Kit Siang, Raksaksa Paling Digeruni Dalam Pakatan Rakyat...!!!!


Dalam kempen pembangkang akhir-akhir ini, menyaksikan pemimpin mereka semakin tidak dapat mengawal diri. Rata-rata ceramah mereka menyerlahkan kemarahan, dendam kesumat dan dengki khianat yang parah terhadap Barisan Nasional. Keinginan yang menggila untuk berkuasa menyebabkan mereka tidak mampu lagi berlakon sebagai seorang pemimpin yang rasional dan matang.

Sebaliknya, mereka menghamun dan mengutuk pemimpin BN semahu-mahunya dalam ceramah mereka bagi mencapai kepuasan. Apa yang menarik ialah sasaran yang paling mereka gemari ialah Tun Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri yang amat kita kasihi.

Tun Mahathir begitu giat membantu Perdana Menteri dan Barisan Nasional berkempen dalam PRU kali ini. Rata-rata program yang menampilkan Tun Mahathir pasti menyaksikan sambutan yang hebat sedangkan beliau sudah lama bersara. Kata-kata Tun Mahathir diambil sebagai amanat dan pedoman oleh segenap rakyat berbilang kaum. Dalam setiap program, beliau tidak putus-putus mengingatkan rakyat agar membuat pilihan tepat.

Tun Mahathir tidak perlu bercakap berdegar-degar memaki hamun pembangkang sepertimana Anwar menyuruhnya pergi mati. Tetapi, Tun Mahathir hanya perlu berkata benar dalam setiap ceramahnya, itu saja. Dan itu pun sudah cukup untuk membuat pembangkang separuh gila.

Selain Anwar, antara yang separuh gila dengan usaha Tun Mahathir ini ialah Lim Kit Siang. Susah hati sungguh si Kit Siang bila Tun Mahathir membantu BN. Justeru, jenuhlah dikerah tentera kacang merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia paling berkuasa, kukubesi dan ditakuti di segenap peringkat.

Namun, dalam pada itu juga, berduyun-duyun anggota dan pemimpin DAP keluar parti.

Dan alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak beranak bersifat kukubesi, terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam DAP!

Kata mereka, dalam meletakkan calon pilihanraya, Lim Kit Siang langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan. Mereka yang telah lama berjuang di dalam parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta ugutan.

Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan dilakukan secara terang-terangan, Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan kekesalan atas ‘kebobrokan’ anaknya dalam kes itu, hatta merestuinya pula. Sehingga hari ini, tiada siapa di dalam DAP yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC, atau akan diberi tekanan oleh kepimpinan atasan.

Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut. Ini sebenarnya, tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi, DAP amat sinonim dengan kes ‘menerima peluru dalam sampul’. DAP juga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap bawah tanah. Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang, akan menghadapi ancaman ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya. Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem ‘kilas tangan’. Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng juga dimulakan oleh orang DAP sendiri.

Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan membunuh diri apabila menjadi ‘liabiliti’ kepada DAP.

Berdasarkan semua ini, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP.

Selain Kit Siang, pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu. Antaranya, Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean Army, beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk ‘membunuh orang’. Benar, ia adalah satu perumpamaan, namun perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu ‘ganas’ dalam politik?

Jenice Lee, Shen Yee Aun, Tunku Aziz adalah antara segelintir nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk mendedahkan sikap DAP yang kukubesi, kejam, korup dan kotor. Selebihnya, hanya menentang Kit Siang secara senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka.

Kit Siang sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya, kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada Tun Mahathir, iaitu sasaran paling ‘besar’ dan paling mudah.

Namun, taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun Mahathir iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat. Tun Mahathir terkenal dengan sifat penyayang dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah.

Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan menghamun sesiapa sepanjang hidupnya. Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu dengan cara yang amat tenang, dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan geram.

Justeru, Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran ‘raksaksa’ terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu, terutama orang-orang DAP sendiri, bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya. Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak sanggup bersara seperti Tun Mahathir, tetapi beliau perlu berada di dalam hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya sentiasa diutamakan.

Apapun kita ucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada tentera kacang merah di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari ini. Apa yang pasti, beribu-ribu tentera ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi.

Wang Besar! DAP Songlap Wang Negeri Untuk Taja Red Bean Army..


Red Bean Army iaitu sekumpulan ‘tentera siber’ yang ditaja oleh DAP difahamkan telah wujud sejak 4-6 tahun lepas. Kekuatan mereka dianggarkan berada dalam jumlah 2000 hingga 3000 dan didarabkan dengan 10 hingga 20 jumlah capaian ke internet (Facebook, twitter, email, komen, dll) iaitu sekitar 60,000. Kekuatan ini akan secara semulajadi digandakan sekiranya rakyat yang terpedaya turut ‘menyambung’ kerja mereka melalui media sosial.

Pejabat Operasi utama Red Bean Army ialah di Bangunan Komtar, Pulau Pinang dan satu lagi di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Bayaran bagi setiap seorang dari mereka secara puratanya ialah RM3000-RM8000.

Tugas mereka saban hari secara sepenuh masa ialah:

· menyerang laman web pro-kerajaan,

· menyerang laman-laman sosial aktivis yang pro-kerajaan,

· menyebarkan bahan untuk memburukkan kerajaan,

· mematahkan komen-komen pro-kerajaan di media alternatif,

· menghalang penjelasan kerajaan dari sampai kepada rakyat melalui internet,

· mengganggu apa saja program yang dilihat mampu memberi kredit kepada kerajaan,

· menyebarkan maklumat yang memberi kredit kepada DAP

Modus Operandi mereka ialah mencipta fitnah atau fiksyen yang separa benar, memanipulasi maklumat, menghentam dan mencaci kerajaan dan menyebarkannya seluas yang mungkin dan secepat mungkin.

Objektif mereka pula ialah untuk membangkitkan rasa benci yang meluap-luap serta perasaan tidak percaya langsung kepada kerajaan.

Justeru, tidak hairan jika satu isu kecil, contohnya kejadian di KFC di mana pelanggan Cina dikasari oleh pekerja Melayu kerana berang dimaki hamun, telah dijadikan isu rasis dan tersebar di internet dalam masa 24 jam lalu dipetik oleh portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini yang kemudiannya menerima beribu-ribu komen pro-pembangkang dalam sekelip mata.

Ia kemudian dipetik dan disebar lagi oleh blog dan laman web sehingga menjadi satu isu besar. Jika kena isunya, maka ia akan dipetik juga oleh pihak asing sehingga menampakkan seolah-olah Malaysia tidak selamat.

Pendek kata, kewujudan beribu-ribu tentera siber DAP tidak wajar dipandang ringan kerana pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar juga sebenarnya bermula dengan kebanjiran maklumat tidak tepat secara besar-besaran dan cepat melalui internet seperti ini.

Lebih dahsyat, bagi mencapai objektif mereka, DAP sanggup pergi lebih jauh sehingga ke tahap mengugut dan mengancam.

Bukan hanya orang politik dan rakyat biasa yang menjadi sasaran, tetapi juga para artis dan selebriti yang secara terbuka menyokong kerajaan Barisan Nasional turut menjadi mangsa. Artis Korea popular, Psy, adalah antara mangsa ugutan dan ancaman mereka apabila menerima jemputan MCA untuk membuat persembahan di Pulau Pinang tidak berapa lama dahulu. Antara artis lain yang menerima nasib yang sama ialah artis Cina tempatan Leng Yen, Jackie Chan dan Dato’ Michelle Yeoh. Dua lagi artis dari Taiwan juga tidak terkecuali di mana mereka akhirnya bertindak membatalkan persembahan di sini. Malah tokoh Sami tersohor Buddha, Master Hsing Yun juga tidak terkecuali menjadi sasaran DAP apabila beliau membuat kenyataan memuji kepimpinan Dato’ Seri Najib.

Apa yang penyokong DAP sendiri mungkin sukar untuk percaya ialah, ugutan dan ancaman terhadap mereka ini bukan sekadar secara ‘maya’ tetapi secara langsung juga. Sekiranya mangsa masih berdegil, maka ugutan dan ancaman ini akan ‘dipanjangkan’ kepada keluarga dan periuk nasi mangsa. Ini bermakna, mereka akan mengganggu keluarga mangsa, menyerang tempat kerja atau perniagaan mereka termasuk mengugut para vendor atau pembekal dan sesiapa sahaja dalam rangkaiannya sehingga mangsa berada dalam keadaan ‘tiada pilihan’.

Semua ini didedahkan sendiri oleh Shen Yee Aun, iaitu bekas Setiausaha Pemuda DAP yang kini aktif membantu MCA dalam terlibat langsung dalam NGO yang mesra kerajaan. Yee Aun pada mulanya adalah anak didik Institut Kajian Dasar (IKD) iaitu sebuah organisasi ‘milik’ Anwar Ibrahim. Dari situ, beliau dipujuk oleh DAP agar menyertai mereka dan membantu dalam ‘perang menentang kerajaan’. Sebagai anak muda yang penuh dengan aspirasi dan cita-cita, Yee Aun menjalankan tugasnya dengan dedikasi di bawah DAP dan diberi jawatan yang tinggi.

Namun, sampai satu ketika Yee Aun yang mempunyai jatidiri Malaysia yang kuat tidak mampu lagi mengabaikan kata hatinya yang menyayangi negara ini. Bagi beliau tindakan mengugut dan mengancam keluarga dan periuk nasi orang lain adalah kejam dan beliau tidak sanggup membiarkan negara ini diperintah oleh orang yang kejam.

Beliau pertama kali memberontak menentang DAP sejak 2010 dengan mendedahkan sikap kuku-besi dan tidak telus parti itu dalam menangani isu di Klang pada ketika itu. Sedikit demi sedikit Yee Aun semakin lantang mengkritik DAP dari dalam sebelum mengambil keputusan keluar parti. Beliau kini aktif mendedahkan operasi kotor serta agenda jahat DAP terhadap Malaysia.

Menurutnya, ada kes di mana DAP telah bertindak membuli dan mengugut keluarga sasaran mereka termasuk teman wanitanya. Mereka juga mencuri kereta bapanya dan kemudian ibunya dan berbagai-bagai ancaman lagi bagi menakutkannya dan keluarganya. Ini tidak mengejutkan kerana Tony Pua sendiri tidak menafikan kewujudan tentera Red Bean Army ini dalam satu kenyataan dalam Malaysiakini dan menjelaskan peranan tentera ini adalah untuk ‘membunuh orang’.

Dengan apa yang dilalui Yee Aun, maka kita tidak hairan jika Teoh Beng Hock membunuh diri apabila beliau menjadi masalah kepada DAP.

Apa yang didedahkan ini mungkin sukar untuk diterima terutama dengan beribu-ribu tentera siber DAP yang bersedia menghalang (block) dan membela parti itu di internet. Mana-mana isu yang mendedahkan kelemahan mereka akan dihalang dengan cara beribu-ribu tentera itu akan membuat laporan ‘spam’ supaya kebenaran tidak sampai kepada pembaca internet. Malah, kita boleh melayari sendiri nama Yee Aun dan lihatlah bagaimana giatnya namanya dicemar oleh tentera Red Army di alam siber.

Gerak kerja tentera ini didapati berkesan di kalangan golongan atas pagar, terutamanya. Apabila melihat komen-komen yang begitu ramai membela DAP, maka golongan ini akan mempunyai persepsi seolah-olah DAP berada di pihak yang benar dan orang seperti Yee Aun telah ‘dibeli’ kerajaan.

Namun, sekiranya golongan ini sanggup mengambil sedikit masa untuk mencari kebenaran, mereka tentu tahu bahawa Yee Aun bukan satu-satunya pihak yang mendedahkan sikap kukubesi DAP mahupun agenda jahat mereka. Tunku Abdul Aziz, bekas Pengerusi DAP, bekas Adun DAP Teja R. K. Muthu, bekas ADUN Malim nawar Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh malah bar-baru ini, Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau juga telah bertindak keluar parti atas alasan yang sama, iaitu tidak sanggup lagi menerima pemerintahan kukubesi Lim Kit Siang anak beranak.

Jika itu belum cukup untuk membuat kita berfikir tentang bahayanya DAP, maka fikirkanlah bagaimana DAP membayar sebegitu ramai tentera siber ini?

Tidak lain tidak bukan, wang negeri Selangor dan Pulau Pinang telah dipamkan secara besar-besaran untuk tujuan ini. Bukankah wang tersebut adalah wang rakyat? Wang pembayar cukai? Bukankah ia perlu digunakan untuk negeri dan bukannya parti? Di manakah cekap, amanah dan telus (CAT) yang dilaungkan DAP? Bukankah lebih tepat jika dikatakan kejam, kotor dan korup (KKK)?

Masa Untuk Ubah Anwar, Kit Siang & Karpal....



Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan 'ubah' sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.

Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.

Anwar Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.

Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa.


Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.

Dalam konteks politik DAP pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti, Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.

Di lihat dari aspek kepimpinan parti, jelas sekali slogan 'ubah' yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak menepati maksudnya, melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.

Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti, bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama. Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi, tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.

Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan, lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak.

Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti. Humban saja Kit Siang, Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.


Artis Templak Pemimpin Pakatan Rakyat...!!

Tolak Hudud: PAS Anggap Khalid Ibrahim Kafir?


"Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang," demikian tegas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu perlaksanaan hudud.

Menurut Khalid lagi, sebarang usaha merealisasikan perlaksanaan hudud menuntut sokongan majoriti rakyat termasuklah mengambil kira peruntukan perlembagaan dan suasana semasa sebelum ianya dapat diimplementasikan dalam perundangan negara.

Kenyataan Khalid itu mencerminkan pendirian PKR dan ia adalah respons kepada ura-ura yang ditimbulkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PRU-13 dimenangi oleh PR dan yakin ia tiada halangan dari rakan sepakatan.

Andainya bait kata penolakan terhadap hudud seperti diucapkan oleh Khalid Ibrahim itu dilafazkan keluar dari mulut pemimpin UMNO, nescaya tujuh hari dan tujuh malam PAS akan keliling kampung menghambur kata-kata kejian sambil mengkafirkan pemimpin UMNO.

Apa yang diperkatakan oleh Khalid adalah senada dengan pendirian UMNO yang sedari dulu sentiasa mempertimbangkan suasana semasa, komposisi kaum dan agama serta ruang lingkup peruntukan perlembagaan negara.

Tapi kenapa sampai sekarang satu kejian hatta kenyataan mempersoalkan keIslaman pemimpin PKR Selangor itu sekelumit pun tak kedengaran, meskipun pendirian Khalid amat jelas hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah di peringkat pusat.

Alang-alang UMNO dikatakan anti Islam serta menolak hukum Allah S.W.T berikutan kegagalan PAS merealisasikan hudud, bukankah sepatutnya kenyataan yang sama terpakai juga ke atas Khalid. Jika UMNO dianggap kafir, maka patutnya PAS perlu juga berani mengkafirkan Khalid, bukan begitu?

Agaknya ada double standard dalam menghukum barangkali bila melibatkan rakan sendiri, jika benar begitu maknanya tiada keadilanlah jawabnya.

Hakikatnya soal perlaksanaan hudud yang sering diwar-warkan oleh PAS hanyalah isu di musim pilihan raya semata-mata untuk meraih undi dari orang Melayu Islam. Itu sahaja nawaitunya sedari dulu.

PAS cuma bertanding di 73 kerusi Parlimen sahaja sedangkan untuk menggubal Perlembagaan bagi memberi laluan perlaksanaan hudud memerlukan minima 148 kerusi dalam Dewan Rakyat, maka tampak jelas PAS sebenarnya tidak serius pun untuk melaksanakannya.

Hujung-hujungnya kelak, selepas PRU-13 isu hudud akan kembali di sapu ke bawah karpet kemudian hilang dari peta isu semasa dan hanya timbul semula seandainya ada pilihan raya kecil atau pun menjelang PRU ke-14 pula. Itulah realitinya.

PAS Sedia Terajang DAP Jika Halang Hudud....!!!


Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam satu temu bualnya dengan media secara terbuka mengakui PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS menang PRU-13.

Menurut Haron Din, kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS sekiranya keadaan memerlukan merupakan bukti kukuh bahawa DAP menerima dasar PAS terutama sekali dalam perlaksanaan hukum hudud

Entah bagaimana ia akan dilakukan payah nak difikirkan memandangkan dengan sejumlah 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 sahaja yang putih, sukar sekali untuk PAS mengubah Perlembagaan Negara seterusnya merintis perlaksanaan hudud.

Begitu pun, kenyataan pemimpin PAS itu bagaimana pun agak bertentangan dengan DAP yang mana pada 20 April 2013 lepas, Karpal Singh menyatakan penggunaan logo PAS oleh calon DAP bukanlah bermakna dasar PAS telah diterima tanpa halangan.

Sebaliknya ia hanya menunjukkan betapa mudahnya PAS diperalatkan untuk kepentingan DAP, sama seperti mudahnya PAS tunduk pada kehendak DAP dalam isu kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini PR tetap dengan pendirian kalimah suci itu boleh diguna pakai dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

DAP tetap dengan pendirian menolak hudud PAS dan menentang Negara Islam, sebaliknya kerjasama yang dijalin antara DAP dan PAS melalui PR hanyalah untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Tiada yang menghairankan dengan kenyataan Pengerusi DAP itu kerana sebelum ini pun DAP sering mempertahankan pendiriannya berhubung perkara ini. Malah pada 30 Julai 2012, Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng juga mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

Dari satu sudut, jika dilihat pada kenyataan tegas Dr Haron Din, ia seperti memberi bayangan keinginan tersirat PAS untuk mengetepikan peranan DAP seandainya PRU-13 kelak PR berjaya menguasai di peringkat Pusat.

Malah ada kemungkinan juga wujud niat tersirat yang lain di mana PAS akan menerajang keluar DAP dari PR seandainya perjuangan melaksanakan hudud PAS terus dihalang oleh DAP, senario ini nampak mustahil tapi logik.

Andai benar sedemikian, kita boleh jangkakan PR tidak akan kekal lama sebaliknya haru-biru dan kecelaruan pula yang menimpa negara disebabkan pertelingkahan sesama sendiri dalam pakatan yang tak sepakat.

Yang pastinya, percanggahan ketara di antara PAS dan DAP hari ini hakikatnya membuktikan ketidaksepakatan PR, ia mungkin dianggap kecil tapi bagi khalayak bagaimana mungkin sebuah pakatan yang tidur sebantal mimpi lain-lain mampu membawa perubahan yang di war-warkan.

DAP Pecah Cermin Van Di Bakri, Tapi Tuduh UMNO..!!!


Di dalam kerancakan berkempen, nun jauh di selatan tanah air rakyat tiba-tiba dikejutkan dengan berita penangkapan 2 remaja berbangsa Cina yang disyaki melakukan perbuatan berunsur provokasi.

Mereka dikatakan telah bertindak memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di jalan Sakeh, Bakri semalam.

Pimpinan DAP khususnya calon bagi kerusi Parlimen Bakri, Er Teck Hwa ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut mengatakan tidak mengesyaki sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan khianat tersebut.

Namun beliau menegaskan ia telah menjejaskan aktivitinya kerana perlu membaiki kenderaan tersebut.

Melalui pandangan mata kasar, pasti rakyat khususnya di Johor akan melihat betapa mulianya hati Teck Hwa yang mengambil pendekatan bersangka baik walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Ini kerana nada tersebut dilontarkan hanya sejurus selepas kedua-dua orang suspek tersebut berjaya ditangkap. Sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut tidak berjaya di berkas oleh pihak berkuasa, sudah pasti nada bahasanya akan berlainan sama sekali.

Ini kerana mereka khususnya pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini sering menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menyalahkan kerajaan bagi menggambarkan kononnya mereka sering ditindas oleh parti pemerintah.

Sebagai contoh, lihat sahaja drama swasta yang dimainkan oleh Lim Kit Siang sebelum ini yang menitiskan air mata palsu ketika memaklumkan kononnya parti ‘ultra kiasu’ tidak dibenarkan menggunakan lambang roket oleh pihak ROS.

Sedangkan sebelum ini pihak ROS sendiri telah memaklumkan bahawa parti tersebut dibenarkan untuk bertanding menggunakan parti roket.

Namun ketika proses penamaan baru-baru ini, kesemua calon DAP mendaftar dengan menggunakan lambang roket walaupun sebelum ini media digembar-gemburkan dengan laporan ‘air mata palsu’ Kit Siang yang akan bertanding menggunakan lambang bulan.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi, mengikut fakta kes kedua-dua suspek berbangsa Cina itu diberkas selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga merupakan Pengerusi Poster, Kain Rentang dan Manifesto BN Bakri.

Ekoran laporan tersebut pihak polis berjaya memberkas 2 orang remaja yang berusia 18 dan 19.

Mereka ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut yang disaksikan sendiri oleh tujuh petugas BN yang sedang memasang bendera, pada jarak 100 meter dari tempat kejadian.

Malah hasil soal siasat mereka akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang kejadian.

Menurut sumber, kedua-dua remaja tersebut adalah merupakan ‘orang suruhan’ DAP yang diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut. Modus operandinya mudah untuk sekali lagi menagih simpati rakyat.

Sekiranya suspek tersebut berjaya melepaskan diri, sudah pasti pimpinan DAP akan menggunakan isu tersebut bagi menuduh BN/UMNO sebagai orang yang bertanggungjawab.

Anwar Ibrahim Bawak Politik Politikus - Tun Mahathir


1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.

2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.

4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.
5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.

6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.

7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.

8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.

9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.

10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.

11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.

12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.

13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.

14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.

15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.

16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.

17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?

18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.

Calon PKR Dipaksa 'Baiah' Bayar RM5 Juta Jika Keluar Parti.....


Ahli-ahli PKR memang terkenal dengan 'Sindrom Lompat Parti'. Biasalah tu. Majoriti mereka semua pada asalnya adalah ahli umno yang terpinggir. Untuk mengelak sejarah lama tidak berulang, PKR kononnya lebih berhati-hati dalam soal memilih calon kali ini. Kononnya mencari calon yang boleh pegang amanah dan setia.

Tapi Anwar dan Azmin masih tidak yakin dengan calon-calon mereka sendiri. Mereka masih takut ada diantara calon mereka akan menjadi pengkhianat kepada perjuangan mereka.

Jika sebelum ini negara digemparkan dengan pendedahan ajaran sesat Pas, calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya disyaratkan supaya membuat sumpah baiah yang antara kandungan dalam baiah tersebut adalah menceraikan isteri jika mereka lompat parti.

Walaupun dinafikan oleh wali mereka Nik Aziz, baiah ini sememangnya wujud walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi ayat, sumpah jatuh talak 3 itu wujud.

Menurut sumber dalaman, dalam perjumpaan tertutup calon dengan Anwar dan Azmin pagi tadi, mereka telah dipaksa untuk ber'baiah' secara bertulis "Sekiranya calon yang menang dalam PRU13 akan datang melompat parti, mereka akan dipaksa membayar RM5 juta sebagai ganti rugi". Fuhh.. RM5 juta tue.

Calon-calon yang hadir tadi ada yang merasa terkejut dengan pendirian parti. Ada juga yang kecewa kerana parti tidak mempercayai mereka 100%. Tapi apa boleh buat, nama dah naik, terpaksalah mereka ber'baiah' walaupun hati tidak rela.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Nizar Jamaluddin ketika ditemui oleh pemberita semalam yang berkata mana-mana calon jika mereka melompat sama ada rela atau paksa dia kena bayar RM5 juta sebagai bon.

Malah menurut Nizar lagi, pendekatan Pas agak sedikit berbeza apabila semua calon telah diminta untuk berikrar dan berjanji tidak meninggalkan parti. Namun sekiranya mereka ingkar mereka akan DILAKNAT OLEH RAKYAT.

Begitulah kaedah yang diguna pakai oleh pakatan pembangkang bagi memastikan calon-calon mereka tidak melakukan perbuatan yang digelar sebagai ‘KATAK’. Ia secara tidak
Pasti ramai yang masih ingat ketika negara digemparkan dengan berita akan jatuhnya kerajaan BN yang tidak mempunyai kuasa dua pertiga pada 16 September 2008 kerana wakil rakyatnya akan berpaling tadah.

Malah mereka turut menyebarkan cerita, kononnya Anwar telah dipanggil menghadap oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Itu belum lagi diambil kira pendedahan Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari yang mendedahkan berhubung sebuah dana khas yang diwujudkan pembangkang bagi membiayai ahli UMNO dan BN untuk melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum akan datang.

Kesimpulannya inilah wajah sebenar manusia yang kononnya berjuang atas prisip tetapi di masa adalah merupakan BAPAK SEGALA KONSPIRATOR yang hanya ingin merealisasikan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri.

Calon PKR Pengedar Pil Kuda - Hadi Awwang


Umum mengetahui PKR diketuai pemimpin yang memiliki masalah moral dan akhlaknya pula agak diragui, malah tidak pernah sunyi dari skandal peribadi selain sikap pembawaannya yang cenderung membela golongan LGBT.

PKR juga dikenali kerana identitinya sebagai parti liberal yang mendukung perjuangan pluralisme agama termasuklah menyokong penggadaian kalimah Allah S.W.T untuk dinodai kesuciannya dalam kitab Bible.

Pun begitu, mungkin ini buat julung kalinya khalayak umum didedahkan dengan kegiatan jual beli pil kuda yang rupanya turut akrab dengan pemimpin PKR termasuklah ada antaranya yang kini merupakan calon dalam PRU-13.

Pendedahan ini bukan dilakukan oleh UMNO atau mana-mana parti komponen BN, tapi dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mendedahkan ada antara calon PKR merupakan pengedar pil khayal tersebut.

"Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat, tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana, edar pil kuda... orang PAS tak boleh kerja calon macam ini."

"Terang-terang saya sebut orang Keadilan pun tak terima, sedar-sedar mari jadi calon, dengar cerita edar pil kuda, tak perlu sebutlah di mana-mana," demikian kata Hadi sewaktu berceramah di Marang, Terengganu.



Tak tahulah sama ada cerita yang di bawa oleh Presiden PAS itu sahih atau tidak, atau sebenarnya sekadar untuk menghalalkan tindakan semberono PAS merempuh masuk di kawasan yang kuotanya dikhususkan untuk PKR.

Tetapi, jika benar sekali pun ada calon-calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan kaya raya dengan hasil aktiviti haram itu, ia bukan alasan kukuh untuk PAS sengaja mengacau kawasan yang ditandingi rakan sepakatan.

Entah sejak bila PAS begitu sensitif dengan pengedaran pil kuda sukar dipastikan, yang peliknya bila PR menyokong kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya tak pula PAS melatah.

Hatta ada calon-calon PR yang buruk moralnya pun boleh pula diterima sebagai calon mewakili PR. Pelik bukan?

Lim Kit Siang Terbalikkan Analisis Poliss....!!!



Apa yang kita jangkakan iaitu Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat bekerjasama dengan baik dan pasti akan bersengketa sesama sendiri, kini terbukti apabila mereka tidak mampu menangani masalah pembahagian kerusi untuk Pilihanraya yang paling penting bagi mereka.

Mungkin kerana bahang kekalahan sudah semakin terasa, maka PR kini giat mencari-cari jalan untuk mengembalikan sokongan dan semangat jenteranya. Salah satu caranya ialah dengan memberi gambaran seolah-olah PR akan menang pilihanraya ini dengan ‘gemilang’ sekali.

Namun, menyedari bahawa rakyat sukar untuk mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut mereka, maka terpaksalah mereka menggunakan nama pihak yang lebih berkredibiliti, contohnya, pihak polis yang sering dicemuh dan ditohmah mereka.

Sehubungan dengan itulah maka, Lim Kit Siang menyiarkan di dalam blognya, satu analisis yang kononnya didapati dari Bukit Aman. Konon mengikut analisis tersebut, PR dijangka akan memenangi 145 kerusi dan BN hanya 77.

Berikut adalah analisis yang disiarkan di blog Kit Siang: State PR BN Perlis 1 2 Kedah 13 2 Kelantan 13 1 Terengganu 4 4 Penang 12 1 Perak 18 6 Pahang 5 9 Selangor 20 2 Wilayah Per. 10 1 Putrajaya 0 1 Negri Sembilan 6 2 Melaka 2 4 Johor 12 14 Labuan 1 0 Sabah 12 13 Sarawak 16 15 Total 145 77 Hakikatnya, maklumat dari Bukit Aman adalah sulit dan Kit Siang yang menjadikan pihak polis sebagai ‘musuh ketat’ tidak mungkin diberi ‘keistimewaan’ untuk menerima maklumat tersebut.

Lagipun, dari sumber-sumber dalaman yang didapati, angka itu adalah sebenarnya hampir ‘terbalik’ sepenuhnya. Kita tahu bahawa Lim Kit Siang sebenarnya hanya ingin memancing jawapan pihak Bukit Aman atau kerajaan, kerana beliau sudah benar-benar cuak setelah mencongak-congak kebarangkalian kemenangan atau kekalahan PR.

Namun, tidak semudah itu untuk Kit Siang menyerkap jarang kerana pihak Bukit Aman ataupun kerajaan bukanlah bodoh seperti DAP yang tidak tahu mengira atau menaip.
Kit Siang boleh berangan dan terus memberi keyakinan palsu kepada penyokong-penyokong PR dengan menyebarkan angan-angannya dalam bentuk jadual seperti di atas. Sedangkan, tindakan beliau itu sebenarnya membantu BN dengan cara menguatkan lagi semangat dan meningkatkan lagi usaha jentera parti untuk bekerja dan menang pilihanraya.

Secara tidak langsung, tindakan Kit Siang menyebarkan analisis palsu ini dilihat sebagai satu kenyataan bahawa beliau sendiri hampir pasti yang hayat politiknya akan berkubur di Gelang Patah.

Namun, sebagai ahli politik, sudah tentulah beliau menafikannya dan cuba meyakinkan penyokongnya yang beliau masih pasti menang.
Oleh itu, sebelum Kit Siang terkubur, wajarlah kita berterima kasih terlebih dahulu kepadanya kerana memberi pengajaran awal kepada kita melalui peristiwa 13 Mei, iaitu tentang kewujudan manusia rasis sepertinya yang sangat-sangat merbahaya untuk negara.

Walaupun kita berterima kasih, kita tidak akan sekali-kali memohon maaf kepada ahli politik yang hampir terkubur ini kerana apa yang dilakukannya kepada negara kita, iaitu memecahbelahkan perpaduan kaum telah menjadikan negara ini rapuh sekali. Biarpun Kit Siang terkubur dalam ertikata sebenar pada suatu hari nanti, namanya akan pasti terpahat dalam sejarah sebagai ‘Bapa Perkauman’ Malaysia selama-lamanya.

Pembangkang Obses Nak Tukar Jalur Gemilang....!!!



Pembangkang banyak mengusik sentimen sensitif dan boleh menimbulkan kekacauan di dalam negara. Ini adalah 'trade mark' biasa pembangkang yang nyata gemar menimbulkan kekecohan. Antara sentimen yang disebarkan oleh pembangkang adalah untuk menukar bendera negara.

Mereka ingin menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang menyerupainya bendera Singapura. Bagi mereka yang boleh berfikir jauh dan mendalami sejarah, sudah pasti kita tak tahu apa sebenarnya silap pada bendera kita.  Bendera Jalur Gemilang sudah cukup membanggakan rakyat kita. Tetapi, inilah keburukan perangai Pakatan Rakyat.

Tindakan pemimpin DAP M. Manoharan menghina jalur gemilang telah membangkitkan sentimen anti-Jalur Gemilang dalam kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Sudah pasti ini mengusik sentimen kenegaraan bagi mereka yang kurang mendalami sejarah.

Sebab itu, ilmu sangat penting dan cara untuk kita menelusuri sejarah ialah dengan mengkaji sejarah Malaysia. Tetapi, disebabkan perkara ini dibangkitkan, Jalur Gemilang dipertikaikan. Najwan Halimi, timbalan ketua penerangan AMK juga lantang mahukan Jalur Gemilang ditukar kepada Sang Saka Malaya.

Antara alasan yang diberi ialah Jalur Gemilang menyerupai bendera Amerika Syarikat, dan ia kononnya melambangkan penguasaan UMNO & BN di negara ini. Ini semua merupakan alasan mereka untuk meraih sokongan rakyat dengan membuatkan mereka terfikir bahawa Pakatan Rakyat memperjuangkan hak negara.

Malah Tun Mahathir sebelum ini ketika pernah berkata tindakan provokasi secara terang-terangan itu seolah-olah mengakui hasrat pembangkang untuk menukar sistem pemerintahan Malaysia kepada sebuah negara republik.

"Mungkin itu niat mereka, kalau Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang disokong memanglah itu niat mereka (negara republik). Saya tidak berani nak kata tetapi itu satu kemungkinan," katanya sebelum ini.

Atas faktor itu juga, masyarakat pembangkang juga dilihat menunjukkan sikap kurang semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang biarpun dalam bulan kemerdekaan berpunca. Ia berpunca daripada kempen politik kebencian yang diamalkan oleh mereka parti pembangkang.

Tetapi, tanpa disedari, ini adalah satu punca kepada tergadainya maruah negara dan juga kedaulatan Malaysia. Bangkitlah wahai rakyat, sedarlah jangan sampai dipermainkan mereka yang beragenda tersendiri.

Mereka tidak akan rugi apa-apa, sebaliknya mereka mendapat ganjaran disebalik hancurnya perpaduan negara. Jadi, kita lah yang bertanggungjawab mempertahankan hak negara dan memelihara kedaulatannya.

Dinasti Lim Punca Pergolakan DAP


DAP dikenali sebagai parti anak beranak yang urusan pentadbirannya dijalankan bagai sebuah syarikat swasta persendirian milik keluarga. Itu identitinya yang tak siapa dapat nafikan.

Pendek kata bila sebut saja DAP orang akan teringatkan Dinasti Lim kerana disebabkan jasa dinasti itulah, kini DAP di puncak kegemilangan sehingga mampu menjadi abang besar kepada PAS dan mempunyai orang kanan seperti PKR.

Itu cerita dulu kerana beberapa bulan kebelakangan ini imej Dinasti Lim nampaknya sudah tercalar terutama sekali selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung akhir tahun 2012.

Sana sini wujud kebimbangan ketara di kalangan pemimpin dan ahli DAP tentang kemungkinan parti itu akan digantung atau diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) gara-gara kemelut penyelewengan semasa pemilihan tempohari.

Lebih dramatik lagi bila timbul dakwaan menyatakan RoS tidak mengiktiraf senarai ahli CEC DAP dari pemilihan itu disebabkan banyak keraguan yang timbul.

Proses pemilihan CEC itu sepatutnya lancar seandainya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta balaci kroninya berpegang teguh pada aspek ketelusan semasa pemilihan itu.

Tapi disebabkan besarnya nafsu untuk menguatkan kedudukan Dinasti Lim, maka berlakulah silap mata di mana kroni Guan Eng iaitu Zairil Khir Johari tiba-tiba sahaja menduduki tangga ke-20 sebagai ahli CEC yang dipilih.

Zairil atau nama sebenarnya ialah Christopher Ross Lim, 100% darah keturunan Cina, dinaikkan kedudukannya sebagai ahli CEC walau hakikatnya tidak terpilih, semata-mata untuk menonjolkan konon ada juga pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli DAP.

Tambah menimbulkan kecelaruan bila mana seramai 753 orang perwakilan keturunan India sengaja dinafikan hak memilih hanya semata-mata kelompok pemimpin dan perwakilan itu memusuhi Dinasti Lim.

Disebabkan kecelaruan dan penyelewengan yang berlaku akhirnya meletakkan DAP dalam keadaan tersepit berdepan dengan siasatan selepas ahli-ahli DAP sendiri membuat laporan kepada ROS kerana meragui ketelusan proses pemilihan CEC DAP.

Dan baru sekarang para pemimpin DAP sibuk menyuarakan kebimbangan mereka kalau-kalau DAP terpaksa digantung atau dikuburkan sebelum atau selepas PRU-13, sudah agak terlambat kerana kerosakan yang berlaku sukar sekali diperbetulkan.

Namun seandainya ia menjadi kenyataan, tidak syak lagi beban kesalahan itu kelak perlu dipikul oleh Dinasti Lim.

PRU KE-13 - ROS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN DAP...!!!





Sehari sebelum hari penamaan calon, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng cuba menyala satu lagi api kebencian terhadap kerajaan, kali ini menjadikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sasaran utamanya.

Guan Eng cuba menggambarkan kononnya ada komplot berlakunya untuk menafikan hak DAP bertanding pada PRU ke 13, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS sendiri menegaskan tidak ada niat sebegitu.

Semalam ROS menyatakan ia tidak akan mengiktiraf Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP selagi parti itu tidak memberi penjelasan menyakinan berhubung kemelut pemilihannya pada Disember lalu.

Tiada masalah DAP bertanding PRU13SPR dan ROS bagaimanapun menyatakan bahawa ketetapan ROS itu tidak memberi sebarang kesan kepada penyertaan DAP dalam PRU 13.

Guan Eng bertindak balas dengan menyifatkan langkah ROS itu adalah satu “kezaliman".

"DAP tidak akan terima begitu sahaja, kita akan lawan kezaliman ini. Kita akan tetap bertanding dalam PRU 13,” kata beliau.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sabotaj terbesar terhadap DAP dalam sejarah penubuhan parti itu.

"Kita telah mendapat persetujuan PAS dan PKR untuk menggunakan logo mereka," tambah Guan Eng dalam cubaan terdesak menggembar-gemburkan perkara itu.

Ia taktik untuk meraih simpati, khususnya daripada pengundi Cina yang menjadi sandaran utama DAP.

Ia juga bertujuan menghasut pengundi untuk membenci kerajaan kerana kononnya “menzalimi” pembangkang.

Ini pendekatan yang sering digunakan oleh Guan Eng dan ayahnya Kit Siang.Kenyataan jelas SPR dan ROS diketepikan sebaliknya pasangan anak-beranak melemparkan tuduhan yang tidak masuk akal.

ROS punya alasan kukuh, tidak iktiraf CEC DAP.

ROS tidak dapat mengiktiraf CEC dalam DAP kerana parti itu meminda keputusan pemilihan tiga minggu selepas ia diumumkan.

Dalil Guan Eng adalah berlakunya kesilapan dalam pengiraan kertas undi yang perlu diperbetulkan.

Hasil penting daripada keputusan yang diubah itu adalah Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari dilantik menyertai CEC, setelah beliau dan tujuh ahli Melayu lain kalah pada hari pemilihan parti.

Sudah tentu pindaan dalam keputusan pemilihan akan mengundang siasatan daripada ROS, lebih-lebih lagi kerana akar umbi DAP sendiri mempertikaikan tindakan Guan Eng merestui pindaan keputusan itu.

Selagi siasatan tidak selesai dan DAP tidak memberikan penjelasan meyakinkan ROS tidak dapat mengiktiraf keputusan baru itu.

Tidak ada yang pelik mengenai tindakan ROS ini.

Pada masa sama ROS bersama SPR mengeluarkan kenyataan bahawa DAP masih parti berdaftar yang sah dan statusnya untuk bertanding pada PRU 13 tidak terjejas.

Malangnya isu itu cuba dijadikan modal politik oleh DAP dalam satu lagi cubaan untuk menutup kebenaran. Media Shah Alam

Othman Abdul Bakal Tumbangkan Mat Sabu di Pendang...!!!


Jika PAS adalah parti yang waras, tentu sekali mereka tidak akan membiarkan seorang seperti Mat Sabu berada dalam senarai kepimpinan tertinggi.  Jika PAS disokong oleh orang-orang yang waras juga, tidak mungkin Mat Sabu akan dijulang sebagai tokoh penceramah tersohor. 

Ini kerana orang-orang yang waras tidak mungkin ‘mampu’ mendengar ceramah kosong dan lawak bodoh Mat Sabu lebih dari lima minit.  Namun, inilah hakikatnya parti PAS, iaitu dianuti oleh orang-orang yang kurang waras belaka. 

Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti. 

Mat Sabu juga sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri.  Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu.

Namun, siapa atau apapun Mat Sabu itu, PAS tetap memilih untuk menidakkan segala kebobrokan Mat Sabu serta terus menjulang dan menimangnya. 

Justeru, salahkah kita jika merujuk kepada PAS sebagai ‘tidak waras’?

Dalam PRU kali ini, Mat Sabu terus diusung untuk bertanding.  Dikatakan sebelum ini Mat Sabu ‘merayau-rayau’ mencari kawasan kerana keadaan kelihatan sedikit sukar baginya. Akhirnya PAS telah memutuskan Parlimen Pendang untuk Mat Sabu, mungkin untuk menyediakan beliau menjadi Menteri Agama, sekiranya PR menang PRU ini. 

Tindakan PAS mengenepikan penyandang Dr. Hayati Othman yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu membuktikan betapa PAS mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa masyarakat Pendang boleh diperkotak-katikkan.
 
Dari segi fakta, keyakinan PAS tersebut adalah agak keterlaluan.  Kita yakin rakyat Pendang bukanlah ‘tidak waras’ seperti yang PAS sangka.  Dari tahun 1986 hingga 1999, kawasan itu diwakili oleh UMNO melalui Datuk Othman Abdul. 

PAS hanya dapat menawan kawasan tersebut apabila meletakkan tokoh tertinggi iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 1999.  Apabila Dato’ Fadzil Nor meninggal dunia, UMNO memenangi semula kawasan tersebut dan PAS hanya merampasnya kembali melalui Dr. Hayati pada tahun 2004 yang mengekalkannya sehingga 2008. 

Pengekalan Dr. Hayati selama dua penggal, membuktikan bahawa beliau antara segelintir wakil rakyat PAS yang berkesan.  Justeru, mengenepikan beliau untuk digantikan dengan Mat Sabu, seorang Syiah merangkap pesalah khalwat dan balaci kafir harbi merupakan satu ‘perjudian yang besar’ bagi PAS.

Lebih-lebih lagi, apabila Mat Sabu bakal bertemu dengan penyandang awal selama 3 penggal, iaitu Dato’ Othman Abdul. 

Lebih menarik lagi apabila penyokong Dato’ Othman Abdul bukanlah satu-satunya tentangan yang bakal Mat Sabu hadapi, tetapi beliau juga perlu berhadapan dengan penyokong Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Seri Azizan Razak. 

Umum sedia maklum akan keretakan hubungan Azizan dengan Mat Sabu, melalui rangkaian Syiah yang membawa kepada Phahrolrazi, iaitu exco Kedah yang mencabar Azizan secara terbuka dan biadap suatu ketika dahulu. 

Azizan dikatakan cukup ‘pantang’ dengan kumpulan Syiah di dalam PAS, namun terpaksa bertolak ansur dengan mereka akibat campurtangan dari pusat.  Penyokong-penyokong PAS di Kedah majoritinya, memilih untuk berdiri di belakang Azizan.

Ini pasti menjadikan laluan untuk Mat Sabu menjadi sukar sekali gus meluaskan lagi peluang bagi Dato’ Othman Abdul untuk menang. 

Justeru, dengan sedikit kerja keras, kita pasti Dato’ Othman Abdul akan berjaya menumbangkan Mat Sabu di Pendang dengan mudah. 

Rasanya, tidak perlu diungkit kebebalan Mat Sabu, cukuplah membiarkan Mat Sabu membebalkan dirinya sendiri di dalam ceramah-ceramahnya.  Kita pasti, rakyat Pendang cukup waras untuk tidak memberi kemenangan kepada calon seperti Mat Sabu. 

Anwar Ibrahim Hina Orang-Orang Tambun..


Apakah hinanya nama ‘Tambun’ atau kawasan ‘Tambun’? Kenapakah ‘Tambun’ perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan ‘Tambun’?

Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak, khususnya Tambun.

Alasannya ialah seorang ‘lebai’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’. Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya.

Alasan Anwar ternyata bukan sahaja menyakitkan hati masyarakat Tambun tetapi juga membangkitkan kemarahan rakan-rakan di dalam PR. Antaranya, Lim Kit Siang dilaporkan ‘mengamuk’ dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini. Calon bagi kerusi Tambun kini diberikan kepada Siti Aishah iaitu Ketua Serikandi PKR Perak.

Soalnya, bagaimanakah seorang ‘bakal PM’ boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding? Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan?

Sebagai seorang ‘bakal PM’, Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang telah tersinggung. Alasan dangkal seperti ‘nama tempat’ adalah terlalu umum dan tidak relevan dalam situasi di mana Anwar ingin menjadi PM. Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri, sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun.

Sikap Anwar memperlekeh nama tempat menunjukkan tahap sebenar pemikiran Anwar yang masih terbawa-bawa dengan kejutan budaya, ingin dilihat hebat sentiasa serta bimbang dipandang rendah. Dalam kata lain, Anwar mengalami ‘inferiority complex’.

Ini bukanlah mengejutkan kerana Anwar turut dikesan mempunyai berbagai masalah psikologi yang lain antaranya tidak berpijak di bumi nyata dan sering berimaginasi yang dirinya berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemimpin bertaraf dunia. Oleh kerana itu, beliau sering menyamakan dirinya dengan Ghandi, Mandela dan Suu Kyii.

Apapun, hakikat sebenarnya, tiada sebesar hama pun persamaan antara Anwar dengan tokoh-tokoh tersebut. Mana mungkin seorang yang masih tidak yakin dengan latarbelakang diri dan takut dikaitkan dengan nama tempat yang kurang menarik, layak menjadi pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri?

PRU-13: Penggunaan Kereta Berdaftar Singapura Mula Masuk Malaysia...


Barisan Nasional (BN) Pasir Gudang hari ini membuat bantahan terhadap penggunaan kenderaan berdaftar di Singapura dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) negara ini.

Bantahan itu dibuat sekumpulan ahli BN Pasir Gudang secara aman di pekarangan bangunan City Square, di sini selain turut menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Konsulat Jeneral Singapura di negeri ini.

Mereka turut berkumpul sambil mengangkat kad yang antaranya tertera perkataan Tindakan Biadap Negara Jiran, Malaysia Negara Yang Berdaulat, Jangan Campur Urusan Negara Kami dan Jangan Campur Pilihan Raya Malaysia.

Menurut Ketua Penerangan BN Pasir Gudang, Dahari Hassan, bantahan itu dibuat kerana mereka menganggap ia satu perbuatan biadap apabila ada kenderaan Singapura yang menampal pelekat tertulis 'Bersihkan Malaysia'.

"Ia tidak sepatutnya berlaku kerana seolah-olah mencampuri urusan negara kita," katanya kepada pemberita di sini.Yang turut hadir, Setiausaha Penerangan Parlimen Pasir Gudang, 

Ibrahim Ismail dan Ketua Penerangan MCA Bahagian Pasir Gudang, Tan Tuan Peng.

Dahari berkata, pihaknya juga telah membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya pada 11 April lalu.Sehubungan itu, Dahari mahu kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas atau menghalang kenderaan berdaftar dari negara terbabit yang bertindak melekatkan pelekat kata-kata biadap itu daripada memasuki negara ini. Wak Long @Man

PRU13 - DAP MENGGUNAKAN PIHAK ASING UNTUK BERKEMPEN...!!!

PENGIKUT HEMPAS PULAS KEMPEN, ANWAR CUTI DI PARIS


Pada 12 April lalu akhbar kewangan berpengaruh di Amerika Syarikat, Financial Times menerbitkan temuramah dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Beberapa persoalan timbul berhubung dengan artikel yang memfokus kepada pandangan Anwar mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal pada 5 Mei depan.

Pertama temuramah tersebut diadakan di sebuah hotel lima bintang bernama Hotel Bristol di ibukota Paris di mana hadir sama adalah alah seorang anak perempuan beliau.

Ketika parti-parti pembangkang sibuk mengatur strategi untuk berdepan PRU13 yang akan menentukan hidup mati mereka, Anwar serta keluarga bersenang lenang bercuti di Paris bertemu dengan wartawan asing.

Di sini rakyat perlu bertanya di manakah komitmen seorang yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri tetapi sempat mencuri masa yang berharga untuk berlibur di luar negara sementara anak-anak buah di negara sendiri berhempas pulas memperjuangkan agenda politik peribadinya tanpa mereka sedari.

Kedua, wartawan yang menemuramah beliau bernama Simon Kuper bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang politik apatah lagi untuk menulis mengenai pilihan raya dan senario politik Malaysia.

Mengapa Financial Times hanya menugaskan seorang wartawan sukan untuk menemuranah Anwar adalah agak ganjil apabila akhbar itu mempunyai ramai penulis politik yang hebat seperti George Parker, Jim Packard, Philip Stephens dan lain-lain.

Isu-isu ang dibangkitkan oleh Anwar juga lebih bersifat memburuk-buruk imej negara dan kerajaan Malaysia, sesuatu yang sudah sebati dengan Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya.

Beliau merendah-rendah sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini yang mana beliau meningkat mendadak bukan sahaja dalam hieraki parti UMNO dari ahli biasa kepada timbalan presiden tetapi juga menjadi ahli parlimen Permatang Pauh hingga menduduki kerusi timbalan perdana menteri hanya dalam tempoh 11 tahun.

Ramai ahli UMNO dan juga anggota kerajaan yang merangkak setapak demi setapak menaiki tangga karier politik berpuluh-puluh tahun sebelum mereka mampu menikmati gelaran Yang Berhormat.

Umpamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengharungi arus perjuangan politik selama 33 tahun sebelum beliau dipilih menduduki nombor satu dalam pentadbiran negara.

Anwar memperlecehkan konsep Ketuanan Melayu sambil berjanji untuk memperkenalkan sistem demokrasi yang lebih bersifat pelbagai ethni

Mungkin disebabkan terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri beliau lupa bahawa kewujudan Malaysia dan kemerdekaan ang dicapai oleh negara ini pada 1957 adalah hasil muafakat dan hubungan etnik yang erat antara orang-orang Melayu, Cina, India dan pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Formula muhibbah dan kerjasama rapat antara kaum inilah yang terus disambung dan diperkukuhkan di bawah pentabdiran Datuk Seri Najib melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Anwar juga berbohong apabila beliau mengatakan nyawanya dalam keadaan bahaya dan mungkin menjadi mangsa pembunuhan politik.

Ini adalah satu lago sandiwara Anwar yang paling tidak masuk akal seperti juga wayang sakit tulang belakang dan isu arsenik.

Bagi mereka yang masih ingat, timbul satu isu hangat sekitar tahun 1999 ketika beliau menjadi banduan Penjara Sg Buloh di mana pembangkang memfitnah kerajaan cuba membunuh Anwar melalui keracunan arsenik.

Pembangkang mendakwa kesan daripada keracunan arsenik itu dilihat daripada keguguran rambut Anwar namun setelah lebih 14 tahun isu itu digembar gemburkan Anwar masih hidup segar bugar serta mampu diinterbiu oleh media asing di Paris pula!

Anwar juga berbohong apabila mengatakan semasa di penjara, beliau menyaksikan ramai banduan diseksa dan mendakwa beribu banduan yang merengkok dalam penjara di seluruh negara ini dilayan seperti itu.

Jika benar perkara ini berlaku mengapa Anwar tidak melaporkannya kepada Suruhanjaya Hak Manusia (Suhakam) atau menggunakan platform kegemarannya, Suaram seperti mana dalam isu Scorpene.

Jika pembangkang boleh menyebar propaganda serta mensensasikan isu berhubung kematian individu seperti Teoh Beng Hock dan A. Kugan, apatah lagi apabila ia melibatkan beribu-ribu individu lain?

Tuduhan Anwar yang tidak logik ini adalah hasil kebencian beliau terhadap kerajaan kerana menghalang beliau daripada mengapai kerusi perdana menteri yang amat diidamkannya itu.

Financial Times mengambarkan Anwar sebagai seorang yang kononnya sudah insaf dan sedari kesalahannya daripada seorang tokoh yang memperjuangkan Ketuanan Melayu bertukar kepada pemimpin Melayu yang bongkak kepada pemimpin yang sudah belajar daripada kesilapannya.

Sebenarnya Anwar tidak pernah berubah sejak dari zaman memimpin Abim hinggalah menganggotai pentadbiran kerajaan dan mengakhiri karier politiknya sebagai ketua pembangkang.

Ia tetap seorang yang 'arrogant' atau bongkak seperti mana yang ditonjolkan oleh Financial Times.

Anwar adalah seorang 'political animal' yang menggunakan agama Islam sebagai baju politiknya bagi mengaburi mata musuh dan taulan.

Dalam kosa kata Anwar tidak ada istilah ketaatan atau berbudi, semua yang mampu ditunggangi atau eksploitasi akan beliau pergunakan sehabis mungkin.

Yang penting bagi Anwar ialah menjayakan agenda politiknya dan pengaruh lobi Zionis-Yahudi yang memainkan peranan utama dibelakangnya.

Pemimpin DAP diarah tutup mulut wujud pertembungan DAP...!!!!


Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.

Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?

Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.

Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya. Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.

Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.

Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.

"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.

Apa jadi kepada Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.

Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.

Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.

Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.

Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.

Skandal Seks Mustaffa Ali Merupakan 'Game' Anwar dan Endorgan


Bermula dari petang semalam, media maya gempar dengan pendedahan mengenai rakaman seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi Pas. Durasi rakaman video selama 11 minit 25 saat itu, dikatakan mirip dengan Setiausaha Pas Pusat, Dato Mustaffa Ali bersama seorang wanita di dalam salah sebuah hotel.

Ekoran dari pendedahan tersebut, blog dan portal pembangkang terus menunding jari dengan menyalahkan Umno. Pelbagai andaian dikeluarkan bagi meyakinkan khalayak pembaca mereka kononnya Umno terlibat dengan skandal tersebut.

Namun apabila diteliti, nyata ia hanya merupakan satu lagi fitnah jahat yang dilakukan oleh para pencacai pakatan pembangkang bagi merosakan imej Umno. Malah sebelum ini majoriti perjuang alam maya Umno, pernah membuat penegasan, tidak memerlukan sebarang ‘skandal seks’ untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13.

Ini kerana BN/Umno hanya memerlukan kemampuan dan keupayaan untuk meneruskan kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini, ditambah dengan manifesto yang meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti. Walaupun pakatan pembangkang sebelum ini menegaskan manifesto itu bukan janji, namun bagi BN/Umno ia merupakan ‘Akujanji’ antara pemerintah dan rakyat.

Lebih mengemparkan lagi, melalui laporan yang diterima, 2 orang suspek telah ditahan polis pada 11 April 2013 kerana disyaki mengedarkan sampul surat yang mengandungi CD video seks tersebut. Suspek dikatakan telah mengedarkan CD tersebut di sekitar Kg Alor Lintang dan Kg Raja, Besut Terengganu.

Melalui soal-siasat yang dilakukan, kedua-dua suspek tersebut dikatakan merupakan ahli kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang bertindak atas arahan pihak tertentu. Maka timbullah tanda tanya, sekiranya Umno merupakan dalang kepada penyebaran rakaman tersebut, mengapa ahli AMK yang ditangkap?

Setelah dilakukan analisa, temu bual dan kaji selidik berdasarkan kronologi kes dan maklumat dari rakan-rakan yang masih akttif di dalam Pas, akhirnya berjaya merungkai persoalan yang selama ini bermain di minda. Kesimpulan yang ditemui ialah, Dato Mustaffa Ali telah diperangkap oleh 2 kumpulan di dalam pakatan pembangkang yang mempunyai kepentingan peribadi mengatasi ageda perjuangan parti.

Satu kumpulan yang diketuai oleh Anwar dan Azmin manakala satu lagi kumpulan merupakan pemimpin ‘Anwarinas’ atau lebih dikenali sebagai puak Endorgan Pas. Mereka-mereka inilah yang sebenarnya bertanggungjawab di sebalik penyedian dan pengedaran video seks tersebut.

Isu ini bermula sejak idea ‘kerajaan perpaduan’ (UG) mula diperkenalkan tidak lama dahulu yang akhirnya telah memecahkan Pas kepada 3 kumpulan iaitu 1) kumpulan ulama dan penyokong yang menyokong UG, 2) kumpulan Anwarinas @ Endorgan yang jelas menentang kumpulan ulama Pas dan 3) kelompok yang tetap akur dan setia dengan Nik Aziz selaku Mursyidul Am.

Antara pimpinan Pas yang menyokong UG ialah, Hadi Awang (sebelum didesak untuk menukar pendirian), Nasaruddin Mat Isa (Mantan Timbalan Presiden), Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas), Harun Din ( Timbalan Mursyidul Am), Harun Taib (Ketua Dewan Ulama), Hassan Ali (Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor), Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Pas Johor), Hashim Jasin (Pesuruhjaya Pas Perlis), Azizan Razak (Pesuruhjaya Pas Perlis) dan beberapa lagi pimpinan yang enggan memberikan sokongan secara terbuka.

Perkembangan yang jelas mengusarkan Anwar selaku ketua pembangkang itu, akhirnya dapat diredakan, apabila kumpulan Anwarinas @ Endorgan berjaya menyingkirkan beberapa pimpinan Pas selepas pemilihan parti itu tidak lama dahulu.

Walaupun Anwar dengan kerjasama puak Endorgan telah berjaya menggantikan pimpinan Pas dengan penyokong gerakan Liberal, dendam kesumat itu nyata tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia tetap diteruskan dengan beberapa lagi pendekatan bagi mendesak kumpulan UG agar menukar pendirian, antaranya mengunakan pendekatan skandal seks Mustaffa Ali.

Ia bagi mengugut beliau agar menarik kembali sokongan yang telah diberikan sebelum ini. Nyata pendekatan tersebut dilihat berkesan apabila tidak lama selepas itu idea mengenai UG sekali lagi berjaya dimatikan. Namun ekoran dari tindak-tanduk DAP sebagai rakan kongsi yang berterusan dengan agenda menentang Islam, ditambah dengan pendedahan demi pendedahan yang melibatkan Anwar, idea mengenai UG kembali disuburkan tapi melalui pendekatan yang berbeza.

Ini kerana ramai dikalangan mereka tidak lagi percaya dengan DAP dan Anwar yang kononnya akan ditabal sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya merampas Putrajaya akan serius untuk memartabatkan Islam. Atas sebab itu di dalam Muktamar Pas yang diadakan pada tahun lalu, Hadi Awang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Anwar sekiranya pakatan berjaya dalam misi menyingkirkan Umno.

Malah kegagalan Pas mempertahankan beberapa dasar yang mendapat bantahan DAP semakin memburukkan keadaan. Isu pengunaan kalimah Allah akhirnya telah berjaya membuka minda dan hati pimpinan Pas yang selama ini terpaksa akur dengan keputusan atas nama ‘jemaah’. Maka tidak hairanlah, apabila Harun Din sebelum ini dikatakan telah berjumpa dengan Anwar dan memberikan kata dua kepada pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ itu.

Walaupun pencacai Anwar bertegas mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh Umno, namun keputusan Pas Negeri Perlis yang enggan memberikan sebarang kerusi parlimen kepada PKR telah membuktikan dakwaan tersebut. Malah percubaan PKR untuk meletakkan Mufti Perlis, Juanda Jaya juga gagal mempengaruhi keputusan tersebut.

Dilemparkan dengan pelbagai gelaran seperti tamak dan tidak menghormati semangat parti di dalam pakatan, jelas tidak mampu menukar pendirian ustaz Hashim Jasin yang tetap bertegas dengan keputusan untuk meletakan calon Pas di Arau, Padang Besar dan Kangar.

Perkara yang hampir sama turut berlaku di negeri-negeir lain seperti Terengganu, Perak, Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Rata-rata bertegas untuk meletakkan calon-calon lama dan mereka yang cenderung menyokong UG sebelum ini.

Bukankah keputusan itu jelas membuktikan, keinginan mereka untuk mengekang kemahuan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri? Menurut sumber sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengalahkan BN/Umno untuk membentuk kerajaan, mereka-mereka dari kepimpinan ulama akan segera memberikan sokongan kepada BN/Umno sekaligus menghalang usaha Anwar dan DAP menguasai kerajaan persekutuan.

Kesimpulannya, pendedahan video seks Mustaffa Ali hanya merupakan sebahagian dari perancangan Anwar untuk berdepan dengan kumpulan UG. Dengan menyalahkan Umno sebagai dalang, Anwar mengharapkan kumpulan tersebut marah dengan tindakan jijik tersebut dan kembali menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang, sekaligus menerima idea untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-7.

DAP Mahu Melagakan Orang Melayu - Tun Mahathir.


DAP berhasrat hendak melagakan orang Melayu dan Cina dengan mengatakan orang Melayu mengambil semua benda dan tidak menggunakan meritokrasi sedangkan konsep itu mengurangkan peluang Melayu dalam bidang ekonomi serta pendidikan.

"Cara kita adalah bahagi secara adil kepada semua kaum dan semua kita korban, kita tidak boleh ambil semua untuk diri kita. Dia hendak ambil semua untuk diri dia. Dahlah dia kuasai ekonomi, sekarang politik pun dia nak ambil alih, jadi kita tidak dapat apalah," katanya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri itu menggesa ahli Pas meninggalkan parti berkenaan kerana Pas tidak mempunyai hala tuju sebaliknya dasar perjuangannya semata-mata untuk memancing undi.

Katanya, pada masa ini ramai yang membuka mata termasuk golongan ulama mereka yang pernah menjadi penyokong kuat Pas apabila menolak parti itu yang membohongi rakyat.

"Dahulu Pas cakap kononnya perjuangkan agama Islam, hendak mendirikan negara Islam tetapi sekarang pengikut dan pemimpin Pas pun sudah tahu bahawa ini cuma gimik hendak menang pilihan raya umum.

"Tiada niat sebenar nak buat negara Islam. Lagipun Pas punya tafsiran negara Islam ini dia sahaja yang tahu," ujar beliau.- Utusan

DAP Menggunakan Kekuatan Parti PAP Untuk Rampas Kuasa...!!!!


1. Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.

3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.

4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.

Sahabatku yang dirahmati Allah. Al-Imam al-Tabari berkata: "Allah SWT memberi petunjuk kepada ahli langit dan bumi, dan dengan cahaya Allah SWT mereka menuju kepada kebenaran dan dengan hidayah-Nya mereka terselamat daripada kesesatan". Dan kata Ibn Qayyim: "Allah menamakan diri-Nya Nur, menjadikan kitab-Nya Nur, Rasul-Nya Nur dan Dia dihijab daripada makhluk-Nya dengan Nur". Semoga Nur Allah SWT akan memandu kita membuat keputusan mengundi BN pada 5 Mei nanti. Maa's Salamah...- MyMassa

Isu CEC DAP: PR Tidak Layak Persoal SPR


DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan mulutnya menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup, kotor atau salah di mata mereka. Di masa yang sama, mereka mempromosi PR, khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung segala nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN.

Justeru, slogan Cekap, Amanah dan Telus dijadikan simbol pentadbiran parti itu di Pulau Pinang. Kononnya, pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding pemerintahan kaum Melayu. Dan kononnya kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu. Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi.

Bagi DAP, jika ada segelintir Melayu yang berjaya atau kaya, ia adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah memakan rasuah. Sama ada itu, ataupun kerana mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam negara. Kononnya juga, anak-anak Melayu di Pusat Pengajian Tinggi Awam bukannya benar-benar bijak tetapi berpeluang melanjutkan pelajaran hanya kerana sistem kuota.

Namun, pengalaman berpuluh tahun di sektor swasta menyatakan sebaliknya iaitu kebanyakan kaum Cina yang berjaya adalah kerana kroni. Secara umumnya, sektor swasta di Malaysia menggunapakai sistem rasis iaitu menghadkan jumlah dan jawatan tertinggi kaum bukan Cina, terutama Melayu, setakat tahap tertentu dan jabatan yang perlu sahaja. Manakala bagi kaum mereka, walaupun tidak punya kredibiliti akan tetap diberikan peluang yang luas untuk naik pangkat ataupun gaji.

Buktinya boleh dilihat di dalam DAP sendiri di mana seorang yang hanya lulus SPM diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik Pilihanraya sehingga menyebabkan kecelaruan undi. Malah, dalam pentadbiran negeri pula, kita dapati DAP gagal menyediakan pembentangan yang tepat mengenai projek mega yang dicadangkan di Pulau Pinang yang mana menunjukkan kesilapan pengiraan yang tidak boleh diterima akal. Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh beberapa pihak juga menyaksikan pemberian projek juga dilakukan dengan cara tidak telus di negeri itu sehingga ada di antaranya membawa kepada perletakan jawatan.

Malah pembahagian kerusi bagi parti sendiri juga menyaksikan ketidakcekapan yang parah dalam parti Cina kiasu itu. Kerana kerusi juga, kita melihat beberapa pemimpin DAP meletakkan jawatan walaupun pilihanraya semakin hampir.

Semua ini membuktikan yang DAP bukanlah sebijak mana. Lebih dari itu, DAP bukanlah parti yang telus, cekap mahupun amanah. Sikap kukubesi DAP cukup terserlah, terutama di saat-saat genting menuju pilihanraya ini. Tidak cukup dengan menolak demokrasi dengan memboikot media, DAP juga menafikan hak ahli-ahli sendiri untuk bersuara.

Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini ialah, DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC. Dalam dilema antara mengaku tidak telus, atau mengaku bodoh, DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.

Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu DAP itu adalah bodoh dan tidak telus sekali gus.

Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh ahli-ahli DAP sendiri.

Oleh kerana licik tetapi bodoh, akhirnya DAP tidak boleh lari lagi. Hari ini, dilaporkan bahawa Lim Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak menerima surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan mereka mengundi kepada ROS.

DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini. Oleh itu, mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding menggunakan lambang sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS.

Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut, jika benar-benar berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula iaitu kononnya takut dengan DAP.

Namun, kita pasti rakyat tidak semudah itu untuk diperdaya lagi oleh DAP. Kita sudah cukup masak dengan sikap DAP iaitu, setiap kali terkantoi, DAP akan mengalih cerita ke lain agar kesalahan mereka dilupakan. Contohnya, isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah DAP, tetapi dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi.

Kita pasti, DAP akan berbuat yang sama dalam isu CEC ini iaitu menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS membatalkan pertubuhan parti itu. Sedangkan kes sebenarnya ialah DAP tidak telus, tidak cekap dan bodoh kerana menipu, memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri.

Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan. Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti DAP? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu?

Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti DAP, mahupun PR untuk mempersoal integriti sesiapa terutama, SPR? Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR?

Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali.

DAP Tiada Pengalaman Memerintah..


Pemimpin DAP jelas tidak mempunyai kemahiran untuk memerintah negara apabila semakin banyak kelemahan dan kemerosotan berlaku di bawah pentadbiran mereka di Pulau Pinang. 

Antara isu yang dibangkitkan adalah berlakunya kemerosotan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang pada tahun lepas yang mana jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir sesebuah negeri.

Perkara itu juga turut diakui Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang berkata Lim Guan Eng gagal mentadbir Pulau Pinang apabila negeri itu gagal menarik pelaburan dan menggambarkan kerajaan negeri tidak mempunyai pemikiran dan perancangan yang holistik.

Hanya BN yang mampu mentadbir negara kerana mempunyai 55 tahun pengalaman dan kematangan serta berhadapan dengan pelbagai krisis dan berjaya mengatasinya dalam tempoh itu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang pula kerana tiada perancangan holistik, mencetuskan kekeliruan dan huru-hara, contohnya sebagai contoh isu terowong.

Naib Pengerusi Gerakan negeri Ong Thean Lye juga mendedahkan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang menjunam 73 peratus pada tahun lepas dengan mencatatkan jumlah RM2.47 bilion berbanding RM9.11 bilion yang direkodkan pada tahun 2011.

Ong berkata Pulau Pinang adalah antara lima negeri teratas dalam menarik pelaburan semasa di bawah pimpinan BN, namun pada 2012 negeri ini berada di tangga keenam.
Sudah jelas hanya BN yang mampu membawa perubahan dan meningkatkan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang sekiranya diberi mandat sekali lagi oleh rakyat.

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan tender projek terowong dasar laut bagi menghubungkan kawasan pulau dan tanah besar negeri ini menunjukkan belang sebenar parti itu yang tiada pengalaman dalam melaksanakan urusan takbir urus kerajaan.

Langkah diambil kerajaan negeri dalam meluluskan tender projek itu jelas menggunakan kaedah terbalik tanpa melibatkan perbincangan dengan pihak-pihak yang akan menerima kesan secara langsung sekiranya projek itu dilaksanakan.

Sedangkan kaedah itu bukan merupakan pendekatan terbaik dalam proses membuat keputusan oleh sebuah kerajaan.

Pembinaan projek terowong dasar laut itu mula dibantah apabila Pemuda Barisan Nasional (BN) mendedahkan mengenai pemberian tender projek mega bernilai RM6.3 kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM2.

Guan Eng bagaimanapun mendakwa berlakunya kesilapan 'salah taip' berhubung kos sebenar projek terowong dasar laut berserta tiga lebuh raya yang diumumkan, beliau berkata itu tidak menjadi masalah.

Jelas mereka tidak berpengalaman mentadbir sebaliknya hanya merapu mengatakan mereka menguruskan tata-kelola yang baik, sedangkan hakikatnya adalah jauh panggang dari api.
Pemilihan parti sendiri pun hari biru, lagikan nak memerintah negara.
DAP juga terpaksa mengubah keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas mengesan kesilapan pengiraan undi.

Ahli akar umbi parti itu sehingga hari ini terus mendesak agar DAP mengadakan pemilihan semula untuk membuktikan ketelusan, namun mendapat respon hambar daripada pemimpin tertinggi.

Mereka fikir mentadbir negara sama macam mentadbir kumpulan kongsi gelap ke?
Hancur Malaysia jika mereka bejaya menawan Malaysia.

Doa Menghancurkan Umno Sebenarnya Menghancurkan PAS...!!!!


Perbuatan mendoakan kehancuran ke atas umat Islam yang lain bukan sahaja ditegah oleh agama bahkan ia menjadi satu amalan sesat dan hukumnya adalah haram.

Pengasas Pondok Geting Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, perbuatan tersebut termasuk dalam golongan Khawarij di dalam sejarah perkembangan Islam yang ternyata telah rosak akidah dan terkeluar daripada landasan sebenar.

Katanya, apatah lagi jika tindakan itu dilakukan oleh kumpulan yang berkompromi dengan golongan yang terang-terangan menentang Islam.

"UMNO itu orang Melayu dan beragama Islam. Mereka juga berpaksikan kepada mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Mereka juga golongan yang mempertahankan kedaulatan agama.

"Tapi sikap Pas yang mendoakan kehancuran ini sudah keterlaluan, dia tidak sedar bahawa kalau UMNO hancur maknanya golongan yang menentang agama akan naik, bukan Pas kerana Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang.

"Memberi laluan kepada orang yang menentang Islam naik ini adalah perbuatan berdosa besar dan haram di dalam negara yang telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas mengenai Pas yang mengerjakan solat hajat dan berdoa supaya UMNO dihancurkan.

Turut didoakan juga alah memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menyifatkan puak yang cuba untuk memusnahkan pendokong Ahli Sunnah Waljamaah sebagai 'anjing neraka', Abdullah turut menegaskan bahawa golongan tersebut wajib ditentang.

"Sesiapa yang menentang, yang ingin menghancurkan orang yang berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah, adalah menjadi kefarduan kepada kita menentang balik orang itu," katanya.

PAS for All....!!!

Ini lah Pemimpin lslam Klik Disini


Tian Chua Hilang Sokongan, Dibenci Di Tempat Sendiri


Kebodohan demi kebodohan yang ditunjukkan Naib Presiden PKR ini akhirnya sudah menampakkan kesan dan menghakis keyakinan rakyat. Terbaru, penduduk-penduduk Parlimen Batu mula sedar siapa sebenarnya Tian Chua sehinggakan ceramah beliau di kawasan parlimen sendiri tidak mendapat sambutan seperti PRU12.

Tian Chua seharusnya mengambil jalan mudah dengan memohon maaf terhadap kenyataannya bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara. Maka tidak perlu pembangkang mengeluarkan segala jurus untuk menyelamatkan Tian Chua sambil menepis persepsi rakyat bahawa Pakatoon tidak sensitif dan Patriotik.

Bukan pemimpin utama pembangkang sahaja yang bersilat, pemimpin Melayu DAP, Aspan Alias turut berkungfu mengutuk sesiapa sahaja yang mengkritik Tian Chua termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor. Diungkit kembali kes Rahim tumbuk Anwar sampai lebam dulu.

Rasanya bukan Rahim sahaja, 1 Malaysia kalau diberi ruang dan peluang akan melakukan perkara yang sama terhadap petualang negara. Selepas hampir 2 bulan menyatakan insiden Lahad Datu adalah sandiwara, Tian Chua cuba kembali ke Sabah untuk memberi ceramah untuk terus menabur fitnah-fitnah terhadap pengawal keselamatan.

Rakyat Sabah sudah sedar dan matang, kehadiran yang tidak diundang itu hanya mampu sampai setakat di lapangan terbang sahaja. Tian ditahan dan terus dihantar balik ke parlimen Batu. Niat hati hendak mengadu dengan pengundi sendiri tapi malang kali kedua Tian Chua hanya mampu meluahkan perasaan pada kerusi-kerusi kosong yang disusun cantik di parlimen Batu.

Adakah ceramah tak dapat sambutan juga sandiwara UMNO, YB Tian Chua? Hahahaa...

Tian sebelum ini telah terlibat dengan pelbagai skandal diantaranya kemalangan yang mengakibatkan kematian anggota keselamatan di Kota Tinggi. Kematian pun Tian Chua spin.

"Ketika tiba dilokasi kejadian, motosikal dan Mercedes Benz bertembung selepas kereta Mercedes dinaiki Tian Chua itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan" - Kenyataan Polis

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal dipercayai seorang anggota tentera memotong sebuah bas yang menghala ke Kota Tinggi lalu bertembung dengan kereta Tian Chua" - Kenyataan Suara Keadilan. Hebat betul diorang ni spin.

Itu baru sedikit. Ada macam-macam lagi pengkhianat negara ini telah lakukan kerosakan di bumi Malaysia ini. Gigit telinga polis, cetus kekecohan, persenda perjuangan wira negara. Inilah Tian Chua.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive