PAS Kelantan Ditolak Lagi Oleh Rakyat!!!



Seramai 257 penyokong Pas di negeri ini menyertai UMNO selepas kecewa dengan kepimpinan Pas yang didakwa hanya pandai menabur janji tetapi tidak tahu melaksanakannya.

Sebanyak 187 daripada mereka adalah penyokong Pas dari Kampung Bechah Peleting, Pondok Lama dan Banggol Pisang Galadi di sini, yang menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dalam satu majlis di Kampung Banggol Pisang Gala di sini malam semalam.

Dalam majlis berasingan, seramai 70 nelayan tradisional pantai di Kuala Kemayan juga mengisytiharkan keluar Pas dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kuala Kemasin, Bachok hari ini.

Sementara itu, wakil tiga penduduk kampung terlibat, Kamaruddin Abdullah, 53, berkata, dia bosan dengan tindakan Pas yang hanya bijak berjanji tetapi tidak mengotakannya.

"Sudah 20 tahun saya berada dalam Pas, tetapi semasa menghadapi kesukaran apabila seorang anak terpaksa masuk hospital kerana menghidap leukemia, Pas hanya berkata 'insya-Allah'.

"Setiap kali saya minta bantuan, jawapan yang sama saya terima. Usia saya pula semakin meningkat dan anak-anak memerlukan pelbagai perkara antaranya persekolahan dan pekerjaan yang Pas tidak dapat sediakan," katanya.

Zahari Hussin, 37, pula berkata, dia tidak melihat sebarang perubahan di kampungnya sejak Pas memerintah Kelantan lebih 20 tahun lalu kerana masih tiada kemudahan malah sesetengah tempat belum mempunyai lampu jalan.

Sementara itu, Abdullah Ghani, 53, berkata, dia tidak pernah mendapat perhatian sepanjang menjadi ahli parti tersebut kecuali diminta menghadiri ceramah.

Ikmal Hisham semasa berucap pada majlis tersebut berkata, rakyat mampu membawa perubahan sekiranya mereka mengambil keputusan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Sementara itu, wakil nelayan tradisional pantai Kuala Kemayan, Azlan Mamat berkata, mereka akan berusaha menarik lebih ramai nelayan di Kampung Kemayan, Pantai Senok dan Kuala Kemasin memberi sokongan kepada UMNO pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kerajaan Pas Kelantan tidak pernah memberikan bantuan kepada golongan tersebut biarpun rata-rata mereka hidup dalam kemiskinan.

"Wakil rakyat Pas hanya turun padang menemui nelayan ketika pilihan raya dan selepas itu tidak lagi nampak muka untuk beramah mesra dengan golongan miskin seperti kami.

"Kerajaan Persekutuan pula sentiasa menyalurkan bantuan termasuk pukat, sampan dan enjin bot serta elaun saraan hidup RM200 setiap bulan dan ia sewajarnya memberi kesedaran kepada semua nelayan untuk tidak lagi memberi kemenangan kepada Pas," katanya.

Seorang lagi nelayan, Ramli Awang, 45, berkata, hanya kepimpinan UMNO setempat yang gigih menyalurkan perkhidmatan kepada rakyat sedangkan wakil rakyat Pas seolah-olah berpeluk tubuh dan tidak pernah menghargai sokongan rakyat sebelum ini.

Katanya, elaun sara hidup bulanan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan amat bernilai kepada semua nelayan Kelantan terutama pada musim tengkujuh.

Sementara itu, Awang Adek berkata, hasil perkhidmatan yang telus dan ikhlas akhirnya menyedarkan penyokong Pas untuk berpihak kepada UMNO kerana mereka sebenarnya turut diabaikan oleh pemimpin Pas terutama ketika mereka benar-benar memerlukan bantuan. UTUSAN

6 comments:

Anonymous said...

bagus bagus anak2 muda umgok kasi kita ambil tapi undi kita masih kat bulan

Anonymous said...

bulan x semestinya akan bulan penuh saja, adakalanya akan malap , al maklum la DUNIA AKHIR ZAMAN, apapon saya pengundi MUDA tetap akan MENGUNDI BARISAN NASIONAL & UMNO!! ALLAHUAKBAR!

Anonymous said...

sokong, sokong....undi tetap kat umno.. Pas yg ada kt kelantan ni meme dah xder fungsi lnsg.. kebajikan dlm myediakan pkerjaan amat hampeh..itulah Pas

Anonymous said...

saya juga akan undi umno bn. dulu saya sokong pas.

Jangan Kelentong said...

Kita bukan benci parti PAS, tetapi bila mereka tidak selaras dengan halatuju parti PAS sebenar maka wajib kita tolak. Apa guna mereka pegnag tampuk pemerintahan tetapi tak buat apau pun untuk baiki hidup rakyat. Hatta HUDUD yang diperjuangkan pun tak dilaksanakan bila Tok Janggut DAP berdehem " Over my dead Body". Moga ALLAH buka hati pemimpin sedia ada untuk terima dengan terbuka HUDUD. Mari kita bantu bersihkan jiwa-jiwa pemimpin sekarang untuk menerima HUDUD dengan tangan terbuka. Kita buat hingga jadi, SLOW and STEADY.

Anonymous said...

lor ore kelate...

umno kalu mene di kelate

tetap jadi negeri pembangkang..

tp mmg bodoh la anak muda umno...

bab royalti pun dah bole pikir

tpkan.....biasa la

anak muda umno otaknya cuma bernilai...

minyak kapcai penuh dan duit RM20.00 jerrrrr

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive