Showing posts with label SHAMSIDAR TAHRIN. Show all posts
Showing posts with label SHAMSIDAR TAHRIN. Show all posts

Himpunan 12 Januari untuk Halalkan Penzinaan Anwar-Shamsidar


12 Januari ini merupakan tarikh penting bagi Pakatan Rakyat di mana mereka akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia menjelang pilihanraya ke-13. Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang semakin malap.

Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu lagi perhimpunan yang juga dianjurkan oleh pembangkang. Himpunan ini dinamakan Himpunan Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim. Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah. Apa yang membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu Azmin.

Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa. Selama itu juga, tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk membersihkan nama Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama Anwar dan juga Azmin.

Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar, yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.

Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang menyiarkannya. Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya - termasuklah Shamsidar. Terlambat menyedari yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai saksi. Namun, permohonan Anwar gagal.

Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.

Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?

Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.

Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?

Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.

Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda. Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka.

Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain. Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam.

Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri….

Shamsidar Wajib Ke Mahkamah Untuk Nafi Segala Skandal Seksnya


Sebagai seorang seorang isteri pemimpin politik yang kaya raya, siap dengan kereta mewah dan rumah berharga berjuta serta pernah juga memegang pendapatan sendiri yang cukup lumayan sebagai pengarah syarikat walaupun tidak perlu bekerja, Shamsidar Tahrin sewajarnya dilihat sebagai wanita yang memiliki segala-galanya.

Namun, di sebalik semua ini, Shamsidar dilihat sebagai isteri yang paling malang kerana mempunyai suami yang kalau tidak dayus, tentunya tidak menyayanginya langsung. Ini kerana apabila nama beliau menjadi gah dikaitkan dengan skandal seks bersama Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri, suaminya langsung tidak mengambil apa-apa tindakan tegas untuk membela dan membersihkan namanya.

Dengan bukti DNAnya yang didapati dari tilam dalam kes liwat 1 yang membabitkan Anwar, nama Shamsidar kini busuk, sebusuk-busuknya. Malah, kisah-kisah dalaman dan terperinci yang didedahkan oleh ahli keluarga suaminya, Ummi Hafilda serta rakan baik Anwar, Nallakarupan menjadikan Shamsidar bagai wanita yang tiada harga walau sesen pun lagi. Tidak cukup dengan itu, anaknya Afifa turut terheret sekali apabila didakwa sebagai anak luar nikahnya dengan Anwar.

Malang bagi Shamsidar kerana walaupun sehingga begitu sekali aibnya dibuka, suaminya masih tidak tampil ke hadapan membela maruahnya. Tidak juga suaminya bertindak memencilkan diri dan keluarga mereka dari pandangan umum, sebaliknya masih begitu ghairah menonjolkan diri mengejar cita-cita untuk berkuasa sambil membiarkan saja maruah isterinya dipersoal dan dipijak-pijak.

Sehingga kini, Nalla dan Ummi terus menjadikan Shamsidar sebagai bahan ceramah dan kenyataan media. Lebih dahsyat, Nalla juga menyatakan yang beliau mempunyai bukti berbentuk rakaman aksi Anwar dengan Shamsidar yang pasti mengejutkan.

Semua ini adalah tuduhan dan dakwaan yang amat berat dan mampu menghancurkan hidup seorang wanita dan sebuah keluarga, apatah lagi suaminya yang bergelar ahli politik.

Tidak ada seorang manusia pun yang akan terus berdiam diri jika dirinya dituduh dengan sebegitu rupa. Dan tiada suami yang boleh menahan diri dari mengambil tindakan sewajarnya jika isterinya dituduh atas kesalahan yang begitu kotor dan hina sedangkan di masa yang sama beliau kononnya percaya yang isterinya tidak bersalah.

Tetapi, inilah yang berlaku kepada Shamsidar. Suaminya hanya tahu membuat penafian secara ringkas terhadap segala tuduhan terhadapnya, tetapi selebihnya enggan mengulas lanjut.

Justeru, sudah sampai masanya, Shamsidar bertindak sendiri untuk membersihkan namanya, jika benar beliau tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Anwar. Bukankah sudah jelas kini bahawa Shamsidar tidak boleh mengharapkan perlindungan atau pembelaan suaminya.

Sesungguhnya, suami seperti Azmin, tidak layak dihormati. Adalah dayus bagi lelaki membiarkan isterinya dihina jika isterinya benar-benar tidak bersalah, dan dayus juga bagi lelaki yang rela isterinya dikongsi oleh orang lain.

Penting bagi Shamsidar untuk membersihkan namanya jika beliau tidak mahu keturunannya menanggung malu selama-lamanya. Ini kerana, sejarah silamnya tidak akan hilang dan dilupakan begitu saja memandangkan beliau bukannya orang biasa. Beliau adalah isteri seorang ahli politik yang didakwa berhubungan sulit dengan Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Malaysia

Justeru, seluruh keturunannya akan dikenang dengan kisah gelap ini yang pasti terpahat kemas dalam sejarah politik negara. Ia bakal menjadi rujukan, sebagai pengajaran kepada pemimpin masa depan.

Apakah Shamsidar tidak kisah jika seluruh keturunannya terpaksa menanggung malu memikul beban namanya yang busuk? Apa kata cucu-cicitnya nanti? Terutama, anak-anak Afifa? Apakah Azmin mampu mencantas terus susur galur keturunannya bagi memastikan kisah silam tidak dibongkar kepada keturunannya oleh keluarganya sendiri?

Semuanya terpulang kepada Shamsidar sama ada untuk bertindak sewajarnya membawa Nallakarupan dan Ummi Hafilda ke mahkamah dan mencabar mereka secara rasmi, atau terus hidup dalam keadaan dan pandangan hina.

Jika Shamsidar memilih untuk hidup dalam penuh kehinaan, dipandang serong oleh jiran dan rakan, sentiasa gusar dicemuh di belakang dan mungkin juga berdepan di majlis-majlis hanya kerana beliau enggan membela diri melalui undang-undang, maka kita melihat bahawa mungkin inilah cara hidup yang layak bagi seorang wanita yang bukan sahaja sanggup menduakan suami, tetapi, suatu ketika berbangga dan secara terbuka pula bermegah mengenainya.

SHAMSIDAR BAKAL SINGKAP SALAH LAKU SEKS ANWAR


Apabila seorang ahli politik seperti Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menggunung untuk menjadi Perdana Menteri maka segala aspek kehidupannya menjadi teropongan rakyat.

Lebih-lebih lagi jika ia mahu menjadi Perdana Menteri kepada sebuah negara Islam seperti Malaysia yang memperakui Islam sebagai agama persekutuan serta majoriti rakyatnya pula adalah penganut agama Islam.

Maka kriteria untuk mana-mana calon Perdana Menteri akan menjadi bertambah ketat dan telus.

Bukan sahaja beliau perlu mempunyai ketokohan dan sifat kepimpinan yang kukuh serta mantap tetapi juga perlu melepasi ujian moral dan akhlak yang tersemat dalam ketinggian nilai-nilai agama yang luhur dan murni.

Anwar yang sejak dahulu tidak pernah sesekali menyembunyikan hasrat dan desakan kalbunya untuk memimpin Malaysia bukan sahaja tidak terkecuali daripada penilaian rakyat yang bakal dipimpinnya tetapi juga ujian kelayakan dari sudut agama.

Kini Anwar bakal menghadapi satu lagi proses perundangan di mahkamah dalam perbicaraan kes saman beliau terhadap bekas rakan permainan tenisnya, Senator S. Nallakaruppan yang didakwa telah memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu terbabit dalam aktiviti biseksual.

Anwar dan tuduhan salahlaku seks samada di luar tabii atau sebaliknya bukanlah baru.

Bermula dengan perbicaraan tahun 1998 yang mensabitkan beliau dengan kesalahan atas jenayah liwat dan salahguna kuasa, Anwar telah melalui satu lagi perbicaraan jenayah liwat pada tahun 2008, kali ini membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Kes kali ini antara Anwar dan Nalla adalah berbentuk sivil, bukannya konspirasi politik membabitkan pemimpin atasan UMNO seperti yang gemar diwar-warkan oleh beliau dan diperpanjangkan oleh kuncu-kuncunya di pentas-pentas politik.

Kesnya adalah mudah; Anwar berasa dakwaan bekas kroninya itu adalah bersifat fitnah dan tohmahan bagi mencemarkan imej beliau sebagai Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR lalu mengambil langkah untuk menyaman Nalla.

Yang menarik perhatian Anwar dan mungkin juga ini yang menyebabkan beliau tidak lena tidur saban malam ialah 10 nama yang telah disenaraikan oleh pihak peguambela Nalla.

Antara nama tersohor yang tercatat dalam senarai saksi yang bakal dipanggil oleh peguambela Nalla ialah Shamsidar Taharin, satu nama yang sebati dan sinonim dengan perbicaraan tahun 1998.

Shamsidar adalah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan kini menduduki jawatan orang nombor dua dalam PKR sebagai timbalan presiden.

Shamsidar sekian lama telah berjaya mengelak daripada dirinya terseret dalam drama skandal seks membabitkan Anwar tetapi kali ini nampaknya usaha beliau untuk terus mengelak mungkin sudah sampai ke penghujung jalan.

Sejak 14 tahun lalu nama Shamsidar, isteri kepada Anwar sering dikaitkan sebagai individu yang pernah menjadi mangsa kerakusan seks Anwar tetapi dakwaan ini tidak pernah dapat dibuktikan.

Malah isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail juga menutup rapat mulutnya daripada memberi sebarang komen atau penjelasan walaupun didesak, ditekan dan diasak oleh kawan dan lawan.

Mungkin Dr Wan Azizah sebagai isteri yang setia hanya mampu memendam hati dan perasaan demi menyelamatkan mada depan dan karier politik suaminya.

Ini kerana tuan empunya badan iaitu Shamsidar tidak pernah membuka mulut samada untuk menafikan tuduhan berat itu apatah lagi untuk mengiyakannya.

Bagi rakyat yang selama ini ternanti-nanti untuk mengetahui kedudukan sebenar dan juga kebenaran disebalik misteri Anwar-Shamsidar sudah tentunya menunggu perbicaraan yang bakal menjelang dengan penuh debaran.

Agak lucu apabila media melaporkan PKR akan menganjurkan Himpunan Shamsidar bagi menghalang isteri Azmin itu mengambil tempatnya sebagai saksi apabila tiba masa perbicaraan kelak.

Mungkin penyokong PKR menjangka perbicaraan yang melibatkan bos mereka kali ini akan menjadi hebat dan sensasi daripada perbicaraan liwat kedua.

Namun parti yang kononnya mendokong dan sering melaung-laung di jalanan untuk menegakkan keadilan kini menjadi golongan yang sama untuk memusnahkan institusi keadilan apabila kepentingan mereka terancam.

Adakah pihak pembangkang bermimpi bahawa para hakim di negara ini mudah untuk ditakut-takutkan dengan demonstrasi ataupun perhimpunan demi melindungi kepentingan seorang yang terbabit dengan pelbagai dakwaan kepincangan akhlak dan moral?

Jika benar Anwar adalah manusia 'suci' dan 'maksum' yang diyakini oleh penyokong PKR, maka usahlah gundah dan gulana menghadapi perbicaraan yang bakal menjelang.

Sudah tentu 'kesucian' dan 'kemaksuman' diri Anwar akan terserlah jua sekiranya beliau di pihak yang benar!

Maka janganlah dilayan sangat desas desus bahawa perbicaraan ini adalah satu lagi konspirasi politik berpanjangan untuk meranapkan impian Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi anggaplah masa untuk mengangkat tirai kebatilan sudah tiba.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive