HOT BEB!!! Filem Seram Di Luar Negara Tak Sebodoh Filem Seram Kita - Tun M....



Selepas Dr. Mahathir menegur lambakan filem hantu atau dalam istilahnya genre seram, banyaklah pula yang tanya, betulkah filem jenis itu memundurkan penonton? Nak kata memundurkan atau tidak, susah untuk dibuktikan. Tapi yang jelas filem seram kita tak ada pemikiran. Tak ada isi, dibuat dengan cincai kerana pembuatnya tak ada isi dalam kepala. Yang ada hanya duit...duit...duit.

Apabila ada filem tapi tak ada isi, tentulah mengarut namanya. Mana tak mengarut, kalau hantu menonton filem itu pun hantu akan marah, sebab watak hantunya bodoh sangat.

Stereotaip pula tu. Sebenarnya bukan watak yang bodoh, pembuatnya tak cukup cerdik.

Banyak penerbit fikir, kalau buat cincai pun boleh kaut juta-juta ringgit untuk apa fikir sampai pecah kepala nak buat lebih elok? Ada penerbit dan pengarah filem menyanggah teguran Dr. Mahathir dan alim ulama. Mereka kata, filem hantu untuk hiburan dan ada mesej mendidik. Poorah... Kalau setakat penutup filem ada dua tiga terjemahan ayat al-Quran atau pesanan moral, tak payahlah nak dakwa filem hantu juga mendidik. Mendidik apa? Mendidik kenal jenis-jenis hantu dan tahap kehantuannya?

Masalahnya bukan kerana genre tapi pembuatan filem itu. Misalnya filem kita yang bukan seram pun memang teruk, malah sangat teruk. Tapi kerana sekarang musim filem seram, kita cakap dulu pasal filem seram. Pembuatan filem kita telah memberikan erti yang buruk tentang genre ini. Padahal genre seram di luar negara tak sebodoh filem seram kita. Genre ini lebih sukar dihasilkan, banyak suntikan psikologi dan sangat menarik kalau dikaji daripada sudut psikoanalisis.

Dalam filem genre seram Amerika misalnya, kewujudan hantu adalah perlambangan.

Maknanya hantu yang bukan hantu. Malah ada filem Amerika yang seram tapi tak ada hantu, seram dibina oleh penciptaan mood. Antaranya The Sixth Sense arahan M. Night Shyamalan atau The Blair Witch Project arahan Daniel Myrick dan Eduardo Sanchez. Filem begini dikaji dari sudut psikoanalisis. Sebuah lagi filem arahan Shyamalan ialah Happening yang nampak macam hantu tapi tak ada hantu pun. Filem ini menghurai satu fenomena alam secara saintifik. Memang payah nak buat filem begini.

Tapi filem seram kita memang dibuat semata-mata kerana fenomena hantu. Lepas satu muncul satu filem hantu, semuanya lebih kurang sama. Letak seorang pelakon, pakai bedak putih dan conteng muka jadilah hantu.

Filem hantu kita tidak ada pemikiran yang kompleks. Yang ada hanya paparan yang menyeram, takut atau ngeri. Selebihnya tak ada, sebab isinya berlegar sekitar hantu semata-mata. Tapi Hantu Kak Limah Balik Kampung kelihatan berbeza kerana Mamat Khalid tak berlegar pasal hantu. Di sebalik seram ada nilai sosial yang lebih besar mengenai sikap orang Melayu. Sinisnya Mamat melibas.

Lambakan filem hantu menunjukkan penonton Melayu berselera rendah. Statistik membuktikan majoriti penonton filem Melayu adalah Melayu. Apabila filem-filem buruk dijulang, ini menunjukkan Melayu berselera kelas tiga. Mereka juga harus dipersalahkan kerana menyokong perosak anak bangsa.

Finas jangan selesa dengan lambakan filem hantu, nanti banyak hantu dalam induatri filem. Utusan

7 comments:

Anonymous said...

betul tu.. kalau aku tengok filem seram , pun bagi aku filem dari thai, memang psychology, mcm shutter, lain2

Anonymous said...

Bila nak buat Hantu Kak Limah balik Kedah ?

Anonymous said...

Balik Kedah ?? hohoho tabole woo..Kedah kampung Tun M wooo !

Anonymous said...

cerita bodoh macam hantu bonceng boleh collect 8.5 million tau.. kesangapan orang melayu dan bebudak sekarang.. lagi bodoh, lagi diorang sokong dan suka tengok.. cerita 8.5 million tarak untung mosti kasi gran.. katanye intellectual pasal sejarah.. budak mee lo fa 22 tahun boleh dapat bisnes rm 200k.. siap brag kat paper kata tak cukup mau 500k katanye..

2.0.. apala nak jadi kat melayu 2 ekoq tu..

jawapan diatas semuanya pasti bodoh.. penonton, pelakun, skrip, penerbit, pemberi dan sistem itu sendiri dah nampak..

aku sokong tun. tapi apa perduli, asal jadi duittt kan..

kalo macam tu jadi la don carleon ka. atau pablo escobar ka.. mau duit punya pasal latu..

Anonymous said...

Saya tak suka tonton TV 3, kerana marah dengan sikap saluran ini yang tak indah dengan berbagai-bagai teguran dari rakyat dan pemimpin kerana banyak menayang filem hantu dan filem dariIndonesia yang akan membodohkan fikiran rakyat Malaysia. Saluran ini mementingkan keuntungan dari mementingkan kehendak negara.

Anonymous said...

otak rakyat Malaysia( terutama Melayu) dahla! tak berapa cerdik! (bukan semua) disogok pula dengan cerita hantu gila! dan cerita Indonesia bodoh! maka akan bertambah celarulah fikiran mereka. Oleh itu tolonglah! ! ! ! ! TV 3 HENTIKAN kejahatan kamu terhadap rakyat!

Anonymous said...

Aku kalu tengok cite melayu hantu xrasa takut...tapi aku geslak sebab hantu dlm filem hantu melayu x mcm hantu....tempek bedak byk2 dah jdi hantu....pooooorah

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive