Showing posts with label ROSMAH MANSOR. Show all posts
Showing posts with label ROSMAH MANSOR. Show all posts

Deepak Hantu Suara Pakatan...


Lelaki bernama Deepak yang juga seorang ahli perniagaan baru-baru ini kononnya telah mendedahkan sesuatu yang bakal menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri dan isteri . Cerita mengenai Deepak ini disebarkan secara meluas dalam portal-portal pembangkang. Kemudian rakan-rakan bloggers mula mendedahkan perihal Deepak ini . Deepak dikatakan mempunyai hutang berjuta-juta , yang mungkin sekali boleh membuatkan beliau jatuh bankrap . Bagi seorang ahli perniagaan , bankrap adalah perkara terakhir yang perlu dihadapi mereka . Akibat dari tekanan ini tak mustahil situasi yang dihadapi oleh Deepak ini akan dimanipulasi oleh pihak2 tertentu .

Beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh Deepak kepada Perdana Menteri dan isteri sebenarnya dah terjawab sebelum ini dan si pembuat fitnah dah pun di 'check mate' . Deepaak cuba membangkitkan kembali isu Altantuya , sekiranya dilihat dalam portal Malaysiakini , apa yang didedahkan Deepak mempunyai terlalu banyak 'loop holes' . Tuduhan pertama beliau dari petikan portal Malaysiakini ;

"Ahli perniagaan Deepak Jaikishan kesal dengan penglibatannya dalam usaha membuatkan P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendiang Altantuya Shaariibuu."

Tuduhan diatas dilihat cuba mengelirukan pembaca. Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor memang tak ada kena mengena dengan kes pembunuhan Altantuya . Hal ini diakui oleh Raja Petra dan Zulkifli Nordin sendiri . Petikan dari MalaysianInsider mengatakan Raja Petra tak pernah menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam kes Altantuya , manakala dari petikan portal The Edge , Zul Nordin memberitahu beliau diarah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya ;

1. Malaysian Insider
2. The Edge

Selain itu, seorang lagi bekas ahli parlimen pembangkang iaitu Zahrain dalam satu kenyataan media membuat kenyataan berikut ;

"Mereka dakwa Altantuya seorang jurubahasa, tapi kita tahu mendiang cakap Perancis pun tak tahu. Macam mana nak jadi jurubahasa malah beliau tidak pernah ke negara itu. Ini disahkan Imigresen Perancis bahawa tiada rekod antara 1999 hingga 2006, Altantuya ke sana,"

Rakan blogger Gelombang Wangsa Maju juga sebelum ini telah 'debunked' fitnah-fitnah yang dibuat oleh pembangkang mengenai kaitan Najib dengan pembunuhan Altantuya . Antara point yang penting ialah (baca entri penuh di sini);

"Akuan Bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam hasil gerak kerja Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, M Puravalen, yang menuduh Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya sememangnya dirancang oleh Anwar ... GWM cukup pasti ... 100 peratus."

Semua fakta-fakta dan pengakuan-pengakuan yang telah dikeluarkan sebelum ini cukup untuk menafikan keterlibatan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Oleh itu, apa saja peranan si Deepak dengan pengakuan bersumpah Balasubramaniam bukan lagi menjadi satu isu kerana selepas pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Nordin dan Raja Petra sendiri menunjukkaan Najib dan Rosmah tidak terlibat . Dan pengakuan mereka ini juga selari mengatakan ada 'tangan' di pihak Pakatan mengarahkan fitnah itu dibuat . Dan rakan blogger Gelombang Wangsa Maju cukup yakin mengatakan R. Sivarasa dan Anwar Ibrahim adalah 'Tok Dalang' dalam merekayasa fitnah ini. Apa yang cuba dilakukan sekarang ialah untuk mengelirukan rakyat dan 'damage mitigation' terhadap fitnah mereka yang dah terkantoi sebelum ini .

Tuduhan kedua , juga dari portal Malaysiakini ;

"Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan."

Sejauh mana kebenaran tuduhan beliau tak lah dapat dipastikan, cuma apa yang kita tahu beliau adalah seorang ahli perniagaan yang gagal dan mempunyai macam2 masalah . Beliau mengaku mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Najib . Tetapi apa yang selalu berlaku apabila seorang ahli perniagaan mempunyai rakan-rakan berpengaruh dalam politik ialah mereka akan 'menjual' nama pemimpin2 yang kononnya bersahabat dengan mereka untuk kepentingan perniagaan . Menurut Deepak, kononnya urusan perniagaan dipermudahkan kerana beliau banyak 'menyumbang' kepada keluarga Najib . Tanggapan yang cuba dibuat ialah Deepak 'merasuah' keluarga Najib dalam usaha beliau untuk memudahkan segala urusan perniagaan beliau . Sekiranya perkara ini benar , kenapa beliau masih berhadapan dengan masalah kebankrapan dan lain-lain perniagaan? Jelas nampaknya situasi Deepak hanya memberi tekanan kepada diri beliau , dan jalan keluar ialah menjadi pecacai bagi PR untuk mencipta satu lagi fitnah kepada Najib dan isteri.

Orang seperti Deepak sama macam parasit2 UMNO yang kini menyertai Pakatan . Situasinya sama , apabila diri terasa dipinggirkan dan gagal membuat apa2 keuntungan lagi , maka jalan keluar ialah dengan menyertai pihak yang satu lagi yang kita lihat memang sentiasa mengalu-alukan manusia-manusia berstatus pengkhianat ini . Tak hairan pengkhianat2 memang diterima dalam Pakatan kerana pemimpin mereka itu sendiri adalah seorang pengkianat . Modus operandi bagi seorang pengkhianat dalam apa2 perang sekalipun adalah agak sama iaitu menyebarkan maklumat palsu kepada umum dalam membentuk satu persepsi . Apabila persepsi ini menjadi semakin kuat di kalangan umum , mereka akan mula mencampur adukkan antara fitnah dan realiti . Walau bagaimapun tak mustahil , topeng yang digunapakai oleh pengkhianat talam dua muka ini akan terdedah juga bila tibaa masanya. Bidaman

Akhbar Suara Keadilan Dedah Kekayaan Rosmah Mansor


Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut. Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.

Dan nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang kerajaan. Maka, Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.

Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat. Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.

Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut, “Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000.”

Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.

Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut ‘sedap rasa’ si penulis.

Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding jam. Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali?

Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar, maka kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja sedemikian besar hanya untuk sebuah jam. Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke luar negara, sepertimana kelaziman seorang VIP.

Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari pihak tertentu.

Desakan PR agar Datin Seri Rosmah mengisytihar harta amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali setahun? Jika setiap perbelanjaan Datin Seri Rosmah dikatakan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR tersebut? Apakah mereka selama ini bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor? Atau wang Soros? atau wang Yahudi?

Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet, perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau kelulusan. Oleh itu, adalah mustahil bagi Datin Seri Rosmah untuk ‘mencekau’ wang kerajaan atau wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat demikian.

Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi. Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.

Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan Datin Seri Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang boros. Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati.

BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri. Buktinya, ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa. Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus dengan baik.

Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh. Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi pilihanraya.

HOT BEB..!!!!! Blogger Omak Kau Dah Tak Betul Bangang Meroyan...!!!

alt

Semalam tersebarnya gambar Datin Sri Rosmah bersama pelajar-pelajar tahfiz ketika rumah terbuka Datuk Sri Noh Omar.

Gamar-gambar itu telah dimainkan blogger pembangkang yang terlalu bencikan Datin Rosmah dan gambar tersebut telah diputar belitkana ceritanya sehinggakan Harakah pun tersalah jugak.


alt

Blogger tersebut tidak sepatutnya memainkan gambar itu tampa penjelasan dan pengetahuan dari mana-mana pihak.



Hari ini Blogger yang terlalu bangang meroyan itu telah diserang bertubi-tubi apa bila KLPOS.COM  menyebarkan gambar Datin Rosmah bersalaman dengan pelajar tahfiz dan artikel balas kepada Harakah. dengan itu bloger bangang meroyan pun membuat artikel membela diri dan menyalahkan KLPOS jugak dan Papa Gomo.

Apa yang pelik artikel membela dirinya itu adalah salah sama sekali tidak betul kepada siapa blogger bangang meroyan tu nak salahkan??, adakah blogger tersebut suda tidak betul??

Masa Bila pulak KLPOS.COM bertukar kepada KLPOS.BLOGSPOT..!!!!

Sememangnya blogger Omak Kau..!!! perempuan gila meroyan ini sudah tidak betul..




HOT BEB..!!! ROSMAH MANSOR TAKMENGAKU ANAK - Farid Ismeth


Rupanya juak-juak pembangkang masih lagi belum berpuas hati dan terus menerus melakukan fitnah terhadap Farid Ismeth Emir.

Tohmahan dan fitnah terbaru ini kononnya mereka mempunyai bukti sijil perkahwinan Farid Ismeth Emir pernah berkahwin dengan DS Rosmah Mansor.

Tidak cukup di situ, fitnah ini turut dikaitkan dengan sijil kelahiran Azrene Soraya Abdul Aziz merupakan bukti kukuh Farid Ismeth Emir pernah berkahwin dengan DS Rosmah Mansor.

Tidak pula ditunjukkan mahupun didedahkan sijil perkahwinan dengan DS Rosmah Mansor mahupun sijil kelahiran Azrene Soraya Abdul Aziz ini kepada umum.

Bunuh diri ... bunuh diri jika menunjukkan sijil kelahiran Azrene Soraya kerana wanita ini bukan dibintikan kepada Farid Ismeth Emir, namun dibintikan kepada Abdul Aziz.

Langkah dan provokasi berterusan dilakukan dengan mengugut Farid Ismeth Emir melalui sms.


HOT BEB..!!! Rakaman Sulit Bekas Skandal Rosmah..!!!



Bayangan Maut Rosmah Mansor Dan Farid Ismeth, "Luka Lama Berdarah Kembali"..!!!

 
Pembongkaran kisah silam rosmah dan Farid Ismeth akan terjawab.

Dah lama isu Rosmah Mansor berkahwin dengan pembaca berita RTM 1 Farid Ismeth Emir dimainkan oleh gerombolan jentera media baru pembangkang. Malah serangan yang dilakukan bukan sekadar cerita biasa malah sampaikan mewujudkan dokumen, gamar edit dan sebagainya dalam melakukan kerja terkutuk mereka ini.

Rosmah Mansor Ajar Mat Rempit Kerana Sayangkan Bangsa Melayu..!!!


Kem Perkasa Remaja yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memberi peluang pekerjaan kepada para peserta sejak siri pertama program ini dianjurkan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, seorang daripada peserta Kem Perkasa Siri 1 program telah bekerja di Outward Bound Lumut sebagai Pembantu Infrastruktur manakala majoriti daripada mereka bekerja di syarikat pembinaan, permotoran dan berniaga sendiri.

"Kem Perkasa Siri 2, seramai 11 orang telah bekerja sebagai anggota Polis Bantuan Felda, seorang sebagai chef di D'Saji Felda, manakala dua orang lagi sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Lim Kok Wing dan Institut Kemahiran Belia (IKBN).

"Seramai 13 orang daripada peserta Kem Perkasa Siri 3 kini sedang menuntut di IKBN di pelbagai tempat dan mereka dilaporkan telah memperoleh keputusan yang cemerlang dan ada yang menjadi penggerak persatuan di institut mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Kem Perkasa Remaja Siri 4 di Panggung Seni, UKM di sini hari ini.

Menurut Rosmah, kesemua peserta Kem Perkasa Siri 4 telah berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di IKBN mengikut bidang yang diminati oleh para peserta.

"Harapan negara ini banyak tertumpu kepada generasi muda dan kerajaan telah meletakkan sasaran untuk melahirkan generasi muda yang maju ke hadapan (forward looking), berpacukan akademik dan berjaya dalam kerjaya," ujarnya.

Sehubungan dengan perkara itu, kerajaan telah memberikan tumpuan khas kepada golongan remaja untk dibantu bagi mengubah masa depan mereka dalam pembangunan Rancangan Malaysia ke-10.:- KLPOS

Saya Bukannya Berjawatan Presiden Sesebuah Parti Mecam Belah Sana Tu - Rosmah Mansur


HINA... HINA dan terus HINA. Betullah.. Mungkin kena bagi Anwar jadi PM baru kita tahu betapa diktatornya Wan Azizah dan pada masa itu, kita akan teringat penghinaan kita terhadap Rosmah. Setelah 2 minggu diam membisu berkenaan isu cincin bernilai RM 24 Juta, akhinya beliau menjawab kontroversi tersebut.

Bagi beliau, tidak ada sebabnya kita perlu cepat melatah jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar. Kerana orang yang panik dan menggelabah menjawab sesuati isu, akan mencerminkan identiti seseorang dengan tuduhan yang dilemparkan.

Beliau menjawab isu ini pun setelah dinasihatkan beberapa rakan kerana tidak tahan mendengar mainan fitnah yang dimainkan pihak pembangkang. Jawapan Rosmah terhadap pertanyaan wartawan mengenai isu ini amat tepat, Tapi agak pelik kerana ianya tidak dikeluarkan kebanyakan Media Portal.

"Adalah lebih wajar bagi saya sebagai isteri kepada Perdana Menteri menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar. Itupun orang marahkan saya juga. Buat kerja amal pun marah. Bila saya slow down sikit dikata saya beli cincin RM24 Juta pula. So? Saya rasa lebih baik saya teruskan nilai murni saya ini. Kerana saya hanya mangsa serangan politik sahaja. Walhal saya bukannya berjawatan Presiden sesebuah Parti mecam belah sana tu (Wan Azizah). Saya tidak perlu gentar bergiat aktif melakukan kerja2 amal sebegini. Kerana ini sebenarnya karier seorang Isteri Perdana Menteri."

Go Ahead. Makin dilayan Pembangkang ni makin menjadi2. Sehinggakan Pembangkang berjaya meracuni minda penyokong BN. Ini baru bergiat aktif dalam NGO. Bagaimana pula jika Rosmah jadi Presiden UMNO? Macam PKR.

 Presiden Parti isteri kepada Anwar Ibrahim. Itu yang akan berlaku jika Anwar menakluki Malaysia. Mungkin mentaliti rakyat Malaysia melihat dari sudut zahir semata2. Orang yang memakai sopan, bertudung dan bersuara lemah lembut dianggap baik. Tapi batin tak siapa yang tahu. Mungkin tak perlu tahu kot. So lepas ini, sape2 nak cover penyelewengan, skandal, rasuah dan aktiviti seks luar tabii, mesti menonjolkan penampilan yang dilihat sebagai pemimpin Islam Macam Anwar.

 Pemimpin kenalah hipokrit sikit. Pakai je. Mesti orang tak syak bukan2 punya. Tengok Anwar masa dalam UMNO. Pemimpin Islam. Berwatakan baik. Isteri lemah lembut. Begitu? That's what we call A New Strategy of Political in Malaysia. Isnt it. Tapi, explain dan cakap la apa2 pun, totok2 PKR ni takkan percaya punya. Kalau percaya pun terpaksa buat2 tak percaya. Da kata TOTOK Anwar.

Pendedahan Pembelian Cincin Rosmah...


Jom kita lihat bukti dan pendedahan, KLIK  DI APA

Rosmah Mansor - Datuk Rosli balas Serangan Pembangkang.



Datin Seri Rosmah kata beliau seorang wanita yang mempunyai Visi dan Misi tersendiri dalam melahirkan generasi baru yang lebih berdedikasi dan bertamadun. Melalui penubuhan PERMATA, memperlihatkan ketelusan beliau dalam mendidik anak-anak Malaysia ke arah berilmu dan berdaya maju di masa akan datang.
Datuk Rosli yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun turut mempersoalkan tindakan Pemimpin-Pemimpin PKR pimpinan Anwar yang mendakwa Datin Seri Rosmah seorang isteri yang bertindak mencampuri urusan suaminya.  Selanjutnya KLIK DISINI

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive