Kuli Berpalig Tadah!!!


Masih ada lagi orang yang gila kuasa walaupun usianya di hujung nyawa. Diatas tidak kepuasan hati maka mulalah membuat bermacam2 onar, ada saja yang tidak kena, kisah lama usah dikenang yang berlalu biarakan berlalu.

 4 Februari 1988, tarikh keramat UMNO dibunuh oleh Ku Li dan Kumpulan 11 akibat percaturan kuasa, kegagalan dan kekecewaannya menjadi Presiden UMNO pada pemilihan tahun 1987 setelah tewas kepada TDM. Kumpulan 11 ini jugalah terdiri dari juak juak Ku Li yang mengheret UMNO ke mahkamah. Hakikat ini adalah satu bukti hidup! 

Jika hakikat di atas bukan satu bukti hidup, tidak mungkin kerana hanya cawangan UMNO tidak berdaftar menjadikan UMNO tidak sah. Hakikatnya Ku Li dan Geng 11 beliau yang mengheret UMNO ke mahkamah menyebabkan kematian UMNO! Dan kini, Ku Li sekali lagi bermain 'politik longkang' dengan Anwar Ibrahim! 


Pendirian Ku Li yang menjadi 'Ahli Politik Pekak & Bisu Sementara' apabila Anwar Ibrahim menjaja dalam setiap ceramah bahawa DS Najib mempunyai anak luar nikah hasil hubungan dengan Altantuya, menyerlahkan lagi belang dan nafsu politik beliau yang tidak pernah kunjung padam. Ini merupakan satu penghinaan besar Ku Li terhadap DS Najib. 

Apa rasional beliau mempertahankan Anwar Ibrahim akibat perbuatan gelojoh seks 'China Doll Anugerah Tuhan' ini cukup memeningkan dan meloyakan. Ku Li mampu membisu dan memekakkan telinga apabila ditanya mengenai serangan seks Anwar Ibrahim terhadap DS Najib dalam kes Altantuya namun sanggup bergolok gadai mempertahankan Anwar Ibrahim dari serangan seks. 

Bukankah pelik ... setiap pembongkaran 'politik longkang' terhadap Anwar Ibrahim didedahkan sendiri oleh bekas kenalan rapat dan penyokong beliau, Ku Li sanggup pula menjadi bisu dan pekak tanpa membela DS Najib. Tidak mustahil rentetan kekecewaan Ku Li yang gagal merebut kerusi Presiden UMNO dari TDM tahun 1987 ... gagal merebut kerusi Presiden UMNO dari DS Najib tahun 2008, memungkinkan beliau akan berkompromi dengan Anwar Ibrahim!:- Petikan Dari GWM

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive