Tok Guru Nik Aziz membenarkan umat islam di Malaysia Bersenamrobik di dalam masjid asalkan menutup aurat. Adakah pekara sebegini boleh diterima oleh semua masyarakat sedangkan untuk bersenam buaknlah memaki jubah tetapi memakai pakaian sukan.
Bagi kaum lelaki sememangnya memakai pakaian yang menutup aurat tetapi bagi kaum hawa pula mereka hendak pakai pakaian yang macam mana? adakah dengan memakai pakaian berjubah untuk cover, yang tertentu mesti susahkan kalau pakai jubah? klau anda sipembaca tentu anda faham kaum hawa punyaI pakaian sukan yang macam mana? takkan lah nasuruh kaum hawa terlompat-lompat di dalam masjid......
Adakah didalam masjid boleh Senamrobik? Tok Guru berkata... “Usah luar masjid, dalam masjid pun tak apa,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, ketika mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang melakukan senamrobik bersama-sama jemaah Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, sempena Karnival Maal Hijrah, baru-baru ini.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, bagaimanapun menegaskan seseorang itu perlu menjaga aurat dan kehormatan dirinya ketika berada di dalam masjid.
Mengulas lanjut, katanya, pihak masjid perlu membuat teguran kepada ADUN Serdang supaya sentiasa menjaga aurat dengan memakai pakaian bersesuaian ketika berada di dalam masjid.
“Kenalah jaga (aurat), usahkan Cina, orang Melayu pun kena jaga aurat... orang Cina nak masuk masjid boleh, tetapi kena jaga aurat, jaga kehormatan dan semua sekali, orang Melayu perempuan tak tutup kepala (bertudung) masuk dalam masjid pula macam mana,” katanya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Teo yang memakai baju ketat bersama-sama jemaah masjid termasuk lelaki bersenamrobik pada Karnival Maal Hijrah di Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, baru-baru ini.
Ahli Parlimen Serdang itu juga sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila menyampaikan ‘tazkirah’ di ruang solat Surau Al-Huda Kajang Sentral tanpa menutup aurat.
Teo dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching pula mempertahankan tindakannya dengan menyatakan adakah menjadi satu kesalahan kepadanya untuk bersenam di tempat letak kereta masjid bersama orang ramai.
Mengenai pakaian Teo yang memakai baju ketat ketika bersenamrobik di perkarangan masjid berkenaan, Nik Aziz berkata, itu adalah masalah kedua.
“Itu masalah yang kedua... (yang penting) aurat ini kena jaga usahkan Cina, Melayu pun kena jaga aurat, sepatutnya (pihak masjid) tegurlah dia (Teo), dia tak nak tahu sebab dia bukan Islam, jadi perlu ajar (bahawa) aurat kena jaga,” katanya. (Sumber dari BH)
Post By......MAN LAKSA
2 comments:
Salam Tuan,
Mohon link ke blog tuan.
Mohon berkongsi perjuangan.
Terima kasih
http://empayar-pemuda.blogspot.com
Islam ala Pok Najis.....hancur kesucian rumah ALLAH
Post a Comment