Showing posts with label MUKTAMAR PAS. Show all posts
Showing posts with label MUKTAMAR PAS. Show all posts

DAP Cuba Rampas PETRONAS ..???


Ramai rakan-rakan yang berada dalam industri minyak dan gas, yang berasa sangat pelik, hairan, khuatir dan risau dengan perkembangan terkini yang berlaku dalam Petronas. Mereka kata, kalau sebelum ini, mereka hanya bertemu dengan kalangan profesional berintegriti tinggi, mempunyai semangat nasionalisme yang utuh – nampaknya trend ini semakin berubah. Sudah ada perkembangan yang sangat tidak positif berlaku di dalam Petronas.

Buat beberapa bulan kebelakangan ini, Petronas sudah menerima influx bekas pekerja Shell yang bersepah di syarikat itu. Cukup ramai. Mereka ini diletakkan di tempat-tempat yang strategik, kononnya untuk merubah cara berfikir dan cara bekerja Petronas yang dikatakan ketinggalan zaman dan tidak up to date.

Bekas kakitangan Shell ini dikatakan akan memberikan pelbagai cadangan, untuk meletakkan Petronas di tempat yang lebih baik selepas daripada ini, Sayangnya, setakat ini, kebanyakan pemain industri minyak dan gas ini tertanya-tanya perubahan yang bakal dicadangkan.

Petronas hebat selama ini dengan usaha, komitmen, kerja keras dan semangat nasionalisme pekerja Petronas sendiri. Mereka jatuh dan bangun dengan Petronas. Setia dengan syarikat itu walaupun mendapat tawaran berpuluh kali ganda daripada syarikat utama dunia yang lain.

Sayangnya, satu demi satu, individu dan ‘kroni’ seorang pemimpin kanan Petronas dibawa masuk tanpa sebarang tugasan yang spesifik. Main bawa masuk kawan sahaja?


Bermula dengan kehadiran Datuk Wee Yiaw Hin; sekarang Petronas sudah dilanda dengan demam ‘bekas pekerja Shell’. Berlambak orang Shell yang sudah diberikan tempat di dalam Petronas. Apakah mereka ini benar-benar berkemahiran, atau dibawa masuk sekadar untuk melengkapkan semangat ‘Shell’ yang sudah berada dalam Petronas?

Ada kalangan mereka yang baru dilantik dibayar dengan harga puluhan ribu USD – dan hanya memainkan peranan sebagai Advisor!!!

Blog ini amat mengharapkan kalangan pimpinan tertinggi Petronas untuk melihat kembali POLISI dan pendekatan ini. Moral kakitangan berada di tahap rendah, bilamana kemahiran mereka dipertikai dan diarah untuk mengikut penyelesaian Shell dalam semua perkara. Tanpa mahu membawa semangat perkauman, mengapa kalangan ‘advisor’ yang dibawa masuk ini semuanya berbangsa Cina? Apakah budak-budak Melayu dalam Petronas sudah kurang bijak dan lembab belaka?

Lebih merisaukan apabila kalangan orang Shell yang sudah immigrate ke Petronas ini, kebanyakannya mempunyai semangat ‘sebangsa, senegara, sejiwa’. Mohon kepimpinan tertinggi Petronas nilai semula perkembangan yang amat merisaukan ini.

Boleh Dato’ Wee nafikan kebanjiran kontraktor minyak dan gas Singapura yang semakin berlambak di Petronas??? Kerja siapa? SHELLigali?

NIK Aziz Beri Amaran Kepada Parti PAS..!!!


“Perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Malah, Umno dilihat jelas mengkhianati perjuangan Islam apabila tidak berubah-ubah tindakan memfitnah PAS, misalnya menuduh PAS menjadi tunggangan DAP dan membuang matlamat negara Islam.”

Atas sebab tersebut, Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk dijemput menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat. - Nik Aziz

" BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU"

Laaa..sejak bila pula UMNO mengkhianati perjuangan Islam..Nyanyuk ke apa orang tua ni..Bukan ke DAP yang tak setuju perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam...jadi untuk menjaga hati DAP dalam pakatan haram..PAS sanggup menukar perjuangan mereka yang sejak dari dulu lagi iaitu untuk menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan..UMNO tak pernah paksa pun PAS menukar hala tuju perjuangan mereka..

Tengok apa jadi dengan hukum hudud..."bersetuju untuk tidak bersetuju"..Kenapa PAS beriya-iya salahkan UMNO tolak hukum hudud...tapi bila DAP bersuara kata hukum hudud tiada dalam buku jingay..PAS diam dan akur kemahuan DAP...sehingga kini tidak ada lagi bunyi hukum hudud nak dilaksanakan...Bukan ke Nik Aziz pernah berkata pakatan haram telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Kenapa sehingga sekarang DAP masih anti dengan Islam??

Jom kita baca apa Zulkifli Nordin tulis mengenai PAS yang kononnya sebuah parti Islam...EP harap ada ahli PAS yang hebat tolong jawab persoalan ini...

Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".

Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.

Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.

Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?

Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!

Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!

Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!

Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

"Saya impikan satu masa nanti PAS merupakan sebuah Parti yang berada di hadapan." - DR. Hasan Ali


Matlamat beliau dalam memastikan PAS Selangor mencapai satu tahap kecemerlangan bukan satu jalan yang mudah. Beliau yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin PAS di Peringkat Negeri Selangor, sebuah Negeri Maju yang dianggap kubu kuat Barisan Nasional. 1 ketika dahulu . PAS Selangor sebelum kehadiran beliau dianggap tidak releven di Negeri tersebut. KLIK DISINI

DR. LO'LO UCAP SALAM TAKZIAH BUAT NURIDAH!!


Nampaknya puak Dr. Lo'Lo Haji Ghazali bersuka ria setelah mendengar berita kemenangan Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB. Siti Zailah seterusnya mencantas musuh politik dalaman beliau, Nuridah Ahmad daripada terus menguasai jawatan No. 1 tersebut. Kemenangan ini juga kata beberapa perwakilan Muslimat PAS akan memberi pengajaran kpd. beliau atas tindakannya mencantas Ketua Muslimat sebelum ini. Nuridah Salleh kini masih lagi memegang jawatan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan setelah menang tanpa bertanding pada Pemilihan peringkat Negeri sebelum ini.

Enam Orang Merebut Jawatan Timbalan PAS...


Satu kejutan telah berlaku apabila 6 Pemimpin PAS bakal dicalonkan bagi jawatan Timbalan Presiden Parti. Mereka ialah Mohamad Sabu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara rasmi mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima setelah kesemua 180 kawasan selesai mengadakan mesyuarat kelmarin. Nasharudin, penyandang jawatan dan Mohamad setakat ini telah mengesahkan akan bertanding jawatan nombor dua itu.

Bagi jawatan naib presiden PAS pula 14 orang layak bertanding iaitu Azizan; Husam; Salahuddin; Nasharudin; Salahuddin; Tuan Ibrahim; Idris Ahmad; Datuk Mahfuz Omar; Mazlan Aliman; Datuk Mohd Amar Abdullah; Dr Mohd Hata Ramli; Dr Mujahid Yusof Rawa; Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive