Showing posts with label DEEPAK. Show all posts
Showing posts with label DEEPAK. Show all posts

Kalimah Allah: PAS Sekali Lagi DiTunggang-terbalikkan Oleh Kristian DAP


Nampaknya, penganut Kristian di Malaysia bersungguh-sungguh benar ingin menggunakan nama ‘Allah’ dalam kitab-kitab agama mereka seolah-olah tanpa menggunakannya maka ajaran Kristian mereka tidak lengkap dan tidak tepat. Kita tahu niat sebenar puak-puak ini iaitu untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Melayu Islam di mana mereka yang agak cetek pengetahuan agama pasti mudah menjadi keliru dan akhirnya dimurtadkan apabila melihat nama Allah di dalam risalah dakwah dan kitab-kitab Kristian.

Kita tidak yakin bahawa taktik kotor ini dibenarkan dalam agama Kristian kerana kita percaya yang semua agama mementingkan ketelusan dan keikhlasan. Bagaimana seseorang dapat menyatakan dia berada di pihak yang benar dalam soal agama jika cara yang digunakan untuk menyampaikannya adalah licik iaitu cara manipulasi atau penipuan halus.

Cara kotor ini hanya sesuai dikaitkan dengan politik, bukan agama.

Justeru, tidak hairanlah yang menjadi juara penyebaran Kristian dengan cara licik iaitu dengan menggunakan injil berbahasa Melayu dan Kalimah Allah sebagai merujuk kepada ‘Tuhan’ Kristian, adalah parti DAP. Tidak hairan juga yang ia turut dipersetujui dan disokong oleh PKR, hatta PAS juga, walaupun parti itu kononnya menjadi barisan hadapan atau benteng pertahanan Islam.

Seharusnya, apabila isu ini timbul, pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia termasuk para Ulama mengambil inisiatif mengajak puak Kristian ke meja perbincangan dan perbahasan ilmiah bagi mencari penyelesaian.

Memandangkan isu ini telah menjadi isu politik yang hangat, maka adalah lebih afdal bagi PAS sendiri untuk memulakan perbincangan dan perbahasan dengan sekutunya DAP bagi mengenalpasti apakah signifikannya bagi Kristian untuk menggunakan nama Allah dalam kitab mereka?

Jika puak Kristian DAP gagal membentangkan alasan yang signifikan, maka jelaslah bahawa isu ini bersifat licik serta wajib ditentang. Namun, PAS tidak pernah bersemuka dengan DAP untuk memahami alasan mereka tetapi terus sahaja mengeluarkan kenyataan menyokong, kononnya tiada salahnya dalam isu penggunaan nama Allah di dalam kitab agama lain.

Adalah tidak wajar PAS menyokong perjuangan Kristian DAP ini tanpa terlebih dahulu mengupas tujuannya dan memahami kewajarannya.

Ini kerana, nama ‘Allah’ tidak digunakan dalam mana-mana kitab Kristian di negara-negara dengan pengamal agama itu yang paling ramai. Secara dasarnya, Kristian percaya bahawa Tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu ‘God the Father’ (Tuhan Bapa), ‘God the Son’ (Tuhan Anak) dan ‘Holy Spirit’ (Roh Kudus). Ketiga-tiga ‘elemen’ ini dirujuk sebagai satu Tuhan dengan panggilan umum, ‘the Lord’.

Seperti juga Islam, terdapat berbagai mazhab dalam Kristian. Tiga mazhab utama Kristian ialah Katholik, Eastern Orthodox dan juga Protestant.

Puak Kristian DAP yang menimbulkan isu kalimah Allah ini adalah dari mazhab Protestant. Mereka merujuk kepada diri mereka sebagai ‘Evangelist’ iaitu, jika mengikut penerangan Wikipedia, ia bermakna ‘pendakwah’ yang mempunyai misi khas untuk menarik penganut agama lain agar memeluk Kristian.

Mazhab prostestant juga berpecah kepada beberapa versi yang turut melalui berbagai perubahan dari zaman ke zaman serta berbeza mengikut tempat. Protestant adalah satu mazhab yang menidakkan pemusatan kuasa ke atas Pope tetapi atas individu sendiri berasaskan ‘keimanannya’ kepada kitab Injil.

Walaubagaimanapun, asas Kristian tetap sama iaitu berpegang kepada konsep Trinity dan merujuk kepada Tuhan sebagai ‘the Lord’. Namun, semua Kristian juga memahami bahawa perkataan ‘Abba’ turut merujuk kepada Tuhan kerana ia adalah panggilan Nabi Isa (Jesus) kepada bapanya. Ini tidak menghairankan kerana ‘bapa’ di dalam bahasa Arab, berbunyi ‘Abi’.

Nama ‘Allah’ tidak disebut di mana-mana dalam dokumen yang menerangkan Kristian, sekali gus bermakna tiada alasan yang munasabah bagi DAP untuk bermati-matian memperjuangkannya.

Jelas sekali bahawa isu ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu agenda licik dan berniat jahat semata-mata, dalam usaha DAP untuk mengembangkan agama Kristian.

Justeru, alasan PAS bahawa parti itu menyokong DAP dalam isu ini selagi nama Allah tidak disalahguna adalah tidak relevan sama sekali kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa ia bukan sahaja disalahguna tetapi digunakan dengan niat jahat.

Dengan itu, sokongan yang PAS tunjukkan terhadap DAP wajar dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap Islam. Jangan kita lupa bahawa PAS juga yang menghentam kerajaan dalam isu 30,000 kitab injil berbahasa Melayu yang ditahan di pelabuhan tahun 2011 kerana kontroversi kalimah ‘Allah’ di dalamnya.

Kesimpulannya, PAS adalah kuda tunggangan yang boleh ditunggang terbalikkan sesuka hati oleh DAP untuk mencapai apa sahaja matlamat mereka, termasuk menyebarkan Kristian dan memurtadkan umat Islam.

Deepak Tidak Mahu Rafizi Mendekatinya...!!!

alt

Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini meminta agar Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kemukakan bukti bahawa terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen berkaitan transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Deepak, Rafizi perlu mengaku siapa pihak ketiga yang dimaksudkan agar tidak menyusahkan pihak lain.

"Saya minta Rafizi mengaku saja, siapa sebenarnya yang bagi dokumen tersebut kepadanya...jangan menyusahkan orang," kata kepada pemberita pada sidang media di sebuah hotel di Ibu Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Rafizi sebelum ini berhubung terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen miliknya kepada Rafizi berhubung transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Rafizi, Deepak telah menyerahkan dokumen itu kepada individu tertentu (pihak ketiga) yang telah dihubungi dengan harapan ia (dokumen) akan dibawa ke pimpinan PKR.

Sementara itu, Deepak turut meminta agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjauhkan Rafizi dari dirinya.

Menurut Deepak, dia tidak percaya dengan Rafizi dan berharap agar kenyataan yang diberikan olehnya tidak diputar belitkan semata-mata kerana duit.

"Saya tidak percayakan Rafizi...dan saya minta Anwar jauhkan Rafizi dari saya. Jangan putar belitkan cerita saya demi duit," katanya. klpos

DEEPAK JILAT TAPAK KAKI ANWAR DEMI WANG


Watak peniaga karpet yang kaya raya bernama Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand muncul sekali dengan berita gempar mengenai kes penjualan tanah membabitkan Ketua Wanita UMNO Selangor, Senator Raja Ropiah Raja Abdullah menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke 66 baru-baru ini.

Secara ringkas peniaga bujang berusia 40 tahun itu mendakwa beliau bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah pada tahun 2007 dengan nilai RM13 juta dengan jaminan bank RM72 juta untuk bon tanah dari Raja Ropiah, yang telah dianugerahkan perjanjian penswastaan RM100 juta untuk pembangunan sebuah pusat penyelidikan pertahanan yang dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Tuntutan yang dibuat oleh Deepak adalah berbentuk kes sivil dan biarlah pihak mahkamah menetapkan keadilan bagi pihak yang terbabit.

Biarlah mereka berdua sahaja menyelesaikan perbalahan urusan perniagaan yang dimeterai tanpa mengheret mana-mana pihak yang langsung tidak kena mengena dengan hal tersebut atau mensabitkan dengan lain-lain perkara yang tidak berkaitan.

Bagaimanapun yang menjadi pelik lagi ganjil mengapakah peniaga berbangsa India itu membuat kenyataan media berhubung perkara tersebut sehari sebelum Perhimpunan Agung UMNO bermula?

Tidakkah itu satu perkara yang bakal mengundang persoalan tentang motif dan niat tersiratnya?

Bak kata pepatah masakan pokok bergoyang jika tidakdaa angin atau lebih mudah difahami, ada tangan yang menggoyangkannya.

Siapa sebenarnya karektor yang bernama Deepak ini dan apakah wataknya dalam permainan wayang politik pembangkang?

Beliau mendakwa mengenali isteri Perdana Menteri, sekitar tahun 2004 apabila Datin Seri Rosmah Mansor berkunjung ke kedainya untuk membeli karpet.

Ada juga yang mengatakan Deepak tidak mengenali Datin Seri Rosmah secara langsung tetapi telah diperkenalkan oleh salah seorang kenalan rapat beliau iaitu Mumtaz Jaafar.

Manapun versi yang hendak diyakini, yang penting ialah Deepak telah menggunakan peluang dan ruang berkenalan dengan isteri pemimpin tertinggi negara untuk kepentingan perniagaan dan peribadinya.

Beliau sering menggunakan kaedah 'name dropping' atau berlakon mengenali rapat seseorang yang berpengaruh untuk bermegahan atau mencari peluang perniagaan.

Malah melalui persahabatannya dengan Datin Seri Rosmah, Deepak diperkenalkan pula dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mungkin inilah yang dibayangkan sebagai kemuncak kariernya daripada seorang peniaga karpet di Jalan Tuanku Abdul Rahman kepada menjadi jutawan hasil persahabatan dengan isteri Perdana Menteri dan Perdana Menteri?

Tidak semua rakyat Malaysia mendapat peluang keemasan sebegini tetapi Deepak mampu mencapainya.

Begitulah yang terjadi seterusnya apabila Deepak mengeksploitasi sepenuhnya hubungannya dengan Seri Perdana.

Beliau dikatakan sering menggunakan nama Datin Seri Rosmah malah Perdana Menteri untuk melobi kontrak-kontrak kerajaan sehingga dikatakan berjaya membekal karpet kepada Seri Perdana, Seri Satria dan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya.

Perniagaannya berkembang sehingga mampu memiliki sebuah kilang karpet yang besar berharga jutaan ringgit di Jalan Chan Sow Lin dan meluaskan aktiviti perniagaan dalam bidang hartanah, pembinaan, pembekalan dan sebagainya.

Begitulah liciknya watak ini yang tahu bagaimana memanipulasi Perdana Menteri dan isterinya untuk kepentingan peribadi menjadi beliau seorang jutawan dalam tempoh yang singkat.

Apabila Perdana Menteri dan isteri mendapat tahu bahawa si Deepak ini telah menjaja nama baik secara senyap-senyap tanpa pengetahuan mereka, hubungan yang sedia terjalin dengan baik diputuskan segera untuk mengelakkan daripada terus dipergunakan.

Keputusan yang diambil Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib adalah amat tepat sekali bagi menyelamatkan nama baik mereka.

Deepak menggelupur kepanasan dan panik kerana baginya Datin Seri Rosmah dan suami dianggap penyelamat atau 'saviour' untuk menimbun harta selama ini.

Kebetulan pula beliau mengambil pinjaman bank untuk membesarkan empayar perniagaannya hasil exploitasi nama Perdana Menteri dan isteri.

Saluran komunikasi dengan Datin Seri Rosmah yang tidak lagi dinikmati oleh Deepak bermakna peluang beliau untuk terus bernaung di bawah individu yang berpengaruh sudah tertutup.

Kini Kuwait Finance House telah menyamannya sebanyak RM170 juta di atas hutang yang masih belum dilangsai Deepak.

Dengarnya Maybank juga turut menghambatnya untuk jumlah hutang sebanyak RM30 juta lagi.

Hidup Deepak sudah tidak keruan, ke mana lagi beliau ingin mengadu nasib dan membela hutang piutangnya yang semakin menimbun.

Pada masa yang sama Anwar Ibrahim yang terkenal dengan parasit yang akan menghinggap kepada mana-mana individu yang bermasalah apatah lagi jika hutang sudah mengelilingi pinggang mula mengatur langkah untuk menjerat Deepak.

Dua tahun lamanya Anwar menggenen Deepak untuk masuk perangkap yang telah disediakan.

Kali ini nampaknya mangsa yang sudah terhimpit dengan krisis kewangan yang kronik tidak mempunyai pilihan lain.

Pertemuan diatur untuk bertemu anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah dahulu tapi Deepak pada saat-saat akhir kecut perut dan membatalkan temujanji.

Anwar masih tidak mahu mengaku kalah, tropi yang amat bernilai ini mesti dimilikinya dengan apa jua cara pun, 'by hook or by crook'.

Akhirnya dengan perantaraan seorang kroni rapat Anwar sejak zaman beliau menjadi Menteri Kewangan lagi, Dato' Ravi Dharan, Deepak berjaya diyakinkan untuk bertemu Ketua Umum PKR itu.

Bukan sekali, tetapi beberapa pertemuan telah berlaku antara Deepak dan Anwar, namun seperti yang dijangkakan siapa akan mengaku berak di tengah jalan?

Seperti situasi membuat janji dengan Sang Syaitan terlaknat, Anwar menjanjikan Deepak untuk menyelesaikan masalah beban hutangnya yang sehingga kini telah mengusutkan fikirannya siang dan malam.

Syarat yang diletakkan oleh Anwar mudah saja - Deepak perlu menurut skrip yang disediakan oleh pembangkang untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan wanita Monggolia, Alantuya Shaariibuu.

Itu saja yang perlu dilakukan oleh Deepak untuk membebaskan dirinya daripada buruan bank yang benar-benar menghantui hidupnya.

Walaupun terpaksa mengkhianati persahabatannya dengan isteri Perdana Menteri yang terjalin pada satu ketika itu, namun ini semuanya tidak bermakna kepada Deepak kerana wala'nya adalah kepada wang ringgit.

Beliau akan sanggup melakukan apa sahaja demi wang hatta menikam sahabat yang banyak membantunya mendaki tangga kejayaan dalam perniagaan.

Kini Deepak menjadi ayam sabung Anwar yang akan dilepaskan ke dalam gelanggang untuk bertarung politik bagi pihak Ketua Pembangkang itu.

Hidup mati Deepak sekarang di dalam tangan Anwar, di panggil mari dihalau pergi - begitulah penghujung nasib seorang individu yang rela menggadaikan nilai kemanusiaan dan prinsip hidup demi sesuap rezeki.

Video Kantoi - Deepak Bakal Jahanamkan Anwar Ibrahim...







Video Pengakuan Deepak..!!!


Deepak dijadikan Kambing hitam dan ini dapat dibuktikan apabila R.Sivarasa yang menjadi peguam kepada Deepak telah mengarahkan Deepak untuk menyebut nama Najib Razak dan Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes saman beliau. R.Sivarasa yang mendapat arahan dari Anwar Ibrahim terus mendesak Deepak untuk menyebut nama PM dan Isteri dalam kes tersebut walaupun hakikatnya yang sebenar kes saman tersebut adalah melibatkan dua individu iaitu Deepak Jaikinshan dan juga Datuk Raja Ropiaah.

Deepak Hantu Suara Pakatan...


Lelaki bernama Deepak yang juga seorang ahli perniagaan baru-baru ini kononnya telah mendedahkan sesuatu yang bakal menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri dan isteri . Cerita mengenai Deepak ini disebarkan secara meluas dalam portal-portal pembangkang. Kemudian rakan-rakan bloggers mula mendedahkan perihal Deepak ini . Deepak dikatakan mempunyai hutang berjuta-juta , yang mungkin sekali boleh membuatkan beliau jatuh bankrap . Bagi seorang ahli perniagaan , bankrap adalah perkara terakhir yang perlu dihadapi mereka . Akibat dari tekanan ini tak mustahil situasi yang dihadapi oleh Deepak ini akan dimanipulasi oleh pihak2 tertentu .

Beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh Deepak kepada Perdana Menteri dan isteri sebenarnya dah terjawab sebelum ini dan si pembuat fitnah dah pun di 'check mate' . Deepaak cuba membangkitkan kembali isu Altantuya , sekiranya dilihat dalam portal Malaysiakini , apa yang didedahkan Deepak mempunyai terlalu banyak 'loop holes' . Tuduhan pertama beliau dari petikan portal Malaysiakini ;

"Ahli perniagaan Deepak Jaikishan kesal dengan penglibatannya dalam usaha membuatkan P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendiang Altantuya Shaariibuu."

Tuduhan diatas dilihat cuba mengelirukan pembaca. Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor memang tak ada kena mengena dengan kes pembunuhan Altantuya . Hal ini diakui oleh Raja Petra dan Zulkifli Nordin sendiri . Petikan dari MalaysianInsider mengatakan Raja Petra tak pernah menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam kes Altantuya , manakala dari petikan portal The Edge , Zul Nordin memberitahu beliau diarah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya ;

1. Malaysian Insider
2. The Edge

Selain itu, seorang lagi bekas ahli parlimen pembangkang iaitu Zahrain dalam satu kenyataan media membuat kenyataan berikut ;

"Mereka dakwa Altantuya seorang jurubahasa, tapi kita tahu mendiang cakap Perancis pun tak tahu. Macam mana nak jadi jurubahasa malah beliau tidak pernah ke negara itu. Ini disahkan Imigresen Perancis bahawa tiada rekod antara 1999 hingga 2006, Altantuya ke sana,"

Rakan blogger Gelombang Wangsa Maju juga sebelum ini telah 'debunked' fitnah-fitnah yang dibuat oleh pembangkang mengenai kaitan Najib dengan pembunuhan Altantuya . Antara point yang penting ialah (baca entri penuh di sini);

"Akuan Bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam hasil gerak kerja Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, M Puravalen, yang menuduh Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya sememangnya dirancang oleh Anwar ... GWM cukup pasti ... 100 peratus."

Semua fakta-fakta dan pengakuan-pengakuan yang telah dikeluarkan sebelum ini cukup untuk menafikan keterlibatan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Oleh itu, apa saja peranan si Deepak dengan pengakuan bersumpah Balasubramaniam bukan lagi menjadi satu isu kerana selepas pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Nordin dan Raja Petra sendiri menunjukkaan Najib dan Rosmah tidak terlibat . Dan pengakuan mereka ini juga selari mengatakan ada 'tangan' di pihak Pakatan mengarahkan fitnah itu dibuat . Dan rakan blogger Gelombang Wangsa Maju cukup yakin mengatakan R. Sivarasa dan Anwar Ibrahim adalah 'Tok Dalang' dalam merekayasa fitnah ini. Apa yang cuba dilakukan sekarang ialah untuk mengelirukan rakyat dan 'damage mitigation' terhadap fitnah mereka yang dah terkantoi sebelum ini .

Tuduhan kedua , juga dari portal Malaysiakini ;

"Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan."

Sejauh mana kebenaran tuduhan beliau tak lah dapat dipastikan, cuma apa yang kita tahu beliau adalah seorang ahli perniagaan yang gagal dan mempunyai macam2 masalah . Beliau mengaku mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Najib . Tetapi apa yang selalu berlaku apabila seorang ahli perniagaan mempunyai rakan-rakan berpengaruh dalam politik ialah mereka akan 'menjual' nama pemimpin2 yang kononnya bersahabat dengan mereka untuk kepentingan perniagaan . Menurut Deepak, kononnya urusan perniagaan dipermudahkan kerana beliau banyak 'menyumbang' kepada keluarga Najib . Tanggapan yang cuba dibuat ialah Deepak 'merasuah' keluarga Najib dalam usaha beliau untuk memudahkan segala urusan perniagaan beliau . Sekiranya perkara ini benar , kenapa beliau masih berhadapan dengan masalah kebankrapan dan lain-lain perniagaan? Jelas nampaknya situasi Deepak hanya memberi tekanan kepada diri beliau , dan jalan keluar ialah menjadi pecacai bagi PR untuk mencipta satu lagi fitnah kepada Najib dan isteri.

Orang seperti Deepak sama macam parasit2 UMNO yang kini menyertai Pakatan . Situasinya sama , apabila diri terasa dipinggirkan dan gagal membuat apa2 keuntungan lagi , maka jalan keluar ialah dengan menyertai pihak yang satu lagi yang kita lihat memang sentiasa mengalu-alukan manusia-manusia berstatus pengkhianat ini . Tak hairan pengkhianat2 memang diterima dalam Pakatan kerana pemimpin mereka itu sendiri adalah seorang pengkianat . Modus operandi bagi seorang pengkhianat dalam apa2 perang sekalipun adalah agak sama iaitu menyebarkan maklumat palsu kepada umum dalam membentuk satu persepsi . Apabila persepsi ini menjadi semakin kuat di kalangan umum , mereka akan mula mencampur adukkan antara fitnah dan realiti . Walau bagaimapun tak mustahil , topeng yang digunapakai oleh pengkhianat talam dua muka ini akan terdedah juga bila tibaa masanya. Bidaman

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive