Showing posts with label KOMUNIS. Show all posts
Showing posts with label KOMUNIS. Show all posts

Komunis Menipu Mad Indra Untuk Kepentingan Idologi Mereka Seperti mana DAP Menipu Orang Melayu Sekarang ini!!!!!!!


Itulah kejayaan iblis menipu daya mat indera. walaupun mat indera tidak membakar dan membunuh polis puncanya dari mat inderalah pihak komunis mampu mengatur serangan ke balai polis tersebut dan seterusnya melakukan kemusnahan yang dia tidak terfikirkan dan melanggar batas peperangan sebagaimana yang ditetapkan olih islam, kenapa dia tidak membelot menyerang kembali komunis yang khianat itu?


Kenapa dia tidak memikirkan bahawa dalam keadaan darurat masing-masing pihak mempunyai senjata api dan peperangan yang dahsyat boleh berlaku. mat indera ibarat seorang alim yang memanggil sepasukan perompak dan pembunuh untuk masuk ke sebuah rumah demi mengajar penghuni rumah itu bagaimana berakhlak baik tetapi akhirnya seluruh penghuni rumah itu dibunuh dan dibakar, layakkah dia menjadi pejuang jika dia gagal memikirkan akibat pada sebab yang diperbuatnya itu.

Mat Indera Pengkhianat Bangsa & Agama, Mat Sabu Ikut Jejak Mat Indera!!!!!!


1) Mengapa Mat Indera berada dalam PKM dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong? Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu. PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama ini hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya. 

2) Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain. Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang. Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China. Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.

3) Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar PKM kerana dibakar semangat mereka dengan perasaan anti–kolonial dan anti-kuasa Barat. British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. .Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British. 

4) Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Sebelum itu PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang pihak Jepun di antara tahun 1942-1945. Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British.



Mat Indera pengkhianat bangsa & agama

5) PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British. Rancangan Malayan Union ini dianggap progresif kerana tamadun Melayu yang terbina sejak 1273 atau 1400 dengan Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain akan terhapus. Seluruh Tanah Melayu akan dikenal sebagai Malayan Union dan diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh Raja England dan Wales. Ketuanan Melayu yang berpaksikan Raja Melayu akan termusnah sama sekali. 

6) Ini dibantah oleh Raja-Raja Melayu & orang Melayu yang bersatu diri mereka dalam Kogres Melayu 1946 yang menubuhkan UMNO. Raja- Raja Melayu & UMNO terpaksa berunding selama 2 tahun sebelum British bersetuju menarik Malayan Union dan menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948 . 

7) Ketika itu , British menolak Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan PKM dan sekutunya . Inilah punca mereka berdendam dengan British dan memeranginya pada 1948 . PKM juga menjadikan orang Melayu iaitu Raja-Raja Melayu & UMNO sebagai musuhnya kerana dilihat sebagai penyokong British yang melansungkan pemerintahan .

8) Melalui Persekutuan Tanah Melayu inilah British memberi semula kuasa pentadbiran negeri kepada Menteri Besar & ketua-ketuan jabatan kerajaan yang dilantik oleh Sultan negeri masing-masing . British hanya berjawatan sebagai Penasihat Bristih sahaja . 



NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive