Showing posts with label PROGRAM. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM. Show all posts

Majlis Perasmian Buku Tiang Sri Negara..




Perasmian buku Tiang Sri Nega telah belangsung semalam dengan kehadiran YDP Agong dan ramai tetamu terhormat dan pegawai2 dari kedutaan-kedutaan asing yang hadir pada majlis tersebut. Tidak lupa juga kepada ahli satrawn negara Dato A. Samad Said  turut hadir menceriakan majlis tersebut dengan dendangan puisinya.




Terima kasih kepada pengarah programnya iaitu saudara Bahrom dari Arus Interlek dan pengerusinya Dati Azizah Mohzani yang menjemput Man Laksa menghadiri ke majlis Perasmian Buku Tiang Sri Negara. Buku  itu telah ditulis oleh Datin Azizah diatas tanda terima kasihnya kepada tuanku. 







Perasmian ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibnu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.








Kampung Puah Lembah Dan Enam Lagi Kampung Di Parlimen Wangsa Maju Akan Jadi Malay Town - DS Utama Raisyatin


Hari ini berlangsungnya Merakyatkan Seni Budaya dan Majlis Perasmian Kampung Warisan di Kampung Puah Lembah Parlimen Wangsa Maju. 


Program yang dijalankan itu di hadiri oleh Menteri Kebudayaan dan kesenian Dato Sri Utama Rais Yatim, turut mengiringi beliau Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju dan Pngurusi Barisan Nasional Wangsa Maju Dato Shafie Abdullah dan bersama.

Ynag mengejutkan hari ini adalah kehadiran bekas Ahli PKR Wangsa Maju yang juga Ahli Prlimen Wangsa Maju YB Wee Choo Keong. 



Dalam ucaptama pembukaan oleh Dato Shafei Abdullah tadi beliau menyampaikan hasrat para penduduk Kg Puah Lembah melalui Umno Wangsa Maju untuk meminta pihak kerajaan Persekutuan mengiktiraf Kg Puah Lembah serta 6 lagi Kg yang lain dalam Wangsa Maju sebagai Kg Warisan.

Menuruy Dato Shafei, Kg ini telah wujud sejak sebelum Merdeka lagi malah waris yang ada hari ini pun sudah masuk generasi yang ke 4. Kewajaran bagi pihak umno untuk memperjuangkan masyarakat di Kg Puah dan 6 kg yang lain akan di teruskan.







DS Utama Rais Yatim melahirka rasa bangga dengan semangat dan perpaduan penduduk kampung Puah Lembah bergotong royong dan berasa bangga melihat masih ada lagi kampung di sebalik hutan batu di Kuala Lumpur.

Dalam ucapanya juga  beliau menyuarakan hasrat untuk menjadikan Kampung Puah Lembah sebagai Kg Warisan dan akan dikenali sebagai Malay Town


Kata beliau "kaum Tiong Hua mempunyai China Town, kaum India mempunyai Little India di Brickfields namun di mana kawasan Melayu? Oleh itu Umno Wangsa Maju mesti mempertahankan Kg Puah Lembah ini yang sudah wujud sejak sebelum Merdeka lagi.


Beliau meminta supaya  Kampung Puah Lembah ini di panggil dengan nama Malay Town dan di pamerkan kepada pelancung bahawa di kampung tersebut masuh ada seni dan kebudayaan...


JOM BERAKHIR - EDISI 1


Dengan ini selesai la sudah penjelajahan lima negeri yang dilakukan oleh pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam program Jelajah One Malaysia (JOM) yang telah membantu masyarakt dari pelbagi latar belakang tak kira tua atau muda, melayu, cina, dan india.

Penterjemahan 1Malaysia telah pun dilaksanakan oleh Pemuda-pemuda BN dengan usaha sama dari Giat Mara yang telah baik pulih rumah yang merupakan salah satu program dalam penjelajahan JOM di mana dapat merengankan beban masyarakat yang berada dalam kesempitan hidup.



Dalam sepanjang Penjelajahan ini Giat Mara telah menyumbangkan kemahiran kepada para pelajarnya dengan erti kehidupan dan cara berkerja yang lebih berkesan dan mudah di fahami oleh pelajar-pelajar tersebut. Kehadiran CEO Giat Mara dengan panggilan mesra Kak Yam sedikit sebanyak memberi anjakan baru masyarakat terhadap agensi ini. Giat Mara Sewajarnya diberi penghormatan atas usaha murni ini.





Masyarakat yang hadir pada program JOM ini berasa terharu dan gembira, setelah apa yang telah dilakukan oleh pemuda-pemuda BN yang selama ini masyarakt memandang serong terhadap mereka, dan  kini pemuda telah membuat transfomasi yang baru dengan adanya program-program sebegini.



Kehebatan program ini sukar untuk digambarkan. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan, Man Laksa tidak dapat menafikan bahawa, program JOM berjaya. Atas kerjasama mantap Pemuda BN bersama Giat Mara, JOM berjaya mendekati rakyat. Ianya membawa maksud apa yang diperjuangkan BN selama ini diselami melalui program JOM. Dugaan sepanjang program ini berlangsung tidak semestinya menjadi alasan untuk Man Laksa menafikan hal ini. Malah Man Laksa berani mendakwa, program JOM merupakan nadi Pemuda BN.






Di kesempatan ini Man Laksa ingin mengucakan tahniah kepada pemuda UMNO dan BN di atas pimpinan saudara Y.B Khairy Jamaluddin seta syabas kepada Giat Mara kerana berjaya mendidik pemuda dan memajukan anak-anak melayu. Kerana tampa Giat Mara program ini tidak mampu diancarkan.


Post By....MAN LAKSA

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive