Dr. Maximus Ongkili Tempelak Ambiga!!!



Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili hari ini mencuri perhatian banyak pihak apabila secara bersahaja 'membelasah' Datuk S. Ambiga berhubung kedudukannya pada persidangan jawatankuasa itu hari ini.

Beliau bertindak demikian bagi menghalang bekas Presiden Majlis Peguam itu daripada mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada persidangan jawatankuasa berkenaan kerana pertubuhan itu tidak berdaftar.

Bagaimanapun, Ambiga tetap diberi ruang untuk menyuarakan pandangan secara panjang lebar, tetapi hanya atas sifat peribadinya sebagai rakyat Malaysia, bukan selaku Pengerusi Bersih sebagaimana diharapkannya.

"Saya tidak pernah takut pada Bersih, tetapi Tuhan itu bukan hanya menilai pada perkataan bersih, hati juga kena bersih," kata Maximus sebagai membalas kenyataan Ambiga yang mempersoal adakah beliau takut dengan Bersih.

Terdahulu Ambiga berkata, Maximus tidak perlu takut dengan pertubuhan tersebut kerana perkataan bersih itu membawa maksud yang baik selain badan itu sendiri mewakili suara 80 badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengubah sistem pilihan raya negara ini.

Persoalan mengenai penglibatan Bersih dalam persidangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mula timbul apabila ahli jawatankuasa itu, Azmin Ali (PKR-Gombak) mempersoal mengapa Ambiga tidak dibenarkan mewakili Bersih.

Mengulas isu itu, Maximus berkata, memang menjadi ketetapan bahawa hanya badan politik dan NGO yang berdaftar layak mengambil bahagian dan jika tidak, mereka perlu memberi pandangan atas sifat peribadi.

"Ini adalah ketetapan. Bersih tidak berdaftar dan kami tidak boleh menerima pandangan daripada Bersih, tetapi Ambiga boleh memberi pandangan atas kapasiti peribadi. Ia akan direkod sebagai pandangan individu," katanya. Utusan

5 comments:

Anonymous said...

Apa dia rasa dia punya gabungan 80 pertubohan NGO tu mewakili setiap rakyat di Tanah Melayu nie ke.Semua rakyat di Malaysia nie memberikan keizinzn mereka ke kepada PAKATAN HARAMJAD BERSIH utk menjadi WAKIL jurubicara..

pee lah mabuk Ambigaru.

Anonymous said...

pehak jawatan kuasa terpilih parlimen tidak sepatut memberi eluang kepada ambiga untuk menyuarakan pandanganya walau pun atas dasar paandangan peribadi.ini saolah2 bersih telah diiktiraf.

Anonymous said...

Kalau mcm tu saya pun nak hadhir jgk utk memberikan pendapat. mungkin saya ada pendapat yg lebih bernas?...apa hebatnya Si Ambiga yg menyokong seks bebas tu?

Anonymous said...

Si Ambiga ni! semakin hari semakin melampau! dia ingat datuk nenek dia punya negeri! kenanglah pengorbanan kami yang tidak terhingga ini. . .hak-hak kami semakin lama semakin dikikis!

Anonymous said...

tengok raut wajah Ambiga dan bulu keningnya dalam keadaan berkerut pada gambar diatas kemudian tengok raut wajah Anwar dan bulu keningnya begitu juga Salman 'The Satanic' Rushdie. Ketiga-tiganya berwajahkan syaitan

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive