Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

Manifesto Bukan Janji, Tawaran Mega PR Hanya Janji Ditaburi


Manifesto bukanlah satu perjanjian, demikian kata-kata keramat yang terpancul keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pada 29 Ogos 2012 yang lepas ketika mengulas tuntutan rakyat Selangor yang mahu tunggakan air percuma berjumlah RM300 juta dilangsaikan oleh Kerajaan PKR Selangor.

Maksud pemimpin PR itu ialah apa sahaja yang termaktub dalam manifesto yang dicanangkan oleh PR bukanlah satu bentuk perjanjian yang wajib dipenuhi sebaliknya ia hanya satu umpan politik semata-mata untuk mengaburi mata pengundi.

Jika sekalipun ia sebenarnya adalah satu janji, namun ia sekadar untuk ditaburi, boleh sahaja bila-bila masa diingkari dan bukannya satu kemestian untuk dipatuhi.

Mungkin menyedari sebahagian besar rakyat masih mengingati kata-kata keramat pemimpin PKR itulah agaknya maka semasa pakatan pembangkang menghimpunkan penyokong mereka di Dataran Rakyat, Kompleks Pas Pahang, Kerdau sehari dua lepas perkataan MANIFESTO dan JANJI diganti dengan perkataan TAWARAN MEGA.

(Diulangi sekali lagi, TAWARAN MEGA dan bukannya JAM OMEGA. Harap baca betul-betul).

Dalam perhimpunan politik penuh retorik yang dihadiri sekitar 7,000 orang penyokong PR itu (media propaganda PR dakwa 20,000 dan 30,000 yang hadir), Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah mengumumkan Tawaran Mega 3+6 meliputi peringkat pusat dan negeri.

Antara kandungan tawaran mega peringkat pusat itu termasuklah melibatkan penempatan generasi kedua Felda, pembayaran royalti 20% dan isu prasarana kemudahan perhubungan.

Diikuti enam tawaran peringkat negeri membabitkan penyediaan lot rumah dan penstrukturan kampung baru, permohonan tanah, isu tanah Orang Asli, penurunan cukai pintu dan sistem tender terbuka.

Melihat pada respon sesetengah penyokong PR yang terlopong mendengar segala tawaran itu sambil bertepuk tangan, mudah untuk kita fahami itu tandanya mereka mudah tertipu dengan retorik terbaru Anwar dan gerombolannya.

Namun bila diperhatikan ramai juga penyokong PR yang lain hanya sekadar tersengih sinis semacam mendengar penjual ubat di jalanan menjual temberang, itu maknanya dah ramai juga penyokong PR yang semakin menyedari tipu daya pemimpin mereka.

Sama ada ia satu manifesto, janji politik atau tawaran mega itu dan ini, maksudnya tetap sama, bunyinya saja berlainan. Hakikatnya reputasi Anwar dan gerombolan pemimpin PR dalam bab menabur janji sana sini sudah terkenal seantero dunia.

Di Selangor, Kedah, Pulau Pinang mahupun Kelantan sehingga kini tiada satupun pendidikan percuma hatta untuk anak-anak yang bersekolah di tadika pun masih perlu membayar yuran bulanan dan yuran pendaftaran tahunan.

IPT kelolaan Kerajaan PKR Selangor yang hanya dua buah itu pun tak termampu untuk diberi pendidikan percuma malah Kedah yang memiliki sebuah IPT pun tak tertanggung yuran pengajiannya oleh Kerajaan PAS Kedah, ada hati lagi nak kelentong orang ramai dengan janji baru yang ditaburi.

Ibu tunggal yang dijanjikan elaun bulanan sampai sekarang tertanya mana perginya janji yang ditaburi. Gaji minima RM1100 yang diwar-warkan sampai sekarang tak terlaksana di Selangor, Kedah, Penang ataupun Kelantan.

Ini semua realiti dan hakiki bila kita membicarakan janji PR. Bagi mereka segala janji manis sama ada yang termaktub dalam manifesto, pengisytiharan di pentas politik mahupun janji yang ditaburi di media-media, semuanya sekadar untuk mengaburi mata khalayak sahaja.

Pakatan Rakyat Sekat Bekalan Utama Rakyat..!!!

Antara tanggungjawab utama sesebuah kerajaan ialah menyediakan keperluan asas kepada rakyat. Dan sebagai makhluk Allah SWT yang bernyawa, tiada apa yang lebih ‘asas’ daripada air iaitu elemen utama untuk memastikan kita terus hidup.

Tanpa air, semua benda yang bernyawa akan mati. Rakyat Malaysia adalah bertuah kerana bumi kita dianugerahkan dengan cuaca yang ‘seimbang’ iaitu tidak ekstrem. Kita tidak perlu risaukan kemarau berterusan mahupun ancaman sejuk yang keterlaluan. Hujan dan panas berselang-seli memastikan tanah subur sehinggakan mustahil bagi rakyat Malaysia yang paling miskin sekali pun untuk mati kebuluran.

Mengambilkira hakikat ini, maka kegagalan kerajaan sesebuah kerajaan negeri di Malaysia untuk memastikan rakyat dapat menikmati sumber asas kehidupan ini dengan sempurna, membuktikan kelemahan mereka yang ketara.

Bukan satu kebetulan apabila kesemua negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat berhadapan dengan masalah bekalan air: Selangor dengan masalah air tidak cukup kerana kerajaan negeri berdegil enggan menerima penyelesaian yang diputuskan oleh kerajaan pusat iaitu melalui projek Langat 2.

Kedah dengan kenaikan tariff air secara mendadak dan melambung sejak diambil-alih PAS walaupun antara janji PR sebelum menang pilihanraya adalah menurunkan tariff air. Dan mungkin kerana mendapati pendapatan dari kenaikan tariff tersebut masih belum cukup, kerajaan PAS Kedah kini memutuskan untuk mengenakan bayaran ke atas Pulau Pinang atas bekalan air yang disalurkan oleh Kedah ke negeri tersebut.

Maka, melentinglah kerajaan Pulau Pinang apabila kerajaan PAS Kedah memasukkan jangkaan pendapatan dari penjualan air itu iaitu RM20 juta, ke dalam pembentangan bajet negeri itu baru-baru ini. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kerajaan PAS Kedah langsung tidak berbincang dengan pihaknya mengenai perkara itu sekali gus menunjukkan yang tindakan kerajaan Kedah memasukkan angka tersebut ke dalam bajet bolehlah dianggap penipuan dalam pembentangan, kalau pun tidak percubaan memperdaya kerajaan Pulau Pinang.

Semua masalah ini tidak pernah timbul ketika atau jika Barisan Nasional masih memerintah negeri-negeri itu. Hanya apabila PR mengambil-alih maka semuanya menjadi kelam kabut, keliru dan buntu.

Begitulah halnya dengan Kelantan yang telah 22 tahun diperintah oleh PAS. Selama 22 tahun, kerajaan ‘Islam’ PAS terus-terusan gagal menguruskan keperluan paling asas ini sehingga menyebabkan rakyatnya menderita dan terpaksa mencari berbagai-bagai alternatif untuk mendapatkan jangankan air bersih, tetapi juga air itu sendiri.

Jika sepenggal, mungkin kita boleh menerima alasan dari kerajaan negeri, tak kira apa jua alasannya. Tetapi jika sudah 22 tahun, iaitu lebih 4 penggal masih tiada perubahan, maka sahlah bahawa kerajaan PAS Kelantan tidak tahu atau tidak mahu menyelesaikan masalah tersebut. Menafikan, menepis atau menuding jari ke serata arah atas kegagalan selama 22 tahun hanya menguatkan lagi pengesahan tersebut.

Air bukan sahaja elemen asas untuk hidup, tetapi juga ia adalah elemen penting dalam Islam kerana ia membawa bersamanya simbol kebersihan. Islam adalah agama suci, kerana itu Islam meletakkan kebersihan sebagai perkara paling utama. Tidak ada maknanya kita bersolat jika kita tidak berada dalam keadaan bersih. Hanya agama Islam yang mengkategorikan kotoran serta menetapkan cara pembersihan. Dalam beberapa hal, pembersihan untuk tujuan penyucian memerlukan lebih dari sekadar tindakan, tetapi juga lafaz niat yang betul.

Ini kerana Islam bukan agama luaran atau sekadar di kulit, tetapi dalaman yang letaknya di dalam iman di hati dan pemikiran di minda yang membentuk roh yang tidak dapat dilihat.

Dalam Islam, kita perlu bersih dahulu sebelum dapat mesucikan diri.

Justeru, sebagaimana pentingnya air untuk hidup, begitulah juga pentingnya bersih dalam Islam.

Mungkin bukan satu kebetulan apabila semua negeri Pakatan Rakyat mengalami masalah dalam isu air. Mungkin ia satu petunjuk kepada rakyat Malaysia tentang betapa kotornya pakatan mereka. Nampaknya, tidak mustahil PR akan tenggelam dalam isu air agar kita dapat membersihkan kembali negeri-negeri yang diperintah mereka.

Apakah Bala Yang Menimpa Masjid Masjid Al Bakri..??


Kampung Bukit Naga terletak di tengah-tengah antara Shah Alam dan Klang. Pentadbiran pihak berkuasa tempatan dibawah Majlis Bandaraya Shah Alam. Manakala untuk urusan tanah dibawah Pejabat Tanah dan Daerah Klang . Parlimennya pula di bawah P111 Kota Raja dan Dun N50 Sri Muda.


Hampir keseluruhan penduduknya beragama islam. Majoriti penduduk kampung adalah penyokong BN dan kampung itu boleh dikatakan lubuk BN. Untuk keputusan pilihan raya bagi peti undi Bukit Naga ia tidak pernah mengecewakan BN.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pihak PKR dan PAS sedang berusaha untuk menembusi kampung berkenaan dengan pelbagai majlis dan program. Namun setakat ini usaha mereka belum menampakkan kejayaan yang memberangsangkan.


Dalam usaha mereka untuk memikat pengundi-pengundi Bukit Naga, pada penghujung September 2012 PKR dan PAS telah membawa Anwar Ibrahim ke kampung berkenaan untuk bersolat maghrib dan meyampaikan kuliah maghrib di Masjid Al Bakri, yang juga menjadi landmark kampung berkenaan.

Walaupun penduduk-penduduk kampung tidak setuju dengan tindakan Anwar untuk menyampaikan kuliah dan menyatakan bantahan mereka namun pihak pentadbiran Masjid Al Bakri tidak mampu membuat apa-apa kerana arahan daripada kerajaan negeri.

Dalam masa yang sama mereka terpaksa melanggar titah Sultan Selangor agar orang-orang yang tidak mempunyai tauliah JAIS tidak dibenarkan mengajar agama di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor.


Ramai penduduk kampung yang tidak ke masjid pada hari berkenaan kerana tidak rela bersolat dengan diimamkan oleh Anwar Ibrahim. Ruang-ruang dalam masjid hanya diisi oleh penyokong-penyokong mereka yang datang dari luar yang mengikuti konvoi Anwar berceramah di sebelah petang.

Namun kini setelah sebulan berlalu satu perkara yang tidak dijangka telah menggemparkan penduduk kampung. Kira-kira tiga hari lepas iaitu pada 2 November masjid yang menjadi tempat seorang pengamal homoseksual yang berpura-pura alim menyampaikan kuliah maghrib tanpa disangka-sangka telah dimasuki air banjir.

Petunjuk ini jelas dan nyata. Semoga rakyat Malaysia khususnya yang beragama islam mengambil iktibar di atas apa yang berlaku. Jangan kita meletakkan seseorang yang bukan sepatutnya di tempat yang tidak patut kita letak.


Sumber Sel13......

Isu Selangor - Kerajaan Negeri Selangor Biarkan Rakyat Mati Kelaparan..!!!

alt

Selang seminggu selepas banjir kilat melanda di Klang, penduduk di kawasan Jalan Kebun dan Jalan Johan sekali lagi dilanda banjir kilat kira-kira jam 8.00 malam tadi, di sini.

Banjir kali ini enam jam tanpa henti telah mengakibatkan banyak harta benda musnah dan ramai di kalangan penduduk meninggalkan kediaman dengan sehelai sepinggang.

Lebih mengecewakan lagi, bantuan makanan dan tempat tinggal sementara tidak disediakan walaupun penduduk setempat telah meminta bantuan dari kerajaan negeri Selangor.

Penduduk merungut dan kecewa bantuan yang diminta seperti tidak dilayan oleh pihak kerajaan negeri malah dikalangan penduduk, ramai yang mengambil inisiatif mencari tempat tinggal sementara dan makanan.

Difahamkan, kalangan penduduk kecewa apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak turun meninjau keadaan mangsa banjir, seolah-olah kerajaan negeri lepas tangan dengan nasib penduduk setempat. KLPOS

Isu Selangor - 50,000 Penduduk Selangor Belum Dapat Air Percuma..!!

Seramai 50,000 orang dianggarkan masih belum mendapatkan air percuma iaitu sebanyak 20 meter padu daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, dijangka jumlah berkenaan akan bertambah apabila lebih ramai tampil dan mahu meminta pembelaan mengenai hak mereka.

"Kita juga menantikan penyelesaian yang dibuat dengan mekanisme jangka pendek dan panjang kerajaan Selangor. Namun, dilihat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti bereksperimen dengan rakyat.

"Rakyat nanti akan menghukum mereka melalui pilihan raya umum dengan menolak segala kecacatan dan kelemahan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas program penerangan kepada orang ramai tentang pelbagai program kerajaan di Pasar Borong Selayang Lama hari ini.

Beliau mengulas dakwaan kerajaan Selangor dan Abdul Khalid bahawa 711 orang yang memfailkan tuntutan hampir RM500,000 kerana tidak mendapat air percuma, tidak mempunyai hak untuk menyaman mereka.

Kedua-duanya, defendan pertama dan kedua dalam hujah pembelaan yang difailkan 12 Oktober lalu, turut menafikan pernyataan yang terkandung dalam notis tuntutan berkenaan.

Tambah Sohaimi, biar mahkamah sendiri menilai sama ada rakyat Selangor mempunyai hak untuk mendapatkan air percuma seperti yang dikatakan dalam manifesto mereka.

Suara Politik Taminsari

Isu Selangor - Sultan Selangor murka Kerajaan Selangor Jual Aset PKNS...!!!


AL-KISAH baginda Sultan Selangor yang memerintah negeri makmur dan kaya Selangor Darul Ehsan dikatakan teramatlah mengambil berat mengenai nasib PKNS. PKNS ialah sebuah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan membina rumah-rumah mampu milik khususnya untuk orang miskin bandar, terutamanya orang Melayu.

Itulah asas penubuhannya sejak puluhan tahun lalu. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar dan tinggal di pinggir KL ditawarkan menghuni rumah-rumah murah PKNS.

Ada yang tinggal di flat-flat, ada di rumah-rumah teres. Ruang niaga juga dibina bagi memberi peluang orang-orang Melayu berniaga kecil-kecilan.

Dengan membangunnya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor, rumah-rumah PKNS didirikan di merata seksyen. Ia memberi kemudahan kepada orang Melayu tinggal.

Orang-orang Melayu tidak mampu tinggal di banglo-banglo mahal di Petaling Jaya atau Bukit Damansara atau Subang Jaya maka terbinalah rumah-rumah PKNS di kawasan Datuk Keramat di Kelana Jaya, di Ampang, Shah Alam serta di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.

Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda baginda Sultan sekarang amat gembira dengan perkembangan itu. MAsjid biru yang diberi nama almarhum dibina dan dikelilingi tasik indah. Bagunan SUK yang juga diberi atas nama almarhum didirika di atas bukit. Shah Alam bagaikan bandar raya atas kayangan.

Almarhum kemudian mangkat dengan amannya(Al-Fatihah)

Kini anakanda almarhum mengambil alih takhta bersemayam.

Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika menjadi saksi bertapa majunya bandar raya Shah Alam, satu-satunya bandar raya paling tersusun dan terancang orang Melayu yang dibangunkan PNKS.

Tiada mana-mana bandar raya seumpamanya di Malaysia yang begitu berjaya seperti Shah Alam, selain Putrajaya.

Selama 50 tahun tiada masalah yang timbul dalam pentadbiran kerajaan Selangor juga PKNS. Tiada juga terdengar kekecohan pada Yayasan Selangor (YS). Tanah dan aset-aset PKNS dan YS sangat banyak di merata lembah kelang dan cukup strategik. Sebahagian besar tanah itu dibeli oleh entiti-entiti tersebut mahupun dikurniakan oleh Sultan Selangor.

Nilai hartanah kedua-dua entiti ini cukup mahal. Ia termasuklah mercu bangunan Yayasan Selangor di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Kononnya bangunan itu dulu cuba disunting DAP untuk dijadikan ibu pejabat parti. Namun cubaan itu dikatakan gagal.

Semangat Menteri-Menteri Besar Selangor terdahulu yang diterajui oleh pimpinan UMNO tetap utuh untuk mempertahankan entiti-entiti ini.

Nasib Melayu bandar jangan sama sekali diperjudikan. Para pemimpin dahulu sangat menitikberatkan soal geopolitik orang Melayu dan ketompokan kawasan pilihan raya orang Melayu. Ia bagi memastikan 'survival' politik Melayu terus kekal di kawasan-kawasan pinggir Kuala Lumpur.

Shah Alam kini yang menjadi kubu geopolitik paling kukuh oleh Melayu telah berubah. Sejak Selangor diperintah secara face to face oleh DAP, banyak perubahan telah berlaku. MBnya sekarang ialah Melayu tetapi kuasangan dipegang oleh tangan-tangan DAP. Pas dan para pemimpinnya pula hanya menang berceramah dan bersorak.

Para pemimpin DAP telah berada dalam lembaga pengarah entiti-entiti Selangor itu. Mereka ada dalam lembaga pengarah PKNS, dalam SACC(pusat Konvensyen Shah Alam yang dibina di zaman Dr. Khir Toyo) dan dalam entiti yang lain.

Mereka sudah tahu kekuatan dan kelemahan entiti-entiti itu.

Baru-baru ini al-kisah dimaklumkan bahawa KBDYMM baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah memanggil Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, yang popular sebagai OO, untuk menghadapnya.

Baginda amat mengambil berat soal PKNS sebagaimana almarhum ayahanda baginda telah bertanya mengenai perkembangan perbadanan itu dan kepentingan orang Melayu.

Al-kisah baginda menasihatkan supaya PKNS dipelihara dan dikekalkan falsafah penubuhannya. Kuota Bumiputera harus dipertahankan. Itu ingatan Tuanku Sultan.

OO pun dengan penuh yakin berkata semuanya baik-baik belaka Tuanku. Semuanya OK Tuanku!

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba meletup berita dalam akhbar, yang menurut puak-puak Pas akhbar-akhbar itu hanya menjual fitnah, bahawa lima aset PKNS akan dijual.

Ia termasuklah Kompleks PKNS di Shah Alam yang menjadi ikon bandar raya itu. Kompleks PKNS adalah umpama Kompleks Pekan Rabu Alor Star. Para pelawat ke bandar raya itu pasti akan wajib singgah di situ. Kononnya Kompleks itu dijual dengan harga RM85 juta.

Aset-aset lain yang kononnya akan dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan wisma Yakin (7 juta).

Pacal yang hina pastinya akan beranggapan Tuanku Sultan sudah tentu akan murka mendengar kisah ini.

Apa sudah jadi, OO kata semuanya OK. kini KO pula?

Jika dijual apa akan jadi kepada PKNS? Apa akan jadi kepada peniaga Melayu di kompleks-kompleks itu? Sudah tentu pembeli baru aset-aset itu akan menaikkan sewanya? siapa yang akan membelinya?

Jika dijual, walaupun kepada anak syarikat PKNS sendiri, adakah falsafah asal PKNS akan dicairkan dan kepentingan orang Melayu tidak dikisahkan lagi?

Adakah kelemahan sudah diketahui dan ini caranya untuk melunturkannya?

Benarkan sebuah syarikat ditubuhkan untuk membeli aset-aset itu. benarkan ia dijual kepada Private Real Estate Company (PREC)

Al-kisahnya pihak-pihak yang mahu membeli aset itu telah meminta diserahkan geran-geran supaya transaksi boleh diteruskan dan ditukar nama.

Tapi di dalam PKNS bukan semuanya seperti 'puak-puak itu'.

Ada pihak dalam PKNS yang masih bersemangat waja. Mereka melambat-lambatkan transaksi itu. Pemberian geran-geran itu untuk transfer dilengah-lengahkan. Mereka amat bimbang dengan penjualan ini. Mereka amat bimbang apa akan jadi akhirnya kepada PKNS?

Hati mereka ialah sewaja para pemimpin terdahulu. Sewaja semangt roh Tuanku Sultan dan Almarhum Tuanku Sultan. Sewaja MB-MB terdahulu, termasuk semangat waja pengasas PKNS yang juga bekas MB selangor, Allahyarham Tan Sri Harun Idris.

Satu sumber dalaman PKNS, yang bersemangat dan berhati waja membuat pendedahan yang lebih dasyat kepada Utusan Malaysia hujung minggu lalu.

Kerajaan Selangor naungan DAP dikatakan bukan mahu jual lima sahaja aset PKNS, tetapi kesemuanya.

Menurut sumber itu, sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREc dan di dalam perancangan meraka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu,

Menurut sumber itu, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.

Hairan, jika dikatakan tidak untung tahun lalu PKNS membayar lima bulan bonus kepada kakitangannya.

Saya berharap PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan sehingga mengorbankan falsafah asalnya.

Persoalannya : Adakah wang penjualan itu yang dicairkan, kemudiannya akan disalurkan ke tabung-tabung politik?

Pilihanraya sudah dekat. wang kena pakai banyak.

Itu hanyalah pendapat umum yang dikutip oleh pacal yang hina ini.

Akhir kata, Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun. Sembah Patik Harap Diampun Pacal yang hina ini mohon berundur diri. Utusan

Isu Selangor - Khakid Ibrahim Membisu Laporan Audit Negara...!!!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dicabar untuk menjawab segera kelemahan kerajaan negeri yang terkandung dalam Loporan Ketua Audit Negara.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, pendedahan itu berkaitan skim Tawas, tukar syarat tanah, penyelenggaraan jalan dan penyata tunai.

Katanya, tindakan Khalid berdiam diri jelas sekali menunjukkan sikap kerajaan negeri yang angkuh, ego dan cuba menutup kelemahan.

"Saya telah membangkitkan empat isu itu baru-baru ini tetapi kerajaan negeri masih cuba berdolak-dalik. Ini bukannya isu yang direka oleh BN dan kami mahukan penjelasan," katanya seperti dilaporkan portal The Malaysian Times (TMT) hari ini.

Katanya, Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid. Utusan

Isu Selangor - Rakyat Selangor Masih Di Sampahkan Oleh Kerajaan Negeri...!!!!


Setahun lalu bahu jalan di simpang Jalan Kampung Tengah, Kanchong Bengkok di sini yang dipenuhi sampah telah dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun tabiat dan amalan membuang sampah secara 'pandu lalu' di kawasan berkenaan berulang lagi. Papan tanda amaran dilarang membuang sampah yang dipasang di kawasan berhampiran pula dianggap tidak lebih sekadar perhiasan.

Tinjauan wartawan orang ramai yang melalui kawasan tersebut terpaksa menghidu bau busuk yang datang dari timbunan sampah berkenaan selain pemandangan menyakitkan mata dapat disaksikan apabila pelbagai bahan buangan seperti sisa makanan, perabot lama dan bahan sisa pembinaan bertaburan di sepanjang 100 meter jalan tersebut.

Seorang pengguna laluan tersebut Hanif Mahfuz, 24, berkata, dia hairan mengapa kawasan yang dilalui oleh orang ramai boleh dibiarkan menjadi kawasan membuang sampah pandu lalu sedangkan lokasi itu begitu hampir dengan kawasan perumahan.

Menurutnya, kawasan itu menjadi tempat pembuangan sampah disebabkan keadaannya agak sunyi selain jarang dilalui orang pada waktu tertentu terutama pada waktu malam.

''Sampah yang bertaburan semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan udara di sini berbau busuk selain menjadi tempat pembiakan lalat," katanya. ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dia berharap agar orang ramai menghentikan tabiat membuang sampah secara pandu lalu di kawasan itu kerana perbuatan buruk itu bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar malah mengundangkan penyebaran penyakit berjangkit.

Seorang pekerja swasta, Ryzaki Sidek ,39, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bertindak terhadap tindakan tidak bertanggungjawab yang mungkin dilakukan oleh orang luar.

Dia yang sering menggunakan laluan itu ke pekan Banting memberitahu, kejadian itu sudah berlarutan selama beberapa bulan setelah kawasan itu dibersihkan setahun yang lalu.

''Saya pun tidak faham mengapa ada orang yang sanggup membuang sampah dengan begitu mudah seolah-olah melepaskan tengkuk sendiri semata-mata.

''Sepatutnya orang yang membuang sampah berfikir dahulu sebelum membuang sampah merata-rata kerana perbuatan itu jelas memaparkan sikap mementingkan diri dan kebersihan rumah sendiri semata-mata," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja swasta, Azimah Aripin berkata, perbuatan pihak tertentu membuang sampah seperti perabot dan kaca yang sudah pasti mengundang musibah sekiranya objek itu bertaburan di atas di jalan raya.

Katanya, PBT seharusnya membuat pemantauan dan membersihkan kawasan tersebut dengan segera kerana lokasi itu tidak jauh dari pekan Banting dan laluan alternatif ke kawasan peranginan Morib.

Suara Politik Taminsari

Isu Selangor - Peneroka Melutut Kepada Khalid Ibrahim Pullangkan Tanah...!!!

alt

Satu memorandum bantahan dihantar kepada kerajaan Negeri Selangor. Memorandum berkenaan adalah berhubung isu tanah bekas peneroka-peneroka di FELDA Sg. Buaya, Rawang, yang didakwa telah dirampas oleh kerajaan negeri.

Sesi penyerahan memorandum itu disertai dengan perhimpunan aman dihadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor oleh kira-kira 50 bekas peneroka FELDA terbabit.

Rata-rata bekas peneroka yang berusia sekitar 60-70 tahun itu merayu agar kerajaan negeri supaya memulangkan kembali tanah mereka.

Sebelum ini sekitar tahun 1994 seramai 363 orang bekas peneroka FELDA Sg. Buaya telah menubuhkan satu syarikat, Murni Jaya Development Berhad (MJD) bagi menjual dan memajukan tanah mereka.

Sehubungan dengan itu, MJD telah mengikat satu perjanjian usahasama dengan syarikat pemaju, Bandar Sungai Buaya Sdn Bhd (BSB) yang juga merupakan anak syarikat kepada Land & General Berhad.

Walaubagaimanapun masalah mula timbul apabila BSB tidak dapat meneruskan projek tersebut ketika kemelesetan ekonomi pada tahun 1998 yang memaksa MJD menamatkan perjanjian usahasama yang termeterai sebelum ini.

Sewajarnya, pihak BSB perlu mengembalikan kira-kira 1617 ekar tanah milik peneroka terbabit sebagai gantirugi sepertimana arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Mei 2005. Selanjutnya DI KLPIOS

PEMBANGKANG TIN KOSONG PENUH RETORIK SAHAJA...!!!!


Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.

Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.

Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.

Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan.

Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.

PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.

Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif. Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.

Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.

Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.

Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.

Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.

Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.

Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.

Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya.

Isu Selangor - Noh Omar Desak Khalid Ibrahim Melutut Kepada Rakyat Selangor...!!!!

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Selangor. Menurutnya, Menteri Besar Selangor itu sering berbohong dan memberikan kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Noh berkata, sebelum ini beliau mendedahkan bahawa Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sejak kerajaan negeri pakatan pembangkang mengambil alih, namun dinafikan oleh Abdul Khalid.

"Ketika itu, beliau (Abdul Khalid) mendakwa laporan kewangan Unisel sedang diaudit oleh juruaudit dalaman dan akan diumumkan keputusan Ogos lalu.

"Namun, sampai sekarang beliau gagal melakukannya. Hari ini terbukti apabila Laporan Audit 2011 keluar, ternyata dakwaan saya (mengatakan Unisel rugi) sebelum ini adalah benar," katanya.

Noh berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan Taj Mahal Agro Industries di sini semalam.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang mendedahkan kewangan Unisel mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM37.63 juta pada 2010.

Noh turut membidas Exco Pertanian Selangor, Mohd. Yaakob Sapari yang mengeluarkan kenyataan tanpa kajian dan turun padang.

"Beliau menuduh projek pengairan sawah padi yang dilaksanakan kementerian tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri.

"Namun, kenyataan Mohd. Yaakob itu dinafikan Pengarah Wilayah Barat Laut, Muhammad Nasir Khusairi yang mendapati projek tersebut sememangnya telah mendapat kelulusan," katanya.

Beliau berkata, sikap Mohd. Yaakob sama seperti Abdul Khalid yang hanya mahu mencari salah kerajaan BN terdahulu dan sengaja mempolitikkan isu.

"Kalau Mohd. Yaakob 'gentleman', dia juga kena minta maaf secara terbuka kerana menipu rakyat. Exco dan menteri besar sama sahaja," katanya.

Noh sebelum ini meminta kerajaan negeri tidak menghalang pelaksanaan projek pengairan di negeri ini dengan pelbagai kerenah birokrasi. Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hashim Abdullah dan Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Anuar Kasman.

Perjanjian itu ditangani bagi menjalin kerjasama antara Nafas dengan Taj Mahal dalam meningkatkan bekalan makanan untuk haiwan ternakan. Beliau berkata, Abdul Khalid tidak layak menerajui Selangor kerana sering bercakap putar-belit dan tidak jujur kepada rakyat.

"Saya cabar Abdul Khalid membuat kenyataan bahawa laporan audit itu bohong. Bagaimana beliau mahu mentadbir Selangor kalau asyik menipu sahaja?," katanya dengan nada sinis. Sumber - Belantan

Khalid Ibrahim Pening Kepala Rakyat Saman Lagi....!!!!!


alt

Penghuni Pangsapuri Selayang Height hari ini bertindak menuntut hak mereka terhadap kerajaan Negeri Selangor berhubung pemberian air percuma.

Penghuni Pangsapuri Selayang Height yang mengandungi kira-kira 500 unit rumah itu mula bertindak menyaman kerajaan Negeri Selangor kerana mendakwa mereka ditipu dalam janji manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan penduduk (memfailkan saman) bertujuan untuk mendapatkan hak mereka yang selama ini sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.

"Kita (GPRS) bersama rakyat ingin menegakkan hak mereka. Rakyat terutamanya di Selangor mula sedar mereka ditipu kerajaan negeri yang didakwa gagal menunaikan janji," katanya ketika sesi penerangan kepada penduduk di sini hari ini.

Selain itu, Sohaimi turut menegaskan bahawa tuntutan yang dilakukan oleh penduduk bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri.

"Ini bukan tindakan GPRS mahupun UMNO, tetapi atas kesedaran rakyat yang selama ini merasa tertipu dengan permainan politik parti pembangkang yang bertopengkan slogan 'Kerajaan Berkebajikan'," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Selayang Heights, Adnan Ahmad berkata, penduduk mula rasa kecewa terhadap kerajaan negeri yang dilihat tidak serius dalam menepati janji.

" Tunaikanlah janji ketika manifesto pilihanraya lepas," katanya.

Ronnie Liu Songlap Duit MPK RM5 Juta...??

Masalah banjir yang acap kali berlaku di beberapa kawasan sekitar di sini telah menimbulkan kemarahan penduduk terlibat ekoran sikap tidak bertanggungjawab beberapa Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Presiden Persatuan Keadilan dan Kebajikan Masyarakat Selangor (JAWASS) L.P. Selvam berkata, tindakan tersebut lebih mengeruhkan keadaan setelah penduduk menerima maklumat bahawa Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menerima peruntukan RM5 Juta dari pihak Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu bagi menangani masalah yang dibangkitkan sejak sekian lama.

"MB Khalid memperuntukan RM 5 juta kepada MPK dan apa yang MPK buat dengan duit itu? Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Negeri yg bertanggungjawab melantik Ahli Majlis MPK dan bertanggungjawab untuk memberi penjelas kepada penduduk Klang tidak turun padang dan MB juga tidak turun padang," katanya kepada KLPOS pada Sidang bersama Penduduk Kawasan di sini hari ini. Klik Di KLPOS

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive