Showing posts with label 7WASIAT RAJA-RAJA MELAYU. Show all posts
Showing posts with label 7WASIAT RAJA-RAJA MELAYU. Show all posts

Manoharan Nak Mampos Pulak Agaknya...!!!!


Kenyataan biadap oleh pemimpin PKR Manoharan Malayalam yang mahukan bendera Malaysia ditukar. 

Hindu ini cuba menghasut pihak pakatan rakyat supaya menukar bendera Malaysia kepada bendera yang lain. Adakah hindu ini masih tidak sedar lagi dimana beliau berpijak dan duduk sekarang  sesuka hati nak mengarah orang lain pergi, seolah-olah mahu orang melayu  keluar dari negara ini.

Pada malam ambang kemerdekaan yang lepas  sekumpulan magkuk hayun telah berkumpul di dataran merdeka untuk menukar bendera Malaysia, kumpulan itu diketuai oleh Hishamuddin Rais yang melaung-laungkan mahu menukar bendera jalur gemilang denga sang saka malaya dan mengatakan kemerdekaan pada 31 Ogos adalah  satu malapetaka.

Sebab itu lah hindu Manoharan itu berani bercakap macam itu kerana ada pegkhinat bangsa sendiri yang mahu menukar bendera jalur gemilang, 


Kenyataan Kurang Ajar Terhadap Sultan Johor..!!!


GERAKAN TERANCANG ini tidak hanya tertumpu kepada individu pentaksub PAS ini sahaja, malah gerakan MENGHAPUSKAN INSTITUSI SULTAN DAN RAJA ini dijalankan secara sistematik dengan melakukan 'character assasination' terhadap para Sultan. Disini

Isu Kalimah Allah : Permohonan Gereja Ditolak

kalimah1axx

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak Permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Prosiding rayuan penuh oleh kerajaan dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 memandangkan keputusan tersebut dilakukan oleh pihak mahkamah.

16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. Rakyat News

Hina Sultan Perlu Dikenakan Tindakan Yang Keras...!!!


Penghinaan sebegini perlu diberikan pengajaran yang secukupnya kepada Ustaz Wan ..sampai bila Raja-raja Melayu kita perlu diperlakukan sebegini rupa? sudah banyak penghinaan dilakukan dan rakyat jelata masih lagi menggu apa tindakan terhadap penhkhianat-pengkhianat ini 

Perancangan yang dibuat bukan saja untuk menghapuskan pemerintahan beraja tetapi menghasut rakyat untuk melakukan demonstrasi jalanan bagi menghuruharakan negara ini.

Jika Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah tidak mengambil tindakan terhadap pengkhianat negara ini maka akan ada pengikut-pengikutnya yang lain akan menyusul menghina raja-raja Melayu.


Melayu Di Anjingkan..!!!!


A008

Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Surah

Sememangnya Syiáh Sudah Lama Bertapak Di Malaysia...


Persoalan ini memang banyak bermain di fikiran kita rakyat malaysia yang sememangnya majoriti rakyat Islam Malaysia adalah Ahlus Sunnah.Kewujudan Syiah di Malaysia ini memang berlaku dan semakin membimbangkan malah mungkin akan menjadi wabak di mana aliran syiah ini menular juga di universiti-universiti tinggi di Malaysia.

Sungguhpun kegiatan Syi’ah di Malaysia sudah banyak diketahui umum melalui pemberitaan akhbar-akhbar harian dan mingguan, polemik dan penulisan makalah melalui akhbar dan majalah, seminar- seminar, ceramah-ceramah, perbincangan dalam halaqah tertentu dan sebagainya, namun kiranya perlu lagi disebut di sini, di antaranya;

1. Sebuah akhbar berbahasa Melayu bertarikh 25-10-1983 me1apurkan bahawa sekumpulan rakyat Malaysia termasuk tiga orang guru agama di Selangor sedang giat menyebarkan ajaran Syi’ah dari Iran di negeri Selangor dengan cara pergi dari rumah ke rumah. Ahli-ahli kumpulan itu telah pergi ke Iran selama dua minggu atas bantuan pihak tertentu.

2. Akhbar-akhbar tempatan pernah menyiarkan bahawa kumpulan Syi’ah Imamiah telah wujud di Petaling Jaya dengan bilangan seramai 200 orang dan sebilangan mereka dihantar ke Pakistan dan Iran. Mereka juga mempunyai sebuah sekolah di Melaka.

3. Sebuah akhbar mingguan bertarikh 6-8-1983 memberitakan bahawa sejumlah ulama dan tokoh Islam dari Malaysia telah menghadiri Muktamar Alami lil Hajji tajaan Iran di Dakka Bangladesh pada 26 hingga 30 Jun 1983.

4. Pada 16- 7 -1984, bertempat di perpustakaan awam Kota Bahru telah di langsungkan seminar haji yang dihadiri oleh lebih kurang 300 orang peserta. Tujuannya untuk mempelajari haji mengikut risalah Imam Khomeini dan Muktamar Haji Alami. Seminar ini adalah sebagai lanjutan Muktamar Haji Alami, di India dan Bangladesh, tetapi ianya bersifat tempatan. Gambar- gambar Khomeini dan pemimpin-pemimpin Iran memenuhi ruang seminar.

5. Pada 19-7-1987 seminar haji kedua telah berlangsung di sudut penulis Dewan Bahasa dan Pustaka atas anjuran Pusat Pemikiran dan Media Islam Al Alami. Di antara resolusi-resolusi yang diambil ialah: bahawa haji mempunya dua dimensi, politik dan rohani. Haramain mesti ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa di bawah ulama Islam yang amat layak. Taat kepada Imam Khomeini adalah penting bagi menjamin kedaulatan Islam dan kenangan terhadap golongan umat yang tertindas dalam perjuangan menentang musuh Islam kini.

6. Sebuah mingguan Islam bertarikh 2-10-1987 melaporkan bahawa Syi’ah Imamiah telah hidup subur di kalangan ulama tertentu dan setengah mereka telah terpengaruh dengan fahaman itu. Selanjutnya mingguan itu menyiarkan pendapat seorang ulama dan toloh akademik yang disegani yang menyeru para alim ulama supaya jangan lagi bertolak ansur dengan kesesatan ajaran Syi’ah dan berusaha menulis buku-buku yang menunjukkan percanggahan aqidah Syi’ah dengan ‘aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

7. Penyebaran risalah-risalah Quds oleh Gerakan Pembebasan Al Quds Malaysia ke serata masjid-masjid dan tempat penting, yang memuat ucapan-ucapan para pemimpin revolusi Iran dengan komentar yang cukup memberangsangkan.

8. Memperingati Hari Quds Antarabangsa pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan 1407, dimana pengerusinya menyampaikan perutusan Imam Khomeini.

9. Ceramah-ceramah tokoh-tokoh yang berpengaruh untuk meyakinkan pendengar tentang penerimaan ummat Islam terhadap Syi’ah Imamiah seperti yang berlaku di beberapa tempat di pantai timur.
10. Penampilan makalah-makalah yang membela dan mempertahankan ‘aqidah Syi’ah melalui akhbar dan majalah tertentu.

11. Perbincangan dan kumpulan tertentu atau pengajian melalui halaqah tertentu untuk mendalamkan pengetahuan dan mengukuhkan keyakinan terhadap Syi’ah.

12.Penganut syiah juga dikatakan menular melalui Politik dan ini amat membimbangkan di mana jika Pemimpin tersebut yang dikatakan penganut syiah akan mula mengajak atau mempelawa para-para pengikutnya dengan ajaran syiah sesat di malaysia. PNT

ORANG MELAYU, BUMIPUTERA KENA AGRESIF DAN SERIUS

FAKTA ... Selama 56 Tahun Orang Cina TELAH MEMULAUKAN perniagaan Orang Melayu.

Melayu mahu pemimpin ada telur. Melayu mahu pemimpin punyai yang berani melunyai Ah Beng. Ah Beng perlu di ajar. Melayu mahu pemimpin berkurang ajar dengan mereka yang kurang ajar. Melayu mahu pemimpin yang berani katakan TIDAK. Melayu mahu pemimpin yang tak pandang lagi tuntutan melampau para Ah Beng.

Menarik LIBASAN (bukan kupasan) yang dipaparkan oleh blogger GAP. Artikel selanjutnya, klik GAP

Puak-puak KIASU sebenarnya semakin PANAS BONTOT dengan kempen BOIKOT BARANGAN CINA (BBC). Tidak menghairankan apabila peniaga-peniaga KIASU ini mula mengugut dan melancarkan kempen yang sama terhadap barangan keluaran ORANG MELAYU.

Sejak kempen yang dilakukan oleh beberapa NGO Islam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bloggers dan facebookers; puak-puak KIASU ini mula menuduh cadangan ini bersifat PERKAUMAN dan mampu memberi kesan kepada EKONOMI NEGARA.

Khas untuk ORANG MELAYU, jangan percaya dengan RETORIK puak-puak KIASU ini ...

Ini 'reverse psychology' untuk ORANG MELAYU yang lemah dan kurang berfikir. Ini juga 'reverse psychology' agar KANTUNG puak-puak KIASU masih terus bernyawa dengan SIFAT MURAH HATI ORANG MELAYU.

KANTUNG inilah yang digunakan untuk menghancurkan KUASA POLITIK Orang Melayu dan Bumiputera dengan cara MENGGULINGKAN Kerajaan yang ditadbir oleh ORANG MELAYU.

Lihat, analisa dan kaji carta Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 dibawah ini sebagai rujukan. Fakta dan angka tidak akan berbohong dan tidak mampu berbohong.


1) Anggaran 61.3 peratus (17.35 juta orang) adalah ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA yang beragama Islam merupakan penduduk di negara ini. Berapa besar KUASA MEMBELI (purchasing power) ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA di Malaysia ?

2) 17.35 juta ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA yang beragama Islam membeli barangan dari puak-puak KIASU pada tahun 2010. Berapa banyak barangan yang dibeli dari puak-puak KIASU sejak 56 tahun yang lalu ?

3) Andaikan 17.35 juta ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA membeli barangan puak-puak KIASU pada tahun 2010 dalam anggaran RM 100 dalam sebulan. Dalam tempoh sebulan sahaja ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA berjaya memenuhkan KANTUNG puak-puak KIASU ini sejumlah RM 1.7 bilion. Dalam tempoh setahun ? RM 20.4 bilion.

4) Andaikan 17.35 juta ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA membeli barangan daripada kedai ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA. Kantung ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA boleh dipenuhi RM 20.4 BILION setahun.


Sudah nampak KUASA MEMBELI ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA yang beragama Islam di negara ini. Atau masih samar-samar lagi.

5) Andaikan setiap peniaga ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA ini MEMBAYAR zakat perniagaan pada kadar 2.5 peratus. RM 500 juta MAMPU DIJANA untuk membiayai dan membantu penduduk Islam yang memerlukan bantuan yang sewajarnya.

6) Kerajaan AKAN TETAP menerima jumlah CUKAI PENDAPATAN dan CUKAI PERNIAGAAN YANG SAMA dari kuasa membeli ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA.


"Keadaan tidak menentu dalam pasaran telah pulih semula selepas pilihan raya umum ke-13 kerana kerajaan penyandang telah menang dan kami menjangka kaunter terus meningkat dengan perlahan-lahan," kata Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Research Sdn. Bhd., Pong Teng Siew.

7) Kempen BOIKOT BARANGAN CINA (BBC) Perkauman ? Pelabur Lari ? Jumlah PELABURAN yang masuk dan diterima oleh Kerajaan adalah hasil dasar dan polisi yang dilaksanakan. TIDAK ADA KENA MENGENA dengan kempen BOIKOT BARANGAN CINA (BBC). Pelabur bukan melihat KAUM sebagai pra-syarat untuk membuat pelaburan.


Tidak ada salahnya dengan kempen BOIKOT BARANGAN CINA (BBC). Atau yang terbaru yang dianggap lebih efektif kempen BUY CHINESE LAST (BCL).

KANTUNG yang masuk ke dalam kocek ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA lebih selamat daripada digunakan untuk oleh puak-puak KIASU menghancurkan KUASA POLITIK Orang Melayu dan Bumiputera dengan cara MENGGULINGKAN Kerajaan yang ditadbir oleh ORANG MELAYU.

ORANG MELAYU KENA AGRESIF DAN SERIUS ...

8) Orang Melayu dan Bumiputera perlu serius BERDIKARI dalam bidang ekonomi dan perniagaan dalam memenuhi KEPERLUAN penduduk Islam di negara ini.

9) Orang Melayu dan Bumiputera perlu serius MENGUASAI bidang-bidang yang telah dikuasai oleh puak-puak KIASU di negara ini.

10) Secara tidak langsung, PEMILIKAN EKUITI ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA akan meningkat. Secara tidak langsung juga membantu usaha Kerajaan dalam meningkatkan pemilikan ekuiti ini. ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA tidak perlu lagi bergantung harap kepada Kerajaan semata-mata.


Gerakan ini perlu dilakukan secara agresif dan serius. Bukan sekadar lafaz dimulut sahaja. Tidak ada masa lagi untuk retorik 'tanam tebu ditepi bibir' ... Sorry Brader, Time To Get Dead Serious !

Kesan jangka panjang ? Gerakan ini MAMPU MEWUJUDKAN rangkaian dan dan pengkalan perniagaan untuk umat Islam di Malaysia.

Sudah nampak KUASA MEMBELI ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA yang beragama Islam di negara ini. Atau masih samar-samar lagi.

Dalam hal ini, Kerajaan jangan pula MAIN LEPAS TANGAN.

Perlu diingatkan, SOKONGAN dan UNDI ORANG MELAYU, BUMIPUTERA dan ORANG INDIA yang telah membolehkan Barisan Nasional MEMBENTUK kembali Kerajaan. Jangan lupa TUNAIKAN SOKONGAN yang diberikan. Terlalu banyak bentuk bantuan yang Kerajaan mampu lakukan.

Boikot Barangan Cina, Buy Chinese Last ... ORANG MELAYU, BUMIPUTERA KENA AGRESIF DAN SERIUS.

Persoalannya ... Sanggupkah Kita, Beranikah Kita.

Jangan terlalu banyak sangat komplen dan rungutan kalau TIDAK BERANI BERUBAH. Bila lagi NAK AJAR puak-puak KIASU ni ... Sumber GWM

Masa Untuk Ubah Anwar, Kit Siang & Karpal....



Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan 'ubah' sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.

Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.

Anwar Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.

Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa.


Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.

Dalam konteks politik DAP pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti, Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.

Di lihat dari aspek kepimpinan parti, jelas sekali slogan 'ubah' yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak menepati maksudnya, melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.

Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti, bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama. Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi, tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.

Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan, lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak.

Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti. Humban saja Kit Siang, Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.


Dr. Rani Osman Derhaka Pada Sultan Selangor...!!!


Tindakan ahli-ahli politik pembangkang termasuk Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman yang secara terang-terangan memanipulasi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang disiarkan Mingguan Malaysia Ahad lalu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, perbuatan itu jelas menunjukkan Pas cuba melepaskan diri selepas tersepit dengan pelbagai isu besar seperti pengguguran hukum hudud dan negara Islam dalam perjuangannya.

"Untuk menutup isu-isu ini, pemimpin Pas menunggu masa memanipulasi sebarang kenyataan yang dikeluarkan musuh-musuh politik mereka.

"Pesuruhjaya Pas Selangor telah mengambil tindakan lebih jauh daripada itu hingga sanggup memanipulasi kenyataan Sultan Selangor untuk tujuan meraih sokongan dan mendapat laba politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Rani memanipulasi titah Sultan Selangor kononnya baginda membenci UMNO dan begitu tidak selesa jika terdapat mana-mana pihak mengaitkan baginda dengan mana-mana parti politik termasuk UMNO.

Hasan berkata, kenyataan Rani itu tidak lebih daripada politik murahan yang cuba mewujudkan persepsi Sultan Selangor lebih condong kepada Pas.

"Sedangkan seperti yang diketahui umum, Sultan Selangor adalah antara sultan yang begitu teliti dalam mengeluarkan kenyataan mengenai isu agama, bangsa dan adat istiadat Melayu.

"Biasanya baginda akan mendapatkan pandangan pakar-pakar yang ahli dalam bidang-bidang tertentu untuk menambah pandangan dan pendapat selain daripada yang lazimnya diberikan penjawat awam," katanya.

Dalam masa sama, Hasan turut menasihatkan Rani memantau beberapa penulis blog yang menyebarkan fitnah dengan bahasa-bahasa yang keji dan lucah terhadap Sultan Selangor.

Katanya, sebahagian mereka dikatakan mewakili Pas dan pandangan serta pendapat mereka sehingga ini masih belum ditangani dengan sebaik-baiknya.

"Jika beliau dapat menangani masalah ini, tampuk pemerintahan Selangor akan lebih berperanan daripada merekayasa perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat dan mengeruhkan hubungan antara rakyat dan istana," katanya.

Hasan berkata, taktik yang cuba dibawa Pas yang menuduh segala-galanya berpunca daripada UMNO juga merupakan taktik politik murahan dan terdesak.

"Mungkin rakyat dapat membaca sebenarnya taktik sedemikian bukan lahir daripada Pas, tetapi jangkitan kuman daripada seorang manusia yang sanggup mengguna dan menggadaikan apa sahaja semata-mata mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri.

"Apa-apa pun rakyat sudah dapat membaca lebih awal dan taktik sedemikian sudah tidak laku lagi," ujarnya. Utusan

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meningal Dunia AL - FATIHAH .


Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama

INSTITUSI RAJA MELAYU BANGKIT TENTANG AGENDA YAHUDI & KRISTIAN


Institusi Raja-raja Melayu yang menjadi tunggak Ketuanan Melayu di negara ini serta menjadi pelindung kepada hak-hak istimewa orang Melayu seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan sudah mula bersuara untuk menentang bibit-bibit penderhakaan yang datangnya dari pihak pembangkang.

Suara-suara sumbang yang mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu, posisi Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan orang-orang Melayu semakin lantang kedengaran sejak kebelakangan ini.

Dalam pada puak pembangkang membangkitkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam, mereka juga secara berterusan dan tersusun cuba meresapkan ideologi asing di dalam negara ini seperti fahaman pluralisme dan liberalisme.

Dalang kepada semua kemungkaran ini tidak lain tidak bukan datangnya dari perancangan licik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta dibantu oleh kekuatan parti cauvinis Cina Dap dan keldainya, Pas.

Berbekalkan dana dan sogokan kewangan yang cukup besar daripada gerakan Yahudi dan Kristian sedunia, Anwar memobilisasikan segala agenda yang telah ditetapkan oleh tuannya di Amerika Syarikat dan Eropah untuk memusnahkan negara ini.

Langkah pertama beliau ialah serangan terhadap institusi raja-raja Melayu yang berfungsi antara lain sebagai payung kepada bangsa Melayu.

Apabila institusi raja-raja sudah dapat dilemahkan, orang Melayu akan kehilangan pedoman dan paksi kekuatan jatidiri mereka dan dengan itu mudah segala macam agenda Yahudi/Kristian yang lain dapat di susup masuk.

Bagaimana berkat kefahaman ancaman yang dihadapi oleh bangsa Melayu pada masa sekarang, raja-raja Melayu kini tidak lagi berdiam diri melihat keadaan yang semakin merbahaya melanda negara terutamanya di ambang Pilihan Raya Umum ke 13.

Pada Syarahan Perdana Budaya 7 November lalu, Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan pemimpin politik supaya berperanan memastikan suhu politik tidak terlalu panas dan sekata tidak menjadikan pilihan raya sebagai satu peperangan sivil.

“Kini peristiwa yang semakin meningkatkan kegelisahan warga masyarakat kian bertambah. Warga masyarakat ketara kecewa, hampa, kesal dan mual dengan gelagat politik yang semakin keterlaluan. Matlamat jangka pendek politik bagaikan mengatasi kepentingan jangka panjang kelangsungan negara bangsa.

“Lebih membimbangkan, apabila institusi-institusi utama negara kini kelihatan mula terseret dalam kancah politik kepartian. Akibatnya integriti, profesionalisme, imej neutral serta tidak partisan institusi diraja semakin dipertikaikan,” titah baginda.

Titah Raja Nazrin membayang betapa sesetengah pihak khususnya pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk demi untuk mendapat rampas kuasa termasuk memporak-perandakan negara.

Sultan Selangor pula menasihatkan orang Melayu supaya sentiasa berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka agar tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas, liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah dan membawa kepada syirik terhadap Allah SWT.

Apabila baginda menyentuh mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme, orang Melayu faham bahawa yang dituju ialah Anwar dan anaknya, Nurul Izzah yang membuat kenyataan songsang menggalakkan orang Melayu bebas menukar agama.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah turut meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan Nurul Izzah sambil menyifatkan ia sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Baginda menempelak anak Anwar itu supaya tidak terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.

"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.

"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlumemikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Kuantan Khamis lalu.

Jika dikaji senario yang cuba merobak-rabikkan keutuhan institusi raja-raja Melayu pada masa kini, usaha sedemikian sudahpun dimulakan oleh Dap sejak sekian lama.

Kalau dahulu Dap yang mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu, tetapi kini pembangkang di bawah Anwar berjaya mempengaruhi segelintir penderhaka di kalangan orang Melayu untuk melaksanakan tugas itu.

Dap sekarang sudah boleh duduk diam dan lenggang kaki serta tidak perlu lagi dihentam kerana membangkitkan isu-isu berkaitan Melayu sebab orang Melayu sudah jadi pengkhianat kepada bangsa sendiri.

Setiap hari media pembangkang dan media yang menjadi pendokong kuat kepada pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider akan memainkan isu-isu rasuah, penyelewengan, diskriminasi dan sebagainya yang dituju kepada kerajaan.

Objektifnya ialah untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional dan kebencian itu pula akan diapi-apikan semaksima mungkin supaya ia akan menjadi percikan api pemberontakan.

Apabila negara kucar kacir, Anwar akan menggunakan alasan ini untuk meminta bantuan antarabangsa dan seterusnya akan merampas kuasa dan dilantik sebagai Perdana Menteri atas restu kuasa Yahudi/Kristian yang mendokongnya selama ini.

Senario ini ditakuti menjadi realiti sekiranya umat Melayu-Islam tidak bersatu dan menentang habis-habisan usaha yang didalangi Anwar.

Pakatan Rakyat Mahu Hapuskan Institusi Kesultanan...!!!


Acara tradisi dan boleh dianggap acara rasmi kerajaan dalam menyambut kemerdekaan dari dahulu hingga sekarang adalah acara perbarisan yang melibatkan kakitangan awam, syarikat-syarikaty swasta utama, dan pasukan berseragam.

Setiap tahun, acara ini dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong di pusat atau Raja-Raja Melayu atau Gabenor sebagai wakil Yang Dipertuan Agung selaku Ketua Kerajaan.

Bukan setakat ketua kerajaan dan jemaah Menteri atau exco, ketua pembangkang Parlimen atau DUN pun dijemput bersama oleh kerajaan Barisan Nasional dalam perayaan yang seharusnya melibatkan semua pihak dan lapisan rakyat negara.

Tidak kiralah di ibu negara Kuala Lumpur atau ibu-ibu negeri termasuk Kota Baru atau mana-mana ibu negeri di bawah kerajaan pembangkang, acara sedemikian yang sama juga turut diadakan.

Acara lain seperti majlis tahlil dan pembacaan Yaasin atau himpunan di Stadium Bukit Jalil yang dibuat tahun ini bukanlah upacara tradisi dan ia tidak melibatkan semua rakyat. Maka usahlah diguna sebagai helah Sultan Selangor tidak dijemput ke acara perbarisan sebagai sambutan rasmi Merdeka. Selanjutnya Klik Disini

Raja-Raja Melayu Bakal Menjadi Seperti Raja-Raja Di Indonesia Jika Pakatan Memerintah...???

Adakah Raja-Raja melayu akan Jadi seperti Raja-Raja di Indonesia?? Sila baca artikel di ini sehingga habis.

Keturunan Raja Dibunuh oleh Pakatan Komunis di Indonesia 66 Tahun yang Lampau.Slogan "Ketuanan Rakyat" yang diagungkan..

Tragedi 3 Mac 1946. ‘Ketuanan Rakyat’ Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu
66 tahun tidak lama. Adakah kita telah lupa? Dua bulan sebelum UMNO ditubuhkan di Istana Johor, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.

Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.

Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.

Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.

Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.

Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.

Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.

Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera. Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946′ di Sumatera Timur dengan membunuh parak Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .

Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.

Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah. Di Sini

30 Ribu Menjunjung Kasih Keatas DYMM Tuanku Sultan Johor.


Kira-kira 30 ribu orang yang hadir yang hadir hari ini menjunjung kasih keatas DYMM Tuanku Sultan Johor.

Memang hebat dan Tuanku sendiri pun terharu serta teruja dengan sokongan rakyat negeri Johor hari ini. Tuanku juga bertitah agar rakyat negeri Johor baik Melayu, Cina , India , orang Asli dan lain lain bersatu bagi agar negeri Johor terus aman dan makmur.Selanjutnya Di Papa Gomo

Amaran keras buat Nizar Gila oleh rakyat Johor dan pastinya buat Pakatan Pembangkang agar jangan biadap dan bertindak kurang ajar katas DYMM Tuanku Sultan Johor.

Kalau Nizar dan juak pakatan berani silakan datang ke Johor dan kita tengok kat mana Kote depa tu kita buang. Hahaha....

Daulat Tuanku...

Tunku Ismail Idris Murka Dengan Nizar Jamaluddin..!!!


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail membidas sikap tidak berhati-hati ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempersoalkan tindakan Sultan Johor membeli nombor plet kenderaan WWW 1 yang didakwa beliau telah menggunakan duit rakyat.

Sebelum itu, dalam laman twitter, Nizar mempersoalkan pembelian nombor plet tersebut dengan harga RM520,000 sebagai pembaziran besar.

Dalam laman twitter itu juga, beliau mendakwa wang sebanyak RM520,000 itu sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat miskin di Johor mahupun membina lagi 20 rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).


Tunku Ismail Idris, melalui laman twitternya, menjelaskan pembelian nombor plet berkenaan tidak menggunakan wang rakyat seperti yang didakwa ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Baginda yang nyata kecewa turut meminta agar bekas Menteri Besar Perak itu membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang disifatkan sebagai mempunyai elemen fitnah dan tidak benar.

Sebelum itu, Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berjaya memperolehi nombor plet kenderaan WWW 1 melalui bidaan tender tertinggi sebanyak RM520,000.

Bidaan baginda mengatasi 9,999 orang lain.Ini termasuk Yang Dipertuan Agong yang memperolehi nombor plat WWW 5. Hasil tender berkenaan dipaparkan dalam lamanb web Jabatan Pengangkutan Jalan. KLIK DI KLPOS

PM TERHARU PERTABALAN KEDUA TUANKU SULTAN ABDUL HALIM!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah membatalkan tiga proklamasi darurat adalah kerana yakin rakyat kini telah bersedia untuk memasuki era baru.

"Kerajaan percaya bahawa setelah lebih separuh kurun merdeka dan mengamalkan demokrasi, masyarakat berbilang kaum di Malaysia telah mencapai tahap kematangan yang tinggi.

"Berpegang kepada hal itu, kita kini bersedia memasuki era baru di mana fungsi kerajaan tidak lagi dilihat sebagai mengehadkan kebebasan individu, sebaliknya, untuk memastikan bahawa hak-hak asasi yang dilindungi Perlembagaan bagi setiap individu itu terjamin," katanya dalam ucapannya pada istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14 di Istana Negara di sini hari ini.

Najib berkata: "Selanjutnya, satu perimbangan adil, dapat pula ditemui antara kebebasan seseorang dan keselamatan kebangsaan."

Beliau berkata, bersesuaian dengan iltizam itu, kerajaan melalui Parlimen telah pun membatalkan tiga proklamasi darurat yang masih berkuasa dan akan membiarkan kesemua ordinan di bawah perisytiharan tersebut mansuh pada bulan Jun ini kecuali tiga ordinan yang akan dibentangkan sebagai rang undang-undang baru di Parlimen iaitu yang berkaitan dengan Rela, Rukun Tetangga dan Undang-Undang Laut Wilayah.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah memansuhkan Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan menggubal  Akta Perhimpunan Aman serta meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti atau Auku.

Najib berkata, Isnin ini beliau akan membentangkan rang undang-undang bagi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di persidangan Dewan Rakyat.

"Pada hemah kerajaan, meskipun ISA telah banyak berjasa kepada negara, ia telah pun melampaui jangka hayat kegunaannya. Kita memerlukan kerangka baru perundangan keselamatan nasional dalam era kontemporari yang semakin kompleks," katanya.

Najib juga berkata di bawah undang-undang baru, kerajaan mengambil keputusan untuk menghapuskan kuasa tahanan tanpa perbicaraan dimiliki Menteri Dalam Negeri manakala tahanan oleh pihak berkuasa bagi tujuan siasatan kini dipendekkan.

"Kuasa semakan kehakiman pula akan dikembalikan sepenuhnya kepada Mahkamah. Rang Undang-Undang ini juga menjamin bahawa tidak ada seorangpun rakyat Malaysia boleh ditahan kerana kepercayaan atau aktiviti politiknya," katanya.

Najib berkata, Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan yakni Langkah-Langkah Khas, yang dibacakan buat pertama kali di persidangan Dewan Rakyat semalam, bukan sahaja akan memastikan pihak berkuasa mempunyai senjata perundangan yang cukup bagi memerangi keganasan global dan mempertahankan demokrasi berParlimen di Malaysia, tetapi juga untuk memelihara hak kebebasan warganegara.

"Semua prakarsa, inisiatif dan program ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan tempoh pemerintahan Tuanku, Insya-Allah, akan menempa sebuah kala demokrasi keemasan di Malaysia," katanya.

Menyentuh mengenai hubungan Raja dan rakyat, Perdana Menteri berkata sejarah telah membuktikan apabila perhubungan antara keduanya disuburi keharmonian serta dibajai emosi dan kerohanian yang mendalam, maka sebarang apa pun kemelut yang dihadapi negara dapat ditangani dengan jayanya.

"Kendatipun pertautan raja dan rakyat sedang menelusuri jejak-jejak waktu, namun ia kekal relevan mendakap realiti semasa," katanya.

Najib, mewakili kerajaan dan rakyat seluruhnya, turut merakamkan rasa bangga kerana tonggak institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai kepala utama negara kembali dipegang oleh Tuanku Abdul Halim yang sangat berpengalaman dan terkenal mengasihi rakyat jelata. :- GR

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ditabalkan Sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke 14. DAULAT TUANKU .


Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke 14 hari ini.

Belum pernah dalam sejarah negara,Sultan atau Raja yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Malah yang menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana Menterinya Datuk Seri Najib Tun Razak,di mana semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima,Perdana Menteri pada masa itu adalah ayahanda Najib,Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, yang merupakan perdana menteri kedua negara.Selain itu,pertabalan Seri Paduka turut melakar sejarah apabila upacara pertabalan kali ini diadakan buat pertama kalinya di Istana Negara yang baru di Jalan Duta.

Acara pertabalan yang akan menandakan secara rasminya Tuanku Abdul Halim memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Rabu akan diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi beraja di negara ini.Tradisi beraja dan upacara pertabalan itu, yang mungkin hanya disaksikan dalam tempoh lima tahun akan diadakan di Balai rong Seri,Istana Negara pada pukul 10 pagi dan disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Sedikit Latar Belakang Yang di-Pertuan Agong Ke 14

Sultan Abdul Halim,diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit,Alor Setar,Kedah.Baginda menaiki takhta pada 14 Julai,1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda,Sultan Badlishah.Baginda yang juga lulusan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam Wadham College Oxford United Kingdom, pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah pada 1950-an.

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama sehinggalah yang ke-13 :

(1). Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

(2) Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

(3). Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.

(4). Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.

(5). Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.

(6). Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.

(7). Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.

(8). Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.

(9). Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.

(10.) Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.

(11). Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.

(12). Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.

(13). Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011. (IH)

Wahai orang orang Melayu,ingatlah bahawasanya kita adalah orang Melayu yang berdaulat dengan adanya raja kita di Tanah Melayu ini.Hanya kita sahaja dapat terus mengekalkan warisan nenek moyang kita dalam mempertahankan Kuasa Raja Melayu dari dihapuskan oleh anasir anasir politik jahat.Bersama sama kita menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong Sultan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

DAULAT TUANKU !!!

DAULAT TUANKU !!!

DAULAT TUANKU !!!

DARIPADA PATIK !!!

RAJA-RAJA MELAYU MENINGGALKAN 7 WASIAT....!!!!


Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:


  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


Post By.....MAN LAKSA

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive