Showing posts with label HARAKAH. Show all posts
Showing posts with label HARAKAH. Show all posts

Awas Permainan Harakah Lindungi SuaraPakatanRakyat.com


Walaupun pernah dikecam hebat oleh perwakilan Pemuda Pas di dalam Muktamar Tahunan yang diadakan tidak lama dahulu, Harakah Daily yang merupakan portal berita dan lidah rasmi parti itu nyata tidak serik dan bermuhasabah. Perwakilan Pemuda Pas sebelum ini mengecam hebat peranan yang dimainkan oleh Harakah Daily kerana dilihat sebagai gedung fitnah serta menjadi alat dalam melaga-lagakan pimpinan Pas.

Ekoran daripada itu, Muktamar Dewan Pemuda Pas yang bersidang telah meluluskan dengan sebulat suara usul mendesak agar pimpinan pusat menstrukturkan semula sidang editorial parti itu. Malah mereka juga turut mendesak agar sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menapis dan mengawal kandungan serta pemberitaan Harakah.

Namun setelah hampir sekian lama, usul yang diluluskan itu hanya dipandang sepi oleh kepimpinan Pas pusat yang merasakan ia bukan satu isu yang mendesak. Malah lebih mengecewakan kepimpinan pemuda Pas bila mana, Hadi Awang selaku Presiden parti telah mengeluarkan kenyataan menyokong penuh dan berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh Harakah selama ini.


Mengikut sumber, ekoran pendirian yang dikeluarkan oleh Hadi itu, ramai ahli dan penyokong Pas khususnya ‘orang muda’ telah mula memboikot portal tersebut sebagai satu pendekatan bagi menyuarakan bantahan. Mereka merasakan kredibiliti dan kandungan berita yang dilaporkan lebih menjurus untuk kepentingan sesetengah pihak demi survival politik sempit.

Peralihan minat pembaca setia lidah rasmi Pas ke portal-portal yang dilihat lebih ‘neutral’ telah menyebabkan ‘hits’ harakah merudum jatuh, dan perkembangan itu telah menyebabkan sidang editorial gusar dan tidak senang duduk.

Pelbagai cara telah dilakukan bagi mengembalikan semula kredibiliti dan minat pembaca agar terus menjadikan Harakah sebagai medium rujukan utama. Oleh yang demikian saban hari, mereka mengunapakai strategi untuk ‘membunuh’ portal-portal pembangkang lain yang dilihat tidak sehaluan dan cuba melawan arus.

Terbaru, mereka berusaha untuk cuba menyakinkan pembaca kononnya, pengendali portal suarapakatanrakyat.com adalah milik Bn/Umno. Ia secara tidak langsung akan menimbulkan keraguaan di kalangan pembaca dan kembali menjadikan harakahdaily sebagai sumber rujukan.

Pendekatan menyerang mana-mana portal pembangkang yang ‘tidak sehaluan’ itu juga secara tidak langsung bertujuan untuk memastikan peranan Harakah terus relevan dalam berdepan dengan media arus perdana dan portal-portal pro-kerajaan.

Sedangkan semua sedia maklum, mengenai pengakuan yang telah dibuat oleh mantan Ketua Pengarang suarapakatanrakyat tidak berapa lama dahulu yang mendedahkan mengenai penglibatan Anwar secara langsung dengan portal tersebut. Ketua Pengarang tersebut juga dilaporkan berkata, hanya dia dan Anwar sahaja yang tahu mengenai hala tuju dan peranan yang perlu dimainkan oleh portal tersebut.

Penulis tidak berhasrat untuk membela portal tersebut, kerana merasakan kedua-dua portal tersebut (harakahdaily dan suarapakatanrakyat) adalah merupakan ‘sampah’ yang tidak mempunyai sebarang nilai. Laporan berita yang dimuatnaikan juga tidak mempunyai sebarang kredibiliti yang boleh di sandarkan, tambahan pula keduanya sering melemparkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan.

Cuma apa yang menarik ialah, permainan politik yang digerakkan untuk saling menjatuhkan antara satu sama lain walaupun berkongsi objektif dan motif yang sama. Kesimpulannya kedua-dua portal dan gedung fitnah tajaan pakatan pembangkang ini wajar ditutup diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Harakahdaily Nafi Pertahan Kalimah Allah ..!!!



Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.

Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.

Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian. Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.

Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.

Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan “DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah”. Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.

Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.

Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya? Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan? Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?

Akhirnya, Harakahdaily hari ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS. Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP. Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.

Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.

Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.

Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.

Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.

Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.

Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.

Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?

Harakah Kata Hadi Hanya Layak Jadi Nelayan


Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, kita menyaksikan bagaiamana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah. Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya mengambil sikap ‘terbuka’ terhadap apa jua cadangan dan keputusan. Malah, beliau juga membayangkan rasa ‘syok’ sekiranya ia benar-benar menjadi realiti. Ini menunjukkan yang Hadi ‘teringin’ juga merasa menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim.

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Malah, pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka.

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM. Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi, sebagai Perdana Menteri.

Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini, amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya. Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi ‘orang-kuatnya’, yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya, bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM.

Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily, lidah rasmi PAS bagaikan ‘segan’ untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM. Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan, meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri.

Apakah ertinya ini? Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian? Untuk menunjukkan ‘kezuhudan’ Hadi Awang? Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan?

‘Permainan’ Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS. Kita akan tersenyum sinis jika melihat gambar Dato’ Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka. Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai, pelik serta mustahil.

Tetapi, meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak, latarbelakang dan penceritaan begitu sebati, sesuai, tepat dan mudah dihayati. Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut, menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri?

Maka, persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya. Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka. Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif, pantas, licik dan arif tentang selok belok dunia. Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi.

Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin, tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama.

Hakikatnya, Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum, beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan, iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya.

Justeru, mungkinkah Harakahdaily cuba ‘mengajar’ golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang. Oleh itu, Gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain.

Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar. Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut, Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa, yang tidak berdaya melawan atau bersuara. Pemimpin yang dipimpin, tidak mungkin layak menjadi PM, dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan…

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive