Showing posts with label SULTAN SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SULTAN SELANGOR. Show all posts

Bishop Paul Tan Main Tarik Tali Isu DUMC..!!!



Meskipun kekalutan cuba dileraikan dengan cara berhemah, namun golongan Kristian masih lagi merajuk dan meronta-ronta tidak puas hati.

Perihal isu pemeriksaan Jais pada majlis makan malam Thanksgiving di gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Ogos lalu:
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, berdasarkan kepada siasatan Jais, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang. – mStar
Mengikut satu rencana Malaysiakini, Bishop Katholik, Paul Tan Chee Ing telah berkata bahawa titah baginda sultan ibarat “dipped in the ambiguity that would make wanton accusations against Christians no more difficult in the future than it is now.”

(Ketaksaan jalan penyelesaian yang diputuskan ini akan membolehkan tuduhan dilemparkan terhadap orang Kristian kelak dengan sewenang-wenangnya dan begitu senang sekali).
Tambah Bishop Paul Tan:

“Begging the Tuanku’s pardon, how is it possible to assert that there were attempts to deviate the faith of Muslim attendees at the dinner function at the DUMC but there is, then, not sufficient evidence to prefer charges. If there is not enough evidence, there ought to be no imputation of wrongdoing – it’s as simple as that!”

(Dia mengajukan bahawa sekiranya bukti tidak mencukupi maka tidak seharusnya DUMC dibayangkan sebagai terbabit salah laku.)

Bishop Paul, yang juga presiden Persidangan Bishop-Bishop Katholik Malaysia, menegaskan bahawa titah sultan menggambarkan yang penganjur beragama Kristian majlis makan malam tersebut mungkin nampaknya sudah dibebaskan tetapi nama mereka belum dibersihkan daripada tanggapan cuba memurtadkan orang Islam.

Katanya: “I would have much preferred no statement at all to one that is neither here nor there.” (Lebih baik jika tidak dikeluarkan apa-apapun kenyataan rasmi daripada yang ini yang samar-samar.)

“Christians have waited patiently for exoneration from false accusations by people whose intent is to grandstand on behalf of their losing causes.”

(Orang Kristian telahpun menunggu dengan sabarnya untuk dilepaskan daripada tuduhan-tuduhan palsu ini yang dibuat oleh satu kelompok yang sedang bermain sandiwara dengan hasrat menambah saham kerana mereka semakin kehilangan modal.)

Bishop Paul mengakhiri temuramah dengan pesanan:


Terjemahan: Baik juga pilihanraya umum dijangka diadakan dalam masa terdekat ini kerana nampaknya kempen jelek yang mensasarkan orang Kristian, di mana [masyarakat kami] disindir serta diburuk-burukkan melalui serangan bertubi-tubi, tidak akan tamat. Satu-satunya usaha untuk kami mengelak daripada penganiayaan berunsurkan fitnah keji ialah dengan mengunakan kuasa undi yang dipegang di tangan.

[Untuk mengenali siapakah Bishop Paul Tan, baca sini.]

Para penganut Kristian yang lain pula tidak segan silu untuk meninggalkan komen-komen yang lagi keras dan kesat.

Mereka tidak ada kesedaran bahawa penyelesaian yang baik ini hanya dimungkinkan dengan ihsan baginda Sultan serta hati lembut Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang mahu menjaga ketenteraman awam.

Abdul Aziz Bari Cuba Mempertikaikan Titah Sultan Selangor..!!!



Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim.


Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.


“Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu - sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC - adalah benar-benar mengikut ajaran Islam.


“Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim.


"Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,” katanyanya.

Tndakan Jais Betul - Sultan Selangor...



SULTAN Selangor bertitah, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Kompleks Dream Centre di Petaling Jaya 3 Ogos lalu adalah selaras dengan bidang kuasanya dan berpuas hati bahawa tindakan itu "betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang" di Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda sendiri sudah meneliti laporan JAIS berhubung pemeriksaan ke atas gereja itu semasa majlis ‘Thanks Giving Dinner’ dan selepas mendapat nasihat pakar agama dan undang-undang, baginda bersetuju supaya tiada pendakwaan dikenakan terhadap mana-mana pihak.

Titah baginda, bidang kuasa JAIS diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.


"Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil," titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Sultan Selangor di Shah Alam hari ini.


Sultan Sharafuddin juga menitahkan JAIS supaya memberi kaunseling kepada orang Islam yang menghadiri majlis itu bagi memulihkan akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam.

Baginda turut menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.

Sultan Sharafuddin bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Selangor, baginda amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

"Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan bidang kuasa undang-undang.

"Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut agama Islam dalam negeri Selangor ini hendaklah dihentikan dengan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.

"Beta amat berharap agar rakyat negeri Selangor, tanpa mengira bangsa dan agama, tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS itu sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS," titah Sultan Sharafuddin.

Sultan Sharafuddin bertitah, Islam yang diamalkan di Selangor adalah agama yang penuh toleransi dan penganut Islam sentiasa dipupuk supaya menghormati penganut-penganut agama lain.


"Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988, yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, Perkara XLVII Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing dengan aman dan harmoni.

"Hak kebebasan beragama itu telahpun berjalan dengan harmoni di Selangor dan beta amat berharap keharmonian yang telah wujud sekian lama dikekalkan.

"Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam," titah baginda.
Bernama






NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive