
Persoalannya kenapa isu ini berbangkit, sehingga beliau dituduh budak Anwar ?
Sepanjang pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berselindung di sebalik imej ‘penganalisis politik’, pernahkah beliau mengkritik Anwar, walaupun Ketua Umum PKR itu gagal melaksanakan janjinya menubuhkan kerajaan 16 September atau mengkritik kediktatoran Anwar yang menyebabkan PKR berpecah belah hingga melemahkan pakatan pembangkang.
Jawabnya, tidak. Persoalannya kenapa ?
Sepanjang Anwar menjadi Ketua Pembangkang, selepas pilihanraya umum ke-12, kenapa beliau hanya mensasarkan kritikan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sedangkan Presiden PAS itu bukan Ketua yang menentukan polisi pakatan pembangkang.
Dr Aziz Bari label Hadi, ‘lemah’, ‘liabiliti’ dan pelbagai gelaran buruk, sedangkan tidak pernah kritik Anwar yang dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan meliwat serta terbaru didedahkan bukti video dakwaan Anwar berzina dengan pelacur.
Persoalannya, kenapa ?




