Showing posts with label KHALID GAGAP. Show all posts
Showing posts with label KHALID GAGAP. Show all posts

Khalid Ibrahim Sengaja Membatalkan Projek Sekolah Tamil Ladang Midlands...!!!


Kaum India perlu bertanya mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan DS Khir Toyo sebelum ini yang bersetuju agar I-City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil ( Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang ) di I-City, Shah Alam?

Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I-City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?

Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I-City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum lndia yang selama ini telah menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, DS Khir Toyo pun membenarkan pembangunan I-City dengan syarat pemaju memperuntukkan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.

Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I-City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I-City di atas untuk menentukan Khalid ini sebenarnya pembohong atau jujur.

Dan pada 14hb April 2011 yang lalu telah berlangsung majlis pecah tanah dan perletakan batu asas bagi sekolah tersebut di tapak yang baru! Difahamkan terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam urusan jual beli tanah bagi membangunkan sekolah ditapak baru tersebut? Selanjutny Di Ocean's13

Kerajaan Selangor Mahu Rakyat Menderita Tampa Air..!!!!


Kemelut isu air yang melanda negeri Selangor nampaknya akan terus berpanjangan jika dilihat dari situasi yang berlaku hari ini. Rakyat melihat pekembangan terbaru berhubung isu pembekalan air antara Pahang dan Selangor sebagai satu perkembangan yang tidak baik dan amat membimbangkan.

Pada asasnya, isu air Selangor yang menjadi pertikaian antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ini mudah diselesaikan melalui meja rundingan. Oleh kerana terlalu banyak politiking dan dolak-dalik yang berlaku terutama dari kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti Pembangkang, perkara yang mudah tadi bertukar menjadi rumit dan payah diselesaikan sehingga rakyat pula terpaksa menanggung akibatnya.

Sampai bila kemelut isu air Selangor akan terus berlarutan tanpa sebarang penyelesaian yang tuntas agar semua pihak yang terlibat termasuk rakyat jelata dapat keluar dari masalah ini.

Masa terus berlalu, tahun berganti tahun. Permintaan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya semakin meningkat serta pengeluaran air terawat sudah melebihi had kapasiti sebenar. Jika perkara ini terus dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk meningkatkan jumlah pengeluran air terawat dilakukan, dikhuatiri rakyat Selangor bakal berdepan krisis air paling dahsyat dalam sejarahnya. Selanjutnya Di  Ocean's 13

2000 Saman Tuntutan Terhadap Kerajaan Negeri Selangor..!!!

 alt

Penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras hari ini menyerahkan memorandum menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji berhubung isu pemberian air percuma kepada Peguambela, Kamarudin Ahmad.

Penyerahan memo tersebut diadakan di Kawasan Pangsapuri Angsana dan turut dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan.

Kamarudin berkata beliau akan menfailkan 2000 saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, di Makhamah Tinggi Shah Alam pada 19 September ini.

"Penduduk tidak perlu risau mengenai kos guaman kerana saya akan memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka.

"Cuma saya berharap agar mereka (penduduk) tampil ke hadapan untuk menuntut hak mereka kepada kerajaan kerana sebagai pengguna, mereka berhak membuat sedemikian ," katanya kepada pemberita di sidang media di Pangsapuri Angsana di sini hari ini.

alt

Sebelum ini, seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Sementara itu, Datuk Sohaimi berkata, beliau melihat situasi ini sebagai satu penindasan kepada rakyat negeri Selangor yang telah dijanjikan dalam manifesto dan mereka di anak tirikan.

"Tindakan menyaman kerajaan negeri ini adalah satu tindakan yang telah difikirkan oleh rakyat sebagai satu pengajaran (kepada kerajaan negeri),"tambahnya lagi.

Sementara itu, penduduk Pangsapuri Angsana mengadakan demonstrasi bagi menuntut hak mereka kepada kerajaan Selangor yang enggan memberikan air percuma di kawasan itu.

Demontrasi secara aman dengan menyaksikan lebih kurang 100 orang penduduk turun padang bagi melaungkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan yang mempergunakan mereka sebagai golongan bawahan. KLPOS

KHALID TERKAPAI-KAPAI KESEORANGAN DITINGGALKAN ANWAR


Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.

Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).

Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.

Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor - satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.

Begitulah hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.

Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan.

Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun menawan Selangor, istana impian yang dibina di atas janji-janji yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling negri bagi pimpinan Pakatan Rakyat.

Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera Pakatan Rakyat di Selangor.

Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.

Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.

Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam kepada kerajaan negeri.

Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong Pakatan Rakyat, Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.

Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.

Dalam lautan politik yang bergelora bagi Pakatan Rakyat Selangor, persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat, di manakah Anwar ketika Khalid benar-benar memerlukan pertolongannya.

Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.

Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati menteri besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.

Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.

Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut politik yang membelit Khalid.

Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.

Di satu sudut pula, Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.

Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila masa sahaja.

Bagi Azmin, inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.

Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.

Seperti pepatah habis madu sepah dibuang, begitulah nasib diri Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan Pakatan Rakyat tetapi kini pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Khalid Ibrahim Dicabar Letak Jawatan Sebagai MB Selangor..!!!


PUTRAJAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menjelang September nanti, sepertimana yang beliau janjikan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata sebagai seorang tokoh korporat, Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat.

"Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan," katanya selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, di pejabatnya di sini.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan Air Langat 2 daripada diteruskan, kerana sama ada pengambilalihan itu Berjaya atau tidak, rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih.

Beliau berkata kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang.

"Kerajaan negeri masih berfikiran seperti pembangkang dan ini akan merugikan negeri itu sendiri. Mereka sepatutnya berfikir seperti kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat," katanya.

Mengenai Loji Rawatan Air Langat 2, Noh berkata kerajaan masih akan memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk pembinaan tersebut memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.

Beliau berkata permohonan sebelum ini bukannya ditolak MPKj, tetapi ditangguhkan namun tidak diketahui tempoh masanya.

"Pada masa yang sama tender untuk pembinaannya akan dikeluarkan," katanya.

Mengenai penyaluran air dari Pahang, Noh berkata kerajaan pusat melantik konsultan yang mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian dan perancangan mengenai cara terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor termasuk dengan cara tersebut.:- Siasah

Dosa Khalid Ibrahim Terhadap Rakyat Selangor


Tatkala Selangor dibawah tampuk pemerintahan BN, setiap perancangan pembangunan dibuat dengan mengambil kira keperluan jangka masa pendek dan panjang bersandarkan kajian data-data semasa dan sebelumnya.

Cadangan pembinaan cawangan UiTM bernilai RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah misalnya, merupakan salah satu pandangan jauh ke depan yang mengambil kira tuntutan semasa dan impak kebaikan pada kawasan sekitarnya.

Apabila pusat pendidikan tinggi itu siap dibangunkan, ia akan membawa bersamanya limpahan kemakmuran untuk penduduk sekitarnya dan mampu mengubah wajah tempat tersebut sebagai salah satu pusat tumpuan pendidikan serta membuka banyak ruang perkembangan aktiviti ekonomi.

Namun apabila Selangor diambil alih oleh DAP, PKR dan PAS, cadangan tersebut diganggu oleh Khalid hanya semata-mata YBK tidak memenuhi permintaannya untuk menjadi Pengerusi baru bagi yayasan tersebut.

Selanjutnya, Khalid mula menunjukkan langkah pemusuhan dengan YBK dengan sengaja memulangkan semula bayaran cukai tanah oleh yayasan tersebut yang jelas berniat bagi menghalalkan tindakan jahat kerajaan negeri merampas tanah milik YBK.

Disebabkan mahu mengelak kontroversi berpanjangan dengan kerajaan negeri pimpinan Khalid, maka cadangan pembinaan kampus UiTM di Serendah terpaksa dibatalkan dan dipindah ke Jasin, Melaka. Akhirnya siapa yang rugi?

Demikian juga yang berlaku dengan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), sejak 2010 lagi kelancaran pembinaannya sengaja diganggu gugat oleh Khalid dan kerajaan negeri pimpinannya dengan berselindung disebalik alasan kenaikan tarif air.

Sedangkan projek yang dirancangkan oleh kerajaan sebelumnya itu bertujuan untuk menambah bekalan air bersih untuk kegunaan semasa dan akan datang yang manfaatnya bukan saja memberi kebaikan kepada rakyat malah menjamin kelangsungan ekonomi negeri.

Selepas dua tahun isu ini dipolemik dan diganggu gugat oleh kerajaan negeri yang diketuai Khalid Ibrahim, kesan negatifnya mula terasa bukan sahaja menyebabkan rakyat dirundum keresahan malah para pelabur mula menjauhi negeri ini.

Bayangkan apabila 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM tiba-tiba terpaksa membatalkan perancangan pelaburan mereka di negeri ini kerana tiada jaminan konkrit dari kerajaan negeri yang krisis air tidak akan berlaku.

Berikutan itu, sekurang-kurangnya 12,000 peluang pekerjaan hilang begitu sahaja. Bukankah ini satu dosa besar kerajaan negeri terhadap rakyat yang sepatutnya dapat dielakkan sekiranya Khalid dan pemimpin negeri yang lain dapat berfikir lebih jauh ke depan.

UiTM Serendah dan Langat 2 hanyalah secebis contoh klasik betapa ceteknya tahap pemikiran Khalid dalam mendepani tuntutan semasa sehingga kesan buruknya terpaksa pula diharungi oleh rakyat jelata.

Barangkali tidak keterlaluan kalau kita katakan untuk selama 5 dekad akan datang, rakyat Selangor akan mengenang Khalid Ibrahim sebagai satu-satunya MB yang banyak 'berdosa' dalam merosakkan masa depan negeri Selangor.

Surat Sokongan Faekah Daripada Khalid Ibrahim Palsu..??!!!


Khalid Ibrahim terus mengambil sikap mempertahankan Setiausaha Politik beliau, Cik Faekah Husin berhubung pengeluaran surat sokongan yang menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor terhadap firma guaman anak saudaranya.

Dua hari lepas Khalid Ibrahim sekali lagi mempertahankan Faekah dengan cara yang melampau apabila berkata kes Faekah tidak sama sepertimana kes surat sokongan yang dikeluarkan oleh dua Ahli Majlis Perbandaran Klang. Untuk pengetahuan pembaca, dua Ahli Majlis berkenaan dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik ahli keluarga mereka. Selanjutnya DI Sel13

Khalid Sanggup Jual Tanah Orang Melayu Untuk Bayar Hutang UNISEL..!!


Cabaran Datuk Seri Noh Omar yang mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL bagi menjawab dakwaan kedudukan kewangannya yang nazak hingga saat ini masih belum bersahut.

Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain.

Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bilamana Khalid mencadangkan penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara PTPTN tempohari.

Bukankah sepatutnya orang bijak akan mengekalkan aset dan manfaatkannya untuk jana keuntungan berlipat kali ganda dan bukannya menggunakan jalan singkat menjualnya untuk menyelesaikan masalah yang berserabut dalam kepala.

Apabila Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mengungkit soal untung rugi UNISEL, asasnya kerana sebelum ini Khalid pernah menutup beberapa pusat kemahiran dan asrama Yayasan Selangor(YS) hanya disebabkan adanya kerugian.

Majoriti rakyat Selangor berkongsi satu kerisauan yang sama seperti Noh Omar bimbang sekiranya UNISEL bakal mengulangi sejarah YS sedangkan universiti tersebut baru sahaja di bina oleh BN pada tahun 1999.

Tanah tergadai ke tangan orang lain, nasib pelajar terumbang ambing dan pusat pendidikan runtuh menyembah tanah ataupun menjadi gajah putih. Inilah yang berlaku pada pusat pendidikan milik YS dan rakyat tidak mahu ianya berulang kembali.

Sementelah lagi apabila Khalid masih juga beria-ia mahu meneruskan penjualan tanah seluas 500 ekar milik UNISEL yang dikatakan bernilai RM30 juta sekalipun PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman, saat inilah keraguan kian bercambah terhadap kedudukan sebenar kewangan UNISEL.

Rekod sebelum ini pun menunjukkan kemasukan pelajar baru bagi setiap semester juga kian menurun. Pada tahun 2007 lebih 6,000 pelajar telah mendaftar masuk ke UNISEL, tahun-tahun selepasnya bilangan tersebut teramat jauh berkurangan.

Manakala itu, pada tahun 2009 UNISEL didakwa telah mengalami kerugian lebih kurang RM20 juta gara-gara kurangnya kemasukan pelajar baru selain faktor bebanan kos pengurusan yang tinggi sejak universiti tersebut dijadikan tempat orang politik menikmati kerjaya dan gaji yang tinggi.

Apabila kerajaan negeri dilihat tetap berkeras meneruskan penjualan aset berupa tanah tersebut, bukan salah orang ramai apabila mereka percaya ia sebenarnya berkait rapat untuk menutup kerugian yang sedang ditanggung oleh UNISEL gara-gara kelemahan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan keadaan sebenar. Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai sejak empat tahun lalu.

Sumber : Sahabat Gunung

Khalid Gagap Songlap Duit UNUSEL..!!!


Belum reda isu Faekah bersama Khalid dan RM 300 juta, kini terburai pula pendedahan akaun UNISEL. Apakah kali ini Khalid akan terus sembunyikan "egg"nya sepertimana biasa ??? Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel). Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian. “Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti,” katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau berkata kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Anggota Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Anggota Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai Anggota Lembaga Pengarah universiti itu. “Jika zaman BN mentadbir dahulu kita hanya letakkan seorang sahaja wakil kerajaan negeri iaitu Exco Pendidikan, tetapi mereka jelas meletakkan orang politik yang mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan universiti itu,” katanya. Noh turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik tiga Timbalan Naib Canselor dengan gred gaji Jusa B berbanding seorang sahaja semasa di bawah BN dan mewujudkan jawatan Pendaftar Kanan dengan gred gaji yang sama dalam pentadbiran Unisel. Noh turut mendesak Abdul Khalid menunaikan janji untuk mendedahkan maklumat pemberian kontrak secara rundingan terus di bawah pentadbiran kerajaan Selangor. “Saya desak mereka dedahkan secepat mungkin, atau mereka boleh dedahkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Jika mereka gagal melakukannya saya akan bantu mereka dedahkan,” katanya. - UMNO Online Khalid cuma ada seminggu untuk perjelaskan tentang kedudukan kewangan UNISEL. Tak lebih dan tak kurang. Jika Khalid masih nak senyap, maka fahamlah rakyat Selangor bahawa dakwaan Noh Omar ini benar. Sama seperti pendedahan kes Pasir yang Khalid masih lagi senyap sampai hari dan tidak langsung mahu perjelaskan kepada rakyat !Sumber : Kita Gempur

Khalid Ibrahim Menipu Kaum India..!!!



Kaum India perlu bertanya mengapa Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan Dr. Mohamad Khir Toyo yang bersetuju agar I-City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil ( Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang ) di I-City, Shah Alam?

Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I-City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini? Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I-City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum india yang selama ini menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, Dr. Mohamad Khir Toyo telah membenarkan pembangunan I-City dengan syarat pemaju memperuntukan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands. Selanjutnya Di Belantan

Forum Air - Khalid Gagap Takut jemput BN


Barisan Nasional (BN) tetap akan menghantar wakil ke Forum Air Selangor, hari ini walaupun tidak menerima jemputan rasmi oleh Kerajaan Negeri.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, walaupun pihaknya sering mengutarakan isu berkaitan krisis air di negeri ini, beliau pelik tidak dijemput ke forum berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu.

Menurutnya, jika Kerajaan Negeri menjemput BN Selangor sebagai salah seorang panel, beliau sendiri akan memberi kerjasama untuk hadir dalam program berkenaan.

“Walaupun mereka tidak hantar jemputan kepada kita, namun BN Selangor akan hantar wakil untuk bertanyakan soalan dalam Forum Air itu nanti.

“Kita akan memberi hujah-hujah bernas termasuk senario sebenar krisis air di negeri ini,” katanya dalam sidang media, di bangunan Umno Selangor, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada pihaknya menerima jemputan menghadiri Forum Air Negeri Selangor yang dianjurkan Kerajaan Negeri. KLIK DI Ocean's 13

PUSAT URUT MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA KHALID IBRAHIM..!!!


Kerajaan Negeri Selangor dilihat masih terkial-kial mencari penyelesaian masalah kegiatan tidak bermoral di rumah-rumah urut di sekitar negeri tersebut.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memberitahu kerajaan negeri bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan masih di peringkat membuat kajian bagi mengatasi masalah penyalahgunaan lesen rumah urut di Selangor.

Antara kajian yang sedang dilakukan katanya adalah untuk memastikan samada kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk merampas premis yang didapati menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Katanya lagi, usaha sedang dijalankan bagi memastikan jika premis yang melakukan aktiviti tidak bermoral tersebut disewa, pemilik sebenarnya juga akan dipertanggungjawabkan.

"Kerajaan negeri sedang menyediakan aturcara undang-undang. Sebelum dikuatkuasa, PBT akan mengeluarkan amaran terlebih dahulu.

"Selepas diberi amaran, jika premis itu masih menjalankan kegiatan tidak bermoral, PBT akan beri borang perampasan. Akhirnya pemilik tanah harus bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas program khas Terima Kasih Rakyat di Hulu Langat hari ini.

Selain itu, Khalid turut menambah yang kerajaan negeri mungkin akan melaksanakan 'aku janji' kepada pemilik premis perniagaan bagi menangani masalah kegiatan tidak bermoral di rumah-rumah urut di Selangor.

"Keduanya, jika pemilik premis menyewakan premis mereka, dan didapati perniagaannya meragukan, kita nak pemilik tanah menandatangani aku janji setuju jika penyewa langgar syarat perniagaan, premis tersebut akan dirampas," katanya.

Aktiviti tidak bermoral di rumah-rumah urut didapati semakin bercambah sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran Selangor pada 2008.

Di Pekan Kuala Selangor sahaja, tujuh pusat urut dikesan beroperasi.

Perkara ini membimbangkan penduduk-penduduk di negeri ini yang risau ia akan memberikan kesan negatif kepada golongan muda. Selanjutnya Di KLPOS

AIR DI SELANGOR KEPENTINGAN POLITIK KHALID GAGAP.

alt

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar mengenai kesusutan rizab air terawat di negeri Selangor yang kini hanya tinggal 2.4% berbanding rizab yang sepatutnya iaitu 20% .

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar ini mencerminkan tahap kritikal rizab simpanan air terawat di Selangor dan hal ini boleh dikaitkan dengan jangkaan yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) melalui siaran media yang dikeluarkan pada 13 Januari 2012.

Siaran media AWER menjangkakan krisis air Selangor mungkin akan melanda sebelum tahun 2014. Dari kajian yang dibuat oleh AWER, pengeluaran air terawat dari tahun 2007 hingga 2010, menunjukkan peningkatan purata sebanyak 2.14% setahun.

Melalui siaran media pada 25 Mei 2009 , projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dianggar bernilai RM 3.936 billion . 75% daripada jumlah itu dibiayai oleh JICA (Japan International Corporation Agency) dan selebihnya oleh kerajaan persekutuan.


Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor ini dijangkakan mampu untuk menyalurkan 1,890 juta liter sehari. Air mentah ini akan disalur ke Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum diagih untuk kegunaan domestik.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui peruntukan kuasa yang ada pada mereka. Tindakan kerajaan negeri ini dipercayai untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat supaya mempercepatkan proses penstrukturan semula air di Selangor.

Pada masa kini, konsesi air di Selangor diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad , Konsortium ABBAS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd dan kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih syarikat-syarikat ini demi memastikan program pemberian air percuma kepada rakyat boleh diteruskan. Tawaran terakhir kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat ini sebanyak RM 10 billion telah ditolak.

Susulan itu, Tan Sri Khalid menggesa Menteri yang bertanggungjawab , Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk menggunakan kuasa menterinya di bawah Akta Industri Perkhidmatan 2006 bagi memastikan syarikat-syarikat konsesi ini bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula air.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam respon terhadap kenyataan Khalid membuat kenyataan bahawa Akta itu hanya boleh digunakan sekiranya terdapat kekurangan air yang kritikal.

Oleh itu, tindakan kerajaan negeri Selangor dalam melengah-lengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 pasti akan menyebabkan situasi kekurangan air yang kritikal berlaku di Selangor dalam tempoh 2 tahun lagi.

Dan pada ketika itu menteri bertanggungjawab tidak mempunyai pilihan melainkan mengambilalih pengurusan air Selangor dari konsesi-konsesi air yang terlibat. Walaubagaimanapun tindakan kerajaan negeri Selangor ini dilihat seolah-olah memperjudikan nasib pengguna-pengguna air di Selangor dan sekitar Lembah Klang. Selanjutnya Di KLPOS

KERANA SAYANG, KHALID IBRAHIM SANGGUP RAMPAS TANAH ORANG MELAYU UNTUK DIBERIKAN KEPADA ELIZABETH WONG..!!!!


Laman Malaysia Today yang mirik sering mengkritik kerajaan telah membuat pendedahan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dan tanah Yayasan Selangor.


Pada Mac 21hb, 2011, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Eli Wong telah memohon tanah kepunyaan Yayasan Selangor untuk dijadikan projek pelancongan Pusat kebuadayaan Cina di Klang.

Permohonan tanah itu kepada Menteri Besar agak anih kerana yang dipohon bukan tanah kerajaan tetapi tanah kepunyaan Yayasan Selangor dibwah tanggungjawab Khalid sebagai Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan.

Tanah itu tidak pula ditawarkan untuk beli atau dimajukan bersama tetapi diminta diserahkan saja dengan percuma tanpa apa-apa tawaran kepada Yayasan.

Bagaikan lelaki yang sudah termakan nasi kangkang, Khalid hanya menurut permintaan Eli Wong.

Sebaik menerima surat itu keesokan hari pada Mac 22hb 2011, Khalid memberitahu Pengurus Besar Ilham Marzuki pada Mac 23hb bahawa perkara ini sudah dibincang dengan Lembaga dan terus diarahnya uruskan penyerahan tanah.

Tidak faham apa dimaksudkan dengan Lembaga, adakah Lembaga Pengarah Anak Syarikat Yayasan Selangor atau Lembaga Pemegang Amanah Yayasna Selangor.

Mungkin dia baru sedar prosedurnya itu salah dan boleh membawa masaalah pada dirinya.

Pada Mac 23hb 2011, Khalid arahkan dalam nota dalam surat Eli Wong supaya dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Yayasan Selangor yang mungkin bermaksud Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

Lanjutan dari itu, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan juga dalam Malaysia Today satu lagi surat bertarikh Julai 12hb 2011 dari Yayasan Selangor kepada Pejabat Tanah Klang yang ditandatangani oleh Pemangku Pengurus Besar, Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz

Surat ini menyatakan Yayasan Selangor tidak setuju tanah tersebut diserahkan kembali kepada pihak kerajaan untuk dijadikan Pusat Kebudayaan Cina yang kini telah ditukar nama kononnya demi justifikasi dan mengabur mata orang Melayu dan India menjadi Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India.

Dengan demikian, jelaskan Khalid Ibrahim berhasrat memaksa Yayasan Selangor menyerahkan balik tanah kepada kerajaan dengan membatalkan hakmilik tanah.

Cadangan Yayasan kepada pihak pejabat tanah adalah supaya diberi tanah ganti yang sama nilai atau diberi pampasan mengikut nilai tanah atau cadangkan usahasama dengan syarikat lain.

Nampaknya cadangan terakhir menunjukkan Pusat Kebudayaan Cina yang dicadangkan kemungkinan mahu dibangunkan secara pengsawstaan atau melibatkan usahasama dengan pihak swasta.

Jika demikian, kenapa pula Eli Wong yang menulis permohonan dan bukan permintaan itu datang dari syarikat swasta yang terlibat?

Adakah ianya satu skim dimana Eli Wong menyumbang kuasa dan pengaruh sebagai ADUN dan Exco berkenaan dan syarikat menyumbang modal? Jika demikian, adakah sumbangan Eli Wong itu untuk kepentingan kerajaan negeri atau pihak lain, termasuk mana tahu, Eli Wong sendiri secara peribadi?

Cara merampas tanah tanpa pampasan atau cara menipu pihak terlibat dengan membuat ‘transfer’ (penukaran) hakmilik balik pada kerajaan tanpa diketahui pihak terlibat merupakan salah satu amalan kerajaan negeri yang baru di kesan.

Petani-petani yang terlibat dalam projek PKPS kini berhadapan dengan tanah yang diharapkan mereka akan kekal berada bawah kerajaan negeri yang sepatutnya membolehkan mereka terus bertani kini dihalau tanpa pampasan.

Banyak lagi dipercayai berlaku dalam melibatkan pemaju perumahan yang membangunkan balik projek perumahan yang terbengkalai.

Anih sekali, kerajaan negeri mahu lakukan penipuan dan paksaan sedemikian terhadap sebuah yayasan di bawah pentadbirannya sendiri.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambilalih, satu demi satu program dan syairikat serta yayasan yang ditubuhkan untuk membantu kaum Bumiputera dan rakyat termiskin di mansuh dan ingin ditutup.

PKNS yang ditubuhkan untuk salah satu fungsi menyediakan rumah yang mampu dibeli dan diduduki oleh rakyat kurang berada kini bertukar menjadi syarikat hartanah yang hanya mahu membina rumah dan condo berharga dan nilai tinggi.

Mana-mana tanah yang boleh disapu tidak lagi dipeduli peranan sosial dan masyarakat yang dimainkan di tanah tersebut, semua mahu diambilalih untuk jadikan hartanah mewah.

Yayasan Selangor yang kita ketahui adalah ditubuhkan untuk membantu memberi pendidikan dan kemahiran kepada keluarga yang kurang berupaya.

Mereka menyediakan asrama di kota untuk anak-anak desa mendapat pelajaran di sekolah-sekolah yang baik-baik. Kini asrama Dr Latif dan Asrama Toh Puan Norashikin mahu ditutup untuk dibangunkan apartmen dan kondo.

Yayasan juga terlibat membangunkan Institiut kemahiran Yayasan Selangor untuk anak-anak yang kurang berjaya dalam akademik dapat mendapat kemahiran. Kini IKYS ditutup dan pelajar terlibat dihantar ke kolej swasta yang mahal dan program yang tidak sama.

Yayasan juga memberi biasiswa untuk anak-anak yang baik pelajarn untuk menyambung pelajaran mereka di sekolah menengah hingga ke Universiti. Tahun ini tiada lagi biasiswa yang diberi.

Niat murni Yayasan kini terus terhalang oleh ketirisan besar-besaran dan salahurus oleh pihak-pihak tertentu. Penolong Pengurus Besar pernah dikenakan tindakan disiplin dan disiasat oleh SPRM. Pengurus Besar yang sma tidak cekap hingga menyebabkan kerugian besar masih dikekalkan.

Kini Pengerusi Lembaga Pemegang Amanh itu sendiri, iaitu Menteri Besar Selangor Tan sri Khalid Ibrahim sendiri pula terlibat untuk merampas hartanah kepunyaan Yayasan dibawah tanggungjawabnya sendiri untuk diberikan kepada satu projek melibatkan pihak swasta.

Kenapa dia sedia lakukan perkara sedemikian?

Adakah ianya begitu perlu melebihi peranan sebuah Yayasan yang menjalankan kerja kebajikan untuk rakyat?

Hanya sesuatu melibatkan pecah amanah atau pengumpulan dana pilihanraya yang boleh jadi sebab Menteri Besar boleh hilang arah dan etika. Bukankah ini dikira perbuatan pecah amanah dan ia sepatutnya dilaporkan ke SPRM? :- Selanjutnya Di Sel13

Khalid Gagap Mengamok Dengan Peter Chin..!!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan persekutuan sengaja tidak mahu mencari jalan penyelesaian yang holistik terhadap isu penstrukturan semula perkhidmatan air di Selangor.

Menurutnya, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui seolah-olah seperti tiada keyakinan terhadap kuasanya sebagai menteri penuh berdasarkan kenyataannya yang beliau tidak berkuasa meminta syarikat konsesi menerima penstrukturan semula tersebut.

Tambah beliau, sebagai menteri persekutuan yang bertanggungjawab terhadap isu air, beliau sebenarnya berkuasa penuh untuk memastikan syarikat konsesi mencari jalan penyelesaian secara holistik terhadap isu penstrukturan semula ini seperti yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

"Adalah jelas Peter Chin mempunyai kuasa yang secukupnya atas dasar kepentingan awam untuk menyelesaikan masalah ini dengan mengarahkan syarikat-syarikat terlibat memberi kerjasama penuh bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil-alih sektor perkhidmatan air.

"Oleh itu, kerajaan negeri sekali lagi menyeru menteri menggunakan kuasanya seperti yang termaktub dalam Akta WSIA agar masalah yang kita hadapi sejak 2008 dapat diselesaikan dengan segera.

"Perbuatan beliau (Peter Chin) yang terus berdolak-dalik dalam hal ini jelas bertentangan dengan matlamat asal dan semangat penubuhan WSIA untuk mencari penyelesaian yang menyeluruh untuk perkhidmatan air," katanya.

Tambah beliau, Peter Chin mungkin terlupa bahawa perkhidmatan air bukanlah satu aktiviti perniagaan komersil semata-mata.

Katanya, ia adalah satu aktiviti perniagaan melibatkan perkhidmatan awam di mana kepentingan awam harus diberi keutamaan.

Menurutnya lagi, pengambilalihan pengurusan air oleh kerajaan negeri bukan sahaja menjadikan perkhidmatan air lebih berkesan dan kos efektif dan sekaligus memastikan tariff air yang munasabah serta tidak membebankan rakyat.

"Oleh itu, semua pihak terutamanya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sepatutnya bersama-sama kerajaan negeri Selangor dalam memastikan hasrat dan visi WSIA ini tercapai," katanya. KLPOS

Otak Khalid Ibrahim Masuk Air, Bodoh Sombong..!!


Khalid Ibrahim terkenal sebagai seorang manusia yang bodoh sombong dan kuat menipu. Kerana sikapnya itulah membuatkan ramai di kalangan orang-orang PKR pun tidak menyukainya.

Salah satu contoh sikap bodoh sombongnya adalah semasa krisis perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor pada awal 2011.

Dia nak pinda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagai membolehkan kuasa perlantikan SUK dibuat oleh negeri.

Untuk meminda Undang-Undang Tubuh ianya memerlukan sokongan 2/3 ahli DUN Selangor. Khalid tahu, dan semua orang tahu kerajaan pimpinannya tidak mempunyai majoriti 2/3 dalam DUN dan tak mungkin apa yang dia nak lakukan akan berjaya. Tetapi dia tetap bertegas untuk adakan juga dan habiskan wang untuk membayar khidmat pakar undang-undang serta peguam bagi merangka draf pindaan.

Lalu berlangsunglah satu sidang khas DUN pada 24 Januari 2011 bagi tujuan berkenaan. Dan hasilnya seperti yang dijangka. Masuk angin keluar asap balik asal.....Membazir masa, wang dan tenaga kakitangan kerajaan negeri semata-mata kerana sikap bodoh sombong seorang MB.

Bab menipu , tak terkira banyaknya. Hingga nama Sultan pun beberapa pernah digunakannya semata-mata hendak mengukuhkan pembohongannya.

Bersama isteri yang sah
Sekarang Khalid mengulangi pula sikap bodoh sombongya berhubung isu pembinaan loji air Langat 2. Kerana sikap bodoh sombongnya kali ini rakyat Selangor bakal ditimpa musibah besar dalam masa 2 tahun lagi.

Walaupun telah ditegur oleh Sultan Selangor , Khalid tetap dengan kebebalannya. Sultan bercakap pasal pembinaan Loji Langat 2. Dia pergi bercakap pasal penstrukturan air Selangor. Sedangkan dua isu tersebut adalah perkara yang berbeza.

Semalam Datuk Seri Noh Omar telah menyekolahkan Khalid tentang isu berkenaan.

Laporan dari freemalaysiatoday.com

Noh menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak bermain politik dalam isu tersebut. 
Beliau berkata, isu pokok adalah pembinaan loji Langat 2 yang enggan dilaksanakan kerajaan negeri.
Ini kerana dua isu membabitkan pembinaan loji dan penstrukturan semula adalah dua perkara berbeza, malah tidak dinafikan Selangor bakal menghadapi krisis air seperti yang dilaporkan sebelum ini.
“Isu penstrukturan air dengan penyediaan loji Langat 2 adalah dua benda berbeza. Malah tidak dinafikan Selangor akan menghadapi krisis air. 

“Menteri Besar sengaja tidak mahu bekerjasama untuk pembinaan loji, sedangkan jika tidak bina bagaimana air hendak ada? 

“Sedangkan isu penstrukturan air itu hal lain. Itu soal perniagaan, tidak kena mengena dengan penyediaan air. Ini Menteri Besar salahkan orang lain. Beliau patut akur dengan perjanjian yang dibuat untuk pastikan air cukup,” katanya. 
Rakyat Selangor tiada pilihan lain jika tidak mahu ditimpa musibab terputus bekalan air dua tahun lagi. Hanya satu sahaja pilihan yang anda anda, tolak Khalid dan PKR habis-habisan dalam PRU akan datang.

Sebenarnya dalam hal ini bukan sahaja rakyat Selangor yang bakal ditimpa musibab, malah seluruh Lembah Klang akan hadapi masalah air. Dan masalah yang bakal dihadapi bukan sahaja kita akan terputus bekalan air, malah kita juga akan menghadapi masalah dari sudut ekonomi.

Sumber : RBF Online

Khalid Ibrahim Tidak Boleh Diharap..!!!!


“Menteri Besar tak boleh harap”, demikian luah seorang penduduk Kampung Ijok ketika ditanya pendapat mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.

Haji Mohd Afandy bin Dahalan, 49 memberitahu sejak 2008, Khalid seolah-olah bersikap lepas tangan tentang kebajikan penduduk-penduduk Ijok. Menurutnya, Khalid selaku ADUN di kawasan tersebut menyerahkan segala tanggungjawab pentadbiran kepada wakil yang dilantiknya.

“Kita nampak MB memang tidak bertanggungjawab. Dia tak tahu apa-apa. Semua perkara diserahkan bulat-bulat kepada wakilnya,” kata Afandy. Masalah pula timbul bila wakil-wakil yang dilantik pun lepas tangan sekali. Jadi kita lihat MB memang tidak menjaga orang Ijok,” tambah beliau.

Menurutnya, sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat di Ijok langsung tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh Khalid yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk Ijok.

Tambah beliau, janji-janji yang dibuat ketika pilihanraya umum yang ke 12 lalu juga masih belum dilaksanakan oleh Khalid.

“Sudah empat tahun berlalu, tiada satu sumber ekonomi pun yang dibawa ke Ijok. Inikah pakar ekonomi? Janji nak berikan hak tanah pada masyarakat India, sampai hari ini masyarakat India di Ijok masih tak dapat menikmati apa yang dijanjikan itu,” katanya.

Menurut beliau, situasi ketika ini lebih teruk jika dibandingkan dengan sewaktu Barisan Nasional berkuasa di mana katanya ketika itu kebajikan rakyatnya terjaga.

Beliau turut membandingkan pentadbiran Khalid dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar di mana menurut Afandy walaupun hanya menjadi Menteri Besar selama dua tahun, tetapi banyak pembangunan yang dibawanya ke Kuala Selangor.

“Abu Hassan jadi MB hanya dua tahun, tapi pembangunan untuk Kuala Selangor naik. Ada stadium, perpustakaan dan banyak lagi. Tapi Khalid dalam tempoh empat tahun ni, langsung tiada pembangunan. Yang ada hanya rumah urut yang tumbuh macam cendawan di Kuala Selangor,” katanya.Selanjutnya Di KLpos

Tamparan Hebat Noh Omar Kepada Khalid Dan Pakatan Pembangkang !


Disaat Khalid dan regimnnya sibuk mengumpul harta dan rompakan dari rakyat, Noh Omar tampil membuktikan BN sentiasa dekat dengan rakyat di setiap peringkat.

Kali ini, golongan nelayan mendapat manfaat disaat Khalid cuba melarikan diri dari golongan nelayan di Kuala Selangor yang menunggu Khalid menunaikan janjinya kepada para nelayan.

Terbukti, kerajaan Barisan Nasional menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghargai nilai nyawa setiap rakyatnya sedang pakatan pula sibuk nak mengorbankan nyawa rakyat dalam demonstrasi haram dan yang terbaru demonstrasi haram Bersih 3.0.

Kira-kira 65,000 nelayan berdaftar di seluruh negara bakal menikmati skim insurans mulai pertengahan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata insurans itu membolehkan nelayan menikmati perlindungan terhadap kecederaan atau kematian mereka ketika keluar menangkap ikan yang sekaligus dapat meringankan penderitaan mereka dan waris mereka.

"Cadangan mewujudkan skim insurans ini telah diluluskan Kabinet awal tahun ini dan persatuan nelayan di seluruh negara juga telah menyatakan persetujuan penuh terhadap langkah terbabit.

"Kita berharap hasrat itu dapat direalisasikan pertengahan tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang di sini, Isnin.

"Nelayan menerima eluan sara hidup sebanyak RM2,400 setahun dan daripada jumlah itu, RM100 (setahun) akan dipotong untuk dicarumkan.

"Sebelum ini, nelayan yang memperoleh elaun hanya menggunakan wang itu untuk tujuan tertentu dan jarang menyimpan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

Justeru setiap kali berlaku musibah, nelayan akan dihimpit kesusahan," kata Noh.

Beliau berkata skim insurans itu turut meliputi perlindungan lain termasuk kebakaran dan kecacatan anggota badan.

"Kita telah memilih syarikat insurans yang boleh memberi pampasan yang tinggi bagi menjaga kebajikan setiap nelayan," katanya. - BERNAMA

Penduduk Ijok Mengamok "MB Khalid Ibrahim Tak Boleh Di Harap!!"


“Menteri Besar tak boleh harap”, demikian luah seorang penduduk Kampung Ijok ketika ditanya pendapat mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.

Haji Mohd Afandy bin Dahalan, 49 memberitahu sejak 2008, Khalid seolah-olah bersikap lepas tangan tentang kebajikan penduduk-penduduk Ijok. Menurutnya, Khalid selaku ADUN di kawasan tersebut menyerahkan segala tanggungjawab pentadbiran kepada wakil yang dilantiknya.

“Kita nampak MB memang tidak bertanggungjawab. Dia tak tahu apa-apa. Semua perkara diserahkan bulat-bulat kepada wakilnya,” kata Afandy. Masalah pula timbul bila wakil-wakil yang dilantik pun lepas tangan sekali. Jadi kita lihat MB memang tidak menjaga orang Ijok,” tambah beliau.

Menurutnya, sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat di Ijok langsung tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh Khalid yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk Ijok.

Tambah beliau, janji-janji yang dibuat ketika pilihanraya umum yang ke 12 lalu juga masih belum dilaksanakan oleh Khalid.

“Sudah empat tahun berlalu, tiada satu sumber ekonomi pun yang dibawa ke Ijok. Inikah pakar ekonomi? Janji nak berikan hak tanah pada masyarakat India, sampai hari ini masyarakat India di Ijok masih tak dapat menikmati apa yang dijanjikan itu,” katanya.

Menurut beliau, situasi ketika ini lebih teruk jika dibandingkan dengan sewaktu Barisan Nasional berkuasa di mana katanya ketika itu kebajikan rakyatnya terjaga.

Beliau turut membandingkan pentadbiran Khalid dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar di mana menurut Afandy walaupun hanya menjadi Menteri Besar selama dua tahun, tetapi banyak pembangunan yang dibawanya ke Kuala Selangor.

“Abu Hassan jadi MB hanya dua tahun, tapi pembangunan untuk Kuala Selangor naik. Ada stadium, perpustakaan dan banyak lagi. Tapi Khalid dalam tempoh empat tahun ni, langsung tiada pembangunan. Yang ada hanya rumah urut yang tumbuh macam cendawan di Kuala Selangor,” katanya.

Seorang lagi penduduk Ijok, Zaini Korman, 61, Pesara, turut bersetuju dengan Afandy. Menurutnya, peruntukan untuk memperbaiki kerosakan pada kemudahan penduduk kampong juga sukar untuk diterima daripada pejabat Khalid.

“Selalunya bila orang kampong minta peruntukan, mesti tak dapat. Saya sendiri sebagai pengerusi surau, minta peruntukan untuk lampu jalan sampai sekarang tiada apa-apa tindakan daripada MB ataupun wakilnya.

“Jalan-jalan yang rosak, tidak dibetulkan. Kutipan sampah tidak teratur, tiada tindakan. Kebajikan kami penduduk di sini langsung tidak terjaga. Mujur wakil Barisan Nasional di sini banyak membantu. Tapi tak banyak yang dapat dibuat kerana yang ada kuasa di Selangor adalah Pakatan Rakyat,” kata Zaini.

Tambah beliau, sebagai Menteri Besar yang datang dari DUN Ijok, sepatutnya penduduk Ijok mendapat sedikit kelebihan dari segi kemudahan tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka seolah-olah dianak-tirikan.

“Rugi orang kampung pilih Khalid,” tegas Zaini. :- KLpos.com

LIVE!!!! Adun Dan Ahli Parlimen Pakatan Haram Selangor Akan Mendapat iPad3!!!!


Dalam Sidang Dun Selangor Khalid Ibrahim berjanji Akan Memberi iPad3 kepada semua Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Haram di Selangor. Inilah kemewahan yang dijaja oleh MB Selangor kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.



Khalid Ibrahim mengkayakan Selangor dengan bermain saham, dimana Khalid cuma tahu pengurusan akaun. Sebelum MB Selangor, MB Khalid pernah menguruskan duit keluar masuk dari PNB dan si Khalid gagap ni pun tak tahu macam mana nak memajukan Selangor. Dalam Beberapa tahun ini tidak nampak berapa banyak pelabur asing yang dibawa oleh MB.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive