Harus Menolak DAP!!!


Hasrat DAP mengurangkan kakitangan awam jika diberi mandat untuk memerintah, membuktikan parti itu rasis dan sepatutnya ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Malah, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menyifatkan apa yang cuba dilakukan oleh DAP itu sebagai satu malapetaka besar yang bakal menimpa negara ini jika ia benar- benar berlaku.

''Bagi saya, jika hasrat DAP itu benar-benar berlaku ia akan menjadi malapetaka bagi negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) dalam sesi yang sama telah memberitahu Dewan mengenai terdapatnya penjualan minyak kitar semula dengan harga yang murah.

Beliau berkata, difahamkan minyak kitar semula itu merupakan campuran antara minyak yang telah digunakan dan minyak baru.

''Sebenarnya penjualan minyak kitar semula bukan sahaja merosakkan kesihatan, bahkan mencemar nama baik negara dan sehingga kini setakat manakah penguatkuasaan kementerian untuk memantau dan merampas minyak masak yang dikitar semula ini yang kemudian dicampur dengan minyak asli dan dijual?.

''Ia bertujuan memastikan kepentingan masyarakat sentiasa diberi perhatian," katanya. :- Utusan

1 comments:

Anonymous said...

DAP adalah sabuah parti yang bertunjangkan perkauman, dengki, khianat. Parti inilah yang memulakan huruhara pada 13 mei dulu. Patutkah kita memilihnya untuk memimpin negara ini? selamatkah anak cucu kita dimasa hadapan? fikir-fikirlah wahai bangsaku.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive