroversi CEC), kenapa tidak Perdana Menteri terus mengarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan sahaja pendaftaran DAP?

''Inilah perangai Guan Eng, dia tidak akan mengaku segala kesalahan dan akan kata ini konspirasi politik. Kita lihat sudah banyak kali dia menyalahkan UMNO atau Barisan Nasional (BN) dan perangai sedemikian sama dengan rakan sekutunya yang menyalahkan pihak lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas 'drama' terbaharu Guan Eng yang masih tidak mengaku kesilapan berhubung kontroversi CEC dengan mengheret Najib apabila bertindak mencabar Perdana Menteri agar memberi jaminan 'keselamatan'.

Tindakan itu bertentangan dengan sikap 'gentlemen' Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengumumkan DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC seperti arahan ROS setelah siasatan mendapati pemegang-pemegang jawatan dalam pemilihan Disember lalu tidak sah.

Lum Yong berkata, Guan Eng selama ini hanya 'bermain' politik dan cukup ketara apabila mendakwa ROS akan mengeluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran DAP semasa penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

''Sehingga kini ROS tidak bertindak sedemikian. Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai gimik politik semata-mata dan kita nak tanya, apa tindakan beliau jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba-tiba kata keputusan pilihan raya umum lalu berlaku kesilapan teknikal?

Mengulas perkara sama, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, sikap angkuh Guan Eng dalam berdepan dengan isu CEC bukan suatu perkara yang memeranjatkan.

''Ego Guan Eng makin meningkat selepas dua kali berjaya memegang Pulau Pinang dalam pilihan raya umum. Apa yang diputuskan ROS adalah berasaskan maklumat dan Karpal sendiri dapat menerimanya.

''Inilah Guan Eng, sikap pemimpin sebegini bukanlah contoh terbaik kepada negara. Amat malang mereka yang bernaung di bawah kepimpinan begini,'' ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan Guan Eng mengaitkan nama Najib dalam isu berkenaan sebagai merepek.

Malah, beliau mendakwa Guan Eng telah melakukan pelbagai pembohongan termasuk turut menjadikannya mangsa dalam isu perhimpunan haram Bersih 3.0 tahun lalu.

''Ini gaya Guan Eng yang telah banyak membuat pembohongan demi pembohongan. Daripada isu kononnya menolong seorang gadis bawah umur, kemasukan pelaburan asing ke Pulau Pinang sehingga kontroversi CEC, dia sudah banyak berbohong.

''Dalam isu CEC, nak heret Perdana Menteri pula, nak cabar keputusan ROS melalui semakan kehakiman. DAP sebelum ini banyak pertikai mahkamah, polis dan SPR tetapi kini nak guna mahkamah pula? Merepek,'' katanya.

Dalam pada itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mengingatkan Guan Eng bahawa isu kepincangan pemilihan CEC DAP bukannya datang daripada ahli UMNO atau BN atau pihak lain tetapi disuarakan oleh akar umbi DAP sendiri.

''Kalau desakan mengadakan pemilihan semula CEC datang daripada pihak lain, sudah pasti itu ada perancangan tertentu tetapi ini desakan ahli DAP. Tetapi, kebiasaannya Guan Eng akan meletak segala kesilapan kepada orang lain termasuk UMNO dan BN sedangkan mereka ini tiada kena-mengena dengan DAP", katanya. UTUSAN

Lim Kit Siang Dan Lim Guan Eng Cuba Mempengaruhi ROS..!!!


DAP telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk 'berunding' dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mengelak  parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

 DAP terus cuba mengelak daripada melaksanakan pemilihan tersebut seperti diarahkan ROS sebelum ini.

Guan Eng masih mahu berdolak dalih dalam isu CEC ini seperti tidak tahu apa yang berlaku.

"Kita hanya mahu dua penjelasan tentang sebab-sebab mengapa dan apa kuasa di bawah Akta Pertubuhan untuk ROS mengarahkan DAP mengadakan pilihan raya semula CEC.

"DAP sanggup mengadakan semula CEC dengan syarat kita diberikan penjelasan berhubung cara yang munasabah, sah berserta fakta," kata Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Guan Eng enggan memberi sebarang komen kepada pihak media media yang menunggu di situ selepas mesyuarat berkenaan berakhir. Mesyuarat itu berlangsung di ibu pejabat mereka di Jalan Pudu,

Walau pun Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bersikap besar kepala mereka jangan menganggap DAP kebal dari undang-undang apabila sengaja ingkar dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula parti itu.

Dalam kenyataan Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim dalam Utusan mengatakan kedua anak-beranak itu seolah-olah mencabar kewibawaan ROS dengan cubaan melanggar undang-undang yang tertakluk di bawah pertubuhan tersebut.

Mereka sengaja mahu memanjangkan isu ini dan berasa diri seperti 'tokong' apabila dengan sewenang-wenangnya boleh mencabar pihak berkuasa.

"Kit Siang sengaja memanjangkan isu ini dengan mencadangkan siasatan awam manakala Guan Eng memberikan dua syarat kepada ROS. Mereka ingat mereka siapa?

"Mereka berdua pernah membuat drama tangisan untuk menarik undi simpati daripada umum. Apabila ada pihak mendedahkan isi kandungan ROS, terus mendiamkan diri, bahkan semasa bertemu dengan pendaftar, tidak pula cuba menyelesaikan isu tersebut, justeru tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka berdua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pulau Pinang Semakin Menjunam Di Bawah Lim Guan Eng & DAP


Setelah hampir lima tahun DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di negeri Pulau Mutiara itu di lihat semakin bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, di tambah dengan keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Menurut analisis terkini kedudukan Pulau Pinag pada ketika ini telah merosot jatuh ke tangga ke-6 apabila gagal mengekalkan jumlah kemasukan pelabur yang hilang hampir dari separuh. Lebih membimbangkan negeri tersebut dikatakan bakal menghadapi masalah pengganguran yang serius menjelang 2-3 tahun lagi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama bagi tahun 2012, ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke-6, manakala jumlah pelaburan domestik dan luar menjunam ke tangga 7.

Malah sebelum ini, negeri tersebut dilaporkan telah mengalami penurunan hampir 73 peratus dalam jumlah pelaburan keseluruhan dari RM 9.11 bilion pada 2011 kepada hanya RM 2.47 bilion tahun lalu. Sedar atau tidak, kerajaan Guan Eng juga telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut yang membuktikan kegagalan mereka dalam mengurus tadbir.

Kerajaan pimpinan Guan Eng juga menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bosch Solar Energy Malaysia Sdn. Bhd. (Bosch Solar) dikatakan telah membatalkan rancangan membina kemudahan solar bernilai RM2.2 bilion di negeri itu.

Ia membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan DAP itu, yang dilihat dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Malah pendekatan Guan Eng yang cuba menyembunyi fakta dan gemar dengan berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri dikatakan antara punca kepada permasalahan ini.

Ini kerana secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur meragui dan was-was dengan ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mempraktikkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT).

Malah sebelum ini ramai yang telah terpedaya dengan kenyataan Guan Eng yang kononnya telah berjaya mengurangkan beban hutang negeri sedangkan pada hakikatnya ia dilakukan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

DAP Berkeras Kenakan Tol Di Terowong Dasar Laut


Benarlah bagai dikatakan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukannya satu perjanjian. Maksudnya ia sekadar tawaran sebagai umpan politik kepartian yang tidak wajib ditunaikan sebaliknya hanya untuk dimungkiri kemudian di capati.

Sebab itu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya pada awal Mac 2013 lalu, tak ramai yang teruja kerana tahu itu hanya sandiwara untuk mengabui mata rakyat menjelang pilihan raya sahaja.

Tapi ada segelintir penyokong PR yang kembang dada kerana merasakan terowong itu jika menjadi realiti akan dapat dilalui tanpa bayaran tol. Maka berkokoklah mereka memuji kehebatan buatan Setiausaha Agung DAP.

Tapi khalayak ramai tidak mudah lupa sekitar bulan November 2011 dulu, Ketua Menteri yang sama jugalah telah menyatakan kos pembinaan terowong bawah laut itu kelak akan diperoleh semula modalnya melalui kutipan tol.

Siapa yang perlu membayarnya? Tentu sahaja penggunanya.

Semasa Guan Eng berbangga membuat pengumuman tersebut semestinya Setiausaha Agung itu pun sudah lupa kenyataan lamanya yang sudah berusia lebih dua tahun. Itu kebiasaan orang politik yang gila publisiti dan banyak bercakap bila saja menjelang pilihan raya tapi bab kerja buat amat kurang.

Menariknya baru sahaja 25 Februari 2013 yang lalu PR yang melancarkan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang antara lain kandungannya ialah menghapuskan kutipan tol konon demi kesejahteraan hidup rakyat. Tika itu juga gah berkokok sakan segelintir penyokong PR meraikannya.

Hakikatnya, PR sendiri hanya pandai menabur janji, bila berhasrat nak membina terowong angan-angan kutipan tol tetap juga wujud. Semasa sesetengah pemimpin PR yang lain sibuk mempromosikan janji manis untuk menghapuskan kutipan tol, DAP pula terus berkeras untuk membina terowong dasar laut yang bertol.

Akhirnya jadilah manifesto bukan perjanjian seperti mana diungkapkan oleh pemimpin PR dari Selangor.

Patutlah semasa sesi dialog antara Guan Eng dengan rakyat berhubung projek mega berharga RM6.3 bilion itu baru-baru ini, dapat dilihat reaksi negatif di kalangan peserta yang tampak meragui kesungguhan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk merealisasikannya.

Rakyat tidak teruja dengan projek itu kerana ia tidak hanya satu pembaziran wang rakyat tatkala Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah hampir nak siap, tapi ia juga bukti nyata yang pemimpin PR memang juara membohongi rakyat.

Rakyat Pulau Pinang Bantah Terowong Bawah Laut


Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai pada akhir Januari 2013 yang lepas, projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah mencapai kemajuan 90.15% dan dijangkakan siap sepenuhnya seawal September 2013 atau selewat-lewatnya dua bulan kemudian.

Apabila siapnya projek itu kelak, sebahagian besar masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada dapat dikurangkan sekaligus memberi keselesaan kepada para pengguna untuk berulang alik dari pulau ke Seberang Perai.

Pengumuman tersebut nyata melegakan ramai pihak dan sudah tentunya mereka tidak lupa untuk berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tetap meneruskan projek itu sekalipun Kerajaan Negeri dikuasai oleh DAP.

Bagaimana pun tak sampai dua bulan kemudiannya, tiba-tiba sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan kesediaan Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk membina terowong bawah laut menghubungkan Gurner Drive di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di sebelah tanah besar.

Selama dua tahun semenjak April 2011 Lim Guan Eng senyap tanpa berita selepas pengumuman awalnya dulu, sekarang bila sahaja dekat nak PRU 13 tergesa-gesa mengumumkan projek tersebut digerakkan segera.

Nampak sangat DAP sedang bermain opera Cina untuk mengekang mood gembira khalayak ramai yang tika ini agak tidak sabar menantikan siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang. Adakah sandiwara ini berjaya menarik perhatian rakyat dan mengalih tumpuan umum kepada jasa Kerajaan Pusat?

Tentu sahaja tidak, kerana semasa dialog Kerajaan DAP Pulau Pinang bersama rakyat negeri itu pada 10 Mac lepas, rata-rata peserta yang hadir tidak yakin dengan kesungguhan Kerajaan Negeri yang di lihat hanya mengambil kesempatan untuk mengabui mata umum tatkala menjelang PRU 13.

Lagi pun ramai yang mempersoalkan pembinaan terowong bawah laut itu yang bukan sahaja tidak efektif dan merupakan satu pembaziran kerana buat masa sekarang sudah memadai negeri itu mempunyai dua jambatan termasuk yang sedang disiapkan sekarang.

Tambahan pula kos anggaran RM6.3 bilion untuk projek sedemikian jika dilaburkan untuk naik taraf jalan-jalan sedia ada di samping menambah baik kemudahan pengangkutan awam jauh lebih berbaloi untuk jangka masa pendek dan panjang.

Jambatan kedua belum pun siap untuk digunakan sudah bermimpi mahu membina terowong bawah laut, besar melampau angan-angannya tapi tak kena dengan masanya. Sepatutnya guna dulu jambatan kedua dan lihat keberkesanannya, bila wujud keperluan barulah bina jambatan ketiga atau pun terowong.

Tunku Aziz - Lim Guan Eng Retorik..!!!!


Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya parti itu berperanan memperjuangkan agama Islam di negara ini adalah retorik murahan demi memancing undi masyarakat Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau menegaskan, DAP tidak akan sesekali memperjuangkan Islam dan kebajikan orang Melayu sebaliknya parti itu lebih bersifat cauvinis dan perkauman.

"Mana mungkin DAP memperjuangkan nasib Islam? Selama ini mereka juga yang bermati-matian menentang pelaksanaan hukum hudud. Baru-baru ini, Guan Eng sengaja mengeluarkan kenyataan berkaitan penggunaan kalimah Allah yang akhirnya menyebabkan pemimpin Islam di negara ini bercakaran antara satu sama lain.

"Jangan percaya retorik murahan seperti ini, mereka hanya pandai bercakap. Apa bukti mereka memperjuangkan Islam? Yang saya tahu, mereka lebih banyak melukakan perasaan kami," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Guan Eng semalam pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam yang menegaskan bahawa DAP juga berperanan menegakkan Islam di negara ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan DAP menghina atau anti-Islam sedangkan parti itu menegakkan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. - UTUSAN

Rakyat Pulau Pinang Bakal Minum Air Longkang


Isu bekalan air antara Kedah dengan Pulau Pinang nampaknya masih tiada perkembangan baru. Sejak ia pertama kali timbul dalam pembentangan Bajet 2013 Kedah tahun lepas, hanya satu surat yang dihantar oleh kerajaan Kedah kepada Pulau Pinang untuk menyatakan perkara tersebut.

Itupun surat tersebut hanya dihantar selepas menerima respon melalui media dari Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa yang menolak untuk membayar air yang diambil dari Sungai Muda, Kedah atas sebab yang termaktub dalam Riparian Right iaitu Kedah tidak ada hak untuk mendapatkan sebarang bayaran air kerana kaedah saluran air yang digunakan adalah semula jadi.

Beliau memberi contoh Sungai Mekong yang membekalkan air kepada begitu banyak negara di sepanjang alirannya, namun tidak ada satu pun dari negara terbabit membayar kepada China. Jelasnya lagi, walaupun memang ada negeri yang membayar jualan air seperti Melaka kepada Johor dan Pahang kepada Selangor, tetapi ia adalah kerana bekalan itu bukan melalui kaedah semula jadi, tetapi sebaliknya melalui saliran paip atau terowong.

Bertitik tolak dari itu, tiada diberitakan jawapan atau hujah balas dari Kedah terhadap kenyataan PBAPP itu selain dari beberapa kenyataan media oleh Exco Kedah, Phahrolrazi yang menegaskan untuk tetap meneruskan rancangan menuntut bayaran terhadap bekalan air kepada Pulau Pinang.

Dan perkembangan terbaru pada dua hari lepas juga serupa di mana Phahrolrazi sekali lagi membuat kenyataan media ‘merungut’ kerana kerajaan Pulau Pinang masih belum memberi respon kepada cadangan Kedah untuk mengenakan harga 3 sen/m3 ke atas bekalan air mentah ke negeri itu. Katanya, keengganan Pulau Pinang untuk memberi respon menyebabkan perkara ini menjadi bertambah sukar.

Malah, seolah-olah mengugut, beliau turut membayangkan ‘akibat yang serius’ sekiranya cadangan Kedah terus diabaikan oleh Pulau Pinang.

Pulau Pinang bagaimanapun, terus mengambil sikap ‘pekak-badak’ dan ‘diam membisu’, enggan melayan apa-apa perbincangan dengan Kedah.

Sekiranya Phahrolrazi atau Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah sedikit bijak, mereka pasti menyedari yang DAP Pulau Pinang sedang menunjukkan kepada PAS di manakah kedudukan PAS di mata DAP, walaupun setelah menjadi kerajaan sebuah negeri. Lebih dari itu, tindakan PAS meletakkan anggaran hasil dari sesuatu yang belum pun dibincangkan dengan pihak yang terlibat, dengan sendirinya menjustifikasikan pandangan DAP terhadap PAS yang jauh terlalu rendah dan hina kerana tidak tahu cara bekerja mahupun membentangkan bajet negeri.

Namun, seperti juga Guan Eng, Azizan tidak kurang juga angkuhnya. Secara umum, kedua-dua mereka adalah sama saja iaitu, bodoh sombong. Bezanya, Guan Eng mengambil tahu apa yang terjadi di dalam negerinya tetapi Azizan langsung tidak ambil tahu apa-apa. Justeru, Guan Eng mempunyai kawalan ke atas setiap projek dan berpeluang menutup segala kelemahan dengan lebih kemas tetapi Azizan tidak mampu langsung menutup apa-apa.

Dari sejarah dan perkembangan semasa, kita percaya yang Azizan akan tetap kalah dengan Guan Eng sepertimana PAS sentiasa kalah dengan DAP. Jika Azizan bertegas sekali pun, PAS Pusat pasti akan mengarahkannya beralah juga.

Walaubagaimanapun, isu air ini mungkin tidak akan berakhir seperti kelaziman itu kerana Azizan berhadapan dengan kedudukan kewangan negeri yang benar-benar parah. Lebih parah lagi apabila beliau sendiri tidak memahami tahap ‘keparahan’ tersebut kerana hilang kawalan atas pentadbiran negeri dan semua projek-projek yang telah, sedang, termasuk yang akan dilaksanakan oleh orang-orang kelilingnya.

Azizan mungkin punya sedikit gambaran bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan tenat tetapi beliau juga tahu yang beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana beliau tidak tahu apa-apa. Egonya yang terlalu besar pula membuatkan beliau tidak sanggup turun menyiasat dan melihat sendiri kerana bimbang tidak dapat menerima kenyataan akan kesilapan dan kesalahannya selama ini.

Memandangkan Azizan terdesak dari segi menepati bajet yang dibentangkan, serta terdesak untuk menjaga air mukanya, maka tidak mustahil yang beliau akan mengambil tindakan drastik sepertimana ‘ugutan’ yang dibayangkan oleh Phahrolrazi. Tidak mustahil Kedah akan mencari jalan untuk menghentikan aliran air mentah ke Pulau Pinang melalui Sungai Muda.

Azizan sebelum ini telah membuktikan yang beliau sedia mengambil risiko bencana banjir lumpur dan rakyat sengsara semata-mata untuk meneruskan pembalakan di kawasan tadahan dan kawasan-kawasan sensitif. Beliau telah mendabik dada megah untuk meneruskan aktiviti berisiko itu dengan alasan untuk mencari wang untuk negeri. Jika ini bukan kenyataan orang terdesak, maka apakah ia?

Justeru, ingatlah bahawa orang yang terdesak sanggup melakukan apa saja. Jika nasib dan nyawa rakyat negeri sendiri juga sanggup diperjudikan, apatah lagi rakyat di negeri orang? Oleh itu, jangan terkejut jika Azizan menyekat bekalan air ke Pulau Pinang sekiranya Guan Eng enggan membayar caj sepertimana yang dituntut. Dan sekiranya PAS terus berkuasa di Kedah selepas PRU ini, mungkin rakyat Pulau Pinang perlu bersedia untuk minum air longkang.

Rumah Mampu Milik Hanya Untuk Jutawan


Semenjak Pulau Pinang diterajui DAP hampir 5 tahun lalu sudah banyak rungutan rakyat kedengaran berikutan urus tadbir Kerajaan Negeri yang semakin jauh dari denyut nadi khalayak bawahan khususnya dalam isu perumahan yang mampu milik.

Rata-rata projek perumahan yang diluluskan lebih menjurus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan tinggi, sedangkan golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terus terpinggir dari perhatian Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Paling terkesan dengan keadaan ini ialah orang Melayu Islam dan India, pun begitu semenjak setahun kebelakangan ini orang Cina juga kian ramai mengeluh dengan peningkatan mendadak harga rumah di negeri itu.

Polisi dan dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendahulukan kepentingan pemaju perumahan dan golongan berpendapatan tinggi merupakan punca utama senario sebegini makin melarat dan menambah parah kehidupan rakyat bawahan.

Lebih mendukacitakan rakyat bila mana Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan pula yang Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat swasta akan melaksanakan projek perumahan 'mampu milik' dengan harga siling jualan yang mencecah RM400,000 seunit.

Bila disebut mampu milik maksudnya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan golongan rakyat, namun dengan harga tersebut agaknya siapakah yang layak memiliki rumah sendiri yang telah lama mereka impikan? Wakil rakyat DAP sudah tentu dan golongan jutawan sudah semestinya lebih daripada mampu.

Persoalannya adakah semua rakyat Pulau Pinang adalah YB yang bergaji puluhan ribu setiap bulan ataupun semua penduduk Pulau Pinang merupakan jutawan? Tentunya tidak, kerana di Pulau Mutiara ini tetap ada golongan berpendapatan rendah, sederhana disamping orang yang kaya raya.

Bagi rakyat berpendapatan rendah yang bergaji sekitar RM1,500 hingga RM3,000 tentunya langsung tak tercapai dek akal untuk mendiami rumah yang sedemikian harganya, tunggu kucing tumbuh tanduklah jawabnya.

Hatta untuk golongan sederhana dengan pendapatan sekitar RM5,000 ke bawah dengan segala kos tanggungan sara hidup seharian untuk sekeluarga harga segala macam komitmen pinjaman lain juga hanya mampu berangan sahaja seumur hidup selagi Pulau Pinang terus diperintah oleh DAP dan PR.

Sebetulnya khalayak faham mengapa Guan Eng yang hanya bijak beretorik dan acapkali menipu itu tiba-tiba sahaja mengumumkan projek perumahan yang kononnya 'mampu milik' tersebut. Tak lain tak bukan dek kerana tercabar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada akhir tahun lalu.

Semasa PM merasmikan Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 9 Disember 2012, beliau telah mengumumkan komitmen Kerajaan Pusat yang diterajui BN untuk membina sejumlah 20,000 unit buah rumah kos rendah dan rumah mampu milik.

Jumlah tersebut termasuklah yang sedang dalam pembinaan dan juga projek perumahan baru yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut fasa perancangan.

Ia melibatkan pembinaan 10,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan 10,000 unit lagi dibina oleh JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Harga rumah kos rendah jenis flet/apartmen bermula dari RM30,000 hingga RM75,000, manakala rumah kos rendah jenis berkembar setingkat, perumahan teres pula sekitar RM35,000 hinggalah RM100,000 yang mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

Antara projek perumahan yang sedang dan telah dibina untuk golongan berpendapatan rendah dengan harga yang mampu milik ini termasuklah di Taman Kuala Sungai Pinang, Taman Sungai Acheh, Mustiara Vista, Sri Bayu dan banyak lagi. (Maklumat lanjut sila layari laman sesawang Perda, SPNB dan JKPSB)

Manakala untuk perumahan samada dari jenis teres setingkat dan berkembar ataupun apartmen yang berharga antara RM100,000 ke atas hinggalah RM400,000 pula turut dibina untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana mengikut had kelayakan masing-masing.

Contoh projek perumahan yang sedang dibangunkan serta yang dalam perancangan termasuklah di Taman Pancur Utama, Taman Sungai Dua Utama, Taman Limbungan Indah dan lain-lain projek yang juga boleh diperolehi maklumat lanjutnya dari laman sesawang pemaju berkaitan.

Apa yang pasti dan jelas, ini semua adalah kesinambungan komitmen Kerajaan Pusat yang sentiasa prihatin dalam melaksanakan tanggungjawab tambahannya kepada rakyat sekalipun dari segi memenuhi keperluan perumahan sepatutnya ia 100% dipikul oleh Kerajaan Negeri.

Tapi kalau dibiarkan begitu sahaja Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan polisi perumahannya yang hanya memenuhi selera golongan berpendapatan tinggi atau lebih tepat lagi untuk keperluan jutawan sahaja, akibatnya kelak khalayak ramailah rakyat jelata yang terus kepingin untuk memiliki rumah sendiri.

Justeru itu jika mahu bercakap soal perumahan mampu milik yang sebenar, nyata sekali konsep yang diterjemahkan oleh Kerajaan Pusat adalah yang paling tepat kerana semua golongan masyarakat samada yang berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi, bukan begitu?

AHLI PAS TOLAK LIM GUAN ENG..!!!!


Sekumpulan penduduk dan ahli Pas hari ini mengadakan demonstrasi aman bagi menyuarakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ekoran desakan supaya penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kumpulan itu mengadakan perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah, Bedong di sini, selepas solat zuhur dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan memohon maaf kepada umat Islam di negara ini secara terbuka dengan segera.

Jurucakap kumpulan yang merupakan ahli Pas kawasan Guar Chempedak, Abdul Mannan Khan Arshad Ahmad, 48, berkata, dia kesal berikutan pemimpin berkenaan menjadikan isu agama sebagai taruhan politik. Utusan

Kalimah Allah: Guan Eng Tepuk Tangan Pemimpin PAS Bertelagah


Kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikhabarkan kerap tersenyum dan kelihatan gah bangga tak terkata bila mana pegawai atau rakan-rakan pemimpin parti berborak cerita mengenai isu kalimah Allah s.w.t.

Daripada wajah keruh mencuka gara-gara serabut memikirkan tentangan dalaman berikutan pemilihan jawatan CEC tempohari yang tiba-tiba menjadi pertunjukan magik ala David Corperfield, terus sahaja terukir senyum dibibirnya.

Memang layaklah untuk Guan Eng tersenyum bangga, hatta kalau Guan Eng sambil tidur malam tiba-tiba mengigau bertepuk tangan dengan air liur basi meleleh pun, tak usahlah ada yang terasa pelik bin ajaib.

Bukankah dek kerana keberaniannya semasa menyampaikan ucapan Kristmas akhir tahun 2012 itulah anak lelaki kesayangan Penasihat DAP itu telah membuktikan kepimpinannya mempunyai keupayaan untuk kekal menjadi abang besar kepada balaci setianya, iaitu PAS.

Dalam ucapan Kristmas itu, Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris.

Lebih manis lagi bagi Guan Eng dan DAP, dek kerana isu kalimah Allah s.w.t itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri. Pertentangan terbuka ini menyebabkan ramai ahli dan penyokong PAS keliru dan termanggu sendirian.

Mereka resah mana satu puak yang mahu didukung dan disokong dengan penuh wala dan mana satu yang wajib menjadi prioritinya - pilihan yang dikira sukar bagi mereka, antara mendahulukan kebenaran agama ataupun mengutamakan kepentingan politik kepartian.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib serta tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tegas dengan pandangan kalimah suci Allah s.w.t hanya milik Islam.

Pandangan mereka benar kerana sekalipun di beberapa sudut bumi ini ada wilayah yang penduduknya beragama Kristian menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan Jesus, namun hakikatnya Allah s.w.t Yang Maha Esa sama sekali tidak boleh disamatarafkan dengan konsep ketuhanan triniti dalam Kristian.

Dalam Kristian penganutnya beriktikad yakin adanya Tuhan Jesus, Tuhan Bapa dan Roh Kudus. Sedangkan, Allah s.w.t hanya satu, Dia yang berkuasa mencipta manusia dan alam semesta, akan tetapi bila dibiarkan kalimah Allah tergadai kepada agama lain khususnya Kristian, bermakna ia seperti meredhakan perbuatan menyekutukan Allah s.w.t.

Manakala dipihak yang satu lagi yang lebih liberal dan menguasai tampuk kepimpinan dan dasar PAS pula tetap dengan pendirian songsang mereka mahukan kalimah Allah s.w.t dibiarkan tergadai kesuciannya demi keutamaan mengejar undi masyarakat Kristian.

Pemimpin PAS yang termasuk dalam golongan liberal yang terkenal dengan gelaran Anwarinas, Erdorgan dan Parasit ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala penggerak aktifnya ialah Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang didukung oleh majoriti pemimpin PAS di peringkat Pusat dan Negeri.

Selepas lebih kurang seminggu bertelagah sambil bersandiwara, akhirnya keputusan yang dicapai selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR seperti dijangkakan ramai, kemenangan memihak kepada puak liberal. Muktamad sudah untuk kali kedua yang dasar PAS bersama PR kini ialah untuk menjayakan proses menggadaikan kesucian kalimah Allah s.w.t dan akidah ummah.

Maka terus tersengihlah Guan Eng sambil bertepuk tangan dengan senang hatinya kerana hasil usahanya, DAP dan Gereja Kristian semakin melebarkan pengaruh dalam PR termasuklah meneruskan tradisi membalacikan PAS untuk entah ke berapa puluh kalinya.

Simbolik untuk meraikan kejayaan itu pula membawa kepada acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat atau lebih tepat lagi Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah di Stadium Merdeka hujung minggu nanti. Tika itu Guan Eng akan lagi kerap bertepuk tangan bersama pimpinan DAP dan PKR yang lain.

Tiada lagi masalah untuk DAP meneruskan agenda mengacau bilau kesucian agama Islam serta akidah penganutnya kerana selagi sebahagian besar kepimpinan PAS Pusat dalam genggaman puak liberal Anwarinas, selagi itulah DAP kekal sebagai abang besar kepada PAS.

Tinggal lagi sekarang, DAP bersama PR serta dengan gandingan mantap dari pimpinan PAS hanya perlu fokus untuk memenangi PRU 13 bagi merealisasikan kalimah Allah s.w.t benar-benar termaktub dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Kalimah Allah: Guan Eng Tepuk Tangan Pemimpin PAS Bertelagah


Kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikhabarkan kerap tersenyum dan kelihatan gah bangga tak terkata bila mana pegawai atau rakan-rakan pemimpin parti berborak cerita mengenai isu kalimah Allah s.w.t.

Daripada wajah keruh mencuka gara-gara serabut memikirkan tentangan dalaman berikutan pemilihan jawatan CEC tempohari yang tiba-tiba menjadi pertunjukan magik ala David Corperfield, terus sahaja terukir senyum dibibirnya.

Memang layaklah untuk Guan Eng tersenyum bangga, hatta kalau Guan Eng sambil tidur malam tiba-tiba mengigau bertepuk tangan dengan air liur basi meleleh pun, tak usahlah ada yang terasa pelik bin ajaib.

Bukankah dek kerana keberaniannya semasa menyampaikan ucapan Kristmas akhir tahun 2012 itulah anak lelaki kesayangan Penasihat DAP itu telah membuktikan kepimpinannya mempunyai keupayaan untuk kekal menjadi abang besar kepada balaci setianya, iaitu PAS.

Dalam ucapan Kristmas itu, Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris.

Lebih manis lagi bagi Guan Eng dan DAP, dek kerana isu kalimah Allah s.w.t itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri. Pertentangan terbuka ini menyebabkan ramai ahli dan penyokong PAS keliru dan termanggu sendirian.

Mereka resah mana satu puak yang mahu didukung dan disokong dengan penuh wala dan mana satu yang wajib menjadi prioritinya - pilihan yang dikira sukar bagi mereka, antara mendahulukan kebenaran agama ataupun mengutamakan kepentingan politik kepartian.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib serta tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tegas dengan pandangan kalimah suci Allah s.w.t hanya milik Islam.

Pandangan mereka benar kerana sekalipun di beberapa sudut bumi ini ada wilayah yang penduduknya beragama Kristian menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan Jesus, namun hakikatnya Allah s.w.t Yang Maha Esa sama sekali tidak boleh disamatarafkan dengan konsep ketuhanan triniti dalam Kristian.

Dalam Kristian penganutnya beriktikad yakin adanya Tuhan Jesus, Tuhan Bapa dan Roh Kudus. Sedangkan, Allah s.w.t hanya satu, Dia yang berkuasa mencipta manusia dan alam semesta, akan tetapi bila dibiarkan kalimah Allah tergadai kepada agama lain khususnya Kristian, bermakna ia seperti meredhakan perbuatan menyekutukan Allah s.w.t.

Manakala dipihak yang satu lagi yang lebih liberal dan menguasai tampuk kepimpinan dan dasar PAS pula tetap dengan pendirian songsang mereka mahukan kalimah Allah s.w.t dibiarkan tergadai kesuciannya demi keutamaan mengejar undi masyarakat Kristian.

Pemimpin PAS yang termasuk dalam golongan liberal yang terkenal dengan gelaran Anwarinas, Erdorgan dan Parasit ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala penggerak aktifnya ialah Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang didukung oleh majoriti pemimpin PAS di peringkat Pusat dan Negeri.

Selepas lebih kurang seminggu bertelagah sambil bersandiwara, akhirnya keputusan yang dicapai selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR seperti dijangkakan ramai, kemenangan memihak kepada puak liberal. Muktamad sudah untuk kali kedua yang dasar PAS bersama PR kini ialah untuk menjayakan proses menggadaikan kesucian kalimah Allah s.w.t dan akidah ummah.

Maka terus tersengihlah Guan Eng sambil bertepuk tangan dengan senang hatinya kerana hasil usahanya, DAP dan Gereja Kristian semakin melebarkan pengaruh dalam PR termasuklah meneruskan tradisi membalacikan PAS untuk entah ke berapa puluh kalinya.

Simbolik untuk meraikan kejayaan itu pula membawa kepada acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat atau lebih tepat lagi Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah di Stadium Merdeka hujung minggu nanti. Tika itu Guan Eng akan lagi kerap bertepuk tangan bersama pimpinan DAP dan PKR yang lain.

Tiada lagi masalah untuk DAP meneruskan agenda mengacau bilau kesucian agama Islam serta akidah penganutnya kerana selagi sebahagian besar kepimpinan PAS Pusat dalam genggaman puak liberal Anwarinas, selagi itulah DAP kekal sebagai abang besar kepada PAS.

Tinggal lagi sekarang, DAP bersama PR serta dengan gandingan mantap dari pimpinan PAS hanya perlu fokus untuk memenangi PRU 13 bagi merealisasikan kalimah Allah s.w.t benar-benar termaktub dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Anwar Ibrahim Tak Berani Beri Kata Putus Isu Kalimah Allah...




Mahaguru fahaman pluralisme di Malaysia, Anwar Ibrahim amat gelisah apabila Pas membangkang gesaan Dap berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian di dalam Al Kitab (Injil).

Isu penggunaa kalimah ALLAH kembali menjadi panas apabila Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng menghidupkan balik isu itu dalam perutusannya menjelang sambutan Hari Krismas pada 24 Disember lalu.

Dap menegaskan kerajaan perlu membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah ALLAH di dalam Al Kitab iaitu versi bahasa Melayu kitab Injil.

Apakah Lim Guan Eng tidak paham atau buat tidak paham, kita juga harus menjaga sentiviti orang Islam. Kebelakangan ini kita dapat melihat mereka mereka ini khasnya DAP sentiasa memainkan isu isu berkenaan dengan Agama Islam.

Ini juga adalah hasutan kepada rakyat supaya menimbulkan kembali isu ini. Perbuatan ini harus ditolak.

Senarai CEC DAP: Demokrasi Ala Malaysian-Malaysia


Konvensyen Kebangsaan DAP dikritik hebat apabila tiada seorang pun pemimpin Melayu, termasuk yang telah berjuang lebih tiga dekad bersama parti itu mendapat tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). DAP yang mendabik dada sebagai parti berbagai kaum dan memperjuangkan ‘persamaan total’ dilihat bercakap tidak serupa bikin sekali gus membuktikan bahawa mereka adalah rasis tulen.

DAP bagaimanapun, cuba membela diri dengan berkata bahawa keputusan pemilihan itu adalah demokratik dan perlu diterima dengan baik oleh semua pihak serta bertegas bahawa DAP bukan parti rasis kerana menerima ahli dari berbagai kaum. Malah, puak penyokong PAS dan PKR juga turut membela DAP dengan menuduh BN lebih rasis kerana membahagikan kaum mengikut parti komponen.

Nampaknya, puak-puak PR ini gagal memahami perkara asas ideologi politik kesemua parti-parti di Malaysia, termasuk parti mereka sendiri. UMNO, MCA dan MIC adalah parti berbeza, namun bernaung di bawah satu payung sahaja iaitu Barisan Nasional. Ketiga-tiga parti ini bergerak sebagai satu, dibawah kepimpinan yang sama dan berpegang kepada cita-cita yang sama yang berakar umbi dari persefahaman dan tolak ansur antara kaum yang dicapai ketika Merdeka.

Sedangkan, Parti DAP menolak konsep tolak ansur itu, serta menolak perlembagaan di mana mereka berjuang untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Sekular serta menghapuskan hak istimewa bumiputera iaitu dua perkara penting bagi Melayu Islam. Semua ini digarap dalam satu konsep yang dipanggil Malaysian-Malaysia. Kononnya, melalui cara ini maka rakyat Malaysia akan benar-benar bersatu dan mampu menerima kaum bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.

Sekali imbas, cita-cita itu dilihat begitu murni sekali. Tetapi jika dikaji dan diteliti serta dilihat pula dari rekod perlakuan, percakapan dan perjuangan DAP, ternyata apa yang mereka perjuangkan bukanlah Malaysian-Malaysia iaitu sebuah negara yang berpegang kepada konsep samarata bagi semua tetapi untuk kaum Cina berkuasa dan mendominasi ekonomi serta politik negara secara mutlak.

Kedegilan mereka memisahkan semua kaum melalui sekolah-sekolah vernakular, keengganan memartabatkan Bahasa Kebangsaan, menolak pemakaian adat di Dewan Undangan Negeri kerana berunsur Melayu Islam malah keberatan mengiktiraf Raja-raja Melayu membuktikan niat sebenar mereka.

Semua ini diperjuangkan melalui NGO-NGO serta boleh dilihat jelas dari sikap dan cakap-cakap di laman-laman sosial ahli-ahli atau penyokong mereka. Walaupun DAP terus menafikan semua ini atau menuduh media memutar belit dan memfitnah mereka, tetapi pemikiran chauvinis, rasis dan kiasu DAP kini terlalu jelas terbukti dalam pemerintahan mereka di Pulau Pinang.

Sejarah 13 Mei menyerlahkan hati-budi sebenar DAP terhadap Melayu. Laungan menghina dan menghalau Melayu, ingin merampas Tanah Melayu, ingin membunuh Melayu, semuanya terakam kemas dalam sejarah negara yang kini cuba sedaya upaya dipadam oleh DAP.

Justeru, persoalan ‘DAP membenci Melayu’ bukanlah satu tuduhan yang sukar dibuktikan. Apa yang sukar dan belum dapat dibuktikan ialah penafian mereka mengenai sebaliknya – iaitu DAP adalah parti untuk semua kaum yang benar-benar menjunjung konsep kesamarataan total serta tidak berpegang kepada sifat kiasu, chauvinis dan rasis kaum Cina.

Penafian dan penafian semata-mata konon DAP bukan rasis tidak akan membawa makna selagi pemikiran chauvinis, kiasu dan rasis terus mengikat sebahagian besar bangsa Cina di negara ini. Demokrasi ala Malaysian-Malaysia DAP yang dilaungkan Guan Eng juga tidak bermakna selagi parti itu sendiri dikuasai oleh anak-beranak, adik beradik dan sahabat handai bagai sebuah Dinasti dalam pemerintahan kukubesi.

Kerana itu, bagi mana-mana Melayu untuk terus duduk melukut, menyorong-nyorong pipi dan menjilat-jilat kaki DAP walaupun DAP langsung tidak memandang mereka dengan sebelah mata, adalah satu tragedi ke atas individu itu sendiri

Guan Eng Akan Bubar DUN OKTOBER Ini...!!!!


Khabar angin di negeri sebelah zone utara sedang kuat bertiup kencang membayangkan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan bakal membubarkan DUN sekaligus mengadakan pilihanraya di negeri itu lebih awal berbanding di peringkat pusat.

Cakap-cakap di kedai kopi juga sedang hangat memperkatakan tentang keyakinan kerajaan DAP untuk mempertahankan kuasanya di Pulau Pinang pada pilihanraya tersebut dan menggunakan kemenangan tersebut sebagai momentum bagi mereka menghadapi PRU ke-13.

Dalam ertikata lain, bukan saja bakal dijadikan “pilot case”, DAP yang dijangka masih mampu menang di pilihanraya negeri Pulau Pinang itu dikatakan akan menyuntik semangat di kalangan para penyokong parti itu di seluruh negara.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan “tokong”nya, Lim Guan Eng, yang sebelum ini mencetuskan pandangan kepada Pakatan Haram untuk tidak melangsungkan pilihanraya di negeri itu serentak dengan PRU ke-13, khususnya Pulau Pinang.

Tidak dapat dinafikan bahawa Pulau Pinang sememangnya agak sukar ditawan kembali oleh BN pada PRU ke-13 kali ini memandangkan bangsa Melayu PAS dan Melayu PKR di negeri itu dikatakan masih sanggup menjadi “keldai” kepada “tokong”.

Persoalannya, apakah “tokong” Guan Eng saja yang yakin bahawa Pakatan Haram mampu mengekalkan kuasa di negeri Pulau Pinang?

Bagaimana pula dengan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, MB Kedah, Azizan Razak dan MB Selangor, Khalid Ibrahim? Apakah mereka bertiga juga akan mengikut jejak langkah “tokong” untuk membubarkan kuasa di DUN masing-masing?

Sekiranya, “tokong” Guan Eng yakin DAP mampu mempertahankan Pulau Pinang, apakah Nik Aziz, Azizan dan Khalid “Gagap” tidak yakin bahawa mereka mampu untuk mempertahankan kuasa di negeri jajahan mereka masing-masing?

9. Pihak pembangkang kini tersepit dan mereka yakin hanya mampu menipu di Pulau Pinang sahaja, sedangkan di Kedah, Kelantan dan Selangor menunjukkan sokongan yang menurun di kalangan rakyat negeri itu.

10. Rakyat di Kedah, Kelantan dan Selangor kini semakin celik untuk menilai penipuan serta pembohongan yang ditabur oleh Pakatan Haram, khususnya berhubung manifesto PRU ke-12 dulu yang sehingga kini masih gagal dilaksanakan.

Di Kedah, bukan saja PAS gagal melaksanakan manifesto yang ditaburkan, malah masalah dalaman yang melanda di dalam perebutan kuasa di dalam kerajaan negeri di kalangan para pemimpin PAS turut “menyemakkan” mata rakyat.

Di Kelantan, rakyat dikhabarkan sudah bosan dengan kepimpinan Nik Aziz yang dilihat semakin mundur ke belakang dan pentadbirannya yang hanya “Islam” di mulut atau papan tanda namun tersasar dari semangat Islam dari sudut perlaksanaannya.

Paling teruk ialah di Selangor di mana dasar-dasar yang dijalankan oleh Khalid “Gagap” dilihat sangat merugikan rakyat di mana pentadbirannya telah diganggu oleh “dasar rompak rakyat Selangor untuk kembungkan poket pemimpin Pakatan Haram” dilaksanakan.

DAP di Pulau Pinang pun sebenarnya tidaklah sekuat mana. Namun setelah DAP berjaya memainkan sentimen “chauvinis ultra kiasu” dan berjaya memperkudakan PAS serta PKR di negeri itu untuk melutut pada mereka, maka “tokong” itu boleh tersenyum lebar…

“Tokong” Guan Eng boleh membubarkan DUN pada bila-bila masa dari sekarang namun dipercayai bahawa biarpun dia berbuat demikian pada Oktober ini, keputusan tersebut pasti akan memakan dirinya sendiri.

Tentang bila PRU ke-13 akan berlangsung, biarlah Perdana Menteri yang tentukan dan saya yakin bahawa Najib punya strategi yang mantap untuk memastikan kemenangan majoriti 2/3 berada di dalam genggamannya.

Biarlah Guan Eng, Nik Aziz, Azizan dan Khalid “bersilat” untuk mempertahankan negeri jajahan mereka masing-masing. Namun apa yang perlu mereka tahu bahawa berkemungkinan besar mereka akan hilang semua keempat-empat negeri itu pada pilihanraya kali ini…blog sentral

Orang Melayu Perlu Menilai Layanan DAP....!!!!!


Orang Melayu di negeri ini perlu menilai kembali layanan kerajaan DAP Pulau Pinang kepada mereka sejak mengambil alih pentadbiran empat tahun lalu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, ini kerana nasib mereka semakin terhimpit apabila dipinggirkan kerajaan negeri dalam pelbagai aspek.

"Kerajaan negeri tidak mempedulikan nasib mereka dan agama Islam di negeri ini, malah, aktiviti perniagaan yang cuba diusahakan orang Melayu juga disekat.

"Lihat apa yang berlaku kepada peniaga kecil di Padang Kota, kontraktor bumiputera tidak diberi peluang untuk terus maju seperti kaum lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Persidangan itu dirasmikan bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa orang Melayu tidak lagi mempunyai tempat bergantung harap sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata, kebimbangan yang disuarakan Najib itu telah berlaku di Pulau Pinang sejak kerajaan negeri bertukar tangan.

"DAP tidak peduli tentang nasib orang Melayu dan agama Islam di sini, malah, apabila tiga agensi kerajaan Persekutuan iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Uda Holdings Berhad (UDA) dan JKP Sdn. Bhd. cuba membina projek perumahan untuk rakyat, pelbagai prosedur pula dikenakan iaitu seperti mahu menyekat projek-projek berkenaan.

"Jadikanlah apa yang berlaku selama empat tahun ini sebagai pengajaran. Kembalilah menyokong Barisan Nasional (BN) kerana sudah terbukti, agenda pembangunan yang dibawa selama ini adalah adil untuk semua," ujarnya. Utusan

Guan Eng Cuba Mengalihkan Isu Penjualan Tanah..!!!!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak tidak berterusan mengelak menjawab dakwaan yang dibangkitkan Barisan Nasional (BN) berkaitan isu tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, dekat sini.

Ketua Penerangan BN Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, Guan Eng perlu bersikap telus dalam menangani isu terbabit dan tidak mengungkit cerita lama bagi melepaskan diri daripada dakwaan yang dilontarkan.

Menurutnya, Guan Eng dilihat cuba mengalihkan isu penjualan tanah seluas 0.45 hektar itu yang sepatutnya dibangunkan untuk projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua tetapi dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat.

"Guan Eng cuba mengalih isu dengan mengungkit kisah penjualan tanah di Tanjung Tokong yang berlaku pada tahun 1980-an, Lebuh Raya Jelutong (kini Lebuh Raya Tun Lim Cheong Eu) pada 1996 dan isu tanah Batu Kawan pada 2003.

"Tetapi beliau jangan lupa kita juga boleh korek cerita lama antaranya janji yang dilontarkan bapanya, Lim Kit Siang mengenai tabung pendidikan tinggi dan beberapa tabung lagi yang ditubuhkan DAP," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengikut cadangan asal kerajaan BN sebelum ini, tapak kosong di Taman Manggis itu diperuntukkan bagi pembinaan 272 buah rumah mampu milik fasa kedua selepas 320 buah pada fasa pertama siap beberapa tahun lalu.

Menurut Cheng Liang, DAP tidak pernah mengumumkan apa yang berlaku terhadap tabung pendidikan tinggi serta beberapa tabung lain dan meminta mereka juga bersikap telus dalam hal tersebut.

Jelasnya, jika Guan Eng mendakwa tanah di Taman Manggis terlalu kecil untuk pembinaan PPR bagaimana ia mampu menampung bangunan 30 tingkat yang mengandungi 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat tempat letak kereta.

"Saya harap Guan Eng tidak terus melatah dengan menyalahkan Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow atau pihak yang mendesaknya menjawab dakwaan itu, tetapi harus lebih terbuka menerima kritikan.

"Saya tidak mahu beliau terus mengorek isu yang sudah berlalu tetapi tumpukan perhatian kepada isu yang berlaku sekarang," katanya. Utusan

DAP Sokong Hudud, Hanya Karpal Yang Tentang


Walaupun pendirian DAP mengenai hudud adalah tetap iaitu menentangnya, tetapi parti tersebut nampaknya sudah malas melayan salakan PAS yang ingin melaksanakannya. Sebaliknya, hanya Karpal Singh seorang yang masih bersemangat menyergah PAS.

Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara ‘rasminya’ meletakkan isu tersebut di atas bahu Karpal seorang dengan menyatakan yang DAP tiada hak untuk menjawab mengenai prosiding mahkamah terhadap Nasharuddin, ahli Majlis Syura PAS mengenai isu hudud.

Mungkinkah akhirnya DAP menyedari bahawa mereka juga perlukan PAS untuk merealisasikan impian ke Putrajaya? Justeru, mereka mengambil jalan selamat dengan menghantar seorang saja ‘pejuang’ (Karpal Singh) untuk menghadapi beribu-ribu ekor anjing (akar umbi PAS). Ini lebih baik dari terpaksa berkelahi dengan anjing-anjing suruhan dan memalukan diri sendiri di depan musuh.

DAP pastinya telah mencongak-congak akibat jika ‘pejuang’ yang seorang itu terkorban dibaham anjing-anjing dan apa yang mereka jangkakan ialah ia bukan merupakan satu kerugian yang besar. Namun begitu, DAP lebih yakin yang anjing-anjing tersebut tidak akan membaham sesiapa tetapi hanya akan terus menyalak-nyalak bising sekadar untuk menarik perhatian media dan pengundi.

Walaubagaimanapun, di kalangan pengundi Cina, mereka masih lagi ragu-ragu akan strategi menghantar Karpal Singh seorang menghadapi tekanan akar-umbi dan segelintir pemimpin PAS. Tindakan Guan Eng, Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain yang berdiam diri dikhuatiri akan memakan diri.

Kaum Cina tidak lupa akan pesanan orang lama bahawa jangan sekali-kali memandang rendah akan kebolehan orang Melayu berpolitik, termasuklah Melayu PAS.

Selain itu, sikap Guan Eng yang angkuh dan sombong membuka ruang kepada kesilapan dalam menyusun strategi dan isu hudud ini kemungkinan besar adalah kesilapan yang masih tidak disedarinya.

Kaum Cina ingin melihat DAP yang tegas dan lantang serta berada lebih tinggi dari PAS. Sokongan kaum Cina yang cenderung kepada DAP akhir-akhir ini adalah kerana mereka percaya yang DAP sentiasa menguasai PAS dari belakang.

Dengan sikap pasif DAP mengenai hudud akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya, ‘apa sudah jadi?’.

Benar, ia mungkin hanya strategi politik untuk mengelak pertelagahan secara terbuka di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat. Tetapi, selama ini pun DAP sering berbalah dengan PAS mengenai isu hudud secara terbuka. Justeru, kenapa hanya akhir-akhir ini, DAP perlu berselindung dalam menyanggah PAS? Kenapa tidak lagi lantang dan garang seperti biasa? DAP dihormati kerana keterbukaan dan kelantangan dalam memperkatakan prinsip serta tidak perlu dan tidak akan tunduk atau berselindung dari sesiapa.

Apakah PAS telah berjaya mentarbiah DAP? Inilah yang menjadi topik perbualan di kalangan kaum Cina hari ini.

Hudud tiada dalam Buku Jingga kerana ia telah dipersetujui secara bersama bahawa ia tidak akan dilaksanakan di bawah pemerintahan PR . Oleh itu, kaum Cina melihat adalah tidak menjadi kesalahan malah merupakan kewajiban bagi DAP untuk mempersoal atau menyanggah sesiapa sahaja yang menyatakan sebaliknya.

Jelas, menyanggah PAS secara berselindung tidak membawa kebaikan apa-apa kepada DAP. Sebaliknya, ia mampu menggoyahkan kepercayaan kaum Cina ke atas kewibawaan parti itu.

Di pihak PAS pula, menyerang Karpal seorang tidak akan memulihkan keyakinan kaum Melayu kepada parti itu kerana prinsip Karpal menolak hudud adalah juga prinsip DAP yang mana ia tidak pernah berubah, tegas dan kekal. PAS perlu dilihat menentang DAP secara keseluruhan, secara berani, terbuka, tegas dan lantang atas nama Allah S.W.T - jika benar ikhlas ingin melaksanakan hudud.

Pemimpin PAS nampaknya gagal menilai kesan dari mengajak Karpal Singh bersilat seorang diri.

Imej PAS sebenarnya akan lebih buruk jika masih tidak berjaya memperjuangkan hudud walaupun hanya berhadapan dengan Karpal Singh seorang dan bukannya seluruh parti DAP. Bayangkan, bagaimana PAS mampu menghadapi pengundi Melayu jika DAP menang dalam mempertahankan prinsip mereka walaupun hanya menghantar seorang pejuang - OKU pulak tu…?

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive